Wednesday, October 1, 2014

Kajian kes Pengajian Perniagaan - pemasaran- campuran promosi


Syarikat  Mega Furniture Berhad merupakan pengeluar pelbagai jenis perabot di Malaysia dengan jenama Luxury. Disebabkan jualan yang semakin merosot, syarikat Mega Furniture telah menjalankan campuran promosi yang sesuai untuk meningkatkan jualan perabotnya. Syarikat Mega furniture telah mempromosikan perabotnya melalui akhbar tempatan seperti The Star dan Berita Harian. Syarikat Mega Furniture juga mengadakan jualan bulanan dengan diskaun sebanyak 50% untuk model perabot tertentu di gudangnya. Syarikat ini juga menaja beberapa acara sukan seperti pertandingan tenis dan skuasy peringkat kebangsaan. Di samping  itu, syarikat Mega Furniture telah membentuk satu pasukan jurujual untuk menjual perabot secara langsung kepada pembeli rumah baru yang memerlukan pakej perabot rumah yang dibuat mengikut pesanan pengguna.

Berdasarkan kes di atas, huraikan campuran promosi yang telah dilaksanakan oleh Syarikat Mega Furniture Berhad. (16 markah)
Fakta
Huraian
Contoh daripada kes
Pengiklanan
Ialah komunikasi tidak langsung yang dibayar oleh pihak pengeluar untuk memperkenalkan serta meningkatkan jualan produk melalui media massa
Syarikat Mega furniture telah mempromosikan perabotnya melalui akhbar tempatan seperti The Star dan Berita Harian
Promosi jualan





syarikat menawarkan insentif jangka pendek kepada pembeli bagi mendorong pembelian oleh pengguna.
Syarikat Mega Furniture juga mengadakan jualan bulanan dengan diskaun sebanyak 50% untuk model perabot tertentu di gudangnya
Perhubungan awam



Aktiviti yang dibentuk bagi
mewujudkan serta
mengekalkan hubungan
baik antara perniagaan
dengan pihak awam

Syarikat ini juga menaja beberapa acara sukan seperti pertandingan tenis dan skuasy peringkat kebangsaan.
Jualan bersemuka



syarikat akan menggunakan jurujual untuk melaksanakan jualan secara peribadi kepada pengguna.
syarikat Mega Furniture telah membentuk satu pasukan jurujual untuk menjual perabot secara langsung kepada pembeli rumah baru yang memerlukan pakej perabot rumah yang dibuat mengikut pesanan pengguna









Contoh soalan kajian kes pemasaran- penentuan harga produk baru



Syarikat Farmasi New Medicals Berhad merupakan pengeluar pelbagai ubat-ubatan untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran antarabangsa. Syarikat ini mengeluarkan dua jenis ubat baru. Ubat jenama TadaPening  merupakan ubat untuk melegakan demam. Ubat ini dijual dengan harga 40 sen sebiji iaitu harga yang lebih rendah berbanding pelbagai ubat demam yang sedia ada di pasaran. Syarikat ini juga mengeluarkan supplemen untuk memulihkan penyakit hati yang kronik berjenama HatiSuci.  HatiSuci merupakan produk baru yang terbukti merawat penyakit hati yang kronik. Syarikat New Medicals bercadang untuk meletakkan harga yang tinggi untuk supplemen ini apabila dipasarkan kelak.

Berdasarkan kes di atas, huraikan kaedah penentuan harga baru yang telah  digunakan oleh Syarikat New Medicals Berhad untuk memasarkan produk TadaPening dan HatiSuci. (10 markah)
Fakta
Huraian
Contoh daripada kes
Penembusan pasaran


Harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang luas iaitu menarik dan mendapatkan pembeli yang ramai. Matlamat utama membina syer pasaran yang besar dan membentuk kesetiaan pengguna bagi jenama baru 



Ubat jenama TadaPening  merupakan ubat untuk melegakan demam. Ubat ini dijual dengan harga 40 sen sebiji iaitu harga yang lebih rendah berbanding pelbagai ubat demam yang sedia ada di pasaran.
Penarahan pasaran


Harga pengenalan yang tinggi dikenakan untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti bukannya harga. Strategi ini untuk mendapatkan pulangan yang yang cepat atas kos R&D


HatiSuci merupakan produk baru yang terbukti merawat penyakit hati yang kronik. Syarikat New Medicals bercadang untuk meletakkan harga yang tinggi untuk supplemen ini apabila dipasarkan kelak.



Teknik menjawab kajian kes Pengajian Perniagaan

1. Kajian kes merupakan soalan yang sukar dalam kertas pengajian perniagaan. Soalan ini diberi 20       hingga 30 markah. Panjang kes ialah sekitar 300 patah perkataan.

2. Di sini cikgu nak beri beberapa petua yang boleh digunakan oleh pelajar untuk menjawab soalan         jenis kajian kes.

3. Oleh kerana masa yang diberi ialah 20 hingga 30 minit, pelajar perlu baca kes dengan cepat dan          berusaha memahami isu utama yang dinyatakan dalam kes.

4.  Tiga langkah yang perlu dipatuhi ialah
       Langkah 1: Baca kes dengan cepat
       Langkah 2: Baca soalan
       Langkah ketiga : Baca kes kali kedua dan highlight point utama berkaitan kes.

4.   Mari cuba satu contoh soalan


Syarikat Wangsa Maju Sports Berhad merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan untuk pasaran Malaysia. Syarikat ini menggunakan strategi penyasaran pasaran yang sesuai untuk memasarkan produknya. Bulu tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai sukan. Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan. Alatan golf syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual di KLCC dan Pavilion

5. Baca ke di atas. Ada dua perkara utama dalam kes di atas iaitu stratege penyasaran pasaran dan jenis produk     yang ditawarkan

Syarikat Wangsa Maju Sports Berhad merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan untuk pasaran Malaysia. Syarikat ini menggunakan strategi penyasaran pasaran yang sesuai untuk memasarkan produknya. Bulu tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai sukan. Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan. Alatan golf syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual di KLCC dan Pavilion


6. Sekarang baca soalan yang dikemukakan iaitu

a.     huraikan dua strategi penyasaran pasaran yang telah digunakan oleh syarikat Wangsa Maju Sports Berhad. (10 markah)  

a.     Huraikan tiga klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. (15 markah)


7. Jawapan anda perlu mempunyai tiga perkara penting iaitu fakta, huraian dan kaitan  dengan kes

8. Fakta yang salah mungkin menyebabkan keseluruhan jawapan anda tidak diterima. Oleh itu fakta yang digunakan mestilah tepat dan dieja dengan betul. Rujuk sukatan pelajaran.

9. Kesilapan fakta yang mungkin dibuat oleh calon

    Persekitaran Umum: Sepatutnya sosiobudaya tetapi pelajar menulis sosial

    Proses perniagaan: Proses tambah nilai , tetapi pelajar tulis proses transformasi

    Faktor pengeluaran: Modal insan, tetapi pelajar menulis buruh

    Kepimpinan demokratik tetapi pelajar menulis kepimpinan demokrasi

    
10. Untuk soalan di atas jawapan yang sepatutnya ialah




a.     huraikan dua strategi penyasaran pasaran yang telah digunakan oleh syarikat Wangsa Maju Sports Berhad. (10 markah)
Fakta
Huraian
Contoh daripada kes
Pemasaran tidak dibezakan


syk tidak mengambilkira perbezaan yg tdpt dlm pasaran . syarikat  menawarkan produk kepada  semua segmen dengan menggunakan campuran pemasaran yang sama


Bulu tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai sukan
Pemasaran dibezakan


Syarikat  menyasarkan beberapa  segmen pasaran dan cuba mereka bentuk produk yang berbeza bagi setiap segmen




Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan


b.    Huraikan tiga klasifikasi produk yang dikeluarkan oleh syarikat tersebut. (15 markah)
Fakta
Huraian
Contoh daripada kes
Produk mudah beli



Produk yang biasanya dibeli oleh pengguna dengan kerap dengan kadar perbandingan yang minimum kerana pengguna telah mempunyai pengalaman dan pengetahuan.



Bulu tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai sukan
Produk beli belah

Pengguna membeli dgn kadar yang kurang kerap misalnya -setahun sekali
-mereka akan membandingkan ciri seperti kesesuaian, mutu, harga produk sebelum  membuat keputusan untuk membelinya.




Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan
Produk istimewa



Barangan yang mempunyai ciri-ciri yang unik yang  sukai oleh pengguna dari segi jenama, gaya atau jenisnya.
Alatan golf syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual di KLCC dan Pavilion