Tuesday, April 2, 2013

Latihan Pengurusan


Pengurusan
Kumpulan 1
a)  Bincangkan perkaitan antara tahap rancangan strategik, tahap rancangan taktikal   dan tahap rancangan operasi.                                                           [12]
b) Nyatakan maksud pengawalan dan jelaskan kepentingan pengawalan bagi    sesebuah organisasi.                                                                                [ 4 ]
c)Huraikan kaedah kawalan awalan,semasa dan selepas.  Berikan contoh bagi    setiap kaedah kawalan tersebut.                                                                       [ 12 ]
d)Encik Zarwan Hamdi ingin membuka cawangan baru perusahaan sos kampung.  Jelaskan proses pengorganisasian yang perlu diambil oleh Encik Zarwan supaya dapat mengurus dengan berkesan.                                  [ 15]
e)Terangkan lima konsep pengorganisasian.                                           [ 10]
f) Jelaskan peranan pengurus dalam sesebuah organisasi.                      [10]

kumpulan 2
(a) Jelaskan perbezaan konsep pemusatan autoriti dengan pemencaran autoriti dalam pengurusan organisasi.                                                                 [4]
(b)Jelaskan langkah-langkah yang terlibat dalam proses pengorganisasian sebuah pasar raya.                                                                                         [12]
 (c)Huraikan langkah-langkah dalam proses pembinaan pasukan dalam sesebuah organisasi                                                                                                       [15]
(d) Huraikan gaya kepimpinan yang sesuai untuk pekerja yang mempunyai ciri-ciri Teori X dan Teori Y.                                                                                        [10]
(e) Encik Malek, pengurus jabatan sumber Manusia Nasilo Berhad sedang menjalankan proses pengrekrutan 5 jurutera baru. Jelaskan proses tersebut [12]
(f) Terangkan fungsi utama seseorang pengurus.                                    [8]

Kumpulan 3
( a)T‘Lekor ialah sebuah syariat pengeluar pelbagai jenis keropok yang terkenal di negeri Terengganu.  Ia sedang berkembang pesat dan sedang berusaha menembusi pasaran antarabangsa. Oleh itu, penekanan serius dibuat ke arah meningkatkan kualiti produknya.  Jelaskan maksud pengawalan dan  dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara kaedah kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluarannya.                                               [15]
( b)Bincangkan lima ciri pengawalan yang berkesan.                               [10]
(c) Jelaskan maksud perancangan dan huraikan kepentingan perancangan yang baik kepada sesebuah organisasi.                                                           [11]
( d)Terdapat dua cara yang digunakan untuk membezakan jenis pengurus iaitu melalui aspek tahap pengurusan dan skop aktiviti pengurusan. Jelaskan aspek-aspek tersebut.                                                                               [6]
 ( e)Huraikan tiga manfaat kewangan asas yang biasanya diterima oleh seseorang pesara kerajaan                                                                       [9]
(f) Jelaskan dua teori di bawah pendekatan kuantitatif                             [8]

Kumpulan 4
(a)Bincangkan kebaikan dan kelemahan bagi organisasi yang mengamalkan penjabatanan ikut fungsian.                                                              [10]
(b)Jelaskan konsep-konsep pengorganisasian yang berikut :-
i.      Pembahagian kerja
ii.     Penjabatanan
iii.    Hierarki
iv.   Penyelarasan
v.    Autoriti                                                                                        [10]
(c)Jelaskan perkaitan antara perancangan dengan pengawalan.               [3]
(d)Jelaskan kaedah-kaedah kawalan dalam proses pembuatan roti          [12]
(e)Huraikan empat alat perancangan dalam pengurusan.              [8]
(f) Jelaskan prinsip pengurusan Henry Fayol                                           [10]

Kumpulan 5
 (a)En. Rahim baru dilantik memegang jawatan sebagai Pengurus Besar di syarikat Ayam Holding Bhd., iaitu sebuah syarikat pengeluar dan memproses ayam. Sebelum dilantik sebagai  Pengurus Besar, beliau telah memegang beberapa jawatan iaitu sebagai pengurus  pemasaran dan penyelia pengeluaran. Beliau mendapati tugas dan tanggungjawab sebagai Pengurus amat mencabar terutama dalam penyelesaian masalah dan hubungan dengan  pekerja. Di samping itu, beliau juga mendapati bahawa  wujud perbezaan yang ketara didalam membuat perancangan aktiviti perniagaan bagi syarikat berkenaan berbanding sebelum ini .
Bagaimanakah En. Rahim menjalankan peranannya sebagai pendorong dan  penyelesai masalah dalam syarikat berkenaan.                                                [10]
(b)Terangkan perbezaan perancangan  dalam setiap peringkat yang dilakukan oleh En. Rahim.                                                                                                       [15]
(c)Bezakan antara Pemimpin Formal dengan Pemimpin Tidak Formal          [10]
(d)Terangkan lima peranan seorang pemimpin yang berkesan dalam sesebuah organisasi.                                                                                                   [10]
(e)Berdasarkan Teori Motivasi Maslow, jelaskan cara organisasi meningkatkan motivasi pekerjanya mengikut Teori Lima Keperluan Maslow.                        [5]
f)Nyatakan empat prinsip asas untuk meningkatkan kecekapan pekerja menurut Frederick W. Taylor.                                                                                                  [4]
(g) i)Dengan menggunakan gambarajah Carta Gantt,  lakarkan empat aktiviti 
     dalam pembinaan sebuah bangunan perniagaan.                                   [5]
    ii)  Nyatakan kegunaan-kegunaan Carta Gantt.                                         [4]

No comments :

Post a Comment