Sunday, November 1, 2015

Soalan Ramalan dan Soalan Target Ekonomi Asas SPM 2015 Bahagian 2

Tingkatan Lima

Bab 1: Wang, bank dan institusi kewangan bukan bank

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Wang






Bank pusat




Bank perdagangan




Bank Islam









IKBB













1.Nyatakan lima ciri wang  di atas (5m)
- Penawaran terhad
- mudah dibahagikan
- nilai stabil
- mudah dibawa
- tahan lama
Televisyen Songsong
Harga tunai : RM2 000
Bulanan : RM160

 
 






2.Terangkan fungsi wang dalam iklan di atas. (4m)
Alat ukuran nilai- harganya RM2000
Alat bayaran tertunda- bulanan RM160

3.Nyatakan tiga kesan kenaikan kadar faedah (3m)
Pinjaman masyarakat ______________________.Penawaran wang _________________________. Permintaan ______________________________

4.Nyatakan tiga kesan penurunan kadar rizab berkanun (3m)
Pinjaman masyarakat ______________________.Penawaran wang _________________________.Permintaan ______________________________

5.Bandingkan akaun semasa dengan akaun simpanan  tetap (6)
Persamaannya – kedua-duanya disediakan oleh bank perdagangan
Perbezannya
Akaun semasa
Akaun simpanan tetap
Tiada faedah

Simpan keluar bila- bila masa

Diberi penyata bank



6. Perbualan berikut antara Datuk Malek, pemilik sebuah kilang perabot dengan pengurus kewangannya Encik Danial.
Datuk Malek : Bagaimana prestasi kewangan syarikat kita.
Danial           : Kita ada baki di akaun semasa Bank Duta Berhad sebanyak RM16 000 tapi ia tak cukup. Kita  
                        kekurangan tunai sebanyak RM60 000.
Datuk Malek : Macam mana nak selesaikannya?
Danial           : Tak ada masalah tuan, kita boleh keluarkan wang lebih daripada akaun semasa kita.
Jelaskan bentuk pembiayaan yang akan digunakan oleh syarikat ini.

Overdraf
-       Untuk pemegang akaun semasa
-       Keluarkan wang lebih daripada baki simpanan
-       Ada had
-       Tidak memerlukan cagaran
-       Dikenakan faedah yang tinggi
-       Dikenakan faedah untuk jumlah overdraf yang digunakan sahaja.
Untuk mengurangkan penggunaan wang tunai, pihak pengurusan syarikat Jaya telah bercadang untuk menggunakan kemudahan pembayaran yang disediakan oleh bank perdagangan.
6.Terangkan mana-mana tigas kemudahan pembayaran tersebut. (6m)
Cek-Syarikat Jaya boleh membuat dan menerima bayaran.
Perintah sedia ada-Arahan kepada bank oleh pelanggan meminta bank buat bayaran tetap secara berulang.Contohnya bayar sewa/ ansuran pinjaman kereta
Debit langsung.Arahan kepada bank oleh pelanggan meminta bank buat bayaran dalam apa jua jumlah apabila bil dikemukakan.Contohnya bayar bil elektrik



                                                                                Mengeluarkan matawang

                                                                                Jurubank kepada kerajaan
Bank Negara Malaysia
                                                                                Jurubank kepada bank perdagangan

                                                                                  X
                                                               
                                                                                Menjaga kestabilan ekonomi



7. Rajah di atas menunjukkan fungsi sebuah institusi kewangan di Malaysia.

i.              Apakah institusi kewangan tersebut?
ii.             Jelaskan fungsi bertanda X


i.              Bank pusat @ Bank Negara Malaysia
ii.             Menjaga kestabilan nilai matawang. Ia dilakukan dengan memastikan nilai sandaran dalam bentuk rizab antarabangsa sentiasa mencukupi, menyokong Ringgit Malaysia di pasaran wang antarabangsa dan mengawal inflasi


8.Bank pusat ialah jurubank kepada bank perdagangan. Jelaskan (6m)
Sebagai jurubank kepada bank perdagangan, bank pusat menjalankan tugas berikut.
Menjaga rizab berkanun- rizab berkanun ialah simpanan wahjib bank perdagangan di bank pusat berdasarkan jumlah deposit yang diterimnya.
Sebagai sumber pinjaman terakhir- Bank perdagangan yang menghadapi masalah kekurangan tunai boleh meminjam dariupada bank pusat.
Menyediakan akaun penjelasan- temnpat dimana pertukaran cek antara bank perdaganagan dilakukan.

9.Bank pusat ialah jurubank kepada kerajaan. Jelaskan (10m)
Menguruskan akaun kerajaan iaitu menyimpan deposit hasil kerajaan dan  membuat pembayaran bagi pihak kerajaan.
Mengurus hutang negara iaitu bank pusat akan mendapatkan  pinjaman dari sumber  dalam atau luar negeri untuk membiayai masalah kekurangan hasil kerajaan.
Memberi pendahuluan sementara kepada kerajaan jika hasil kurang  daripada perbelanjaan kerajaan.
Mengurus perniagaan pertukaran asing bagi pihak kerajaan
Menjadi penasihat kepada kerajaan dalam pelaburan kerajaan.

Encik Saiful dan Encik Rajan telah membuka sebuah firma guaman dan bercadang untuk membeli sebuah bangunan baru bernilai RM200 000 melalui pembiayaan bank Islam Malaysia Berhad. Mereka juga bercadang untuk membuka akaun semasa di bank tersebut. Encik Rajan juga ingin menyimpan wang tunai sebanyak RM100 000 di bank yang sama untuk mendapat pulangan
10.Nyatakan dan terangkan prinsip perbankan Islam yang akan digunakan oleh bank tersebut untuk perkhidmatan di atas. (9m)
Membeli bagunan. Bai Bithaman Ajil bermaksud bayaran secara tertangguh iaitu secara ansuran. Bangunan akan dibeli oleh bank Islam dan dijual semula dengan harga yang lebih tinggi termasuk margin keuntungan. Harga pembelian bangunan itu boleh dibayar secara ansuran.
Akaun semasa- Wadiah. Bank bertindak sebagai pemegang amanah dan tiada pulangan dibayar kepada pemegang akaun tetapi mungkin diberi hibah
Akaun pelaburan-Mudharabah bermaksud perjanjian perkongsian keuntungan. Bank akan melabur wang Encik Rajan dan keuntungan yang diperoleh akan dikongsi bersama antara bank dan Encik Rajan. Kerugian akan ditanggung oleh Encik rajan kecuali kerugian akibat kecuaian bank.





11.Kejatuhan nilai RM  membebankan rakyat kerana harga barang dan  perkhidmatan terus meningkat.
   Terangkan mana-mana tiga langkah bank pusat untuk mengatasi masalah  tersebut. (9m)
Menaikan kadar faedah. Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun dan penawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkan permintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurun
Menaikan kadar rizab berkanun . Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun dan penawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkan permintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurun
Menaikan kadar rizab tunai . Ini menyebabkan pinjaman orang ramai menurun dan penawaran wang dalam ekonomi menurun. Kuasa beli menurun menyebabkan permintaan terhadap barang dan pkhidmatan menurun

12.Bandingkan bank perdagangan dengan bank saudagar  (6)

Persamaannya
-       Kedua-duanya menerima deposit
-       Kedua-duanya bermotifkan keuntungan
-       Kedua-duanya milik swasta

Perbezaannya
Bank perdagangan
Bank saudagar
Menerima deposit semasa, tetap dan tabungan
Menerima deposit tetap sahaja
Pelanggannya orang ramai
Pelanggan syarikat korporat
Ada menyediakan kemudahan pembayaran seperti cek
Tidak menyediakan kemudahan pembayaran seperti cek

13.Bandingkan bank perdagangan dengan bank pusat
Persamaannya
-       Kedua-duanya menerima deposit
-       Kedua-duanya terlibat dalam aktiviti jual beli matawang asing

Bank perdagangan
Bank pusat
Milik swasta
Milik kerajaan
Menerima deposit daripada orang ramai
Menerima  deposit daripada kerajaan
Ada kemudahan seperti cek
Tiada kemudahan seperti cek











14.Penggunaan kad kredit sebagai alat pembayaran sangat popular di kalangan pengguna.
    Adakah anda bersetuju dengan amalan tersebut? (5m)

Ya. Mudah/ selamat tak perlu bawa wang tunai/ boleh digunakan di dalam dan luar negara/ belian atas talian/ ada mata ganjaran

Tidak. Menggalakkan tabiat hutang/ sukar mengawal perbelanjaan/ pembaziran/ terpaksa bayar faedah

14.
Azman
Awak nak ke mana,  Daud?
Daud
Saya nak buka akaun semasa di ABC Bank. Senang saya nak uruskan aktiviti perniagaan saya.
Azman
Betul tu. Saya pun nak pergi ke ABC bank juga. Saya nak mohon pinjaman RM160 000 untuk pembinaan kilang perabot yang baru. 
Daud
Baguslah tu. Nampaknya tahun depan bertambahlah keuntungan perniagaan awak
Azman
Begitulah harapan saya.

a.     Bagaimanakah penggunaan akaun semasa memudahkan urusan perniagaan  Encik Daud? (3m)
b.     Huraikan jenis pinjaman yang  dimohon oleh  Encik Azman (4m)

a.     Tak perlu guna wang tunai/ mudah/jimat masa kira wang/ selamat
b.     Pinjaman bercagar/ ada cagaran/ bayar secara ansuran/ dikenakan faedah/ jangka panjang


Guru: Apakah langkah yang boleh diambil oleh bank negara untuk
          mengawal inflasi?
Pelajar A: Menurunkan kadar faedah,  cikgu
Pelajar B: Menjual surat jaminan kerajaan, cikgu

15.Adakah kedua-dua langkah yang dicadangkan oleh pelajar tersebut membantu mengurangkan kadar inflasi? Berikan huraian terperinci (7)

Tidak

Langkah pelajar A salah kerana ini menyebabkan jumlah pinjaman meningkat/ simpanan menurun, penawaran wang dalam ekonomi meningkat, kuasa beli/ permintaan meningkat, harga naik.

Langkah pelajar B betul  kerana bank kurang mampu memberi pinjaman/ pinjaman b=kurang, penawaran Wang kurang, kuasa beli/ permintaan kurang, harga menurun.


16.
Aziz:   Aku risaulah Wong. Ada khabar angin menyatakan bank
            pusat akan menaikkan kadar faedah.
Wong: Betul tu Aziz. Harga barang pun makin meningkat. Tapi,
            tindakan bank pusat itu boleh mengatasi masalah
            ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi oleh negara kita.

a.     Apakah masalah ketidakstabilan ekonomi yang dihadapi oleh negara tersebut?
b.     Mengapakah Aziz risau tentang kenaikan kadar faedah?
c.     Jelaskan tiga langkah lain yang boleh diambil oleh bank pusat untuk mengatasi masalah tersebut.

a.     Inflasi
b.     Kenaikan kadar faedah menyebabkan kos pinjaman meningkat/ beban hutang meningkat/ perbelanjaan lain terpaksa dikurangkan
c.     Menaikkan kadar rizab berkanun/ menaikkan kadar rizab tunai/ menjual sekuriti kerajaan/ mengetatkan syarat sewa beli

17.
·         Lebihan permintaan
·         Kenaikan harga barang

      TINDAKAN BNM

Ekonomi stabil

a.     Apakah masalah ketidakstabilan ekonomi tersebut? (1)
inflasi
b.     Nyatakan lima tindakan yang telah diambil oleh BNM   (5)
Menaikkan kadar rizab berkanun,  menaikkan kadar rizab tunai,  menaikkan kadar faedah,menjual sekuriti kerajaan, mengetatkan syarat sewa beli












18. Bagaimanakah Institusi kewangan bukan bank di atas  menggalakkan pelaburan dalam negara? (6m)
Membenarkan pencarum mengeluarkan wang caruman untuk membeli rumah. Ini menggalakkan pelaburan orang ramai dalam sektor hartanah.
Melaksanakan pelbagai projek pelaburan. KWSP melaburkan modal untuk membeli pelbagai aset tetap.
Menyalurkan tabungan untuk pelaburan. KWSP memberi pinjaman   kepada sektor kerajaan dan swasta  untuk membiayai   projek pelaburan. Ia juga membeli sekuriti hutang kerajaan dan sekuriti hutang   korporat.





                                          ATAU 




 19Jelaskan peranan institusi kewangan bukan bank di atas. (4)
-       Menerima deposit
-       Menggalakkan tabungan
-       Menggalakkan pelaburan
-       Membuat pelaburan


20.Bandingkan kedua-dua institusi kewangan di atas
Persamaan antara KWSP dengan BSN ialah
a.     Kedua-duanya dimiliki oleh ________________
b.     Simpanan di KWSP dan BSN dijamin oleh ________________
c.     Pulangan KWSP dan BSN dikecualikan __________________

Perbezaannya
KWSP
BSN















Bab 2: Kegiatan Ekonomi Negara

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Struktur ekonomi







Masalah dan kesan  sektor utama








Faktor perubahan










Kesan perubahan









Hasil kerajaan





Perbelanjaan kerajaan





Tujuan belanjawan





Hutang negara






1. Bezakan sektor utama dengan sektor kedua (4)
Sektor utama
Sektor kedua
Contohnya pertanian
Contohnya perkilangan
Tiada pemprosesan
Ada aktiviti pemprosesan

Struktur ekonomi Malaysia pada masa kini tertumpu kepada sektor kedua dan ketiga berbanding pada awal kemerdekaan.
2. Terangkan mana-mana tiga faktor yang mendorong perubahan struktur ekonomi  seperti dalam perayataan di atas (6m)
Faktor yang menyebabkan   perubahan di atas ialah
i. Langkah mempelbagaikan ekonomi. Kerajaan mempelbagaikan ekonomi dengan memberi tumpuan kepada sektor kedua dan ketiga. (2m)
ii. Kehausan sumber asli negara. Sumber seperti bijih timah semakin pupus dan tidak boleh diperbahrui. (2m)
iii. Galakan industri penggantian import. Kerajaan telah menggalakkan industri penggantian import dan ini telah membantu perkembangan dalam sektor kedua dan ketiga.(2m)
iv. Peningkatan dalam pendapatan negara. Sektor kedua menggunakan tekonogi terkini dan daya pengeluarannnya tinggi. Ini akan meningkatkan keluaran negara(2m)
v. Meningkatkan taraf hidup. Sektor kedua menyerap lebih ramai tenaga buruh. Ini menyebabkan pendapatan masyarakat meningkat dan taraf hidup penduduk turut meningkat(2m)




3. Terangkan kesan pergantungan ekonomi negara kepada sektor utama dari segi gunatenaga                (6m)
Kesan pergantungan ekonomi negara ke atas guna tenaga ialah
i. Pelaburan berkurangan. Pelaburan dalam sektor utama berkurangan kerana pendapatan sektor utama tidak stabil. Ini akan menyebabkan kehilangan peluang pekerjaan dan kadar pengangguran di sektor utama meningkat (3m)
ii. Penghijrahan penduduk desa. Kekurangan peluang pekerjaan dalam sektor utama menyebabkan penduduk desa berhijrah ke bandar. Ini kerana aktiviti perkilangan dan perkhidmatan tertumpu di bandar(3m)












4.
a.     Nyatakan sektor  yang ditunjukkan oleh rajah di atas.
b.     Nyatakan tiga masalah yang mungkin dihadapi oleh sebuah negara yang bergantung kepada sektor di atas.
a.     Sektor utama
b.     Peluang pekerjaan terhad, merugikan imbangan dagangan, harga komoditi tidak stabil













5.  a. Nyatakan sector ekonomi untuk aktiviti di atas. (1m)
b. Berikan dua ciri sector ekonomi tersebut (2)
c.  Nyatakan tiga sumbangan sector ekonomi tersebut kepada   ekonomi Malaysia (3)

a.     Sektor utama
b.     Tiada pemprosesan, menghasilkan bahan mentah
c.     Peluang pekerjaan, sumber bahan mentah, sumber makanan, kurangkan import 

Sejumlah 25.7 juta pelancong asing mengunjungi negara ini tahun 2014 dengan merekodkan perbelanjaan sebanyak RM65.44 bilion berbanding RM60.56 bilion pada 2013. Menteri pelancongan dan kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri berkata sektor pelancongan menjadi penyumbang keenam terbesar kepada pendapatan negara kasar sepanjang tahun lalu.
6.
a.     Nyatakan sektor ekonomi di atas
b.     Hitungkan peratus peningkatan perbelanjaan pelancong asing di Malaysia pada tahun 2014 berbanding 2013.
c.     Adakah anda bersetuju bahawa kemasukan pelancong asing membawa kebaikan kepada negara kita? Jelaskan








7. Baru-baru ini kerajaan telah menurunkan kadar cukai pendapatan individu. Terangkan kesannya ke atas ekonomi negara. (5m)
Kesannya ke atas ekonomi negara ialah
a._________________________boleh guna individu akan ________________
b. _______________________beli meningkat
c. Permintaan terhadap barang dan perkhidmatan _____________________
d. Pengeluaran barang dan perkhidmatan ____________________________
e. Peluang____________________________meningkat

8. Kerajaan telah menghapuskan pemberian subsidi untuk industri gula di Malaysia.
    Jelaskan tiga kesan daripada tindakan kerajaan tersebut kepada pengeluar gula. (3)
-       Kos pengeluaran meningkat
-       Harga gula meninglkat
-       Permintaan gula menurun
-       Keuntungan pengeluar menurun

9. Perkembangan pesat dalam sektor kedua dan ketiga menyebabkan pelaburan asing di negara kita semakin
     meningkat.
     Apakah kesan yang berlaku ke atas ekonomi negara akibat peningkatan pelaburan di atas?















Sektor ekonomi
RM Juta
Pertanian, perhutanan dan perikanan
12,400
Perlombongan dan kuari
8,500
Perkilangan
30,400
Elektrik, gas dan air
3,450
Pembinaan
4,670
Pengangkutan, penyimpanan dan perhubungan
7,100
Perdagangan borong, hotel dan restoren
14,240
Kewangan ,insurans dan  hartanah
4,750
Perkhidmatan kerajaan
11,800
Perkhidmatan lain
900
10.Berdasarkan jadual di atas, hitungkan nilai keluaran mengikut sektor utama, sektor kedua dan sektor ketiga  (9m)
Sektor utama:

Sektor kedua:

Sektor ketiga

Pelajar A: Cikgu, Ekonomi Malaysia kini tumpu kepada sektor perkilangan dan perkhidmatan berbanding 40  
                 tahun yang lepas. Bukankah sektor utama lebih baik?
Guru       : Tidak semestinya. Ada banyak kesan baik daripada perubahan ekonomi itu.
Pelajar B: Kalau kita bergantung kepada sektor utama, banyak masalah kan cikgu.
11. a.Nyatakan lima kesan baik yang dimaksudkan oleh guru tersebut?
- peluang pekerjaan meningkat, taraf hidup meningkat, pendapatan masyarakat meningkat, pelaburan asing meningkat, pendapatan negara meningkat

b. Adakah anda bersetuju dengan pendapat pelajar B?
    Berikan alasan anda.
Ya, harga barang utama tidak stabil, merugikan imbangan dagangan, peluang pekerjaan terhad, sumber asli berkurangan

Aziz: Kita bernasib baik sebab ekonomi kita bergantung kepada sektor kedua dan ketiga. Kalau bergantung
           kepada sektor utama , banyak masalah yang dihadapi oleh negara kita
Vincent: Tapi Aziz,  sektor utama pun banyak memberi  sumbangan kepada kita.

12. a. Nyatakan masalah yang dimaksudkan oleh Aziz (4)
      b. Adakah anda bersetuju dengan pendapat Vincent?
          Berikan alasan anda
-       Sumber bekalan bahan mentah, peluang pekerjaan, sumber makanan, mengurangkan import




Cukai pendapatan syarikat                32750
Duti eksport                                         2350
Cukai pendapatan petroleum            35450
Cukai eksais                                        4400
Cukai jualan                                         1200
Cukai tanah                                            400
Duti setem                                               300
Cukai perkhidmatan                               300
                    Hasil cukai kerajaan (RM juta)

13. Berdasarkan jadual di atas, hitungkan
a.     cukai langsung  (5m)

b.     cukai tidak langsung (5m)











     



Bab 3: Hubungan Ekonomi Antarabangsa
















a.     Hitungkan jumlah cukai langsung
b.     Hitungkan jumlah cukai tak langsung
c.     Nyatakan jenis belanjawan negara. Buktikan




Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Perdagangan antarabangsa


Imbangan perdagangan dan pembayaran


Pertukaran asing







KPA






Kesan perubahan KPA





Kesan perubahan eksport dan import











1.     Maklumat di bawah berkaitan dengan aktiviti  perniagaan syarikat Manora Berhad.
Syarikat Manora Berhad merupakan pengeluar perabot kayu terbesar di Selangor. Hampir 60 % keluaran syarikat ini di pasarkan di Malaysia dan bakinya dieksport ke negara Amerika Syarikat..Syarikat ini juga bercadang untuk mengeksport perabot keluaran syarikat ini ke negara Jepun mulai tahun ini.

a.     i. Kenalpasti dua jenis aktiviti perdagangan yang dijalankan oleh syarikat Manora Berhad.  (2)
              ii. Bandingkan dua jenis akviti perdagangan tersebut.  (8)

b.     Jelaskan empat masalah yang dihadapi oleh Syarikat Manora Berhad apabila
mengeksport perabot ke negara Jepun. (4)

c.     Kejatuhan nilai ringgit berbanding dolar Amerika mungkin dijangka membawa kesan positif kepada prestasi syarikat Manora Berhad
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas? Berikan alasan anda (4)

a. Perdagangan dalam negeri dan perdagangan antarabangsa.
     Dua persamaan antara kedua aktiviti perdagangan tersebut ialah
    kedua-duanya bermotifkan keuntungan iaitu keluarkan barang dengan kos  yang rendah dan jual semula dengan harga yang lebih tinggi.          
    Kedua-duanya meningkatkan taraf hidup iaitu menyediakan pelbagai pilihan   barang kepada pengguna

Perdagangan dalam negeri
Perdagangan antarabangsa
Menggunakan matawang yang sama
Menggunakan matawang yang berbeza.
Jarak dekat dan kos pengangkutan rendah
Jarak jauh dan kos pengangkutan tinggi

b. masalah yang mungkin dihadapi ialah perbezaan pertukaran asing/ kos pengangkutan yang tinggi/ masalah bahasa/ masalah budaya

c. Eksport barang Manora ke luar negara menjadi murah, permintaan meningkat, jualan meningkat, keuntungan meningkat.

2.  Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas kadar pertukaran ringgit  Malaysia       
      i. Jabatan Perkhidmatan Awam Malaysia menghantar 60 pelajar Malaysia untuk melanjutkan pelajaran  di universiti terkemuka di Amerika Syarikat tahun ini. (3)   
     ii.  Eksport makanan halal Malaysia ke negara China telah meningkat sebanyak 15%. (3)

i. Penawaran ringgit meningkat . Permintaan RM tidak berubah. Berlaku lebihan penawaram ringgit. kadar pertukaran ringgit Malaysia akan menurun.
ii. Permintaan ringgit meningkat.Penawaran ringgit tidak berubah  Berlaku lebihan permintaan ringgit. Kadar pertukaran ringgit akan meningkat.

3.Bandingkan tarif dengan kuota (4m)
Persamaannya – kedua- duanya  merupakan sekatan perdagangan dan kedua-duanya mengurangkan import
Perbezaannya
Tarif ialah cukai ke atas barang import manakala kuota ialah sekatan ke atas kuantiti barang yang boleh diimport.
Tarif membawa hasil kepada kerjaan manakala kuota tidak membawa hasil kepada kerajaan



Mata wang asing
Tahun
2013
2014
Dolar Singapura
0.43
0.41
Pound Sterling
0.15
0.18

Jadual di atas menunjukkan perubahan kadar pertukaran asing bagi setiap ringgit Malaysia berbanding Dolar Singapura dan Pound Sterling pada tahun 2013 dan 2014.

4.  a. Tentukan kadar pertukaran antara dolar Singapura dengan Pound Sterling pada tahun 2013   (2m)
     b. Terangkan kesan  ke atas imbangan dagangan Malaysia akibat  perubahan kadar pertukaran asing pada tahun
         2013  berbanding tahun 2012                                                                                (8m)

 a. S$1 = ₤0.35
 b. Nilai Ringgit Malaysia telah menurun berbanding dengan dolar Singapura.
 Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Singapura menurun dan jumlah eksport Malaysia kesingapura meningkat. Jumlah import dari Singapura akan menurun kerana harganya meningkat. Imbangan dagangan Malaysia menjadi positif kerana jumlah nilai eksport lebih daripada jumlah nilai import.
Nilai Ringgit Malaysia telah meningkat berbanding dengan pound Sterling.
 Ini menyebabkan harga eksport Malaysia di Britain meningkat dan jumlah eksport Malaysia ke Britain  menurun. Jumlah import dari Britain akan  meningkat kerana harganya menurun. Imbangan dagangan Malaysia menjadi negatif kerana jumlah nilai import lebih daripada jumlah nilai eksport.

5.Kenalpasti matawang yang diperlukan untuk setiap urusniaga perdagangan antarabangsa di bawah
i.              Jepun mengimport perabot dari Malaysia                                                           (RM)
ii.             Iran memesan lebih banyak minyak sawit dari Malaysia                                        (RM)
iii.            Keluarga Firdaus melancong ke Thailand                                                                   (Baht)
iv.            Syarikat Setia mengimport 1000 tan kayu balak dari Indonesia                           (Rupiah)

6.Kenalpasti jenis sekatan berikut
Pernyataan
Jenis sekatan
Kereta import dikenakan cukai import sebanyak 60%
Tarif
Pengeksport perabot kayu Malaysia menerima bantuan kerajaan untuk pembelian jentera sebanyak RM5 juta
Subsidi eksport
Pengimport Malaysia dibenarkan memiliki matawang asing maksimum sebanyak RM1 juta
Kawalan tukaran asing
Larangan import bahan kimia beracun
Embargo
Permit import kereta dibekukan
Sekatan bukan ekonomi
Pada tahun 2012, jumlah import kereta yang dibenarkan oleh kerajaan ialah sebanyak 1000 unit
Kuota


Jumlah Dagangan Malaysia dengan USA pada tahun 2011 ialah RM121.18 billion. Daripada jumlah ini eksport Malaysia ialah sebanyak RM78.76 billion.Eksport Malaysia ke USA pada tahun 2012 dijangka meningkat sebanyak 11.3 % berbanding tahun 2011. import Malaysia dari USA  pula dijangka meningkat sebanyak 22%  pada tahun 2012  berbanding tahun 2011.

7.Berdasarkan maklumat di atas, hitungkan yang berikut:

a.     jumlah import Malaysia pada tahun 2011
b.     nilai eksport Malaysia pada tahun 2012


c.     nilai import Malaysia pada tahun 2012

d.     imbangan dagangan Malaysia pada tahun 2012


KUALA LUMPUR 4 Julai - Jumlah perdagangan Malaysia bagi tempoh lima bulan pertama tahun ini berkembang 6.2 peratus kepada RM538.59 bilion berbanding tempoh yang sama tahun lalu.

Menurut Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI), prestasi positif itu disokong oleh pertumbuhan kukuh di rantau Asia khususnya negara-negara ASEAN, China, Jepun dan India.
Katanya, eksport Januari- Mei 2012 meningkat 3.9 peratus kepada RM290.24 bilion manakala import meningkat 8.9 peratus kepada RM248.35 bilion.

Di antara lima rakan dagang utama, jumlah perdagangan menunjukkan peningkatan pada lima bulan pertama 2012 dengan ASEAN merekodkan pertumbuhan 10.5 peratus atau RM14 bilion, China melonjak 14.1 peratus (RM8.95 bilion) dan Jepun naik 6.2 peratus (RM3.6 bilion) selain India meningkat sebanyak 8.2 peratus.
Utusan Malaysia

8. Berdasarkan petikan akhbar di atas, jawab soalan berikut:

a. Jelaskan tiga kebaikan yang dinikmati oleh Malaysia disebabkan peningkatan perdagangan tersebut.
  i.___________________________________________________
  ii. __________________________________________________
  iii.____________________________________________________

b.Jelaskan tiga keburukan yang mungkin wujud daripada aktiviti perdagangan tersebut.
    i.__________________________________________________
    ii. __________________________________________________
    iii.____________________________________________________

c.Kenalpasti empat rakan dagan utama Malaysia
      __________________, __________________, __________________ dan _____________________

d. Hitungkan dan tafsirkan kedudukan  imbangan dagangan Malaysia untuk  tempoh Januari hingga Mei 2012.

Imbangan dagangan = Jumlah nilai eksport nampak – nilai import nampak

                                    RM _________ billion – RM ___________ billion
                                       
                                        = RM __________________biliom

Malaysia mencatat imbangan dagangan ___________________

9. Malaysia bercadang untuk mengurangkan tarif untuk semua kereta import sebanyak 15%.
      Jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut kepada
a.     Pengeluar kereta tempatan (4)



b.     Ekonomi negara (4)

Ali : Aku tak faham dengan dasar kerajaan ni. Kenapa kerajaan  mengenakan cukai yang tinggi untuk kereta import?
Wong: Tindakan kerajaan itu ada kebaikannya

11.Adakah anda bersetuju dengan pendapat Wong?
     Berikan alasan anda. (5)




Jenis sekatan A
Pada tahun 2013, jumlah gula mentah yang dibenarkan import adalah sebanyak 200 juta tan
Jenis sekatan B
Perabot import dikenakan cukai sebanyak 25%

12.a. Kenalpasti jenis sekatan A dan sekatan B (2)


   b. Bandingkan dua sekatan tersebut.
13. Sekatan perdagangan antarabangsa membawa pelbagai keburukan kepada ekonomi sesebuah negara.
Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?  (5)






Kajian kes 1

Encik Firdaus yang baru besara daripada jawatan pensyarah universiti telah menerima wang ganjaran sebanyak RM300 000 dan pencen bulanan sebanyak RM5 000. Dengan wang ganjaran itu, beliau telah menubuhkan syairkat Firdaus Sports Sdn. Bhd. yang mengeluarkan pakaian sukan untuk murid sekolah.  Pada asalnya syarikat ini bercadang untuk mengeluarkan pakaian sukan dan kasut sukan tetapi terpaksa menangguhkan pengeluaran kasut sukan disebabkan masalah ekonomi.

Beliau sangat gembira kerana permintaan terhadap pakaian sukan syarikatnya semakin meningkat. Tambahan pula kerajaan Malaysia menggalakkan persaingan sihat di kalangan pengeluar. Kerajaan juga memberikan sokongan dengan melancarkan kempen seperti 1 murid 1 sukan yang memberi kesan positif kepada pasaran pakaian sukan. Kerajaan juga melindungi pengeluar pakaian tempatan daripada persaingan pakaian sukan import.Kajian yang dibuat oleh pihak pengurusan syarikat mendapati permintaan terhadap pakaian sukan  syarikatnya mempunyai nilai keanjalan 1.5.Berdasarkan kajian tersebut, Syarikat Firdaus telah menaikkan harga keluaran syarikatnya untuk meningkatkan keuntungan.

Oleh sebab keluaran syarikatnya berkualiiti, syarikat Firdaus bercadang untuk memasarkan keluarannya ke Negara Asia Timur. Walaupun syarikat mungkin menghadapi masalah apabila memasarkan keluarannya ke Negara Asir Timur , Encik Firdaus berpendapat syarikat sedia menghadapi segala halangan tersebut.
               
Berdasar situasi tersebut, jawab soalan-soalan berikut:

(a)   Huraikan dua cara lain wang ganjaran itu boleh digunakan oleh   Encik Firdaus untuk meningkatkan pendapatannya.                                                       [4 markah]
-       Menyimpan di akaun simpanan tetap di bank perdagangan dan menerima faedah
-       Menyimpan di LTH dan menerima bonus
-       Membeli aset tetap seperti rumah dan mendapat sewa.

(b)   Terangkan  masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat Firdaus Sports.               [6 markah]
-       Kekurangan sumber ekonomi manakala projek tidak terhad. Ini menyebabkan syarikat Firdaus membuat pilihan dan memilih pakaian sukan kerana membawa keuntungan maksimum. Kos lepasnya ialah kasut sukan.

(c)   Adakah anda bersetuju dengan tindakan syarikat Firdaus  menaikkan harga keluarannya untuk meningkatkan keuntungan syarikat?
       Beri alasan anda.                                                                                                                       [3 markah]
-       Tidak. Permintaan pakaian sukan anjal. Kenaikan harga menyebabkan jualan merosot dan keuntungannya menurun. Ia sepatutnya menurunkan harga pakaian sukan.

(d)   Huraikan kesan daripada kempen 1 Murid 1 Sukan kepada pasaran pakaian sukan Malaysia.          [4 markah]
-       Permintaan pakaian sukan akan meningkat, penawaran pakaian sukan tetap. Ini menyebabkan lebihan permintaan pakaian sukan dan harga pakaian sukan akan meningkat.

(e)    Jelaskan empat cara kerajaan melindungi pengeluar pakaian sukan tempatan.                   [4 markah]
-       Mengenakan tarif ke atas pakaian sukan import
-       Mengadakan kempen untuk menggalakkan pembelian pakaian sukan tempatan
-       Mengenakan kuota untuk import pakaian sukan
-       Memberi bantuan seperti subsidi untuk pengeluar  pakaian sukan tempatan

(f)    Jelaskan empat masalah yang mungkin dihadapi oleh Syarikat Firdaus apabila memasarkan keluarannya ke negara Asia Timur.                                                                            [4 markah]
-       Masalah bahasa yang berbeza
-       Masalah sekatan perdagangan
-       Masalah jarak menyebabkan kenaikan kos pengangkutan
-       Masalah sukatan dan timbangan yang berbeza







Kajian kes 2

Syarikat Maju ditubuhkan pada 1989 dan merupakan penerbit novel kanak-kanak dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu. Kebanyakan buku terbitan syarikat ini dijual di pasaran tempatan. Walaupun tindakan kerajaan seperti kempen galakan membaca dan kenaikan jumlah pelepasan cukai untuk pembelian buku memberi kesan positif kepada jualan buku syarikat ini, pihak pengurusan khuatir tentang peningkatan kos pengeluaran buku seperti kenaikan harga kertas. Di samping itu syarikat ini juga menghadapi persaingan daripada kemasukan buku import khususnya dari negara China yang berharga murah.

Baru-baru ini , syarikat Maju telah mendapat kontrek untuk menerbitkan buku teks sekolah rendah dan kemudahan kilang yang sedia ada sukar untuk menampung pengeluaran buku teks. Lembaga pengarah syarikat ini meneliti dua cadangan pengurus pengeluaran untuk mengatasi masalah ini.

Cadangan 1:   Membeli mesin baru

Kos pengeluaran meningkat sebanyak RM500 000 dan peningkatan pengeluaran buku dari 100 000  kepada 300 000 sebulan.
Cadangan 2:Menambahkan bilangan pekerja

Kos pengeluaran meningkat sebanyak RM100 000 dan peningkatan pengeluaran buku dari 100 000 kepada 150 000 sebulan.

 Pihak pengurusan memilih cadangan pertama dan membuat pinjaman sebanyak RM5 juta daripada Bank perdagangan untuk membeli mesin baru. Syarikat Maju  telah mencagarkan tanah milik syarikat ini di Sungai Buloh untuk mendapatkan pinjaman tersebut. Pihak pengurusan syarikat ini berharap dengan adanya mesin baru, pengeluaran buku teks akan berjalan lancar dan mampu membekalkan buku teks mengikut jadual.

Berdasarkan kajian kes di atas, jawab soialan berikut:
a.     Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas pasaran buku tempatan
i.              kerajaan melancarkan kempen membaca buku (3m)
ii.             peningkatan kos pengeluaran buku (3m)
i. Permintaan buku meningkat manakala penawaran buku tidak berubah. Wujud lebihan permintaan menyebabkan harga buku meningkat.
ii. Penawaran buku menurun manakala permintaan buku tidak berubah. Wujud lebihan permintaaan menyebabkan harga buku meningkat.

b.     Nyatakan dan terangkan dua langkah kerajaan untuk mengurangkan kemasukan buku dari negara china. (4m)
Mengenakan tarif iaitu cukai ke atas buku import.
Memberi subsidi kepada pengeluar yang boleh mengurangkan kos dan seterusnya pengeluar mampu jual dengan harga yang rendah.

c.     i. Kenalpasti jenis kos yang dihadapi oleh syarikat Makmur untuk  setiap cadangan berkenaan. (2m)
  ii. Berikan dua ciri untuk setiap kos tersebut. (4m)
 iii. Hitungkan kos sut untuk setiap cadangan tersebut. (2m)
i. Beli mesin baru ialah kos tetap dan mengambil pekerja ialah kos berubah
ii. Kos tetap perlu ditanggung walaupun tiada output dikeluarkan, ia tidak berubah ikut bilangan output. Kos berubah tidak perlu ditanggung jika tiada output dikeluarkan dan ia berubah ikut bilangan output.
iii. Kos sut apabila beli mesin RM500 000/ 200 000 = RM2.5
     Kos sut apabila tambah bilangan pekerja RM100 000/ 50 000 = RM2


d.    i. Nyatakan jenis pinjaman yang dimohon oleh syarikat Maju. (1m)
      ii. Terangkan tiga tujuan syarikat itu membuat pinjaman tersebut (6m)
i. Pinjaman bercagar
 ii. Meningkatkan daya pengeluaran. Penggunaan mesin yang dibiayai melalui pinjaman akan menyebabkan  daya pengelkuaran meningkat.
Menambahkan modal perniagaan. Syarikat itu memerlukan modal tambahan  untuk memperbesarkan perniagaannya.
Mengurangkan bayaran cukai. Faedah yang dikenakan ke atas pinjaman  boleh  mengurangkan untung bersih syarikat dan seterusnya cukai pendapatan yang perlu dibayar juga akan berkurangan.














1 comment :