Friday, November 20, 2015

TIPS PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1 DAN 2, ULANGAN PENGGAL 1 DAN 2

SOALAN BAHAGIAN A

Bahagian ini mengandungi 10 soalan esei pendek dan peruntukan markah ialah 50%.

Ianya BUKAN SOALAN STRUKTUR . Ia merupakan soalan esei pendek. 

Jawab semua soalan dalam masa 50 minit.

1. Jika kata tugasnya  nyatakan / senaraikan atau berikan
Pelajar perlu menyatakan atau menyenaraikan fakta tanpa huraian.

2. Jika kata tugasnya jelaskan
Pelajar perlu menjelaskan fakta dengan huraian dan contoh yang sesuai.

3. Jika kata tugasnya huraikan/ terangkan
Pelajar perlu memberi huraian lengkap untuk setiap fakta yang diberikan.

Contoh

Terangkan tiga faktor psikologi  yang mempengaruhi keputusan pembelian barang (6)

Kata tugas: Terangkan

Apa yang ditanya: 3 faktor psikologi 


Motivasi (√ 1) iaitu  desakan naluri seseorang menyebabkan dia bertindak untuk mencapai kepuasan diri (√ 1)

Persepsi (√ 1)  iaitu cara individu memilih dan menginterpretasikan maklumat dr persekitarannya serta tanggapan individu terhadap sesuatu produk. (√ 1)

Personaliti (√ 1) iaitu gabungan sifat–sifat yang menjadikan seseorang itu unik.
(√ 1)


Kesilapan pelajar

Jelaskan sumbangan mana-mana dua pihak berkepentingan kepada sebuah  pasar raya(6)
Pelanggan
Pelanggan menyumbangkan pendapatan kepada perniagaan. Oleh itu perniagaan perlu       menyediakan barang dan perkhidmatan yang berkualiti untuk memenuhi kehendak dan keperluan pelanggan
Pekerja
Pekerja ialah orang yang menyumbangkan tenaga mental dan fizikal dalam aktiviti perniagaan. Pembayaran gaji dan upah yang berpatututan akan mengekalkan pekerja dalam organisasi.

Pelajar ini mungkin dapat kosong sebab tidak mengaitkan jawapan dengan pasar raya.


4, Untuk soalan esei panjang anda boleh menjawab MANA-MANA SATU SOALAN iaitu 3a atau       3b. Jika jawab kedua-duanya, pemeriksa hanya akan menjawab soalan yang pertama sahaja.               Pastikan jawapan anda ada fakta, sekurang-kurangnya dua huraian dan contoh yang sesuai.



5. Untuk soalam kajian kes, pastikan fakta yang diberikan ialah betul. Diikuti oleh huraian atau               definisi fakta dan akhirnya berikan contoh daripada kes berkaitan dengan fakta yang diberikan.

Contoh soalan dan jawapan

Syarikat Wawasan Plastics Berhad
Syarikat Wawasan Plastics Berhad  merupakan syarikat usahasama antara Malaysia Plastics Industries Berhad dengan Tian Jin Plastics Industries yang berasal dari Negara China. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai barangan plastic untuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Sebagai peneraju pasaran , syarikat wawasan menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan. Keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia. Selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.

Produk syarikat Wawasan merupakan produk pilihan utama di pasaran kerana faktor kualiti.  Pihak pengurusan menggunakan pelbagai alat kawalan kualiti untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mempunyai kualiti yang tinggi. Syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain. Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah keluaran serta mmeberi cadangan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti produk. Syarikat Wawasan juga memudahkan kontrak pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat kepada 4 mukasurat.

Syarikat Wawasan akan membuka sebuah kilang baru di Pahang dengan kos bernilai RM600 juta. Kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi. Kilang baru ini juga letak berdekatan dengan pelabuhan Kuantan dan ini akan memudahkan aktiviti eksport keluaran syarikat ini ke pasaran China dan Jepun. Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman ,Terengganu yang merupakan pusat pemprosesan petrokimia.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a. Huraikan factor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan   syarikat ini. [16]
PESTA PP
Jawapan
Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan syarikat ini ialah
Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Persekitaran teknologi
Ia berkaitan dengan kaedah pengeluaran yang digunakan oleh sesebuah perniagaan. Penggunaan teknologi yang canggih akan meningkatkan keupayaan pengeluaran serta kualiti barang yang dikeluarkan
Dalam kes ini, Syarikat Wawasan telah menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan
Persekitaran sosiobudaya
Ia berkaitan dengan citarasa, gaya hidup penduduk yang boleh mempengaruhi aktiviti pengeluaran.
Dalan kes ini , selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.
Persekitaran politik dan perundangan
Ia berkaitan dengan dasar, peraturan, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.

Dalam kes ini, keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia.
Perkitaran prasarana
Ia berkaitan dengan kemudahan yang disediakan seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan  pengangkutan dan telekomunikasi yang memudahkan aktiviti perkilangan.
Dalam kes ini, kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng  telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik  dan telekomunikasi


b.      Huraikan alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini.                                        [12]

Jawapan
Alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini ialah

Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Penanda aras.
Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain. Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan sedia ada dengan menggunakan amalan terbaik yang dipelajari dari organisasi lain
Dalam kes ini, syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain.

Pasukan penambahbaikan kualiti


sekumpulan pekerja dai jabatan atau proses kerja yang sama bertemu secara berterusan untuk mengenalpasti masalah, menganalisis, menyelesaikan masalah, dan mengimplementasikan perubahan yang berkaitan dengan
masalah kerja.

Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah keluaran serta mmeberi cadangan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti produk
Analisis nilai tambah

Analisis ini merujuk kepada mengenalpasti ciri-ciri utama/ aspek penting dan juga proses kerja utama sesuatu produk atau perkhidmatan dan berusaha untuk menambh baik aspek tersebut serta ciri-ciri kurang penting akan dikurangkan atau digugurkan tanpa menjejaskan kualiti kepada pelanggan
Syarikat Wawasan juga memudahkan kontrak pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat kepada 4 mukasurat.



a.     Jelaskan factor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk membuka kilang di Pahang. 
        [12]

Jawapan
Faktor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk membuka kilang di Pahang ialah
Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Bahan mentah

Berkaitan dengan kes: Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman, Terengganu yang merupakan pusat pemprosesan petrokimia.

Pengangkutan





Prasarana






KFC Malaysia

KFC Malaysia diuruskan oleh QSR Brands Berhad , sebuah syarikat milik Jcorps. Restoren KFC yang pertama di buka di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Kuala Lumpur dan sehingga tahun 2013 terdapat 579  cawangan KFC di seluruh Malaysia. Restoren KFC menyediakan pelbagai jenis makanan segera seperti ayam goreng, nugget, burger dan mencatat prestasi yang membanggakan dalam indsutri restoren makanan segera di Malaysia. Cawangan KFC meliputi tiga jenis iaitu restoran pandu lalu, restoren di pusat membeli belah dan restoren sahaja.

Walaupun produk KFC ditujukan kepada masyarakat umum, ia berjaya membahagikan pasaran mengikut segmen tertentu. Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan  keluarga. Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-kanak. iklan KFC di media massa sering memaparkan restoran KFC sebagai restoran makanan segera-untuk-keluarga, dengan konsep ceria dan menyeronokkan. Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga pusat bandar. Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.

Untuk memastikan kedudukannya sebagai pemimpin pasaran makanan segera, KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap. Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan. Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren. KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan  juga pemberian baucer

Sebagai peneraju industri makanan segera di Malaysia, restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya. Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) dan dengan tegas mematuhi MS1500: 2009. Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah.Di samping itu  kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.

(disesuaikan daripada rencana di akhbar Sinar Harian, Utusan Malaysia dan lamanweb www.kfc.com.my)

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
1.    Jelaskan asas segmentasi pasaran yang digunakan oleh restoren KFC Malaysia. (12)
 a.    Demografi.     Membahagikan pasaran  berdasarkan ciri-ciri penduduk  seperti umur,       jantina, pendapatan, pekerjaan, pendidikan, bangsa, dan warga negara.  Contoh daripada kes: Produk KFC ditujukan kepada kanak-kanak, remaja dan  keluarga. Contohnya, menu chicky meal disediakan istimewa untuk kanak-
 b.    Psikografi. Membahagikan pasaran mengikut ciri-ciri pengguna berdasarkan kelas sosial, personaliti, minat dan gaya hidup.Contoh daripada kes: Sebahagian besar pelanggan KFC terdiri daripada kelas menengah dan atasan yang mementingkan  kebersihan, keselesaan dan kualiti produk.
 c.    Geografi. Membahagikan pasaran berdasarkan lokasi seperti Negara, negeri, daerah  dan bandar. Contoh daripada kes: Semua restoren KFC letak di pinggir bandar dan juga pusat bandar

2.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan restoren KFC di Malaysia (16)
a.    Persekitaran ekonomi iaitu merujuk kepada sistem ekonomi, keadaan ekonomi dan kuasa beli pengguna dalam sesebuah negara di mana perniagaan dijalankan.Kaitan dengan kes: Peningkatan pendapatan isirumah di Malaysia khususnya di luar bandar telah mendorong KFC Malaysia membuka lebih banyak cawangan dan kini terdapat 40 restoren KFC di Sarawak dan 40 restoren KFC di Sabah
b.    Persekitaran sosiobudaya iaitu merujuk kepada kepercayaan agama, budaya, adapt resam dan cita rasa penduduk sesebuah negara.Kaitan dengan kes: Memandangkan majoriti penduduk negara ini beragama Islam, setiap aspek proses pembuatan makanan restoren KFC mengikut kawalan ketat dan menerima sijil halal hanya diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)
c.    Persekitaran politik dan perundangan iaitu merujuk kefahaman politik, peraturan, undang-undang dan dasar yang digunakan oleh sesebuah negara.Kaitan dengan kes: kenaikan harga bahan api serta kenaikan tarif elektrik ekoran program rasionalisasi subsidi kerajaan memberi kesan kepada kenaikan kos operasi yang memang dirasai khususnya kesan rantaian.
d.    Persekitaran persaingan dan jaringan iaitu keadaan industri diman a firma lain yang menyediakan perkhidmatan atau keluarkan produk yang sama serta struktur pasaran yang wujud. Kaitan dengan kes: Restoren KFC Malaysia sememangnya menghadapi persaingan sengit daripada firma lain seperti Marry Brown, Kenny Rogers dan sebagainya
3.    Huraikan campuran pemasaran yang telah digunakan oleh restoren KFC Malaysia  (12)
a.    Produk iaitu barang, perkhidmatan , idea yang ditawarkan oleh penjual kepada bakal pembeli untuk perhatian, milikan atau kegunaan untuk memuaskan kehendak dan keperluan pembeli.Kaitan dengan kes: KFC Malaysia sentiasa memperkenalkan produk baru seperti Pokkits, ayam goreng sos istimewa korea dan ayam golden wrap
b.    Agihan: Proses memindahkan dari pusat pengeluaran kepada pengguna di lokasi dan masa yang dikehendaki mereka.Kaitan dengan kes: Di samping membuka restoren di seluruh Malaysia, KFC juga ada menyediakan perkhidmatan penghantaran ke rumah yang diperkenalkan sejak tahun 2013 sebagai strategi untuk menarik lebih ramai pelanggan
c.    Harga iaitu jumlah wang yang dikenakan untuk pemilikan atau penggunaan sesuatu produk atau nilai wang yang dibayar oleh pelanggan untuk mendapatkan sesuatu produk.Kaitan dengan kes: Harga produk KFC adalah sangat kompetitif dan produknya mampu dibeli oleh semua lapisan masyarakat.Harga berbeza mengikut lokasi restoren.
d.    Promosi iaitu komunikasi pemasaran yg dilakukan oleh pemasar untuk berkomunkasi dengan sasaran pengguna untuk memaklumkan dan mempengaruhi mereka untuk membeli produk pemasar Kaitan dengan kes: KFC Malaysia memperuntukkan hampir RM100 juta untuk perbelanjaan promosi seperti pengiklanan dalam media cetak dan media elektronik, promosi melalui laman web iaitu kfc.com.my , penajaan program televisyen untuk kanak-kanak dan  juga pemberian baucer




Soalan esei panjang popular

Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
1.     Huraikan peranan perniagaan kepada
a.     Pengguna
b.    Masyarakat
c.     Negara
2.     Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh industri makanan Malaysia pada masa kini.
3.     proses perniagaan sebuah kilang televisyen
4.     Huraikan lima persekitaran umum yang mempengaruhi industry perabot Malaysia
5.     Huraikan kepentingan persekitaran tugas kepada sebuah kolej swasta.
6.     Huraikan tanggungjawab sebuah hospital swasta kepada persekitaran tugasnya.
7.     Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan pengeluaran di Malaysia
8.     Huraikan aktiviti perniagaan berasaskan perkhidmatan di Malaysia
9.     Huraikan proses penubuhan sebuah koperasi
10.  Huraikan peranan sector swasta dan sector awam dalam perkembangan perniagaan
11.  Loya Bakeri  merupakan sebuah perniagaan yang sedang berkembang pesat. Pn Loya sedang menghadapi masalah untuk mengekalkan perniagaannya sebagai milikan tunggal. Dia bercadang untuk membuka beberapa cawangannya. Beliau sedang memikirkan untuk menubuhkan sebuah syarikat sendirian berhad tetapi tidak pasti akan keberkesananya.
Anda dikehandaki
  1. Jelaskan kelemehan-kelemahan milikan tunggal yang mungkin dihadapi oleh Pn Loya
b.    Berikan nasihat anda kepada Pn Loya tentang cadangan beliau untuk menubuhkan syarikat
sendirian berhad bagi mengendalikan bakerinya.

Bab 2: Pengeluaran
1.     Huraikan lima cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus pengeluaran kilang buku.
2.     Huraikan tiga rekabentuk pengeluaran
3.     Huraikan empat jenis pengeluaran
4.     Huraikan lima jenis alat kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan buku.
5.     Huraikan pendekatan kawalan kualiti yang boleh digunakan oleh sebuah perniagaan pengeluaran minuman ringan
6.     Huraikan lima factor yang mempengaruhi pemilihan lokasi sebuah hotel

Bab 3: Pemasaran
1.     Huraikan proses pembelian barang pengguna
2.     Huraikan pembelian barang industri
3.     Huraikan proses pembelian barang baru oleh pengguna
4.     Huraikan proses pemasaran
5.     Huraikan empat strategi pertumbuhan pasaran
6.     Huraikan lima factor yang mmepengaruhi gelagat pengguna
7.     Huraikan empat asas pemetakan pasaran yang boleh digunakan oleh pemasar
8.     Huraikan empat jenis pendekatan pemasaran
9.     Huraikan tiga strategi menyasarkan pasaran
10.  Huraikan strategi perletakan harga yang boleh digunakan oleh sebuah perniagaan makanan ringan
11.  Huraikan kitaran hayat produk
12.  Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penetapan harga
13.  Huraikan tiga pendekatan penentuan harga secara umum
14.    Huraikan penentuan harga produk baru
15.  Huraikan konsep dan tujuan komunikasi pemasaran bersepadu (IMC)
16.  Huraikan campuran promosi yang boleh digunakan oleh pemasar

Bab 4: Kewangan
1.     Pentafsiran penyata kewangan sesebuah syarikat, perbandingan dengan industri
2.     Penyediaan bajet dan cara menguruskan lebihan/ kurangan tunai
3.     Huraikan lima pihak berkepntingan terhadap penyata kewangan sesebuah perniagaan
4.     Huraikan tiga penyata kewangan
5.     Huraikan jenis sumber dana mengikut jangka masa panjang
6.     Huraikan jenis sumber dana mengikut jangka masa pendek
7.     Huraikan empat prinsip takaful
8.     Huraikan empat prinsip insurans

Bab 5: sumber manusia
1.     Huraikan proses pengambilan sumber manusia oleh sesebuah syarikat.
2.     Huraikan bentuk ganjaran yang boleh dibayar oleh sesebuah syarikat.
3.     Terangkan cabaran pengurusan sumber manusia
4.     Huraikan proses perancangan sumber manusia
5.     Huraikan kaedah menentukan keperluan sumber manusia
6.     Huraikan faktor-faktor penentuan keperluan sumber manusia
7.     Huraikan proses pengambilan
8.     Bincangkan tiga jenis program latihan  yang boleh dilaksanakan oleh sebuah bank.
9.     Jelaskan
a.     maksud penilaian prestasi 
b.    kepentingan penilaian prestasi kepada sesebuah organisasi
10. Huraikan kaedah-kaedah penilaian prestasi
11. Terangkan  ciri-ciri penilaian prestasi yang berkesan
12. Terangkan  masalah dalam penilaian prestasi
13. Huraikan penentu pampasan sesebuah organisasi
14. Huraikan proses tindakan disiplin yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi
15. Huraikan masalah dalam tindakan disiplin
16. Huraikan jenis-jenis hukuman berkaitan disiplin.
17. Huraikan skim kemudahan penamatan perkhidmatan yang boleh digunakan oleh sesebuah organisasi.



Good luck students