Thursday, January 29, 2015

Kajian kes pengajian perniagaan: fungsi pengurusan - pengurusan alat perancangan - Titik Pulang Modal


Alawiyah merupakan pemilik Wiyah Enterprise yang mengeluarkan rantai kunci bergambar (key chain) untuk pelbagai program syarikat dan agensi kerajaan. Alawiyah telah memperoleh sebuah kontrak syarikat taman tema terkenal di Malaysia untuk menyediakan rantai kunci dan bilangan minimum yang perlu disediakan ialah sebanyak 1000 unit. Syarat utama kontrak ialah Alawiyah perlu menyewa sebuah lot gerai di taman tema berkenaan  dengan sewa tahunan RM6 000.. Alawiyah tidak memerlukan sebarang alatan tetapi dia perlu membeli bahan seperti gegelung plastic bernilai 20 sen  seunit, klip bernilai 10 sen seunit dan kertas photo bernilai 10 sen seunit. Alawiyah bercadang untuk menjual rantai kunci dengan harga RM8 seunit dan dia menjangka boleh menghasilkan 2 500 unit setahun.

Berdasarkan kes di atas,

Soalan 1

Hitungkan

a. Titik pulang modal

b. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 1000 unit rantai kunci

c. keuntungan yang diperoleh jika mengeluarkan 2 500 unit ranta kunci



Soalan 2

Bincangkan kegunaan titik pulang modal sebagai alat perancangan


Jawapan

Soalan 1

a. 

Titik pulang modal :  Kos tetap / harga - kos berubah

Kos tetap: RM6 000

Kos berubah: RM0.40

Harga: RM8


Titik pulang modal :   62 000/ 8-0.4
                                    789 unit

b.

Keuntungan : Jumlah hasil - jumlah kos

                      ( 1000 X RM8 ) - (RM6 000 + 1000 X RM0.40)

                     : RM1 600

c.                  (2 500 X RM8 ) - ( RM6 000 + 2 500 X RM0.40 )
                     : RM13 000

Soalan 2

kebaikan titik pulang modal sebagai alat perancangan

a. Membantu pengusahs membuat keputusan keluarkan sendiri atau beli dan jual semula
b. Membantu  pengusaha merancang jumlah keluaran yang perlu dihasilkan untuk memaksimumkan       keuntungan dan meminimumkan kos
c. Dapat mengawal kos

Kelemahan titik pulang modal sebagai alat perancangan

a. Andaian semua produk akan dijual- mungkin jualan tidak sama dengan jumlah yang dikeluarkan
b. Andaian harga tetap- Harga mungkin berubah seperti harga mungkin 
    diturunkan untuk melariskan jualan
c. Kos berubah mungkin berubah disebabkan diskaun atau peningkatan produktiviti
d. Ia sangat bergantung kepada keupayaan pengusaha  untuk mengira kos dengan tepat.




Etika perniagaan dan tanggungjawab sosial- artikel rasuah terbitan SPRM

file pdfWang Politik dan Politik Wang   08/11/2013 Ps Hairuzzaki Bin Mohd Yusof  
file pdfBersama Kita Hapuskan Rasuah   20/11/2012 Bennard A/L Selvarajo 
file pdfIntegriti Perlu Dicari atau Datang Sendiri   20/11/2012 PPs Muhamad Shariffuddin Shaari 
file pdfRasuah Dalam Politik   20/11/2012 PPs Faridah Mahabob 
file pdfIkan Bilis Ikan Jerung   20/11/2012 Mohd Faizal Bin Awang Senik 
file pdfKejatuhan CPI. Di mana Silapnya   20/11/2012 Khoo Chai Lee 
file pdfRasuah, Antara Persepsi dan Realiti   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfAduan Sampah   20/11/2012 Zatul Yahaya 
file pdfKesedaran Rasuah Rendah   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfBahana Bila Rasuah Menjadi Budaya   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfIsu Dan Cabaran Memerangi Rasuah   20/11/2012 Dato' Ahmad Khusairi bin Yahaya 
file pdfKenapa Harus Di Perangi Pemberi Rasuah   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfKes-Kes Rayuan   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfPerangi Pemberi Rasuah   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat  
file pdfEsei Pencegahan Rasuah 2009 KategoriA (Tempat Pertama)   20/11/2012 Unit Komunikasi Korporat

Friday, January 23, 2015

Tarikh Keputusan Peperiksaan STPM 2014 dan 2015


Peperiksaan


Tarikh

penggal 3  STPM 2014 dan  kerja kursus   

         

28 Januari 2015

Ulangan penggal 1 dan Ulangan penggal 2



9 Februari 2015

penggal 1  2015



16 Februari 2015

Keputusan keseluruhan Stpm 2014



2 Mac bermula 12 tgh hari

Ulangan penggal 3 2014 

                                          

8 April 2015

Sunday, January 18, 2015

KAJIAN KES PENGAJIAN PERNIAGAAN - PERANCANGAN STRATEGIK- ANALISIS SWOT

SYARIKAT MUDIM ENTERPRISE
Perniagaan MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam atau luar negara. Aktiviti utama perniagaan yang dijalankan adalah sebagai pengeluar atau pengilang kicap, sos cili dan cuka. Selain itu juga syarikat ini turut menjalankan aktiviti mempromosi produk keluaran syarikat mereka dan mengagihkan ke dalam pasaran. Bermula awal tahun 2005, MUDIM telah mula memasarkan produk keluarannya sehingga ke seluruh negara. 

Sebelum itu, Syarikat MUDIM hanya memasarkan produk mereka meliputi di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sahaja. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan di luar negara. Hal ini terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. Syarikat MUDIM merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani bin Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMS (Good Manufacturing Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk yang dikeluarkan. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM.

Berdasarkan analisis yang dibuat, syarikat MUDIM merupakan salah satu Industry Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk makanan iaitu kicap, sos, dan cuka. Syarikat MUDIM adalah menguasai industry pengeluaran produk untuk makanan terutama untuk produk seperti kicap dan sos. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM. Syarikat MUDIM berjaya meguasai tiga negeri yang utama iaitu kedah, perlis, dan pulau pinang. Oleh itu, syarikat MUDIM memperolehi keuntungan yang agak tinggi dan pasaran yang agak kukuh dalam ketiga-tiga negeri ini untuk keluaran produk untuk makanan. Disamping itu, syarikat MUDIM adalah salah satu syarikat Industri Kecil dan Sederahana dalam Kedah yang mampu bertahan kepada generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran. Syarikat MUDIM adalah dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani B. Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMP ( Good Manufacturing Practice ) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk. Sehubungan itu, MUDIM telah menghantar wakil syarikat bagi mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak SIRIM demi memantapkan syarikat dalam bidang pengurusan dan kemahiran  ke arah mencapai GMP.


Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi.


(Dipetik dan disesuaikan daripda: http://kicap-mudim.blogspot.com/p/syarikat.html)




Sediakan satu analisis SWOT untuk syarikat Mudim Sdn Bhd.

Perancangan Strategik- Unsur penting, Analisis SWOT dan Soalan

Maksud
Perancangan strategik merupakan salah satu pendekatan pengurusan untuk mencapai kecemerlangan organisasi. Ia dilaksanakan melalui proses penetapan halatuju, pengenalpastian isu-isu strategik serta penggubalan strategi-strategi ke arah pencapaian objektif organisasi yang disasarkan.
Unsur
Visi
          Satu pernyataan yang menyeluruh tentang penubuhan sesebuah organisasi.
          Merupakan wawaasan yang ingin dicapai.
          Merupakan matlamat jangka panjang sesebuah organisasi.
          Ciri-Ciri Visi:
          Ringkas, padat dan jelas
          Realistik dan menimbulkan semangat
          Menjawab persoalan apa, untuk siapa dan bila


Misi
          Tujuan utama sesebuah organisasi ditubuhkan.
          Biasanya misi dinyatakan dalam bentuk yang umum, luas dan memperlihatkan nilai-nilai kepercayaan, keluaran utama, pasaran utama, sifat orang yang memegang kepentingan dalam firma dan masyarakat dan falsafah pengurusan.
          Membentuk identiti dan imej organisasi.
          Misi penting sebagai panduan dan motivasi ahli organisasi – hala tuju yang dikongsi bersama – dapat memfokus usaha.
          Kepada pengurus, ia menjadi ukuran bagi menilai kejayaan organisasi – sejauh mana pengurus berjaya memenuhi misi tersebut melalui usaha pekerja bawahannya.

Objektif
          Merupakan sasaran atau hasil akhir yang cuba/dijangka dapat dicapai oleh sesebuah organisasi – terbentuk daripada misi.
          Biasanya dinyatakan dalam bentuk yang lebih khusus  berbanding misi organisasi – dimensi masa lebih jelas.
          Setiap bahagian atau unit akan menetapkan objektif masing-masing selari dengan misi organisasi.
          Ciri objektif – Spesifik, Boleh diukur, Boleh dicapai, Dikaitkan dengan Ganjaran, Mempunyai tempoh masa.’’SMART”

Strategi
·         Satu rancangan umum yang  menyeluruh
·         untuk mencapai misi dan matlamat organisasi
·         dirancang oleh pengurusan atasan
·         rancangan jangka panjang

Taktik
·         satu pelan operasi yang spesifik.
·         memperincikan bagaimana, bila dan di mana sesuatu strategi itu akan dilaksanakan
·         merupakan rancangan jangka pendek
·         dirancang oleh pengurus pertengahan

Dasar / polisi
·         Garis panduan umum
·         Membantu pihak pengurus membuat keputusan yang tepat dan mengambil tindakan yang sesuai
·         Contoh: dasar pengambilan pekerja, dasar kenaikan pangkat

Prosedur
·         Tatacara/ langkah yang perlu diikuti secara turutan apabila mengambil  sesuatu tindakan dalam situasi tertentu.
·         Ditulis secara formal dalam buku dan dibuat oleh pengurusan atasan.

Standard
·         Satu ukuran piawaian
·         Tentang sesuatu produk/perkhidmatan/ proses pengeluaran
·         Boleh buat perbandingan
·         Tanda aras menepati atau menyimpang dari piawai yang telah ditetapkan.



Analisis SWOT
Satu alat perancangan untuk menganalisis persekitaran perniagaan iaitu elemen dalaman organisasi (kekuatan dan kelemahan) dan elemen luaran organisasi (peluang dan ancaman)





Proses analisis SWOT
SWOT Analysis







Contoh 1: Agensi Kaunseling dan pengurusan Kewangan (AKPK)







Contoh 2: Analisis SWOT Teluk Bayu




Soalan

Dengan menggunakan contoh perniagaan komputer, huraikan bagaimana seorang pengurus boleh menganalisis persekitaran untuk menyediakan rancangan bagi perniagaan tersebut






Thursday, January 15, 2015

i-THINK dalam Pembelajaran dan pengajaran pengajian Perniagaan - Langkah pembinaan dan topik yang sesuai

Penggunaan strategi i-think dalam Pembelajaran & Pengajaran  Pengajian Perniagaan Penggal 2

Langkah Pembinaan dan topik yang sesuai

Jenis peta i-THINK dan langkah pembinaan
Topik berkaitan
PETA BULATAN

Langkah Membina Peta Bulatan
1. Lukiskan sebuah bulatan kecil di bahagian tengah.
2. Tuliskan topik utama yang ingin diperkenalkan dalam bulatan kecil tersebut.
3. Lukiskan sebuah bulatan yang lebih besar mengelilingi bulatan kecil tersebut.
4. Isikan bahagian dalam bulatan besar dengan segala maklumat berkaitan dengan topik tersebut untuk menjana idea (proses sumbangsaran).
5. Lukis bingkai di bahagian luar bulatan besar untuk menyatakan sumber rujukan atau sudut pandangan daripada pelbagai pihak.

1.       Peranan pengurus mengikut Mintzberg
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Gaya kepimpinan
4.       Jenis kepimpinan
5.       Pengurusan stress
6.       Media komunikasi


PETA POKOK

Langkah Membina Peta Pokok
1. Tuliskan tajuk/topik utama di bahagian atas dan gariskannya.
2. Lukiskan garisan untuk mengasingkan topik utama kepada beberapa kumpulan/kategori.
3. Tuliskan setiap kategori pada setiap cabang pengelasan.
4. Senaraikan contoh/penjelasan bagi setiap kategori.
5. Gariskan setiap contoh yang ditulis

1.       Pendekatan pemikiran pengurusan
2.       Kemahiran pengurusan
3.       Peranan pengurus
4.       Jenis perancangan
5.       Alat perancangan
6.       Konsep pengorganisasian
7.       Jenis kuasa
8.       Jenis kepimpinan
9.       Jenis gaya kepimpinan
10.   Jenis kawalan
11.   Jenis keputusan

PETA BUIH BERGANDA

Langkah Membina Peta Buih Berganda
1. Lukiskan 2 bulatan (berwarna biru dan merah) di dua bahagian untuk menulis 2 topik (objek / idea) yang ingin dibandingkan.
2. Tuliskan kedua-dua topik tersebut di dalamnya.
3. Lukiskan beberapa bulatan di sekelilingnya termasuklah di antara 2 bulatan utama.
4. Sambungkan semua bulatan dengan 2 topik utama menggunakan garis lurus.
5. Bagi bulatan (berwarna hijau) yang berada di antara 2 topik, gabungkannya dengan kedua-dua topik untuk mewakili persamaan.
6. Isikan semua perbezaan di dalam bulatan (berwarna kuning atau ungu) yang hanya bersambung dengan 1 topik sahaja.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menujukkan persamaan sahaja atau perbezaan sahaja.
1.       Kecekapan dan keberkesanan
2.       Tahap pengurusan
3.       Jenis perancangan
4.       Struktur organisasi
5.       Jenis gaya kepimpinan
6.       Pemimpin formal dengan tidak formal

PETA ALIR

Langkah Membina Peta Alir
1. Tuliskan tajuk ( peristiwa / langkah)
2. Lukiskan sebuah kotak di sebelah kiri kertas dan isikan dengan langkah pertama untuk menghasilkan / membina / membuat......
3. Lukiskan anak panah mengarah ke sebelah kanan.
4. Lukiskan kotak yang kedua dan isikan dengan langkah seterusnya.
5. Ulangi langkah sehingga tamat proses yang ingin diterangkan.
6. Sambungkan kotak dari kiri ke kanan untuk baris berikutnya (jika perlu)
7. Sekiranya terdapat penerangan selanjutnya, lukiskan kotak kecil di bawah langkah utama berkenaan.
1.       Proses perancangan
2.       Proses pengorganisasian
3.       Proses kawalan
4.       Proses komunikasi
5.       Proses mendengar
6.       Proses membuat keputusan

PETA PELBAGAI ALIR

Langkah Membina Peta Pelbagai Alir
1. Digunakan untuk menerangkan analisis sebab dan kesan.
2. Lukiskan kotak di bahagian tengah dan tuliskan peristiwa yang dikaji.
3. Di sebelah kiri rajah, tuliskan sebab-sebab berlakunya peristiwa tersebut dalam kotak berasingan.
4. Sambungkan setiap sebab dengan anak panah mengarah kepada peristiwa.
5. Tuliskan beberapa kesan daripada peristiwa tersebut dalam kotak di sebelah kanan.
6. Lukis anak panah mengarah ke kotak sebelah kanan.
7. Peta ini juga boleh digunakan untuk menerangkan sebab atau kesan sahaja.
1.       Analisis SWOT
2.       Pengurusan stress
3.       Halangan komunikasi
4.       Analisis tulang ikan
Guru boleh menggunakan kertas atau perisian untuk memetakan i-Think. Antara perisian yang dicadangkan ialah  iMindMap7



(Dipetik dan disesduaikan daripada http://cikgu-zaki.blogspot.com/2014/07/peta-pemikiran-i-think-peta-bulatan.html)

Wednesday, January 14, 2015

TEORI PENGURUSAN- SOALAN KAJIAN KES DAN CONTOH JAWAPAN

Soalan teori pengurusan/ pendekatan pemikiran pengurusan

Soalan 1

Syarikat Minita Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai makanan ringan. Syairkat ini diketuai oleh Datuk Mali yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat ini. Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian dan menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali. Pengurus bahagian diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan mentah. Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja  yang dibahagikan kepada unit tertentu seperti pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan. Datuk Mali merupakan seorang pemimpin yang tegas dan memastikan semua pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang dilakukan.  Hampir  95% pekerja merupakan pekerja yang telah mula bekerja sejak kilang ini beroperasi. Walaupun syarikat Minita  pernah mengalami kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut, Datuk Mali tidak pernah  membuang mana-mana pekerja dan ini meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat ini. Kilang ini juga mempunyai pekerja wanita yang sama banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja diberi peluang yang sama untuk kenaikan pangkat.

a.    Jelaskan prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan dalam syarikat Minita.
b.    Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak terdapat dalam kes di atas.

  
a.    Prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan dalam syarikat Minita
1.    Rantaian Skalar - rantaian autoriti bermula dari atas ke bawah
Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian dan menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali

2.    Pemusatan – pengagihan kuasa mengikut keadaan tertentu atau  Autoriti dan tanggungjawab - kuasa memberikan arahan
Pengurus bahagian diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan mentah

3.    Pembahagian kerja - pengkhususan dalam melakukan kcrja.
Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja  yang dibahagikan kepada unit tertentu seperti pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan

4.    Disiplin - patuh pada peraturan dan undang-undang
Datuk Mali merupakan seorang pemimpin yang tegas dan memastikan semua pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan

5.    Ganjaran - gaji yang adil
Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang dilakukan

6.    Kestabilan Pekerjaan - elakkan pusing ganti pekcrja yang terlalu kerap
Hampir  95% pekerja merupakan pekerja yang telah mula bekerja sejak kilang ini beroperasi. Walaupun syarikat Minita  pernah mengalami kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut,

7.    Kesamarataan - layanan sama rata kepada pekerja
Kilang ini juga mempunyai pekerja wanita yang sama banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja diberi peluang yang sama untuk kenaikan pangkat.

b.    Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak terdapat dalam kes di atas.
  1. Kesatuan Arahan - arahan dari seorang ketua
  2. Kesatuan Tujuan - mempunyai matlamat yang sama
  3. Utamakan Kepentingan umum - tiada kepentingan peribadi
  4. Teratur - peralatan dan pekcrja berada ditempat yang betul
  5. Inisiatif -inisiatif sendiri digalakkan untuk selesaikan tugas
  6. Esprit de Cops - prinsip "bersatu kita teguh" dengan membentuk   keharmonian dan kerja berpasukan

Soalan 2
Seorang  Ketua pegawai Eksekutif kolej swasta bercadang untuk mengaplikasikan prinsip pengurusan birokrasi  dalam pengurusan kolejnya.
Berikan pandangan anda.

Anda boleh menjawab ya atau tidak
Gunakan prinsip birokrasi max weber untuk menyokong jawapan anda
Prinsip-prinsip birokrasi Weber ialah
(i) Pembahagian atau pengkhususan kerja yang akan meningkatkan kemahiran
    pekerja
(ii) Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikordinasikan
(iii) Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam
      membuat keputusan
(iv) Tidak bersifat pilih kasih (jawatan diberi mengikut kemahiran dan kebolehan)
(v) Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi

Soalan 3
Bandingkan teori keperluan Maslow dan teori X dan Y  McGregor.

Berikan persamaan dan perbezaan

Persamaan
Ciri pekerja Y  adalah mirip kepada keperluan peringkat tinggi iaiti keperluan prnghargaan, hasrat diri dan social.
Ciri pekerja X adalah mirip kepada keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan

Perbezaan
Menurut maslow, motivasi pekerja bergantung kepada tahap keperluan.
Menurut McGregor, andaian pengurus terhadap pekerja akan menentukan gaya pengurusan.