Sunday, November 1, 2015

Soalan Ramalan dan Soalan Target Ekonomi Asas SPM 2015 Bahagian 1

Soalan popular mengikut topik

Bab 1: pengenalan kepada Ekonomi

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Definisi









Masalah ekonomi





Masalah asas ekonomi









Jenis barang




Sistem ekonomi
SEK, SEPP
Islam
SEK,
SEPP
SEK, SEI
SEI

SEC
SEI
SEC
SEC
SEK
SEI
SEPP

1.     Berikan maksud ekonomi (3)
Ekonomi ialah satu bidang sains sosial yang mengkaji bagaimana manusia menggunakan __________________________yang terhad untuk memenuhi ________________________yang tidak terhad.


Malek: Aku sedang  usahakan perniagaan  perabot, Malek. Aku guna pinjaman bank sebanyak RM140 000 dan sewa  sebuah lot kedai di  
             Rawang dengan bantuan tiga orang pekerja
Halim: Wah Halim, lama tak jumpa awak. Awak buat apa sekarang?
  
2.     a. Jelaskan sumber ekonomi dalam situasi di atas.  [4 m]
b. Bolehkah Encik Halim dianggap sebagai usahawan? Jelaskan pendirian anda   [5 m]

a.     -      Usahawan iaitu  Encik Halim
-       Tanah- lot kedai
-       Modal – pinjaman bank
-       Buruh- tiga orang pekerja

b.     Ya, mengusahan perniagaan/ menggabungkan faktor/ menanggung risiko/ mendapat untung.


Sumber ekonomi di negara ini cukup untuk memenuhi segala kehendak rakyat Malaysia

3.      a.     Adakah anda bersetuju dengan pernyataan di atas?
Beri alasan untuk menyokong pendapat anda                                                                           [4 m]

Tidak
-       sumber ekonomi terhad
-       contohnya TBMU
-       kegunaan terhad
-       kehendak manusia tidak terhad
-       kehendak manusia sukar dipenuhi
-       oleh itu sumber ekonomi yang terhad tidak dapat memenuhi kehendak manusia yang tidak terhad


Soalan mirip
Encik  Mano ialah pemilik pasar mini Mano . Beliau mempunyai 1 orang pekerja. Baru-baru ini beliau mendapat pinjaman sebanyak RM30 000 daripada  Bank Rakyat untuk memperbesarkan perniagaannnya

4.     Terangkan sumber ekonomi dalam situasi di atas(6)
Buruh- satu  orang pekerja. Orang yang menyumbangkan tenaga mental dan fizikal. Pemiliknya mendapat upah
Modal-Pinjaman RM30 000. Wang yang digunakan dalam proses pengeluaran. Pemiliknya mendapat faedah
Usahawan-Encik Mano . Orang yang menggabungkan faktor pengeluaran dan menerima untung.

5.     Jadual  di bawah berkaitan dengan syarikat  ITN Berhad
Teknik pengeluaran
Meja komputer (unit)
Kabinet TV (unit)
W
60 000
80 000
X
90 000
75 000

i.              Hitungkan kos lepas apabila syarikat ITN berhad menukarkan teknik pengeluaran W ke X [2 markah]
ii.             Terangkan tiga masalah asas ekonomi yang berkaitan dalam situasi di atas. [6 markah]

i.              Kos lepas ialah 5 000 kabinet TV
ii.             Apa hendak dikeluarkan iaitu meja komputer dan kabinet TV, berapa hendak dikeluarkan iaitu 60 000 meja atau 80 000 kabinet tv, bagaimana hendak dikeluarkan iaitu teknik pengeluaran W atau X
Soalan mirip

Syarikat Melor bercadang untuk menawarkan beras bermutu tinggi dengan menggunakan teknik pengeluaran moden
6. a. Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang belum diselesaikan oleh syarikat tersebut (6)
Berapa hendak dikeluarkan?
Kuantiti beras yang hendak dikeluarkan bergantung kepada permintaan masyarakat.
Untuk siapa dikeluarkan?
Pengguna yang akan membeli beras iaitu golongan kaya atau golongan miskin yang ditentukan melalui kuasa beli.

b. Nyatakan dan terangkan masalah asas ekonomi yang telah diselesaikan oleh syairkat tersebut (4m)
Apa yg hendak dikeluarkan – beras
Bagaimana hendak dikeluarkan- teknik pengeluaran moden


Negara A
sumber ekonomi dimiliki oleh individu dan swasta
Negara B
Sumber ekonomi milik Tuhan

7.a. i. Apakah sistem ekonomi yang diamalkan oleh negara A dan
        negara B?                                                                                      (2m)

b. Jelaskan tiga  kelebihan sistem ekonomi negara B berbanding dengan negara A (6m)

a.     Negara A- sistem ekonomi kapitalis, Negara B- sisten ekonomi Islam
b.     – Persaingan sihat. Tiada pembaziran sumber. Negara A mengamalkan persaingan bebas yang mungkin menyebabkan pembaziran sumber
-       Motif kebajikan masyarakat dan keuntungan. Pihak swasta mengeluarkan barang untuk memaksimumkan keuntungan pada masa yang sama kerajaan memastikan kebajikan masyarakat terjamin . Negara A mengutamakan keuntungan semata-mata.
-       Pilihan bebas asalkan barangan halal. Negara A menggalakkan pilihan bebas tanpa sebarang sekatan yang mungkin membawa masalah sosial.


Modal : RM1 juta
Projek kilang makanan: RM1 juta
Projek Kilang Kasut: RM1 juta
                                           Maklumat Syarikat BBB Berhad
8. a. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh syarikat BBB Berhad?
    b. Bagaimanakah syarikat BBB menyelesaikan masalah tersebut? (6m)
     (kekurangan, pilihan, kos lepas)

Hasil kerajaan: RM10 juta
Projek sekolah sukan: RM10 juta
Projek kompleks sukan: RM10 juta
9.a. Apakah masalah ekonomi yang dihadapi oleh kerajaan?
   b. Bagaimanakah kerajaan menyelesaikan masalah tersebut? (6m)
   (kekurangan, pilihan, kos lepas)


Unit A
Modal     : RM1 juta
Pilihan 1 : Pasar raya
                 RM900 000
Pilihan 2 : Kilang kasut
                  RM1 juta


Unit B
Hasil cukai: RM5 juta
Pilihan 1   : Projek hospital
                   RM4.5 juta
Pilihan 2   : Projek politeknik
                   bernilai RM5 juta

10 a. i. Kenalpasti unit ekonomi A dan B                                                (2m)
        ii. Berikan tiga perbezaan antara unit ekonomi A dan B
      ii. Terangkan bagaimana unit ekonomi A menyelesaikan
          masalah ekonomi yang dihadapinya.                                         (8m)
i.              Unit A- firma. Unit B- kerajaan
ii.             Perbezaan antara unit ekonomi A dan B ialah
Unit ekonomi A
Unit ekonomi B
merancang penggunaan sumber ekonomi untuk mwnghasilkan barang dan perkhidmatan
memerintah sesebuah
Bermotifkan keuntungan maksimum
Bermotifkan kebajikan maksimum
Menyediakan barang ekonomi
Menyediakan barang awam

iii.            Unit A iaitu firma menghadapi masalah kekurangan modal manakala projek yang hendak dijalankan tidak terhad. Oleh itu firma terpaksa membuat pilihan dengan memilih projek yang membawa keuntungan maksimum dengan kos minimum. Ini akan mewujudkan kos lepas iaitu projek kedua terbaik yang terpaksa dilepaskan. Jika firma memilih projek pasar raya, kos lepasnya ialah kilang kasut.



Barang X
Dikeluarkan oleh kerajaan

11 a. Apakah barang X
   b. Nyatakan  tiga ciri lain barang X

12. Bezakan sistem ekonomi Islam dengan sistem ekonomi perancangan  pusat dari segi
    a. Pemilikan sumber
    b. Pilihan
    c. Persaingan
    d. Penentuan harga    (8m)

Sistem ekonomi Islam
Sistem ekonomi perancangan pusat
Sumber ekonomi milik Tuhan


Pilihan tidak bebas
Wujud persaingan sihat


Harga ditentukan oleh kerajaan


13. Jelaskan empat ciri sistem ekonomi kapitalis (4)
- pengguna bebas membuat pilihan
- persaingan bebas antara pengeluar
- pemilikan sumber oleh individu dan swasta
- keputusan ekonomi dibuat oleh sektor swasta


Syarikat Permata Berhad mendapat kontrak kerajaan bernilai RM145 juta untuk  membina sebuah hospital baru di Sabah

14. Adakah hospital tersebut dianggap sebagai barang awam? Berikan alasan anda. [5 markah]
Ya
-       Disediakan oleh kerajaan.
-       Tiada pengecualian penggunaan
-       Tidak dikenakan bayaran

-       Ada kos lepas


Bab 2:Pendapatan dan penggunaan pendapatan individu

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Pekerjaan







Jenis Pendapatan







Sumber pendapatan









Pendapatan bolehguna






Keperluan dan kehendak









Perbelanjaan penggunaan










Belanjawan peribadi




Tabungan, pinjaman dan pelaburan
Pel

Tab
Pel
Pinj



Pinj

Pelaburan


1.      Jadual  di bawah menunjukkan arah aliran guna tenaga dalam sector utama, kedua dan ketiga di negeri X.
Sektor
2000
2010
2015
Utama
30%
20 %
22%
Kedua
20%
30 %
28%
Ketiga
50%
50%
50%

        i. Jelaskan arah aliran guna tenaga dalam sektor utama dan sektor kedua  dalam tempoh tersebut    
            [4 m]
        ii. Berdasarkan faktor pemilihan pekerjaan, mengapakah penyertaan rakyat negeri X  
            dalam sector ketiga paling tinggi?  [4 markah]


2.Jadual di bawah menunjukkan hasil kajian seorang  pensyarah universiti tentang kerjaya pilihan pelajar lepasan kolej di sebuah negara
Sektor pekerjaan  
    Peratus
Perbankan                          
Penternakan                     
Perkilangan                        
Pendidikan                         
Perhutanan                             
Peruncitan                          
Telekomunikasi                  
Carigali minyak         
pembinaan        
28
3
9
14
6
10
10
4
16
Jumlah                                
100
i.              Hitungkan peratus pelajar yang memilih pekerjaan dalam sektor ketiga. (5m)
ii.             Jelaskan tiga sebab sektor penternakan merupakan pilihan kerjaya yang kurang popular berbanding sektor lain. (3m

i.              Peratus sektor ketiga ialah

Perbankan                                      28
Pendidikan                                      14
Peruncitan                                       10
Telekomunikasi                               10

Jumlah                                            62 %    



3. Maklumat berikut berkaitan kemudahan pembiayaan kereta yang ditawarkan oleh sebuah bank 
     perdagangan










i.              Hitungkan bayaran ansuran bulanan.
ii.            Mengapakah Bank mengenakan kadar faedah?


Adam: Banyakkah untung awak menjual ikan keli ni?
Munir: Dapatlah 30 % kalau aku jual 100 kg dengan harga RM6 sekg
4.     Hitungkan jumlah kos dan keuntungan Munir sekiranya menjual 100 kg ikan keli (4m)

Jumlah kos : RM6 x 100 kg x 70%
                   : RM420
                
        Untung = Jumlah hasil –jumlah kos
         100(RM6) – RM420
          RM180

        b. Mengapakah Munir menerima ganjaran berbentuk keuntungan? (4)
         menanggung risiko, usahakan perniagaan ikan keli, idea, gabungkan faktor


5. Bandingkan upah dengan  sewa. (6)
    Persamaannnya: kedua-dua merupakan pendapatan faktor

Upah
Sewa
Diterima oleh buruh
Diterima oleh pemilik tanah
Diterima kerana menyumbangkan tenaga mental dan fizikal
Diterima kerana memberi hak penggunaan kepada orang lain


6.Bezakan pendapatan faktor dengan pendapatan bukan faktor (4)
Pendapatan faktor
Pendapatan bukan faktor
Diterima kerana memberi sumbangan dalam aktiviti
Pengeluaran
Diterima walaupun tidak memberi sumbangan dalam aktiviti pengeluaran
Contohnya  upah
Contohnya pencen

7.  Encik Ridhuan telah mengusahakan tanahnya dengan menanam pokok rambutan. Encik Ridhuan juga memberikan kebenaran kepada Encik Wong untuk mengusahakan sebahagian tanahnya. Encik Wong membuka sebuah ladang kopi. Encik Ridhuan juga bekerja sebagai pemetik buah kopi di ladang Encik Wong .
      Jelaskan jenis pendapatan yang diterima oleh Encik Ridhuan (6)

Menerima untung kerana mengusahakan tanah.
Menerima sewa kerana memberi hak penggunaan tanah kepada orang lain
Menerima upah kerana bekerja sebagai pemetik buah kopi







Encik Lee  bekerja sebagai guru

Cik Melati merupakan pemilik kedai bunga Melati

8.     i. Kenalpasti cara individu di atas memperoleh pendapatan (2)
             ii. Jelaskan dua cara tersebut   (4)

i.              Encik Lee ______________________dengan orang lain dan Cik Melati bekerja _____________
ii.             Individu yang bekerja sendiri akan menerima ____________sebagai
ganjaran dan perlu berani menanggung ______________. Individu yang bekerja dengan orang lain akan menerima _____________ sebagai ganjaran kerana menyumbangkan tenaga ___________ dan fizikal dalam proses _____________________


9.     Nyatakan lima kesan yang mungkin berlaku jika individu gagal merancang perbelanjaannya.

- tabungan berkurang
- pinjaman meningkat
- perkara penting ditangguhkan
- berlaku pembaziran                                                           
- menyebabkan inflasi

 
10.   Rajah di atas menjukkan komponen pendapatan boleh guna seseorang individu.
i.              Kenalpasti  komponen X                                              (1 m)
ii.             Jelaskan dua  jenis butiran dalam  komponen X       (4 m)

X ialah ___________________________________
Ia terdiri daripada
a.     Beli barang tahan lama seperti kereta
b.     Beli barang tidak tahan lama seperti makanan

11.   Bezakan pelaburan dan tabungan (6)

Tabungan
Pelaburan
Baki pendapatan boleh guna yang tidak dibelanjakan.
Akativiti menambah stok modal
Contohnya simpan di bank
Contohnya membeli aset tetap spt rumah
Mendapat pulangan berbentuk faedah
Mendapat pulangan berbentuk untung

12.    

Aktiviti A
Puan Wong menyimpan RM50 000 dalam akaun simpanan tetap di sebuah bank perdagangan

Aktiviti B
Encik Mahmud telah membeli sebuah mesin jahit baru untuk digunakan dalam kedainya

i.              Kenalpasti aktiviti A dan Aktiviti B
ii.             Nyatakan pulangan yang diterima oleh setiap individu di atas daripada aktiviti yang dilakukan.

Pasar Raya KTK telah membeli sebuah bangunan baru tiga tingkat di kajang. Pasar raya ini juga telah membeli barang niaga bernilai RM300 000 . Baru-baru ini lima puluh pekerja telah ditaja oleh pasar raya KTK untuk kursus komputer.
13.   Berdasarkan maklumat di atas,terangkan bentuk-bentuk  pelaburan yang telah  dilakukan oleh pasar raya tersebut                                                                                                                                                                                (6m)
Membeli aset tetap- beli bangunan baru tiga tingkat.
Membeli stok- beli barang berniaga bernilai RM300 000
Melabur dalam sumber manusia- menghantar pekerja untuk kursus komputer


14.   Bandingkan pulangan tabungan dengan pulangan pelaburan (6m).

Persamaannya ialah

Perbezaannya ialah
Pulangan tabungan
Pulangan pelaburan









15.   Encik Azman telah menerima ganjaran sebanyak RM150000 apabila bersara sebagai pengetua sebuah sekolah menengah di Kuala Lumpur.
Cadangkan tiga cara wang ganjaran itu boleh digunakan oleh Encik Azman untuk menambahkan pendapatannya (9m)
Memulakan perniagaan spt kedai buku dapat untung
Membeli asset tetap seperti rumah dapat sewa
Menyimpan dibank seperti dalam akaun simpanan tetap dapat faedah)

16.   Mengapakah sesebuah firma membuat pelaburan? (6m)

-       Meningkatkan produktiviti. Pembelian mesin baru akan meningkatkan daya pengeluaran
-       Meningkatkan keuntungan. Pelaburan akan menigkatkan  pengeluaran dan seterusnya keuntungan firma
-       Mengganti barang modal yang usang. Firma boleh melabur dengan menggantikan mesin dan jentera lama dengan yang baru.

Puan Aliyah  merupakan seorang pesara kerajaan dan menerima pencen bulanan sebanyak RM3600. Beliau juga memiliki dua unit pangsapuri mewah di Ipoh, Perak  dan disewakan dengan sewa bulanan sebanyak RM1800 seunit . Puan Aliyah juga menerima pulangan sebanyak 4.8 % setahun untuk simpanan tetap bernilai RM100 000 di sebuah bank perdagangan. Beliau juga memiliki sebuah butik pakaian dan menerima untung sebanyak RM3 000 sebulan. Puan Amutha juga bekerja sebagai jurulatih sambilan di sebuah pusat latihan dan menerima gaji sebanyak RM1800 sebulan.
17. Berdasarkan situasi  di atas,
i.              Hitungkan pendapatan bulanan Puan Aliyah
ii.             Adakah pencen bulanan sebanyak RM3600 dianggap sebagai pendapatan faktor?
Beri alasan anda


Pendapatan bulanan

Pencen                      RM3 600
Sewa                               3 600
Pulangan simpanan           480
Untung                            3 000
Gaji                                 1 800
Jumlah                          12 480

ii. Tidak, pendapatan bukan faktor / bayaran pindahan/ tidak memberi sumbangan/ tidak perlu bayar cukai


Kes 1
Encik Salleh seorang pensyarah, membuat pinjaman persendirian sebanyak RM20 000 dari Maybank

Kes 2
Syarikat AMBER yang memiliki kilang Kasut AMBER membuat pinjaman sebanyak RM300 000 dari Public Bank
18. Jelaskan tujuan pinjaman dalam kes 1 dan kes 2  di atas.             (11 m)
Dalam kes 1, Encik Salleh sebagai pengguna membuat pinjaman untuk
i. Menghadapi waktu kecesaman seperti kemalangan (2m)
ii. Melanjutkan pelajaran kerana kos pendidikan adalah mahal (2m)
iii. Membeli barang tahan lama seperti perabot yang harganya mahal (2m)
Dalam kes 2, Syarikat AMBER membuat pinjaman kerana
i. Menambahkan modal perniagaan. Dengan adanya modal yang lebih besar, syarikat boleh memperbesarkan perniagaannya(2m)
ii. meningkatkan daya pengeluaran. Syarikat juga boleh menggunakan pinjaman untuk membeli mesin agar daya pengeluaran dapat ditingkatkan. (2m)
iii. Mengurangkan bayaran cukai. Pinjaman menyebabkan syarikat memperoleh untung bersih yang lebih rendah. Ini menyebabkan jumlah cukai pendapatan yang dibayar juga berkurang.(2m)

Bab 3: isirumah sebagai pengguna

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Definisi dan peranan Isi rumah







Hukum permintaan








Penentu permintaan



Keanjalan permintaan







1.              
Puan Malisah merupakan pengurus pemasaran di Syarikat Pertiwi Berhad di Pulau Pinang yang mengeluarkan pelbagai kasut sukan dan menerima gaji sebanyak RM6 000 sebulan. Bulan lepas Puan Malisah telah membeli tiga pasang kasut keluaran syarikat tersebut bernilai RM300 untuk dua anaknya
a.     Kenalpasti unit ekonomi dalam situasi di atas (2)
b.     Jelaskan peranan Puan Malisah dalam ekonomi (6)

a.     Puan Malisah ialah isirumah dan Syarikat Pertiwi ialah firma.
b.     Sebagai pembekal faktor iaitu bekalkan buruh kepada firma dan menerima ganjaran sebanyak RM6000 sebulan.
Sebagai pengguna iaitu membeli tiga pasang kasut untuk memenuhi kehendak/ kepuasan maksimum


2.             Andaikan kerajaan telah menaikkan  kadar caruman pekerja kepada KWSP.
     Apakah kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas permintaan barang berikut?
       i. gula
      ii. perabot import (4)
Pendapatan boleh guna individu akan menurunv. Ini menyebabkan  permintaan gula tidak berubah kerana ia merupakan barang mesti, Permintaan perabot menurun pula menurun kerana ia merupakan barang kehendak.

Jelaskan pergerakan titik V ke W (4m)
Kuantiti diminta barang M telah ____________________
Disebabkan oleh _____________________harga barang M.
Ini berlaku di atas keluk permintaan yang _____________
Diandaikan ______________________________ lain tidak berubah.

Tahun
Jumlah (unit)
2010
2011
2012
44 105
32 890
26 599
4. Berdasarkan jadual ,jelaskan  faktor-faktor yang mungkin menyebabkan perubahan tersebut jualan kereta  tersebut.(4)

Citarasa terhadap kereta menurun
Pendapatan pengguna menurun
Harga penggenap iaitu harga petrol meningkat
Harga pengganti iatu tambang pengangkutan awam menurun
Harga kereta dijangka menurun

5.  Rajah di atas merupakan keluk permintaan kasut Adikdas pada tahun 2013 (Keluk permintaan beralih ke kanan)
i. Apakah yang  ditunjukkan oleh peralihan keluk DoDo ke D1 D1?   (1m)
Permintaan kasut Adikdas telah meningkat
ii. Jelaskan empat sebab berlaku perubahan permintaan itu  (4m)             
-       Musim perayaan menjelang tiba
-       Pendapatan individu telah meningkat
-       Citarasa pengguna terhad kasut Adikdas telah meningkat
-       Harga penggantinya iaitu harga kasut jenama lain meningkat

6. Bezakan barang pengganti dan barang penggenap (6m)
Maksud, hubungan, contoh

Barang pengganti
Barang penggenap








Harga barang X (RM)
Kuantiti diminta barang Y (unit)
5
6
10
12

7. Jelaskan hubungan antara barang X dengan barang Y.

X dan Y merupakan barang pengganti/ mempunyai hubungan langsung/ contohnya teh dan kopi.


Jenis barang
Nilai keanjalan harga permintaan
A
B
1.5
0.3
8. a.Tafsirkan nilai keanjalan setiap barang di atas. (4)
Barang A permintaannya anjal. Perubahan harga ____% menyebabkan perubahan kuantiti sebanyak ___%
Barang B permintaannya tidak anjal. Perubahan harga ____% menyebabkan perubahan kuantiti sebanyak ___%

b.  Terangkan tindakan penjual untuk memaksimumkan keuntungan bagi setiap barang tersebut. (4m)

Barang A - turunkan harga  dan hasil jualan meningkat
Barang B- naikkan harga dan jualan meningkat

           

9. Rajah di atas menunjukkan keluk permintaan  untuk dua jenis barang iaitu  barang A dan barang B.   
      Berdasarkan rajah di atas,  jelaskan jenis keanjalan harga permintaan untuk barang A dan barang B

Barang A permintaan anjal/ keluk permintaan landai/ peratus perubahan kuantiti diminta lebih besar daripada peratus perubahan harga.
Barang B  permintaan tidak anjal/ keluk permintaan curam / peratus perubahan kuantiti diminta lebih kecil daripada peratus perubahan harga

10. Jadual di bawah menunjukkan harga dan kuantiti permintaan untuk barang A dan  barang B

Harga (RM)
Kuantiti diminta untuk
Barang A
Barang B
4
100 unit
100 unit
5
75 unit
90 unit

a.     Barang manakah mempunyai keanjalan  harga permintaan satu ? Buktikan  (3)


b.     Barang manakah mungkin sekali barang mesti? Buktikan (3)


c.     Adakah kenaikan harga barang B meningkatkan hasil jualan penjual? Buktikan (3)



Bab 4: Firma sebagai pengeluar

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Definisi dan peranan firma










Pengeluaran






Kos






Hukum penawaran









Penentu penawaran








Keanjalan penawaran








1.Berikan maksud pengeluaran (3)
Pengeluaran ialah aktiviti menggabungkan  input untuk menghasilkan output. Pengeluaran bertujuan memenuhi keperluan dan kehendak pengguna.


Encik Muhammad bekerja sebagai eksekutif kewangan di Syarikat MTD Berhad dengan gaji bulanan RM4 000. Syarikat MTD mengeluarkan pelbagai alat ganti motorsikal
2. a. Kenalpasti unit ekonomi dalam situasi di atas (2)
    b. Bezakan dua unit ekonomi tersebut (4m)
Syarikat  MTD Berhad - Firma
Encik Muhammad – isirumah
Syarikat MTD Berhad
Encik Muhammad
Merupakan pengguna faktor
Merupakan pembekal faktor
Mengeluarkan barang
Menggunakan barang
Bermotif keuntungan maksimum
Bermotif kepuasan maksimum

Soalan mirip

Berikan maksud firma dan fungsinya.

Firma ialah unit ekonomi yang merancang penggunaan input untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan. Firma bermotifkan keuntungan. Fungsi firma dalam ekonomi ialah menggunakan faktor pengeluaran dan menghasilkan barang dan perkhidmatan.



Input tetap
Input berubah
Jumlah keluaran
Keluaran purata
Keluaran sut
1
0
0
-
-
1
1
10
10
10
1
2
21
10.5
11
1
3
a
11
12
1
4
46
11.5
13
1
5
56
11.2
b
1
6
64
10.6
8
1
7
c
d
4
1
8
68
8.5
e
1
9
f
7.3
-2














3.Jadual di atas menunjukkan fungsi pengeluaran sebuah  firma.
    i.  Tentukan jangka masa pengeluaran dan berikan alasannya. (2)
    ii. Tentukan nilai a,b,c,d, e   dan f (6m)
    iii. Terangkan hubungan antara
a.     input berubah dengan keluaran  purata (3)
b.     input berubah dengan keluaran sut (5)

i.              Jangka pendek sebab ada input tetap
ii.             a = 33, b= 10, c= 68, d= 9.71, e= 0, f= 66

iii.            Antara input berubah 1 hingga 3, keluaran purata semakin meningkat.
Keluaran purata mencapai nilai maksimum pada input berubah yang ke 4
Antara input berubah 5 hingga 9, keluaran purata menurun


Soalan mirip
Terangkan hubungan antara input berubah dengan keluaran purata dan keluaran sut pada tingkat input berubah berikut:
a.     input berubah 1 hingga 4
b.     input berubah 5 hingga 9


Syarikat Zico  Sdn Bhd
Kos tetap      – RM40 000
Kos berubah – RM20 00
Keluaran       – 80 000 unit
Harga seunit – RM0.65/unit






4. Berdasarkan maklumat di atas,
i. Hitungkan kos purata dan jumlah keuntungan atau kerugian syarikat Zico Sdn. Bhd (4m)

5. Berdasarkan rajah di atas, jelaskan pergerakan titik w ke x (4m)
Kuantiti ditawar  barang  telah ____________________ dari 40 unit ke ___________
Disebabkan oleh _____________________harga barang itu dari _________________ke ________________.
Pergerakan ini berlaku di atas keluk penawaran yang _____________
Diandaikan ______________________________ lain tidak berubah.



6. Lukiskan dan bezakan keluk permintaan dan keluk  penawaran (8m)



Mencerun kebawah dari kiri ke kanan
Mencerun ke atas dari kiri ke kanan
Menunjukkan hubungan  __________           antara harga dengan kuantiti diminta
Menunjukkan hubungan ______________                     antara harga dengan kuantiti ditawar
Mempunyai kecerunan ___________
Mempunyai kecerunan _______________

7.Rajah menunjukkan peralihan keluk penawaran untuk kasut jenama Adikdas.

8.Terangkan empat faktor yang menyebabkan peralihan keluk tersebut (8m)
Tingkat teknologi- teknologi canggih
Matlamat pengeluar- firma ingin mencapai jualan maksimum
Harga input- harga getah menurun
Dasar kerajaan- kerajaan mengurangkan cukai

Harga kasut
(RM)
Kuantiti ditawar pada April 2014
(pasang)
Kuantiti ditawar pada Oktober 2014
(pasang)
40
30 000
50 000

9. Jadual di atas menunjukkan kuantiti ditawarkasut sukan oleh  yarikat Tom pada dua jangka masa yang berlainan.
   Terangkan faktor-faktor yang mungkin menyebabkan peningkatan kuantiti penawaran tersebut (6m)




10. Terangkan kesan peristiwa berikut ke atas penawaran perabot firma XYZ.

a. harga kayu getah meningkat


b. Kerajaan memberi subsidi

c. Kerajaan menaikkan cukai untuk perabot


11. Bezakan penawaran anjal dengan penawaran tidak anjal  (6)
Penawaran anjal
Penawaran tidak anjal
Es > 1
Es<1
Peratus perubahan kuantiti > daripada peratus perubahan harga
Peratus perubahan kuantiti < daripada peratus perubahan harga
Keluk penawaran lebih landai
Keluk penawaran lebih curam







Harga (RM)
Kuantiti ditawar kg)
Kuantiti ditawar selepas penurunan sewa ladang (kg)
2
5
P
4
10
Q
6
15
R
8
20
S
 
12. Jadual di atas menunjukkan kuantiti ditawar ayam pada pada  pelbagai tingkat harga. Andaikan sewa ladang telah menurun. Ini  menyebabkan penawaran ayam naik sebanyak              10 kg pada setiap tingkat harga.

a. Tentukan nilai P,Q,R dan S                                            (3)
b.  Lukiskan keluk  penawaran asal dan keluk penawaran baru dalam rajah yang sama. (4)


c. Jelaskan tiga faktor lain yang mungkin menyebabkan peningkatan penawaran
    ayam. (3)
-       Dasar  kerajaan memberi subsidi
-       Tingkat teknologi- penternak guna teknlogi tinggi
-       Matlamat pengeluar ingin mencapai jualan maksimum

13.Rajah  1 dan 2  di atas menunjukkan keluk penawaran sesuatu barang.
      Bezakan perubahan kuantiti barang tersebut bagi kedua-dua rajah di atas. (6m)

Rajah 1
Rajah 2
Merupakan perubahan kuantiti ditawar
Merupakan perubahan penawaran
Disebabkan perubahan harga barang itu
Disebabkan perubahan faktor selain harga barang itu
Pergerakan di atas keluk penawaran yang sama
Peralihyan keluk penawaran ke kiri
Andaian cateris paribus
Andaian harga barang itu tidak berubah

14. Berdasarkan rajah di atas jawab soalan berikut
a.Hitungkan dan tafsirkan  keanjalan harga penawaran untuk
Barang  A

Barang  B

b.Barang yang manakah mungkin sekali barang pertanian? Berikan alasan anda.



Jenis barang
perubahan kuantiti ditawar (%)
Perubahan harga (%)
Kelapa sawit
10
20
Komputer
45
15
15. a. Hitungkan nilai keanjalan barang di atas.
    b. Mengapakah keanjalan penawaran kelapa sawit sedemikian?   (6 m)
 a. Kelapa sawit  : 10/20 = 0.5 (1m)              Komputer       : 45/15 = 3 (1m)

b. Penawaran kelapa sawit tidak anjal kerana ia merupakan barang pertanian. Oleh itu faktor cuaca mempengaruhi pengeluaran barang ini. (2m) Penawaran kelapa sawit juga dipengaruhi oleh faktor masa dimana firma mengambil masa lama untuk mengubah penawaran. (2m).

Bab 5: Pasaran

Subtopik
2005
2006
2007
2008
2009
2010
2011
2012
2013
2014
2015
Definisi pasaran










Pasaran barang


Pasaran faktor









Aliran pusingan







1.Nyatakan tiga syarat kewujudan sesuatu pasaran barang (3)
- ada penjual dan pembeli
- ada barang dan perkhidmatan untuk dijual beli
- ada tingkat harga tertentu.

Keluarga Encik Rajoo suka berbelanja di pasar malam di Taman Bukit Cendawan. Pasar malam diadakan pada setiap hari Sabtu dan terdapat ramai peniaga yang menjual pelbagai jenis makanan. Sebahagian besar pengunjung pasar malam suka membeli murtabak ayam yang dijual oleh Encik Mydin berharga RM2 sekeping
2.    a.    Berdasarkan disituasi di atas, jawab soalan berikut.
i.      Jelaskan ciri-ciri pasaran yang terdapat dalam situasi di atas.                    [4 markah]
ii.    Nyatakan matlamat Encik Rajoo dan Encik Mydin.                                           [2 markah]
i.              Jelaskan peranan Encik Rajoo dan Encik Mydin dalam ekonomi.  [4 markah]




1.     a. Lukis keluk permintaan pasaran
b. Terangkan pembentukan keluk permintaan pasaran


Permintaan pasaran diperoleh dengan menjumlahkan permintaan individu A dan B pada setiap tingkat harga.
Permintaan pasaran pada harga RM2 ialah 19 unit yang ditunjukkan oleh titik p.
Permintaan pasaran pada harga RM4 ialah 9 unit yang ditunjukkan oleh titik q.
Keluk permintaan pasaran diperoleh dengan menyambungkan titik p dan titik q.

Soalan mirip


4. Rajah di  atas menunjukkan keluk permintaan barang X untuk individu A dan Individu B pada pelbagai tingkat harga.
Lukiskan dan terangkan pembentukan keluk permintaan pasaran

-       Pada harga RM1, permintaan pasaran ialah _____ kg yang ditunjukkan oleh titik W
-       Pada harga RM2, permintaan pasaran ialah _____ kg yang ditunjukkan oleh titik X
-       Pada harga RM3, permintaan pasaran ialah _____ kg yang ditunjukkan oleh titik Y
-       Keluk permintaan pasaran dibentuk dengan menyambungkan titik ____, _____ dan _______.
-       Keluk permintaan pasaran mencerun __________dari kiri ke kanan dan menujukkan hubungan ____________antara harga dan kuantiti.


     5.Huraikan keadaan pasaran pada tingkat harga berikut:
i.              RM4   (3m)
Permintaan pasaran ialah ____ unit dan penawaran pasaran ialah ____ unit. Berlaku lebihan ____________ sebanyak __________ unit dan harga cenderung ______
ii.             RM7   (3m)
Berlaku ____________ pasaran kerana permintaan _______dengan penawaran pasaran iaitu sebanyak _____ unit dan harga ________ cenderung ______.
iii.            RM12   (3m)
Permintaan pasaran ialah ____ unit dan penawaran pasaran ialah ____ unit. Berlaku lebihan ____________ sebanyak __________ unit dan harga cenderung ______


Soalan mirip

a.     Jelaskan kesan akhir yang berlaku jika harga ialah RM4. (3m)
Harga akan meningkat. Ini menyebabkan permintaan menurun dan penawaran meningkat sehingga  pasaran mencapai keseimbangan
b.     Jelaskan keadaan pasaran jika harga naik 20% daripada harga keseimbangan.  (2m)
Berlaku lebihan penawaran dan harga akan menurun

Kerajaan telah mengurangkan subsidi gula sebanyak 20 sen sekilo berkuat kuasa pada 29 September 2012
6.  Jelaskan kesan tindakan kerajaan tersebut ke atas pasaran gula.
Penawaran gula _________________, permintaan gula tetap, berlaku lebihan ____________ gula dan harga gula akan ______________


7.Terangkan kesan setiap peristiwa berikut ke atas pasaran kereta persendirian tempatan
i. harga petrol dinaikkan sebanyak 33%
ii. Syarikat kewangan memanjangkan tempoh bayaran balik sewa-beli
iii. Peningkatan dalam teknologi pembuatan kereta  (12m)

i. Kenaikan harga petrol menyebabkan permintaan kereta tempatan ________________ (1) manakala penawaran kereta ____________(1) Ini mewujudkan  keadaan lebihan __________________ (1) dan harga kereta _____________________
ii. Keadaan ini  menyebabkan permintaan kereta tempatan ________________ (1) manakala penawaran kereta ____________(1) Ini mewujudkan  keadaan lebihan __________________ (1) dan harga kereta akan  _____________________
iii. Keadaan ini  menyebabkan permintaan kereta tempatan ________________ (1) manakala penawaran kereta ____________(1) Ini mewujudkan  keadaan lebihan __________________ (1) dan harga kereta akan _____________________


8. Rajah di atas menunjukkan permintaan dan penawaran pasaran buruh.
       Terangkan kedudukan pasaran pada
i.              titik T            (3m)
ii.             titik K            (3m)
iii.            titik L             (3m)

Pada titik T berlaku lebihan penawaran buruh sebanyak 800 orang dan kadar upah akan menurun
Pada titik L berlaku keseimbangan pasaran buruh iaitu permintaan sama dengan penawaran buruh seramai 400 orang dan kadar upah tidak cenderung berubah.
Pada tiitk K berlaku lebihan permintaan buruh sebanyak 400 orang dan kadar upah akan meningkat.

9. Jelaskan  kesan setiap tindakan berikut ke atas pasaran buruh di Malaysia.
Situasi
Permintaan pasaran
Penawaran pasaran
Keadaan pasaran
Kadar upah
Negara Bangladesh meminta semua warga negara Bangladesh yang bekerja di Malaysia pulang ke negara Bangladesh.
Tetap
Turun
Lebihan pm
Naik
Semua lebuhraya di Malaysia akan menggunakan sistem pengutipan tol elektronik sepenuhnya.
Turun
Tetap
Lebihan pn
Turun













9. Rajah di bawah menunjukkan keluk keseimbangan pasaran buruh

Terangkan keadaan pasaran buruh di M dan di Z    (6m)




10.
Kadar upah
(RM)
Kuantiti diminta buruh (orang)
Kuantiti ditawar buruh (orang)
20
25
5
40
20
10
60
15
15
80
10
20
100
5
25

i. Lukiskan rajah keseimbangan pasaran buruh

ii. Huraikan keadaan pasaran pada kadar upah RM100 (4)
Penawaran pasaran ialah 25 orang manakala permintaan pasaran ialah 5 orang. Berlaku lebihan penawaran seramai 20 orang dan kadar upah akan menurun.




11. Bagaimanakah kadar faedah ditentukan dalam pasaran? (6)
- Kadar faedah ditentukan oleh permintaan dan penawaran modal.
- Firma membuat permintaan terhadap modal melalui  pinjaman dpd institusi
  kewangan (seperti bank).Firma dikenakan faedah yang  merupakan kos kepada permintaan modal. Semakin tinggi kadar faedah, semakin rendah permintaan modal dan sebaliknya.
- Wujud hubungan songsang antara permintaan modal dengan kadar faedah.
Modal ditawarkan oleh isirumah  melalui simpanan dibank. Isirumah menerima faedah sebagai ganjaran untuk menawarkan modal.Semakin tinggi kadar faedah, semakin tinggi penawaran modal dan sebaliknya.
Wujud hubungan langsung antara penawaran modal dengan kadar faedah.
- Jika permintaan melebihi penawaran modal kadar faedah akan meningkat
-Jika penawaran melebihi permintaan modal, kadar faedah akan menurun

Soalan mirip


12.Jelaskan kesan kempen tersebut ke atas pasaran modal

Penawaran modal meningkat/ permintaan modal tetap/ berlaku lebihan penawaran modal/ kadar faedah menurun

13. Kenalpasti aliran berikut, sama ada aliran wang atau fizikal
a. Tanah untuk disewa                                                                            Aliran __________________
b. kereta dipamerkan di kedai                                                             Aliran __________________
c. Puan Maimunah beli kereta berharga RM75 000                        Aliran __________________
d. Syarikat Mutiara mengambil 30 pekerja baru                              Aliran __________________
e. Encik Wong menerima dividen daripada syarikat Mutiara      Aliran __________________


14. Berdasarkan rajah di atas, kenalpasti

a.     Unit ekonomi Y
b.     Pasaran X
c.     Aliran 1
d.     Aliran 2
e.     Aliran 3
f.      Aliran 4





No comments :

Post a Comment