Sunday, January 26, 2014

Kuiz pengurusan- pengorganisasian


Wahai pendidik dan pelajar Pengajian Perniagaan . Dah  lama tak updat blog ini kerana kesibukan tugas. 

Di bawah ini ada disediakan kuiz untuk try. Good Luck




Pilih yang betul

1. Pengorganisasian berkaitan dengan
a. Membentuk rancangan strategik

b. pengagihan sumber

c. pencapaian matlamat

d. mengenalpasti penyimpangan

e. pelaksanaan tugas

f. penyusunan sumber dengan cekap

g. membuat tindakan pembetulan



2. Kepentingan pengorganisasian ialah
a. membuat penyelarasan antara jabatan

b. membentuk rantaian arahan

c. menyediakan plan tindakan

d. membentuk carta organisasi

e. menentukan bidang tugas

f. mengagihkan sumber dengan cekap

g. menyediakan pelan strategik



3. Maklumat yang boleh diperoleh dalam carta organisasi ialah
a. nama dan alamat organisasi

b. senarai tugas setiap jawatan

c. bidang tugas

d. pembahagian kerja

e. jenis tugas

f. peringkat pengurusan

g. jangkauan kawalan



4. Bentuk sturktur organisasi terdiri dpd
a. fungsian

b. static

c. SBU

d. matriks

e. lateral

f. divisyen

g. organisasi tanpa sempadan

h. berdasarkan projek

i. berdasarkan pasukan

j. berdasarkan lokasi




5. Kebaikan penjabatanan ikut fungsian ialah
a. kurang pertindihan tugas

b. mudah menilai prestasi kerja

c. komunikasi antara jabatan yang baik

d. pembangunan kemahiran pengurus yang pelbagai

e. keputusan boleh dibuat dengan cepat

f. kos pengurusan yang rendah

g. ada pengkhususan kerja

h. penyelarasan antara jabatan lebih mudah



6. Ciri penjabatanan matriks ialah
a. sesuai untuk organisasi yang stabil

b. melapor kepada dua ketua

c. tahap kreativiti yang tinggi

d. sesuai untuk syarikat yang mempunyai pelbagai projek

e. menggabungkan penjabatanan fungsian dan penjabatanan 
     produk

f. penggunaan kepakaran pekerja dengan cekap

g. membuat tindakan pembetulan



7. Susun proses pengorganisasian yang betul
a. pengagihan tugas autoriti dan tanggungjawab

b. penentuan matlamat

c. pengelasan aktiviti

d. mengenalpasti aktiviti

e. mengelompok aktiviti



8. Maklumat yang boleh diperoleh dalam manual organisasi ialah
a. latar belakang organisasi

b. carta organisasi

c. prosedur kerja

d. senarai borang

e. misi dan objektif perniagaan

f. dasar dan tatacara

g. jangkauan kawalan








9. Manual organisasi terdiri dpd
a. fail meja

b. prosedur kualiti

c. manual prosedur kerja

d. jadual kerja

e. senarai tugas ikut jawatan

f. peringkat pengurusan

g. latar belakang organisasi



10. Maklumat yang boleh diperoleh dalam carta organisasi ialah
a. nama dan alamat organisasi

b. senarai tugas setiap jawatan

c. bidang tugas

d. pembahagian kerja

e. jenis tugas

f. peringkat pengurusan

g. jangkauan kawalan



11. Untuk setiap penyataan berikut tandakan betul (-/) atau salah (x)
1. Tanggungjawab merujuk kepada kewajipan pekerja

2. Autoriti bermaksud hak membuat keputusan

3. akauntabiliti bermaksud sikap bertanggungjawab

4. pemenceran autoriti bermaksud hak membuat keputusan    
    terletak di peringkat atasan organisasi

5. Pemusatan autoriti bermaksud hak membuat keputusan
    diserahkan kepada semua peringkat pengurusan.

6. Pemusatan dan pemenceran autoriti bergantung kepada
    beban tugas, kepentingan keputusan, kepantasan keputusan ,
    factor kerahsiaan dan kemapuan pekerja .

7. Penugasan mengurangkan motivasi dan minat pekerja

8. penugasan dapat menjimatkan masa

9. penugasan dapat membentuk pengurus tahap bawahan

10. empowermen bermaksud  pemberian tugas serta kuasa
      untuk membuat keputusan

11. Pemenceran autoriti membolehkan keputusan berpusat
      dibuat dengan mudah dan cepat

12. Pemusatan autoriti meningkatkan ketidakseragaman
      tindakan

13. Pemenceran memberi peluang kepada pekerja untuk dilatih
      membuat keputusan

14. Pemusatan autoriti mengurangkan percanggahan pendapat

15. Pemusatan menyebababkan kelewatan kerja

16. Pemenceran mengurangkan beban kerja pengurus

17. Autoriti staf ditunjukkan oleh garis tidak berputus

18. Autoriti lini ditunjukkan oleh garis berputus

19. Pengurus jabatan mempunyai autoriti lini

20. Setiausaha kepada presiden mempunyai autoriti staf

21. Autoriti staf bermaksud hak memberi nasihat

22. Autoriti lini bermaksud hak memberi arahan

23. Jangkauan kawalan merujuk kepada bilangan staf /
      subordinat  yang melaporkan kepada seorang ketua.

24. Jangkauan kawalan sempit bermaksud ketua mengawal
      bilangan subordinat yang sedikit

25. jangkauan kawalan luas bermaksud ketua kawal bilangan
      subordinat yang ramai

26. Jangkauan kawalan luas mengurangkan penugasan kerja

27. Jangkauan kawalan sempit menyebabkan arahan lambat
      sampai kepada pekerja

28. Rantaian arahan ditunjukkan oleh garis berputus-putus  yang
      menyambungkan setiap individu dengan pihak pengurusan.

29. Rantaian arahan menunjukkan siapa lapor kepada siapa

30. Autiriti dalam sesebuah organisasi mengalir dari bawah ke
      atas.





12.  Syarikat pakaian Best Berhad di ketuai oleh Datuk Amran bin Abdullah yang merupakan Ketua Pegawai Eksekutif. Beliau mempunyai seorang setiausaha iaitu Cik Norli Aida. Syarikat ini mempunyai empat jabatan iaitu jabatan sumber manusia, pemasaran, kewangan dan pengeluaran. Encik Tan Ah Loy merupakan pengurus jabatan sumber manusia yang terdiri daripada unit personel , latihan dan pengambilan. Cik Lydia pula mengetuai jabatan pemasaran dan dibantu oleh oleh dua orang ketua unit iaitu Cik Laily yang menguruskan unit jualan dan Cik Laila menguruskan unit promosi. Encik Lem Bu Ni dan Encik Kam Bing Tu merupakan pengurus kewangan dan pengeluaran masing-masing.
Berdasarkan maklumat di atas, lukiskan sebuah carta organisasi untuk syarikat ini.