Friday, October 14, 2016

Keusahawanan- Nota ringkas dan contoh soalan esei pendek dan kajian kes

PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 3
BAB 1: KEUSAHAWANAN
Bahagian 1
Konsep
1.     bezaan usahawan, pengurus,peniaga
·         Motif
·         Peranan
·         Risiko
2.     Peranan usahawan
·         peluang pekerjaan
·         taraf hidup rakyat
·         industri sokongan
·         model ikutan
·         tanggungjawab social
·         mempelbagaikan barangan
·         sumber dgn cekap
3.     Pendekatan ekonomi
·         keuntungan dan kekayaan
4.     Pendekatan psikologi
·         Ciri-ciri personality seseorang
·         keperluan kepada pencapaian
·         lokus kawalan
·         kecenderungan mengambil risiko.
5.     Pendekatan sosiologi
·         Keadaan persekitaran
·         situasi social
6.     ciri usahawan
·         berani mengambil risiko 
·         Inisiatif yang tinggi
·         Kreatif
·         Inovatif
·         Memandang ke hadapan
·         Berkeyakinan tinggi
·         Keazaman
·         Bijak merebut peluang
7.     Ciri orang efektif/berkesan/s.Covey
·         Proaktif
·         Bermatlamat
·         Menang-menang
·         Bersinergi
·         Memahami dan kemudian difahami
·         Mengutamakan yang penting
·         Tajamkan gergaji
8.     Factor kejayaan seimbang
·         Jasmani
·         Emosi
·         Rohani
·         Intelek
9.     Sumber idea perniagaan
·         Pelanggan
·         produk sedia ada
·         syarikat sedia ada
·         saluran pengedaran
·         penyelidikan dan pembangunan
·         dasar kerajaan
·         Paten
·         profesional/jururunding
10.   kaedah menjana idea perniagaan
·         soal selidik
·         kumpulan focus
·         pemerhatian
·         sumbangsaran
11.   proses merealisasikan idea
·         Idea
·         Menapis idea
·         Membina konsep
·         Menguji konsep
·         Membuat rancangan perniagaan
·         Membina fizikal [prototaip]
·         Mengkomersialkan
Soalan
1.     Berikan tiga perbezaan antara usahawan dengan peniaga [6]
2.     Berikan tiga perbezaan antara usahawan dengan pengurus [6]
3.     Jelaskan peranan usahawan berikut:
              a.     peluang pekerjaan
              b.     Industri sokongan
              c.     Model ikutan
4.     Jelaskan empat peranan Encik Dollah sebagai usahawan ternakan kambing di pekan Alor Kucing
5.     Huraikan ciri efektif usahawan yang berikut:
             a.     Tajamkan gergaji [2]
             b.     Bersinergi [2]
             c.     Proaktif
6.     Bagaimanakah dasar kerajaan dan pelanggan menjadi sumber idea perniagaan. [4]
7.     Bagaimanakah produk sedia ada dan syarikat  sedia ada menjadi sumber idea perniagan. [4]
8.      
SYARIKAT MANJUNG SENDIRIAN BERHAD

Syarikat Manjung Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat  pengeluar pasu bunga terkenal di Sarikei, Sarawak.Hasil keuntungan syarikat ini adalah sebanyak RM76 juta  pada tahun 2013 setelah ditolak cukai syarikat sebanyak RM24 juta kejayaan syarikat ini adalah hasil daya usaha dan sifat keusahawanan yang diamalkan oleh pengasasnya Datuk Firdaus yang merupakan bekas guru sekolah. Setelah mengikuti kursus keusahawanan selama 6 bulan di sebuah agensi kerajaan, beliau telah mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM100 000 sebagai modal perniagaan.  Beliau telah menggunakan kebolehannya dengan mencipta pelabagi bentuk pasu bunga yang baru dan juga mengubahsuai rekabentuk pasu bunga sedia ada untuk memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah. Walaupun pada peringkat permulaannya  hasil jualan kurang memberangsangkan, pelbagai usaha yang diambil beliau menyebabkan syarikat ini berkembang  sehingga menjadi syarikat pasu bunga yangterkenal  di Sarawak.

Syarikat Manjung mempunyai 140 orang pekerja yang kebanyakannya merupakan penduduk sekitar Sarikei, Sarawak. Sumber bahan mentah pula diperoleh daripada pembekal tanah liat di seluruh negeri Sarawak dan sebahagian besar diperoleh di  sekitar Sarikei. Datuk Firdaus yang merupakan anak tempatan Sarikei ini memang dikenali umum di Sarawak dan ramai usahawan telah mengikuti jejak Datuk Firdaus untuk menjalankan perniagaan yang sama dan mendapat bimbingan beliau.  Datuk Firdaus juga banyak membantu anak muda tempatan dengan menyediakan pusat latihan, memberi derma kepada surau dan masjid di sekitar Sarikei dan juga sumbangan untuk pelajar cemerlang dalam peperiksaan awam sekolah.

Kejayaan  Datuk Firdaus boleh dikaitkan dengan amalan beliau . Datuk Firdaus  berminat membaca pelbagai buku berkaitan dengan motivasi dan pengurusan. Beliau bertekad untuk membaca sekurang-kurangnya empat buku setiap minggu. Datuk Firdaus juga mempunyai diari untuk merekodkan tugas yang perlu dilakukan setiap hari. Setiap tahun , Datuk Firdaus akan menetapkan target pencapaian syarikat dan memastikan semua pekerja syarikat berusaha kearah pencapaian matlamat tersebut. Datuk Firdaus juga disanjungi oleh semua pekerja kerana berusaha untuk memahami masalah yang mereka hadapi dan kurang memberi tekanan untuk menyelesaikan sesuatu tugas.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut
a. Huraikan ciri-ciri keusahawanan yang dimiliki oleh Datuk Firdaus (16 markah)
b. Huraikan peranan yang dimainkan oleh Datuk Firdaus sebagai seorang usahawan  (20 markah)
c. Huraikan ciri-ciri efektif yang dimiliki oleh Datuk Firdaus  (16 markah)


Pengajian Perniagaan Penggal 1 Pemasasaran nota ringkas dan contoh soalan esei pendek dan kajian kes

PENGAJIAN PERNIAGAAN  PENGGAL 1
BAB 3: PEMASARAN


Konsep
1.     Pendekatan/ orientasi  pemasaran
·         Pengeluaran
·         Produk
·         Penjualan
·         Pemasaran
·         pemasaran kemasyarakatan
1.     Proses pemasaran
·         menilai peluang-peluang pemasaran
·         memilih sasaran pasaran
·         membina campuran pemasaran
·         mengurus usaha pemasaran;
2.     Portfolio perniagaan BCG
·         Bintang
·         tanda tanya
·         lembu kontan
·         anjing
3.     Strategi pemasaran
·         penembusan pasaran
·         pembangunan pasaran
·         pembangunan produk
·         pempelbagaian
4.     Proses pendekatan strategik pemasaran
·         menentukan sasaran pasaran
·         menentukan campuran pemasaran
·         pelaksanaan
·         penilaian
5.     Model gelagat pengguna
·         rangsangan pemasaran dan persekitaran
·         kotak hitam pembeli
·         respons pembeli
6.     Factor yang mempengaruhi gelagat pengguna
·         Budaya
·         Sosial
·         Individu
·         Psikologi
·         Situasi
7.     Proses keputusan pembelian produk pengguna
·         mengenal pasti keperluan
·         mencari maklumat
·         menilai alternatif
·         membuat keputusan pembelian
·         gelagat selepas pembelian
8.     Proses pembelian produk baru
·         Menyedari
·         Meminati
·         Menilai
·         Mencuba
·         Menerima
9.     Proses pembelian produk industri
·         mengenal pasti masalah
·         mengenal pasti keperluan organisasi,
·         menentukan spesifikasi produk
·         mencari pembekal
·         membuka tender
·         memilih pembekal
·         memesan produk
·         menilai prestasi pembekal.
10.   Kepentingan penyelidikan pemasaran
·          kenalpasti pasaran sasaran
·          menentukan keputusan strategi pemasaran,
·          meningkatkan jualan dan utg sykt
·          meningkatkan daya saing
·          menangani ketidakpastian persekitaran
11.   Langkah penyelidikan pemasaran
·          mengenal pasti masalah dan menetapkan objektif
·          membentuk rancangan penyelidikan
·          melaksanakan penyelidikan dan menganalisis data
·          dan menginterpretasikan dan melapor penemuan
12.   Asas segmentasi pasaran
·         Geografi
·         Demografi
·         Psikografi
·         gelagat pengguna/manfaat produk
13.   Strategi menyasarkan pasaran
·         pemasaran tidak dibezakan
·         pemasaran dibezakan
·         pemasaran tertumpu
·         pemasaran mikro
14.   Proses perletakan pasaran
·         menentukan pasaran sasaran (targeted market)
·         menyesuaikan produk dengan pasaran
·         mengkomunikasikan  ciri-ciri produk
15.   Strategi perletakan pasaran
·         atribut produk
·         manfaat
·         kekerapan penggunaan
·         pengguna
·         klasifikasi produk
16.   Perbezaan segmentasi, sasaran dan perletakan pasaran
·         Tahap
·         proses
·         fungsi
·         ciri-ciri


Soalan
1.      
Munira enterprise merupakan sebuah perniagaan online milik Munira yang menjual pelbagai tudung. Munira membuat penyelidikan pemasaran melalui bancian secara online untuk mengetahui citarasa dan kehendak pelanggan. Bancian ini dibuat melalui media social facebook. Berdasarkan maklumbalas yang diterima, Munira akan mendapatkan bekalan tudung untuk dipasarkan kepada pelanggannya di seluruh negara. 
Syarikat Rivermaster  Berhad merupakan pengeluar erbesar air minuman di Selangor. Disebabkan penggunaan botol plastik yang memberi impak buruk kepada alam sekitar, syairkat ini bercadang untuk menggunakan plastik kitar semula. Syarikat ini juga memberi insentif sebanyak 10 sen sebotol kepada pelanggan yang memulangkan botol yang kosong kepada ejen pengedaran yang dilantik. Syarikat ini berpendapat kepekaaan terhadap alam sekitar akan menjamin kelestarian alam sekitar.
Syarikat Cleen merupakan pengeluar berus gigi jenama Cleen yang diedarkan diseluruh negara. Berus gigi Cleen tahan lasak dan boleh digunakan untuk jangka masa yang panjang. Pengguna berus gigi Cleen berpendapat berus gigi ini sangat bermutu . Berus gigi ini juga laris kerana mempunyai ciri inovatif seperti mudah lipat dan mudah dibersihkan
Jelaskan orientasi pemasaran yang digunakan oleh setiap syarikat di atas.
2.     Huraikan pengaruh budaya dan social ke atas gelagat pengguna yang membeli pakaian sukan. [6]
3.     Huraikan pengaruh individu dan psikologi ke atas gelagat pengguna yang membeli sebuah telefon bimbit.  [6]
4.     Lakarkan model gelagat pengguna [6]
5.     Nyatakan empat langkah proses pemasaran  [4]
6.     Nyatakan empat langkah proses penyelidikan pemasaran [4]
7.     Jelaskan tiga perbezaan antara segmentasi pasaran, sasaran pasaran dan perletakan pasaran [6]
8.     Nyatakan lima langkah proses pembelian produk baharu. [4]

9.      
Syarikat Man Kola merupakan pengeluar minuman berkarbonat Kool Kola di Malaysia. Syarikat ini telah menggunakan pelbagai strategi pemasaran untuk kekal menjadi pengeluar minuman berkarbonat terbesar di Malaysia. Untuk meningkatkan jualan,  syarikat ini telah mengadakan promosi  seperti tin Kool Kola berkonsepkan perayaan tertentu seperti Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa, Deepavali dan Krismas. Syarikat Man Kola juga membuat pembungkusan baru yang ada enam tin di mana pengguna bayar untuk empat tin sahaja dan mendapat dua tin percuma. Strategi ini telah meningkatkan jualan sebanyak 18%. Disebabkan perubahan citarasa pelanggan, Man Kola telah memperkenalkan beberapa perisa baru seperti  kola perisa asam jawa, kola perisa mangga dan kola perisa strawberry. Disebabkan kandungan gula yang tinggi, minuman kola kurang mendapat sambutan di kalangan segmen pasaran tertentu seperti wanita dan golongan tua. Man Kola telah mencipta kool kola diet  untuk menarik segmen wanita dan orang dewasa. Tin Kool Kola yang bersaiz kecil juga diperkenalkan untuk menarik minat segmen tersebut. Syarikat man Kola juga bercadang untuk memasuki pasaran pakaian lelaki dengan mengeluarkan kemeja  jenama Kool kola dan pakaian sukan jenama Kool Kola

Huraikan strategi pemasaran Man Kola. [16]

10.    

Syarikat Zana merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan di Malaysia sejak tahun 1999.Jualan syarikat ini telah mencecah RM600 juta ringgit tahun ini. Kejayaan syarikat ini disebabkan proses pemasaran yang sistematik. Syarikat ini telah  menjalankan kajian pemasaran secara komprehensif untuk  mengenalpasti keperluan pengguna yang membeli pakaian sukan. Pengguna Malaysia mmeerlukan pakaian sukan yang berharga  murah, berkualiti tinggi dan sesuai dengan budaya Malaysia. Syarikat Zana membuat keputusan untuk mengeluarkan pakaian renang untuk golongan remaja dan kanak-kanak. Syairkat Zana menggunakan jenama Zanoma untuk semua produknya. Harga yang ditetapkan ialah sekitar RM45. Pakaian renang Zanoma boleh didapati di semua kedai pakaian sukan dan Zan Marketing Sdn Bhd merupakan ejen tunggal yang dilantik untuk mengedar pakaian renang Zanoma di seluruh negara. Jabatan pemasaran syarikat Zana memastikan segala usaha pemasaran yang dijalankan mencapai objektif yang ditetapkan. Ini termasuk menjalankan penyelidikan pemasaran serta  memberi insentif kepada wakil pengedar . Syarikat Zana mmeperoleh sijil ISO untuk produk syarikat ini .
Jelaskan proses pemasaran syarikat Zana [16]

11
Syarikat Wangsa Maju Sports Berhad merupakan pengeluar pelbagai alatan sukan untuk pasaran Malaysia. Syarikat ini menggunakan strategi penyasaran pasaran yang sesuai untuk memasarkan produknya. Bulu tangkis jenama Moorah keluaran syarikat ini boleh didapati disemua kedai termasuk kedai runcit dan kedai sukan. Raket badminton yang dikeluarkan oleh syarikat ini mempunyai enam model yang berbeza yang mempunyai harga dalam lingkungan RM49.90 hingga RM199.90. Produk ini hanya ditawarkan di kedai alatan sukan. Alatan golf syarikat ini berjenama Topman yang dijual dengan harga RM26000 setiap set mendapat pengiktirafan di kalangan pemain golf professional dan hanya dijual di KLCC dan Pavilion

Huraikan strategi penyasaran pasaran yang telah digunakan oleh syarikat Wangsa Maju Sports Berhad. [12]

11.    

Syarikat Mirando Berhad  (SMB) merupakan syarikat yang menyediakan perkhidmatan perlancongan dalam dan luar negara.  Syarkat ini mempunyai enam cawangan iaitu di Kedah, Pahang, Johor, Selangor , sabah dan Sarawak. SMB membuka cawangan ini untuk memberi kemudahan kepada pelanggan di negeri berkenaan mendapat perkhidmatan cemerlang. Bagi pelanggan luar negara ,mereka boleh mendapatkan perkhidmatan SMB melalui laman web www.mirando.com,my. Pakej pelancongan tempatan SMB disasarkan kepada pengguna berpendapatan sederhana. Lingkungan harga pakej ialah diantara RM300 hingga RM900. SMB juga menyediakan pakej bulan madu untuk pasangan yang baru berkahwin. SMB ada menyediakan pakej pelancongan untuk mereka yang ingin menerokai sesebuah kawasan dengan sendiri. Pakej B&B memberi peluang kepada pelanggan untuk menentukan sendiri itineri lawatan dan SMB hanya menguruskan penginapan  sahaja. SMB juga menyediakan pakej percutian mewah dalam lingkungan harga RM20 000 hingga RM50 000 seperti percutian di kepulauan Maldives dan pakej Savana Afrika.
Huraikan asas segmentasi pasaran SMB [12]

12.    
BKayFive merupakan sebuah restoren yang menyediakan pelbagai makanan masakan tempatan dan antarabangsa. Strategi yang digunakan oleh BKayFive telah berjaya menarik pengguna dari pelbagai peringkat umur dan latarbelakang yang berbeza dan kini menjadi rerstoren terkemuka di Kuala Lumpur dengan nilai jualan tahunan hampir RM900 juta. BkayFive terletak di Wangsa maju dengan luas lantai sebanyak 4000 meter persegi merupakan restoren terbesar di Kuala Lumpur. Ia dibahagi kepada beberapa segemen ikut keperluan pengguna. Bagi pengguna yang inginkan persekitaran ala tradisi melayu semasa menjamu selera, BkayFive menyediakan ruang makan yang berkonsepkan kampong melayu tradisional dengan masakan melayu tradisional. Resepi seperti makanan ulam dan nasi Arab menjadi daya tarikan utama pelancong asing dan tempatan yang melawat ke ibu kota.
BKayFive juga menyediakan pakej buffet Ramadhan, pakej cuti sekolah dan juga pakej hari perayaan tertentu seperti hari jadi, hari ulangtahun perkahwinan, Hari ibu , Hari Bapa dan hari guru. Pakej buffet Ramadhan sering  mendapat tempahan 100%.Untuk menarik golongan muda, segmen YouthTaste dibuka khusus untuk golongan ini. Ruang segmen ini menyediakan kemudahan wifi dan dihiasi dengan gambar artis tempatan dan mural super hero seperti batman , spiderman, cicakman dan the incredibles. Ruang segmen ini dibuka sehingga 3 pagi.
Ruang segmen korporat pula menyediakan siaran langsung berita bisnes tempatan dan antarabangsa serta bilik persidangan yang sesuai untuk mengadakan mesyuarat 3 hingga 7 orang.Segmen ini menyediakan pelbagai minuman ringan bertaraf antarabangsa. Ia juga dilengkapi dengan kerusi senaman dan perkhidmatan urut refleksologi.


Jelaskan factor-faktor gelagat pengguna yang telah diambilkira oleh restoren BKayFive. [20]