Saturday, August 22, 2015

KAJIAN KES REKABENTUK SALURAN AGIHAN DAN KONFLIK : SYARIKAT PENGEDARAN MAJU SENDIRIAN BERHAD

SYARIKAT PENGEDARAN MAJU SENDIRIAN  BERHAD

Syarikat Pengedaran Maju Sendirian Berhad (SPMSB) merupakan pengedar pelbagai produk keperluan pengguna di lembah Kelang. Syarikat ini mempunyai 45 buah lori untuk menghantar barang ke hampir 3 000 peruncit di seluruh lembah Kelang. Kebanyakan barang dibeli secara pukal dari kilang  dan aktiviti memecah pukal dilakukan di gudang SPMSB di Rawang. Barangan ini dibeli secara tunai dan dijual kepada peruncit mengikut terma kredit seperti 7 hari, 14 hari atau 21 hari mengikut keupayaan kredit peruncit . Ada kalanya syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana barng yang dibeli tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna. SPMSB juga membelanjakan wang sebanyak RM100 000 setahun untuk mengiklankan produk di media massa. Pengeluar produk seperti Nestle dan Mamee mendapat faedah daripada SPMSB kerana menyampaikan informasi tentang tahap penerimaan produk di kalangan pengguna. Baru baru ini SPMSB telah menghantar notis guaman kepada sebuah syarikat pengeluar makanan kerana jurujualnya telah mengadakan perjanjian jualan dengan beberapa peruncit di Kuala Lumpur yang juga merupakan pelanggan SPMSB.


a.     Terangkan fungsi saluran pengedaran yang telah dijalankan oleh SPMSB



b.    Terangkan reka bentuk  saluran agihan yang telah digunakan oleh Nestle




c.     Terangkan konflik saluran agihan yang wujud dalam kes di atas.

KAJIAN KES SALURAN AGIHAN DAN PRODUK PENGGUNA - SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD

SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD


Selangor Glass Manufacturing Berhad (SGMB) merupakan pengeluar pelbagai produk buatan kaca di Selangor.  Gelas minuman jenama Sparkle keluaran (SGMB) boleh diperoleh di hampir semua kedai runcit di Malaysia yang dijual dengan harga sekitar RM2 seunit. Syarikat ini juga mengeluarkan pelbagai produk kaca bilik mandi jenama Perfect yang dijual dengan harga sekitar RM60 hingga  RM200 di pusat pameran milik SGMB di pasar raya utama seperti TESCO, GIANT dan AEON di Selangor dan Kuala Lumpur. Anak syarikatnya Unique Glass Handicrafs Sendirian Berhad pula mengeluarkan koleksi kraftangan yang dibuat daripada kaca dengan jenama Sendayu dan produk ini hanya dijual di dua pusat pameran iaitu di KLCC dan Pavilion yang dijual dengan harga RM600 hingga RM12 000 yang dituju kepada pelancong asing dari Amerika dan Eropah.


a.     Huraikan tiga jenis produk pengguna yang dikeluarkan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Produk mudah beli





Produk beli belah 





Produk istimewa






b.      Huraikan tiga jenis agihan dimensi mendatar yang telah digunakan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Pengedaran intensif 




Pengedaran Selektif 




Pengedaran eksklusif 





Wednesday, August 19, 2015

Kajian kes strategi pemasaran dan persekitaran umum

Sensen Electronics Company Limited

Sensen Electronics Company Limited (SECL)  merupakan antara pengeluar terbesar di dunia untuk pelbagai produk elektrik dan elektronik . Nilai jualan SEL mencecah USD195.48 bilion pada tahun 2014 dengan bilangan pekerja seramai 307 000 orang. Kejayaan SECL adalah hasil daripada strategi campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat ini. SECL mengeluarkan  sembilan kategori produk pengguna. Di antaranya ialah peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh  dan  telefon bimbit dengan jenama Sensen. Produk Sensen mempunyai kualiti yang tinggi menyebabkan keyakinan pengguna meningkat. Di samping itu Sensen juga sentiasa memperkenalkan model baru mengikut citarasa dan keperluan pengguna masa kini. Pengguna dapat meninkmati produk berkualiti yang dihasilkan melalui teknologi terkini dapat meningkatkan kepuasan pengguna. Pengguna juga mendapat maklumbalas segera tentang masalah produk mereka dan penyelesaian segera ke atas masalah produk meningkatkan imej produk Sensen.

Sebagai peneraju inovasi dalam pengeluaran telefon bimbit, SECL akan meletakkan harga tinggi untuk model baru yang diperkenalkan di pasaran sebelum produk pengganti diperkenalkan oleh pesaing lain. Tujuannya agar perolehan maksimum dapat dihasilkan sebelum kemasukan produk pesaing dalam pasaran. SECL akan menurunkan harga setelah wujud produk pesaing.  Untuk produk seperti televisyen dan peti sejuk dan penghawa dingin, harga yang ditentukan oleh SECL bergantung kepada pengeluar lain seperti Sony dan LG. Produk SECL dijual melalui kedai ekslusif yang dibuka di pusat membeli belah utama di seluruh negara, pasar raya seperti GIANT, AEON dan TESCO dan kedai-kedai elektrik. Perlantikan pengedar tunggal seperti  Synergy  Sdn Bhd untuk aksesori telefon bimbit memudahkan pengurusan dan kawalan pengedaran di seluruh negara.

Walaubagaimanapun SECL menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin mengugat pencapaian cemerlang syarikat ini. Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% mulai bulan April 2015 memberi kesan negatif kepada jualan syarikat ini. Syarikat Purple  telah mengambilalih kedudukan SECL sebagai peneraju pasaran telefon bimbit dengan produk invovatif seperti Plusphone 7+. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu seperti kenaikan harga dolar Amerika serta masalah ekonomi di Kesatuan Eropah turut memberi impak kepada prestasi SECL.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.    Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh SECL

b.    Huraikan stretgi penentuan harga untuk produk SECL


c.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi SECL