Thursday, March 5, 2015

HALANGAN KOMUNIKASI

Proses komunikasi mungkin mengalami gangguan disebabkan halangan komunikasi. Halangan komunikasi terdiri daripada

1. Halangan psikologikal
  • Disebabkan wujudnya tanggapan  yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej
  • Perbezaan tanggapan ini wuujud disebabkan penghantar dan penerima mempunyai  latar belakang pendidikan     atau pengalaman hidup yang berbeza.
  • Contohnya seorang rakyat Palestin yang tinggal di Malaysia mengandaikan berlaku letupan bom jika ada orang main mercun. Ini kerana pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tersebut.
  • Dalam organisasi, setiap pekerja mempunyai ciri peribadi yang berbeza. Ada yang berfikiran positif dan ada pula yang berfikiran negatif apabila pihak pengurusan mengambil tindakan tertentu.
  • Contohnya : Encik Malek seorang eksekutif pentadbiran telah dipindahkan dari jabatan kewangan ke jabatan sumber manusia kerana, pihak pengurusan syarikat berpendapat beliau yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu jabatan sumber manusia untuk meningkatkan kualiti pentadbiran. Jika Encik Malek menganggap pertukarannya bersifat dendaan, mungkin beliau tidak dapat menerima pertukaran jawatan tersebut.

2. Halangan sosiologikal

  • Disebabkan wujudnya  perbezaan dari segi persekitaran budaya dan sosial seperti perbezaan umur, bangsa, dan jantina .  
  • Cara percakapan berbezan antara seorang individu yang tinggal dibandar dengan yang tinggal di kampung. 
  • Contohnya: Penduduk  kampung gagal memahami maklumat tentang penyakit berbahaya yang disampikan oleh seorang doktor kerana perbezaan sosial dan budaya.

3. Halangan semantic

  • Disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna.
  • Ini menyebabkan keadaan di mana sesuatu  perkataan  disalahtafsirkan oleh penerima maklumat.
  • Kesannya penerima mungkin menerima maksud yang berbeza 
  • Contohnya perkataan berada membawa maksud  mempunyai kemampuan atau ada dilokasi berkenaan.

4. Halangan Fizikal

  • Disebabkan oleh  gangguan yang berlaku secara langsung atau nyata semasa proses komunikasi berlaku.
  • Ini menyebabkan maklumat yang disampaikan menjadi kurang jelas atau tidak diterima sepenuhnya.  
  • Contohnya : bunyi bising , bau busuk, keadaan bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk

Contoh soalan

1. Seorang pengurus kewangan sedang membentang laporan kewangan dalam mesyuarat 
    pengurusan.

    Terangkan tiga halangan fizikal yang mungkin berlaku semasa sesi pembentangan tersebut dan cara 
     mengatasinya
    

Teknik menjawab
1. Kaitkan dengan situasi
2. jawapan calon perlu kaitkan dengan halangan fizikal sahaja
3. Untuk setiap halangan yang idkenalpasti beri cara mengatasinya


Cadangan jawapan

a. bilik panas 
- buka tingkap

b. bau busuk
- buka tingkap/ guna penyegar bau

c. microfon rosak
- ganti microfon

d. tiada bekalan elektrik
- pindah ke bilik lain




7 comments :