Saturday, November 9, 2013

Teknik menjawab soalan pengiraan PP penggal 1
a.     Tuliskan rumus
b.    Tunjukkan jalan kerja yang lengkap
c.     Pastikan guna RM  ,  peratus atau unit.
d.    Jika nilai dalam perpuluhan, bundarkan kepada dua titik perpuluhan
e.     Buat tafsiran jika diminta

Soalan meliputi tajuk berikut:
a.     Pengiraan harga tokokan
b.    Pengiraan titik pulang modal
c.     EOQ
d.    Pengiraan dan pentafsiran nisbah kewangan
e.     Penyediaan bajet

1.     Soalan titik pulang modal (TPM)


Kos tetap: RM50 000
Kos berubah: RM60 seunit
Harga seunit: RM100

Hitungkan yang berikut

(i)         Titik pulang modal (2)

             Kos tetap
TPM = ----------------
            Harga – kos berubah


     RM50 000
   ----------=1250 unit  
    RM100- 60

Kalau dalam bentuk nilai, jawapannya RM125000 iaitu 1250x RM100

(ii)        Jumlah kos pada titik pulang modal (2)


Jumlah kos = Kos tetap + kos berubah
                      RM50 000 + 1250(RM60)
                    = RM125 000



  
(iii)Keuntungan atau kerugian yang diperoleh jika menjual 3 000 unit (2)

Untung  : Jumlah hasil – jumlah kos
                                     
                                    : (Harga x kuantiti)- (kos tetap + kos berubah)

                                    :( RM100x 3 000)- (RM50 000 + (3000xRM60)

                                    : RM230 000


Pengiraan  berkaitan dengan penyata kewangan

Jualan  bersih                            RM100 000
Untung kasar                                    40 000
Hasil                                                20 000
Belanja operasi                                 30 000


    Berdasarkan maklumat di atas

                      I.        Hitungkan kos jualan dan untung bersih  (2)

                        Kos jualan         : Jualan bersih - Untung kasar
                                                : RM100 000- 40 000
                                                : RM60 000  

                        Untung bersih    : Untung kasar + hasil – belanja operasi
                                                : RM40 000 + RM20 000 – RM30 000
                                                : RM30 000
           
                     II.        Hitungkan margin untung kasar dan margin untung bersih (2)

Margin untung kasar : Untung kasar / jualan bersih  x  100
                               : RM40 000/RM100 000  X 100
                               : 40%


Margin untung bersih: Untung bersih / jualan bersih x 100
                                 RM30 000 / RM100 000 x 100
                               : 33.33%
          

  
          Pengiraan  EOQ dan kos tahunan
    
  
            Syarikat biskut ABC berhad  memerlukan 10 tan tepung setiap minggu. Kilang ini beroperasi 5               hari seminggu dan 52 minggu setahun. Kos memesan ialah RM500 setiap pesanan dan kos                   pegangan ialah RM100 setan. Syarikat ini memesan 40 tan bagi setiap pesanan.
a                 Hitungkan jumlah kos tahunan iaitu kos pesanan dan kos pegangan yang perlu dibayar oleh                 syarikat itu.
b                      
                  Hitungkan EOQ
.                               
                  Hitungkan jumlah kos tahunan yang perlu dibayar jika EOQ dipesan.


a.     Kos tahunan: Kos pegangan + Kos pesanan

                                    Qh         DO
            Kos tahunan  :  ----  +    -----   
               2          Q

            Di mana
            Q: kuantiti pesanan
            h: kos pegangan
            O: Kos pesanan
            D: Permintaan

                       
Q = 40
D = 10 x52 = 520
h = RM100
O = RM500


            40 x 100      520 (500)
              -----------  + -------------
                   2              40

              RM2 000 + 6 500
             
             RM 8 500


b.    EOQ
 
                   
                    2 x 520 x 500
                    ------------------    
                             100
 


              √ 5200

              = 72

c.     Kos tahunan berdasarkan EOQ

            72 x 100      520 (500)
              -----------  + -------------
                   2              72

              RM3 600 + 3 6111.11
             
             RM7211.11


Pengiraan dan pentafsiran nisbah kewangan


Nisbah kecairan
mengukur keupayaan syarikat menjelaskan liabiliti semasa apabila dituntut
1.Nisbah semasa:    aset semasa/ liabiliti semasa
2.Nisbah cepat:      aset semasa-inventori/ liabiliti semasa
3.Tempoh purata masa kutipan: akaun belum terima/ jualan kredit sehari
4.Pusing ganti inventori: kos jualan/inventori
Nisbah aktiviti
mengukur kecekapan syarikat menguruskan aset syarikat, sama ada digunaka secara berkesan @tidak
1.Pusing ganti jumlah aset:  Jualan / jumlah aset
2.Pusing ganti aset tetap:     Jualan/aset tetap bersih
  
Nisbah hutang
mengukur keupayaan syarikat memenuhi obligasi kepada pemiutang
Nisbah hutang:  jumlah hutang/ jumlah aset

Nisbah keberuntungan
mengukur kecekapan syarikat menghasilkan keuntungan dan pulangan drpd jualan dan pelaburan
1. Marginuntung kasar         : Untung kasar / jualan
2. margin untung bersih       : Untung bersih/ jualan
2.Pulangan atas jumlah aset: Untung bersih/ jumlah aset
3.Pulangan atas ekuiti         :  Untung bersih/ jumlah ekuiti

Nisbah pasaran
nisbah yg menunjukkan tanggapan para pelabur terhadap keupayaan pengurusan syarikat semasa
1. Nisbah PE:  Harga sesaham/Pendapatan sesaham
2.Pendapatan sesaham: Untung bersih/Jumlah saham biasa


Cara pentafsiran:

1.     Jika diberi dua tahun, nyatakan nilainya semakin baik, semakin buruk atau tidak berubah berbanding tahun sebelumnya.

2.     Jika diberi nilai untuk industri, bandingkan dengan syarikat, nyatakan nilainya semakin baik, semakin buruh atau tidak berubah berbanding industri



Harga Tokokan





Kos tetap                 :       RM50 000
Kos berubah            :       RM40 setiap unit
Jangkaan jualan      :       60 000 unit
Margin keuntungan :        20%

1.     Hitungkan yang berikut:
(i)         Jumlah kos seunit (2)
(ii)         Harga tokokan (2)
(iii)        Jumlah keuntungan yang diperoleh jika jangkaan jualan berjaya dicapai (2)
(iv)Harga tokokan baru jika margin keuntungan ditetapkan sebanyak 12% (2)

(i)     Kos seunit   = Kos tetap seunit + kos berubah seunit
 
                             RM50 000/ 60 000  + RM40
           
                RM40.83


(ii)    Harga tokokan : kos seunit / 1- margin untung

                                       RM40.83 / 1- 0.2
               
                                       RM51.04

(iii)   Untung     =  Jumlah hasil- jumlah kos  

              (60 000 x 51.04) – (60 000 x 40.83)

              RM612 600

(iv)  Harga tokokan : kos seunit / 1- margin untung

                                          RM40.83 / 1-0.12
                                          RM46.40





Wednesday, November 6, 2013

RAMALAN KAJIAN KES PENGGAL 3 2013 (ETIKA, PERNIAGAAN ANTARABANGSA DAN KEUSAHAWANAN)

Man Recycle Products Sendirian Berhad
Syarikat Man Recycle Products Sendirian Berhad (MRPSB) merupakan sebuah syarikat milik keluarga Encik Sulaiman yang berasal dari kampong Baru, Kuala Lumpur. Syarikat ini wujud hasil titik peluh Encik Sulaiman yang tidak penat lelah bergelumang dengan sampah-sarap dengan mencari bahan terbuang seperti kertas dan botol-botol plastik , bahan logam yang selalunya melimpahi tong-tong sampah dan berakhir di pusat pelupusan sampah untuk dibakar.  Selepas tiga tahun menjalankan aktiviti perniagaan, Encik Sulaiman telah Berjaya mengumpul modal sebanyak RM100 000 dan menubuhkan sebuah syarikat pengurusan barang kitar semula dengan nama Man Recycle Products Sdn Bhd  pada tahun 1990. Beliau telah menyewa satu lot tanah di Segambut dengan kadar sewa RM1 000 sebulan . Encik Sulaiman memilih lokasi ini kerana terdapat beberapa kilang besar  yang boleh membekalkan bahan buangan kepada kilang beliau. Beliau berjaya mendapatkan tender pelupusan bahan buangan beberapa kilang termasuk sebuah kilang automatif dan  menjual semula kepada kilang pemprosesan  barang kitar semula di Pulau Pinang. Walaupun perniagaannya semakin berkembang , Encik Sulaiman masih tidak berpuashati dengan  keadaan perniagannya dan bercadang untuk membuka kilang pemprosesan barang kitar semulanya sendiri. Ini disebabkan , pada masa itu perniagaan kitar semula masih di peringkat permulaan dan kurang persaingan.
Pada tahun 1999, beliau telah membuka sebuah kilang pemprosesan barang kitar semula di Rawang, Selangor dengan usahasama sebuah syarikat Taiwan yang membekalkan teknologi dan kepakaran. Pembinaan kilang ini menelan modal sebanyak 6 juta ringgit yang dibiayai oleh MARA.  Kilang ini menggajikan 160  pekerja tempatan. Memandangkan persaingan sengit industri kitar semula di Malaysia, MRPSB telah membuka sebuah kilang di Indonesia  pada tahun 2003, diikuti dengan pembukaan kilang di Thailand dan Vietnam pada tahun 2008. Semua kilang ini di bawah kawalan MRPSB Malaysia  dan setiap cawangan diuruskan oleh seorang pengurus besar.
Pada tahun 2009, pengurusan MRPSB telah dikejutkan dengan notis pemberhentian operasi  dari  Majlis Perbandaran Selayang (MPS) , ekoran aduan penduduk Rawang yang mengadu bau busuk dan juga peningkatan masalah kesihatan di kalangan mereka.  Kajian MPS juga mendapati , kilang ini telah menyalurkan sisa toksik ke dalam sungai Rawang yang menyebabkan kerosakan ekosistem yang serius.Kajian Persatuan Pengguna Rawang juga menunjukkan ada kesan negatif pelepasan sisa toksik kilang ini kepada penduduk di sekitar Kilang MRPSB. Laporan Persatuan Pengguna ini telah dihantar kepada pihak berkuasa.  Encik Sulaiman terkilan dan kecewa dengan insiden ini kerana pengurusan syarikat telah memperuntukkan hampir RM1 juta untuk rawatan sisa toksik kilang ini. Hasil siasatan  mendapati , pengurus penyelenggaraan kilangnya  Encik Selvam ini telah menggelapkan sebahagian besar wang peruntukan tersebut untuk tujuan pengubahsuaian rumah banglonya di Sungai Buluh, Selangor. Siasatan susulan juga  mendapati , Encik Selvam telah menyerahkan kontrak penyelenggaraan sisa toksik kepada syarikat milik abangnya yang  gagal menjalankan sebarang kerja penyelenggaaran . Laporan kepada pihak berkuasa telah pun dibuat dan Encik Selvam telah dibuang kerja.
Encik Sulaiman telah mengadakan sidang akhbar dan memohon maaf ke atas masalah yang ditimbulkan oleh syarikat. Beliau telah mengumumkan cadangan syarikat  untuk membina sebuah loji pemprosesan sisa tokisik bernilai RM2.5 juta dan juga berjanji untuk membayar gantirugi kepada penduduk yang mengalami masalah kesihatan yang disebabkan oleh pelupusan sisa toksik. Beliau juga memperuntukkan RM4 juta untuk  aktiviti pemuliharaan sungai Rawang. Walapun mendapat tentangan daripada beberapa pengurus kanan syarikat ini, Encik Sulaiman tetap menjalankan segala cadangan beliau. Operasi kilang ini diteruskan semula selepas pihak berkuasa berpuashati dengan tindakan pencegahan dan pembetulan yang telah diambil oleh MRPSB.
Encik Sulaiman juga bercadang untuk membuka perniagaan kitar semula secara francais dan bercadang untuk melatih sepuluh usahawan tempatan sebagai peneraju perniagaan francais syarikat ini.
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a.     Jelaskan  sifat usahawan yang dimiliki oleh Encik Sulaiman. (6)

Berani menanggung risiko (1).Encik Sulaiman telah menggunakan modal sebanyak RM100000 untuk membuka perniagaan kitar semula.(1)
Bijak merebut peluang (1).Encik Sulaiman sedar tentang prospek perniagaan kitar semula yang kurang menghadapi persaingan pada peringkat permulaan . (1)
Memandang ke hadapan (1).Beliau telah mengembangkan perniagaan ke peringkat antarabngsa kerana wujudnya peluang perniagaan di Thailand, Indonesia dan Vietnam
b.    Jelaskan peranan Encik Sulaiman kepada masyarakat. (6)

Mewujudkan peluang pekerjaan (1). Syarikat MRPSB telah mewujudkan 150 peluang pekerjaan untuk penduduk tempatan(1)
Meningkatkan taraf hidup masyarakat (1) Peluang pekerjaan yang banyak meningkatkan pendapatan masyarakat dan seterusnya meningkatkan taraf hidup masyarakat.
Mewujudkan industri sokongan. (1)Perniagaan yang diceburi oleh Encik Sulaiman memerlukan indistri sokongan seperti perkhidmatan pengangkutan dan  penyelenggaraan  dan ini mewujudkan lebih banyak peluang perniagaan kepada usahawan lain (1)

c.     Bolehkah MRPSB dianggap sebagai sebuah syarikat multinasional? Berikan alasan anda. (4)

Ya. (1) MRPSB boleh dianggap sebagai sebuah syarikat multinasional kerana beroperasi lebih dari satu negara.(1) Ia mempunyai cawangan di Thailand, Vietnam dan Indonesia (1)dan semua cawangan ini di bawah kawalan ibu pejabat iaitu MRPSM Malaysia.(1)

d.    Terangkan tiga  jenis cabaran yang dihadapi oleh MRPSB apabila beroperasi di Thailand, Indonesia dan Vietnam. (6)
Tiga  jenis cabaran yang dihadapi oleh MRPSB apabila beroperasi di Thailand, Indonesia dan Vietnam ialah
Kawalan pengurusan (1). Kawalan pengurusan mungkin menjadi rumit kerana banyak cawangan yang menghadapi persekitaran perniagaan yang berbeza (1)
Politik dan perundangan (1) Sistem perundangan di Thailand, Vietnam dan Indonesia berbeza dengan sistem perundangan Malaysia dan mungkin menjadi penghalang untuk MRPSB menembangkan perniagaannya. (1)
Ekonomi (1) Keadaan ekonomi yang tidak menentu  serta sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara asing yang berbeza memberi kesan kepada perniagaan MRPSB(1)

e.     Jelaskan empat risiko yang dihadapi oleh MRPSB apabila memasuki perniagaan antarabangsa (8)

Risiko yang dihadapi oleh MRPSB apabila memasuki perniagaan antarabangsa ialah
Risiko ekonomi (1). Perniagaan MRPSB bergantung kepada keadaan ekonomi iaitu inflasi atau  
kemelesetan..Kemelesetan menyebabkan permintaan berkurang.(1)
  Risiko politik. (1) Merujuk kepada keadaan politik negara MRPSB beroperasi. Politik tidak stabil   
  atau dasar kerajaan seperti kawalan pertukaran asing memberi kesan    kepada perniagan
  MRPSB. (1)


        Risiko kredit.(1)kegagalan MRPSB mendapat bayaran daripada negara pengimport. (1)
Risiko kadar pertukaran asing.  (1)Kenaikan atau penurunan kadar pertukaran asing membawa kesan kepada perniagaan MRPSB. (1)

f.      Selain usahasama, jelaskan tiga  kaedah lain MRPSB boleh memasuki  perniagaan antarabangsa. (8)

Tiga kaedah lain MRPSB boleh memasuki  perniagaan antarabangsa ialah

Import . (1)Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing di pasaran tempatan . MRPSB boleh membeli barang kitar semula dari negara lain dan jual semula atau proses di negara ini.(1)
Eksport (1)Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing  . Syarikat MRPSB menjual barangan kitar semula ke luar negara.(1)
Kontrak pengeluaran (1) MRPSB diberi kebenaran daripada syarikat asing untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap di pasaran tempatan dan pasaran asing(1)

g.    Jelaskan tiga jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan selain daripada yang dinyatakan dalam kes di atas. (9)
tiga jenis bantuan yang disediakan oleh kerajaan kepada usahawan selain daripada yang dinyatakan dalam kes di atas ialah
Ruang niaga (1) Kerajaan melalui agensi seperti UDA dan PKEN boleh menyediakan ruang niaga kepada MRPSB untuk membuka kilang dengan kadar sewa yang rendah atau ansuran yang rendah. (1) Ini dapat menjimatkan kos pengeluaran MRPSB.(1)
Khidmat nasihat dan rundingan (1) Agensi seperti SIRIM (1) boleh memberi nasihat berkaitan dengan kaedah pengeluaran, penjimatan kos dan peningkatan produktiviti (1)
Pembangunan usahawan(1). Menyediakan latihan keusahawanan seperti program inkubator dan program mentor mentee (1) yang disediakan oleh kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (1) agar usahawan boleh berdikari dalam pembangunan perniagaan.

h.    Jelaskan dua jenis jenayah kolar putih yang  terdapat dalam kes di atas (6)
Penyelewengan(1) iaitu menyalahgunakan harta syarikat yang telah diamanahkan hak penjagaan. (1)Encik Selvam telah menggelapkan sebahagian besar wang peruntukan tersebut untuk tujuan pengubahsuaian rumah banglonya di Sungai Buluh, Selangor.  (1)
Penyalahgunaan kuasa (1) iaitu mengambil tindakan yang menlanggar prosedur yang ditetapkan. (1)Encik Selvam telah menyerahkan kontrak penyelenggaraan sisa toksik kepada syarikat milik abangnya yang  gagal menjalankan sebarang kerja penyelenggaaran.(1)
i.      Jelaskan tiga punca individu dan tiga punca organisasi yang menyebabkan jenayah tersebut. (6)
Tiga punca individu terlibat dalam jenayah kolar putih kerana sikap tamak, boros dan kurang nilai iman. (3)
Tiga punca organisasi ialah  kawalan,pimpinan yang kurang ,peraturan yang longgar dan mempunyai kuasa yang terlalu tinggi (3)

j.      Jelaskan lima jenis tindakan yang boleh diambil oleh MRPSB agar perlakuan jenayah ini tidak berulang dalam syarikat ini. (5)
-          Mengetakan prosedur (1)
-          Tender terbuka(1)
-          Pendidikan etika(1)
-          Kursus(1)
-          Kawalan kuasa(1)
-          Menawarkan gaji yang tinggi(1)

k.     Adakah anda bersetuju dengan tindakan beberapa pengurus kanan MRPSB yang menentang cadangan Encik Sulaiman? Berikan alasan untuk menyokong pendapat anda.  (5)
Setuju (1)
-          Mencabuli  hak keuntungan (1)
-          Peningkatan Kos (1)
-          Kekurangan kemahiran (1)
-          Melemahkan matlamat utama (1)

                 ATAU
Tidak setuju (1)
Memperbaiki komuniti  tempatan(1)
Memperbaiki imej (1)
Elak  tindakan kerajaan(1)
Peluang  untuk menyumbang kepada kesejahteraan penduduk(1)
Tindakan pencegahan lebih baik (1)

l.      Jelaskan kelebihan yang dinikmati oleh MRPSB melalui cadangan mengembangkan perniagaan secara francais. (4)
-          Menikmati ekonomi bidangan kerana penurunan kos  (1)
-           Pasaran lebih luas(1)
-          Dapat menjaga  kualiti produk dan perkhidmatan (1)
-          Meningkatkan  pendapatan kerana memperoleh royalti(1)

m.   Jelaskan empat pihak berkepentingan terhadap perniagaan MRPSB yang terdapat dalam kes di atas. (8)
Kerajaan(1) pihak yang menguatkuasakan undang-undang seperti MPS
Masyarakat (1) penduduk yang tinggal di sekitar kawasan operasi kilang MRPSB(1)
Kumpulan Pendesak(1) kumpulan yang mempunyai kepentingan bersama seperti Persatuan Pengguna Rawang(1)
Pemegang saham(1) mereka yang menyumbangkan modal kepada syarikat MRPSB (1)