Sunday, March 29, 2015

E-DAGANG DI MALAYSIA

Pengguna Internet Malaysia cecah 25 juta orang pada 2015
2013/10/25 - 17:01:59 PM

KUALA LUMPUR: Bilangan pengguna Internet di Malaysia dijangka meningkat kepada 25 juta orang menjelang 2015 berbanding 18 juta orang pada 2012, demikian menurut Laporan Ekonomi 2013/3014 yang dikeluarkan Kementerian Kewangan di sini hari ini.

Menurut laporan itu kadar penembusan jalur lebar isi rumah pula meningkat kepada 66.8 peratus pada akhir Jun 2013 manakala dengan kadar penembusan telefon mudah alih melebihi 100 peratus, kini terdapat 42.6 juta langganan. 
Statistik juga menunjukkan lebih banyak pengguna Internet di Malaysia adalah pembeli berbanding penjual dengan saiz pasaran urus niaga dalam talian di Malaysia dijangka mencecah RM5 bilion menjelang 2014 berbanding RM1.8 bilion pada 2010.

Menurut laporan itu, Malaysia adalah antara tiga negara teras di Asia bagi purata perbelanjaan dalam talian pada tempoh 12 bulan lalu dan ini dipacu oleh perkhidmatan pelancongan, khususnya tiket penerbangan dan tempahan hotel, telah menerajui pembelian produk dan perkhidmatan dalam talian.

Tambahan pula pembelian melalui Internet telah dipermudahkan lagi dengan pembayaran elektronik melalui perbankan dalam talian atau kad kredit.

Menurut laporan berkenaan, peningkatan jumlah pengguna Internet dan pembeli dalam talian menggambarkan potensi pasaran yang luas untuk perniagaan dalam talian.

Syarikat yang tidak mempunyai laman web atau menawarkan pembelian dalam talian perlu mengubah perniagaan tradisional mereka kepada perniagaan dalam talian supaya tidak kehilangan pengguna yang semakin meningkat.
Tambahan pula, adalah penting untuk perniagaan menumpukan perhatian kepada pelanggan telefon mudah alih kerana bilangan mereka jauh melebihi pengguna Internet.

Laporan itu menyebut rakyat Malaysia semakin banyak menghabiskan masa melayari Internet berbanding media lain seperti televisyen, radio dan suratkhabar dengan penggunaan Internet yang meluas untuk rangkaian sosial.

"Kadar penembusan rangkaian sosial sebanyak 91 peratus dengan satu daripada tiga minit yang digunakan dalam talian adalah untuk rangkaian sosial. 11.8 juta rakyat dianggarkan mempunyai akaun Facebook dengan lebih 80 peratus melayari Internet untuk mengakses Facebook," kata laporan itu.

Laporan itu turut menyebut kebanyakan perniagaan terutama perusahaan kecil dan sederhana masih kurang menggunakan teknologi komunikasi dan maklumat (ICT) kerana sumber kewangan yang terhad, kekurangan pengetahuan teknologi, serta kos juruteknik dan aplikasi perisian yang tinggi.

Jelas laporan itu, capaian Internet adalah rendah bagi PKS dan usahawan disebabkan kos jalur lebar dan pendaftaran domain yang tinggi.

"Sebagai contoh, pada 2010, kos sebanyak AS$143 dikenakan untuk mendaftar domain di Malaysia berbanding AS$64 di Taiwan dan US$24 di Amerika Syarikat," kata laporan itu.

PKS meliputi 97.3 peratus atau 645,136 daripada semua pertubuhan perniagaan di Malaysia tetapi hanya 100,000 perniagaan yang mempunyai laman web dengan hanya 20 peratus daripada PKS menggunakan ICT secara meluas dalam operasi harian mereka, kata laporan itu.

Laporan itu menambah pada 2010, penembusan jalur lebar dalam kalangan perniagaan adalah rendah pada kadar 33 peratus manakala perbelanjaan pengiklanan dalam talian juga rendah, hanya satu peratus daripada bajet perniagaan di negara ini.

Ia turut menarik perhatian bahawa terdapat juga isu seperti keselamatan dan rangkaian yang mana menurut Paypal, lebih banyak pengguna akan menambah pembelian dalam talian sekiranya aspek keselamatan dipertingkatkan.

Kesimpulannya, menurut laporan itu, adalah penting untuk PKS dan usahawan serta pengguna menggunakan ICT serta menerima teknologi digital secara menyeluruh selari dengan transformasi ke arah sebuah negara berpendapatan tinggi. - BERNAMA

Dimuat turun dari  

http://www2.bharian.com.my/bharian/articles/Bajet2014_PenggunaInternetMalaysiacecah25jutaorangpada2015/Article/index_html   pada 30 Mac 2015.



Malaysia dijangka catat transaksi e-dagang RM1.9b

KUALA LUMPUR 17 Julai - Perdagangan elektronik (E-dagang) dijangka terus mencatatkan pertumbuhan memberangsangkan walau berhadapan ketidaktentuan ekonomi dengan unjuran bakal melebihi RM1.9 bilion di Malaysia menjelang 2016, menurut kaji selidik Euromoney.
Pada 2011, transaksi aktiviti membeli-belah dalam talian berjumlah RM842 juta.
Laporan global yang dikeluarkan JP Morgan pada 2011 menunjukkan perolehan e-dagang di seluruh dunia dijangka mencecah AS$963 juta (RM3.08 bilion) pada tahun ini.
Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Rakuten Online Shopping, Masaya Ueno berkata, tinjauan hadapan yang positif itu adalah bertepatan dengan pemain industri kerana ia memberi peluang kepada syarikat untuk berkembang serta memasuki pasaran tempatan.
''Kita menyaksikan potensi yang besar dalam pasaran e-dagang di Malaysia dengan pengembangan sektor ini disokong oleh penggunaan Internet serta inovasi teknikal yang telah mengubah hubungan penjual dan pembeli.
''Dalam tempoh 12 bulan akan datang, terdapat lima trend utama yang dijangka berlaku dan membentuk masa hadapan perbelanjaan dalam talian di seluruh dunia.
''Sehingga tahap mana perniagaan di Malaysia menerima trend tersebut bakal membentuk kemampuan mereka dalam memaksimumkan pengembangan industri e-dagang tempatan,'' katanya dalam kenyataan dikeluarkan di sini hari ini.
Tambah Ueno, trend-trend tersebut termasuk semakan pencarian dalam talian akan diterjemah kepada pembelian, peniaga-peniaga kecil akan menggunakan saluran mudah alih, dagangan tablet akan membuka pengalaman dalam talian yang baru, lebih banyak orang akan menggunakan rangkaian sosial untuk membeli belah dan model penghantaran tempatan lebih fleksibel akan membuat pelanggan lebih setia.
''Industri e-dagang global telah mengalami era menarik dengan evolusi pantas dan inovasi teknologi.
''Peningkatan peralatan mudah alih telah membuka ruang baru dan menarik untuk peruncit untuk mendekati pelanggan mereka.
''Ia juga menggalakkan untuk melihat rakyat Malaysia adalah bersemangat untuk menggunakan inovasi mudah alih yang menunjukkan kematangan pengguna tempatan,'' jelasnya.
Ueno berkata, pihaknya optimistik pasaran akan terus berubah dengan integrasi inovasi lebih kreatif dalam peralatan mudah alih.
Trend-trend tersebut akan dimanfaatkan oleh perniagaan di Malaysia, dan ia akan merangsang dan membentuk pasaran e-dagang yang merupakan pertumbuhan kritikal untuk ekonomi.


Dimuat turun dari http://ww1.utusan.com.my/utusan/Ekonomi/20120718/ek_02/Malaysia-dijangka-catat-transaksi-e-dagang-RM19b   pada 30 Mac 2015.





Mengapa jenama global pilih pemasaran digital menerusi media sosial?

AZLEEN ABDUL RAHIM  |  02 Mac 2015 12:23 AM
Adakah anda masih ingat, ketika anda ingin membeli kereta berkuasa tinggi anda bulan lalu, anda ada meminta pendapat daripada dua rakan rapat anda di laman Instagram, yang baru sahaja membeli kereta yang sama sebelum itu?
Itu pun setelah kedua-dua mereka memuat naik gambar-gambar dan video mengenai kereta baharu mereka, dan menyatakan yang mereka begitu teruja sekali dengan reka bentuk, pengendalian dan prestasi kereta mereka.
Setelah anda melihat dan mendengar cerita mereka itu, anda yang dalam keadaan tergamam dan terliur itu pun terus ke laman Youtube untuk melihat beberapa ulasan profesional yang lain mengenai kereta yang sama. Nampaknya hampir semua mempunyai pendapat yang positif. Anda yakin dengan pilihan hati anda kali ini. Ketika itu pula, anda sememangnya merancang untuk membeli kereta baharu. Dengan perkembangan terbaharu rakan-rakan anda tadi, ia telah menguatkan lagi hati anda untuk terus pergi melihat sendiri dan menguji pandu kereta yang sama di bilik pameran. Sedar tak sedar, anda pun terus ke bilik pameran dan memandu uji kereta tersebut. Selang beberapa hari kemudian, anda ke sana lagi dan kali ini untuk membayar wang pendahuluan untuk bakal kereta baharu anda. Kini, kereta yang berkuasa tinggi itu telah pun menjadi milik anda. Kereta kebanggaan anda itu telah menjadikan jenama kereta berkuasa tinggi itu sebagai pemenangnya.
Dunia pemasaran global kini sudah jauh berubah. Jenama-jenama terkenal dunia kini lebih tertumpu kepada pemasaran digital secara sosial media yang jauh lebih berkesan dan murah berbanding pemasaran secara tradisional.
Mengapa? Untuk menjawab persoalan ni, di NSE, kami telah membuat kajian dalaman pada pertengahan tahun 2014 untuk pasaran Malaysia sahaja dan kami mendapati, individu-individu dewasa kini:
1. Melayari media sosial dan membaca atau melihat kandungannya selama sekurang-kurangnya lapan sehari atau lebih.
2. Mempunyai sekurang-kurangnya dua atau lebih akaun media sosial seperti Facebook, Twitter, Instagram, LinkedIn, Tumblr, Google+ dan Path.
3. Mempunyai sekurang-kurangnya dua atau lebih akaun mesej pantas atau Instant Messaging seperti WhatsApp, WeChat, Telegram, Blackberry Messenger, Facebook Messenger, Line, Viber dan Kik.
4. Berhubungan antara satu sama lain melalui rangkaian sosial dan mesej pantas atau instant messaging sekurang-kurangnya 10 jam sehari.
5. Berkongsi satu kandungan media sosial bagi setiap 87 atau kurang kandungan yang dibacanya.
6. Mempunyai anggaran seramai sekurang-kurangnya 893 rakan atau pengikut di setiap laman sosialnya.
7. Akan memberi satu pendapat dan komen tidak kira sama ada yang berbentuk positif ataupun negatif bagi setiap 18 kandungan Internet yang dibacanya di laman sosial, terutamanya kepada rakan-rakan yang dikenali rapat.
8. Di antara mereka, 78 peratus berkemungkinan besar akan membuat pembelian dengan berdasarkan kepada percaya atau `trust’ dengan pendapat dan cadangan rakan-rakan rapat di dalam rangkaian sosial mereka, berbanding iklan.
9. Kadar penyebaran atau virality terhadap setiap kandungan digital yang dibaca adalah sekurang-kurangnya 783 peratus lebih pantas berbanding pengiklanan tradisional sekiranya kandungan tersebut dianggap kreatif, unik, menyentuh perasaan atau emosi dan juga yang bakal memberi impak yang besar kepada pembaca dan rakan-rakannya.
10. Ada yang sudah pun menganggap yang media sosial adalah merupakan sesuatu yang jauh lebih penting daripada makanan dan tempat tinggal. Ia seakan-akan udara yang amat diperlukan berbanding lain-lain.
Kita yakin kajian yang sama telah dilakukan oleh agensi-agensi media sosial antarabangsa sebelum ini dan hasil yang hampir sama telah diperoleh. Bezanya ialah kajian pasaran mereka berlainan kerana kadar adaptasi bagi pemasaran secara media sosial ini bagi setiap negara adalah berbeza. Walaupun secara teorinya rantau ini agak ketinggalan berbanding di Barat, namun ia masih tidak terlalu jauh dan belum terlambat bagi kita mula membuat perancangan rapi untuk berada di landasan yang sama dengan jenama-jenama global yang lain di rantau ini. Mereka masih belum dapat menguasai sepenuhnya pasaran di sini kerana budaya yang berbeza.
Oleh itu, adalah amat penting bagi syarikat-syarikat di Malaysia untuk memahami statistik yang disebutkan tadi dan seterusnya menyediakan pelan perancangan pemasaran digital yang tersendiri dari sekarang. Sekiranya jenama-jenama global ini dapat memahami dan menguasai budaya kita, dan seterusnya mengadaptasikan budaya tempatan dengan strategi pemasaran mereka yang sudah pun tersedia sejak beberapa tahun lalu, mereka akan dapat memperkembangkan lagi pasaran mereka di sini dengan lebih pantas dan berkesan. Apabila ini berlaku, syarikat-syarikat Malaysia yang tidak mempunyai sistem pemasaran digital secara media sosial yang terancang, pasti tidak akan dapat bersaing lagi.
PENULIS adalah Ketua Pemasaran Eksekutif di NSE, sebuah syarikat pemasaran digital dan media sosial. Ikuti perkembangan semasa mengenai pemasaran digital di Malaysia melalui www.twitter.com/thisisnse


Thursday, March 12, 2015

KEMAHIRAN BERUNDING- PRINSIP BERUNDING

Untuk setiap scenario di bawah, kenalpasti prinsip berunding yang 
gagal dipatuhi oleh pihak yang berunding dan tindakan yang sepetutnya diambil


Senario
Kereta encik Mansor telah dicuri  dan Encik Murad ialah wakil insurans

Encik Murad:    Syarikat Insurans OIO bercadang untuk bayar RM26 000 sebagai  
                         bayaran  tunai untuk kereta anda

Encik Mansor:  RM25 000 sahaja? Bagaimana OIO menetapkan bayaran tersebut?     
                         Saya nak tahu

Encik Murad:    Syarikat kami hanya boleh bayar RM26 000 sahaja. Encik Murad
                         terima sajalah jumlah itu

Encik Mansor:  Saya tidak berpuashati. Saya nak lawan di mahkamah.


Prinsip berunding berkaitan



Huraikan tindakan yang sepatutunya diambil oleh pihak yang berunding dalam situasi di atas




Vincent dan Daud merupakan chef yang bekerja di sebuah restoren. Mereka ingin menggunakan sebuah oren untuk masakan masing- masing. Vincent perlukan jus oren untuk membuat cocktail minuman dan Daud memerlukan inti oren untuk buat kek oren. Ketua Chef iaitu Linda memotong oren itu dan berikan separuh oren kepada Vincent dan  separuh lagi kepada Daud. Akibatnya minuman yang dihasilkan oleh Vincent dan kek yang dibuat oleh Daud kurang  bermutu

Prinsip berunding berkaitan



Huraikan tindakan yang sepatutunya diambil oleh pihak yang berunding dalam situasi di atas




Encik Yazni merupakan pengurus jualan syarikat computer Conon dan diminta hadir untuk rundingan berkaitan pembekalan 3 000 komputer untuk  Mayabank. Datin Ain merupakan pengarah belian untuk Mayabank dan merupakan seorang yang panas baran. Dalam masa lima minit rundingan bermula, Datin Ain mencampak kertas sebut harga kepada Yazni dan menegur kerana ada kesilapan harga dan spesifikasi. Yazni yang tahu sifat Datin Ain, dengan nada suara yang tinggi berkata, “Apa masalah awak ni? Awak ni perempuan yang tak boleh kawal perasaan. Lain kali sopanlah sikit. Sikap awak ni tak boleh diterima.”


Prinsip berunding berkaitan



Huraikan tindakan yang sepatutunya diambil oleh pihak yang berunding dalam situasi di atas



Syarikat Maju Berhad merupakan sebuah syarikat perumahan yang sedang membina sebuah pangsapuri 30 tingkat di Wangsa Maju. Pembinaan ini menyebabkan retakan di rumah- rumah di sebuah taman perumahan  bersebelahan dengan projek tersebut. Banjir kilat juga sering berlaku menyebabkan kerosakan harta benda untuk penduduk di taman perumahan tersebut. Semasa rundingan berlangsung, Cik Thana iaitu wakil syarikat Maju ennggan menerima sebarang cadangan yang diberikan oleh penduduk taman tersebut dan berpegang kepada cadangan syarikatnya iaitu bayar pampasan sebanyak RM1000 untuk setiap pemilik rumah.

Prinsip berunding berkaitan



Huraikan tindakan yang sepatutunya diambil oleh pihak yang berunding dalam situasi di atas





Wednesday, March 11, 2015

KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM TAHUN 2015


KEPUTUSAN TAWARAN KEMASUKAN MURID KE TINGKATAN ENAM DI SEKOLAH MENENGAH BANTUAN PENUH KERAJAAN


Keputusan tawaran kemasukan murid ke tingkatan enam di sekolah menengah bantuan penuh kerajaan boleh disemak di laman sesawang Kementerian Pendidikan Malaysia pada 15 April 2015.

Muat Turun
Syarat Am & Syarat Khas Jurusan
Borang dan Panduan Mengisi Borang
Soalan Lazim


Monday, March 9, 2015

Kajian kes Pengajian Perniagaan -Komunikasi dan pengurusan




SYARIKAT PERWIRA BERHAD

Syarikat Perwira Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai uniform untuk pasukan keselamatan seperti polis, bomba dan tentera. Syarikat ini mempunyai  180 orang pekerja. Syarikat Perwira Berhad  mempunyai  empat jabatan utama iaitu jabatan pengeluaran, jabatan kewangan, jabatan pemasaran dan jabatan sumber manusia yang diketuai oleh seorang pengurus. Pengurus jabatan  pemasaran, jabatan pengeluaran dan jabatan sumber manusia bertanggungjawab kepada Encik Vincent Wong yang merupakan Pengurus Besar syarikat ini. Pengurus Jabatan kewangan iaitu Puan Azizah  pula melapor  kepada  Encik Vincent Wong dan juga ketua pegawai eksekutif syarikat ini iaitu Datuk Murad. Jabatan pengeluaran mempunyai jangkauan kawalan yang lebih luas berbanding di negan tiga jabatan yang lain.


Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a. Berikan dua kebaikan dan dua keburukan untuk jabatan pengeluaran yang mempunyai jangkauan 
kawalan yang luas.



b.  Jelaskan masalah yang dihadapi oleh Puan Azizah yang perlu melapor kepada dua orang ketua.





c. Jelaskan maksud jangkauan kawalan sempit dan bagaimanakah ia memberi faedah kepada jabatan pemasaran?


d. Jelaskan kepentingan  komunikasi berkesan  antara empat orang pengurus jabatan syarikat ini.

Universiti kini dikenali sebagai UA, bukan IPTA



JOHOR BAHRU - Istilah Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) tidak lagi akan digunakan untuk merujuk universiti awam, sebaliknya akan diganti dengan istilah Universiti Awam (UA) berkuat kuasa serta merta.

 Ini diputuskan melalui mesyuarat Jawatankuasa Naib-Naib Canselor dan Rektor (JNCR) hari ini dalam usaha memartabatkan status universiti-universiti awam dalam negara.
  
Pengerusi JNCR Prof Datuk Dr Kamarudin Hussin berkata, jawatankuasa itu sebulat suara mahu istilah IPTA ditukar kepada UA bagi memberi pengiktirafan status yang lebih berprestij kepada universiti awam.
  
"Setelah mendapat persetujuan Jabatan Pengajian Tinggi, Kementerian Pendidikan baru-baru ini, semua universiti awam yang terdapat di seluruh negara selepas ini akan dikenali sebagai UA manakala istilah IPTA pula akan diguna bagi merujuk kolej komuniti dan politeknik," kata Kamarudin selepas mempengerusikan mesyuarat JNCR di Universiti Teknologi Malaysia (UTM), di sini hari ini.


Dipetuk daripada Sinar Harian,8 mac 2015


Kuiz komunikasi- halangan dan bentuk komunikasi

KUIZ KOMUNIKASI 




1. Dalam rajah di bawah , tandakan / berikan contoh  komunikasi menegak, komunikasi mendatar dan komunikasi melintang



























1. fizikal
2. sosiologikal
3. semantic
4. psikologikal

2.  Untuk setiap pernyataan di bawah tandakan 1, 2, 3 atau 4

1. tanggapan berbeza

2. latarbelakang budaya dan social berbeza

3. penggunaan perkataan pelbagai makna

4. ciri peribadi

5. bunyi letupan mercun  dianggap letupan bom

6. bunyi bising

7. latar belakang pendidikan berbeza

8. perkataan disalahtafsirkan

9. gangguan secara nyata atau langsung

10. disebabkan perbezaan umur dan bangsa

11. bau busuk

12. penggunaan perkataan “aku “ dalam majlis rasmi

13. penerima mendapat maksud perkataan yang berlainan




1. komunikasi menegak
2. komunikasi mendatar
3. komunikasi melintang

3.  Untuk setiap pernyataan di bawah tandakan 1, 2 atau 3

1. bertujuan memotivasikan pekerja

2. komunikasi tidak formal

3. mungkin atas ke bawah atau bawah ke atas

4. untuk memperoleh maklumat dpd pekerja bawahan

5. Pengurus besar  menjelaskan VMO kepada semua pengurus cawangan.

6. Pengurus cawangan  menyampaikan laporan bulanan kepada pengurus besar

7. perbualan antara pengurus besar dengan kerani akaun

8. perbualan antara perngurus pemasaran dengan pengurus kewangan

9. Pertukaran maklumat antara staf di peringkat yang sama

10. bertujuan untuk menyelaraskan kerja

11. pertukaran maklumat antara peringkat

12. pertukaran maklumat antara peringkat berlainan di jabatan berlainan

13. mencari jalan penyelesaian



4. Isikan tempat kosong berkaitan kebaikan dan keburukan komunikasi lisan.

Kebaikan
Keburukan
1. Mesej dapat disampaikan dengan ______________

2. penyampai yang tidak ________ menyebabkan maklumat tidak dihantar dengan baik
2. Dapat _______________ cepat daripada penerima

2. maklumat yang dihantar tidak ________________
3. penerima boleh mendapatkan maklumat _______________

3. Maklumat tidak _______ dengan jelas kerana penerima gagal ___________ dengan segera
4. ___________________penerima dapat dikesan kerana komunikasi mungkin berlaku secara tidak formal.
4. Mungkin maklumat yang disampaikan  _____________ oleh penerima


5. Kepentingan mesyuarat dalam organisasi ialah

a. Membentuk _____________ yang dinamik
b. memastikan perkara yang dibincang telah ___________ oleh semua     
     pekerja

c. Mewujudkan ____________ dikalangan semua pekerja.

d. beri peluang kepada semua pekerja untuk ___________ antara satu
    sama lain.

e. Pekerja rasa diri mereka ___________________

Thursday, March 5, 2015

Kajian kes Pengajian Perniagaan- pengurusan dan komunikasi

SYARIKAT VIVA SENDIRIAN BERHAD

Syarikat VIVA  Sendirian Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai aksesori fesyen wanita  seperti topi, beg tangan dan kasut. Syarikat ini terletak di Shah Alam. Syarikat Viva diasaskan oleh  Azlin, Tarmizi, Nina, Munira dan Razif  yang merupakan bekas pelajar UiTM . Azlin , Tarmizi dan Nina merupakan graduan dalam bidang rekabentuk fesyen. Munira pula seorang graduan pengurusan dan perniagaan dan Razif  mempunyai kelulusan dalam bidang pengurusan sumber manusia. Produk yang dihasilkan oleh syarikat ini dibeli oleh rangkaian kedai fesyen di Malaysia dan Eropah.


Syarikat ini mempunyai laman web tersendiri yang digunakan tujuan pemasaran produk termasuk pesanan dan pembayaran. Syarikat Viva juga menggunakan laman web social seperti facebook dan Twitter untuk memperkenalkan produk syarikatnya. Azlin yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat ini percaya bahawa teknologi maklumat merupakan  perkara  penting dalam pengurusan perniagaan abad ke 21 ini. Syarikat VIVA  mempunyai sistem intranet tersendiri untuk mewujudkan sistem komukasi yang berkesan di kalangan stafnya.


Syarikat VIVA mempunyai pekerja seramai 95 orang. Azlin memegang jawatan sebagai Ketua Pegawai eksekutif. Syarikat ini mempunyai empat  jabatan utama iaitu pengeluaran, kewangan, pemasaran dan sumber manusia. Jabatan pengeluaran diketuai oleh Tarmizi dan dibantu oleh tiga  orang eksekutif pengeluaran. Jabatan kewangan diketuai oleh Munira dan dibantu oleh dua eksekutif kewangan. Unit pengambilan dan unit latihan terletak di bawah jabatan sumber manusia dan diketuai oleh Razif. Unit jualan dan unit khidmat pelanggan terletak di bawah jabatan pemasaran dan diketuai oleh Nina. Sebagai ketua jabatan pemasaran, Nina sering mengadakan taklimat serta pembentangan tentang produk syarikat di dalam dan luar negara.


Produk syarikat ini sangat terkenal kerana kualiti yang tinggi dan sejak mula beroperasi pada tahun 2006, setakat ini tiada satu pun aduan pembeli tentang produk syarikat ini. Pencapaian ini disebabakan kaedah kawalan yang digunakan oleh jabatan pengeluaran. Jabatan Pengeluaran memastikan setiap pekerja mempunyai kemahiran yang diperlukan seperti pengendalian mesin dan bahan. Bahan mentah yang digunakan sangat berkualiti dan diperoleh daripada pembekal yang berwibawa. Semasa produk dihasilkan,  syarikat memastikan pekerja peka terhadap kualiti produk seperti memeriksa sampel dan pasitkan produk dihasilkan sama seperti rekabentuk dan kehendak pembeli.  Produk yang dihasilkan akan disimpan di tempat yang sesuai dan memastikan produk dihantar ke pembeli secepat mungkin. Kaedah pembungkusan yang rapi dibuat untuk memastikan tiada kerosakan pada produk.

Produk syarikat VIVA telah mendapat perhatian pengedar barangan fesyen terkenal di China iaitu WenChai Limited yang menghantar E-mail kepada Azlin dan ingin mengadakan rundingan pembelian produk.  Cik Azlin dan Cik Nina akan mewakili syarikat VIVA untuk berunding  dengan wakil syarikat WenChai  dalam rundingan tersebut.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.       Huraikan bagaiman teknologi maklumat membantu syarikat VIVA dalam aspek
i.                     Pengurusan perniagaan
ii.                   Pemasaran


b.      Jelaskan kegunaan intranet kepada syarikat VIVA.


c.       Lukiskan carta organisasi Syarikat VIVA dan bincangkan kesesuaian  jenis penjabatanan yang digunakan oleh syarikat tersebut.


d.      Huraikan tiga kemahiran pengurusan yang perlu dimiliki oleh Cik Azlin dan Cik Nina dalam pengurusan tugas masing-masing dan jelaskan tahap kepentingan setiap kemahiran pengurusan tersebut.


e.      Huraikan kaedah kawalan yang digunakan oleh syarikat VIVA


f.        Bagaimanakah factor social, etika, budaya dan maklumat mempengaruhi proses rundingan syarikat VIVA dengan WenChai Limited?



g.       Cadangkan empat strategi perundingan yang boleh digunakan oleh Azlin dan Nina untuk memastikan hasil rundingan memihak kepada syarikat VIVA. 

HALANGAN KOMUNIKASI

Proses komunikasi mungkin mengalami gangguan disebabkan halangan komunikasi. Halangan komunikasi terdiri daripada

1. Halangan psikologikal
  • Disebabkan wujudnya tanggapan  yang berbeza antara penghantar dan penerima mesej
  • Perbezaan tanggapan ini wuujud disebabkan penghantar dan penerima mempunyai  latar belakang pendidikan     atau pengalaman hidup yang berbeza.
  • Contohnya seorang rakyat Palestin yang tinggal di Malaysia mengandaikan berlaku letupan bom jika ada orang main mercun. Ini kerana pengalaman hidup yang dilalui oleh individu tersebut.
  • Dalam organisasi, setiap pekerja mempunyai ciri peribadi yang berbeza. Ada yang berfikiran positif dan ada pula yang berfikiran negatif apabila pihak pengurusan mengambil tindakan tertentu.
  • Contohnya : Encik Malek seorang eksekutif pentadbiran telah dipindahkan dari jabatan kewangan ke jabatan sumber manusia kerana, pihak pengurusan syarikat berpendapat beliau yang mempunyai pengalaman luas dapat membantu jabatan sumber manusia untuk meningkatkan kualiti pentadbiran. Jika Encik Malek menganggap pertukarannya bersifat dendaan, mungkin beliau tidak dapat menerima pertukaran jawatan tersebut.

2. Halangan sosiologikal

  • Disebabkan wujudnya  perbezaan dari segi persekitaran budaya dan sosial seperti perbezaan umur, bangsa, dan jantina .  
  • Cara percakapan berbezan antara seorang individu yang tinggal dibandar dengan yang tinggal di kampung. 
  • Contohnya: Penduduk  kampung gagal memahami maklumat tentang penyakit berbahaya yang disampikan oleh seorang doktor kerana perbezaan sosial dan budaya.

3. Halangan semantic

  • Disebabkan oleh penggunaan perkataan yang mempunyai banyak makna.
  • Ini menyebabkan keadaan di mana sesuatu  perkataan  disalahtafsirkan oleh penerima maklumat.
  • Kesannya penerima mungkin menerima maksud yang berbeza 
  • Contohnya perkataan berada membawa maksud  mempunyai kemampuan atau ada dilokasi berkenaan.

4. Halangan Fizikal

  • Disebabkan oleh  gangguan yang berlaku secara langsung atau nyata semasa proses komunikasi berlaku.
  • Ini menyebabkan maklumat yang disampaikan menjadi kurang jelas atau tidak diterima sepenuhnya.  
  • Contohnya : bunyi bising , bau busuk, keadaan bilik yang terlalu panas atau terlalu sejuk

Contoh soalan

1. Seorang pengurus kewangan sedang membentang laporan kewangan dalam mesyuarat 
    pengurusan.

    Terangkan tiga halangan fizikal yang mungkin berlaku semasa sesi pembentangan tersebut dan cara 
     mengatasinya
    

Teknik menjawab
1. Kaitkan dengan situasi
2. jawapan calon perlu kaitkan dengan halangan fizikal sahaja
3. Untuk setiap halangan yang idkenalpasti beri cara mengatasinya


Cadangan jawapan

a. bilik panas 
- buka tingkap

b. bau busuk
- buka tingkap/ guna penyegar bau

c. microfon rosak
- ganti microfon

d. tiada bekalan elektrik
- pindah ke bilik lain