Tuesday, February 2, 2016

Contoh Kerja kursus Pengajian Am STPM 2016

Berikut ialah contoh kajian yang dijalankan oleh  Noremy Bt Che Azemi dan Fadilah Bt Mat Assain @ Hashim berkaitan tahap kepuasan tentang kemudahan awam 

Sumber : (http://www.polipd.edu.my/v3/sites/default/files/20111007_Noremy.pdf)

TAHAP KEPUASAN PELAJAR TERHADAP KEMUDAHAN DAN PERKHIDMATAN YANG DISEDIAKAN DI POLITEKNIK PORT DICKSON (PPD) BAGI SESI DISEMBER 2010


Noremy Bt Che Azemi
Fadilah Bt Mat Assain @ Hashim
Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson


Abstrak

Kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk meninjau tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010. Sampel kajian dipilih secara rawak melibatkan 361 orang pelajar Diploma dan Sijil PPD dari 4 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan. Data-data dikumpul menggunakan instrumen soal selidik dan dianalisis menggunakan perisian SPSS. Hasil dari analisis data kajian yang diperolehi menunjukkan bahawa tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010 berada pada tahap sederhana dengan skor min 3.72. Dapatan kajian ini juga diharapkan dapat menjadi panduan kepada pihak pengurusan Politeknik Port Dickson untuk memperbaiki dan menaiktaraf kemudahan-kemudahan yang sedia ada.


1.0   PENDAHULUAN

Revolusi kecemerlangan seseorang pelajar bermula dari suasana persekitaran di tempat belajar yang baik, selasa dan berkualiti. Persekitaran tempat belajar yang memenuhi keperluan adalah faktor utama yang mendorong kejayaan individu mahupun institusi tersebut. Kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan haruslah diutamakan dan perlu dikekalkan tahap kualitinya agar memenuhi keperluan dan kepuasan pelajar amnya. Menurut Johnson dan Fornell (1991), penekanan terhadap kepuasan pengguna amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan. Kemudahan dan perkhidmatan dalam konteks ini merujuk kemudahan prasarana yang disediakan dan juga perkhidmatan secara langsung atau tidak langsung samada melibatkan individu ataupun perkhidmatan yang tidak melibatkan individu. Maka kedua-dua faktor ini menjurus kepada tahap kepuasan pelajar. Sesebuah institusi pengajian juga haruslah mengekalkan tahap kepuasan yang maksima bagi tujuan mengekalkan prestasi yang baik dan sentiasa berkualiti. Ini merupakan kunci utama bagi sesebuah organisai untuk bertahan lebih lama walaupun dalam kajian yang telah dijalankan menunjukkan bahawa kualiti perkhidmatan yang diterima tidak mampu meramal tahap kepuasan, Kouthouris et. al. (2005). Perubahan kualiti merupakan fenomena yang mempunyai pengaruh besar dalam sistem pengurusan sesebuah organisasi (Nurul Huda et al, 2009). Secara teorinya, tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak institusi pengajian dapat dipenuhi apabila keperluan dan kehendak dipenuhi dengan sewajarnya. Kajian yang telah dijalankan juga turut menyokong iaitu tahap kepuasan atau ketidakpuasan seseorang pengguna mempunyai kaitan dengan penilaiannya tentang kualiti sesuatu perkhidmatan (Parasuranam et al, 1988). Oleh itu dalam era globalisasi kini, segala aspek yang sentiasa terdedah dengan penggunaan oleh individu haruslah mengikut peredaran masa dan mengikut kehendak spesifikasi masa kini.

1.1 LATAR BELAKANG MASALAH

Dalam era tanpa sempadan dan berkembang dengan teknologi moden menjadikan manusia inginkan lebih kepuasan dalam hidup. Kepuasan hidup yang diidamkan dalam konteks ini adalah dari segi kualiti yang di perolehi. Kepuasan pengguna merupakan satu elemen penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi. Penekanan terhadap kepuasan pengguna amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan (Johnson dan Fornell,1991). Bagi menjamin kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan mendapat tahap kepuasan yang tinggi dan berkualiti maka memerlukan beberapa kaedah pengukuran dalam menentukan tahap tersebut. Fokus utama kemudahan dan perkhidmatan yang dikaji adalah kemudahan dan perkhidmatan yang berkait rapat dengan penggunaannya oleh pelajar di Politeknik Port Dickson. Ini kerana untuk memastikan pelajar-pelajar boleh belajar dengan baik dan akan menyumbang ke arah kecemerlangan mereka. Kualiti dan produktiviti sesebuah perkhidmatan bukan sahaja dilihat berdasarkan prestasi pembekal perkhidmatan tersebut, malahan juga berdasarkan prestasi yang ditunjukkan oleh pelanggan-pelanggannya (Hill,1995). Menurut Nurul Huda et al (2009), pengurusan kualiti dalam sektor perkhidmatan dilihat memberi penekanan kepada pelanggan yang merupakan pihak berkepentingan dalam sesebuah proses penyampaian perkhidmatan. Dalam perkhidmatan, pelanggan selalunya memainkan peranan sebagai co-productionist, iaitu membekalkan input secara langsung atau tidak langsung dalam bentuk masa, tenaga fizikal dan tenaga mental (Parasuraman, 2002). Untuk melahirkan pelajar-pelajar yang berkualiti dan cemerlang dalam segala aspek maka kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak politeknik haruslah berada pada tahap yang baik dan tinggi. Antara yang berkait rapat dengan kehidupan pelajar adalah seperti bilik kuliah, dewan kuliah, makmal, bengkel, perpustakaan, kantin dan juga kafeteria manakala dari segi perkhidmatan pula melibatkan hal-hal pelajar, pentadbiran, aktiviti kokurikulum dan keadaan keseluruhan staf di Politeknik. Kemudahan dan perkhidmatan ini haruslah sentiasa dikekalkan kualitinya bagi mencapai inspirasi visi dan misi Politeknik.

1.2 PENYATAAN MASALAH

Oleh itu, kajian yang dijalankan ini bertujuan untuk mengkaji masalah berkaitan tahap kepuasan pelajar-pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Politeknik Port Dickson. Di antara kemudahan dan perkhidmatan yang ingin dikaji adalah seperti bilik kuliah/ dewan kuliah/ makmal/bengkel, Perpustakaan, Halhal Pelajar, Pejabat Pentadbiran, Kokurikulum, Kantin dan Kafeteria serta Politeknik itu sendiri.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

Objektif yang ingin dicapai melalui kajian ini ialah:
 i. Menentukan tahap kepuasan pelajar di bilik kuliah/ dewan kuliah/ makmal dan bengkel. 
ii. Menentukan tahap kepuasan pelajar di Perpustakaan. 
iii. Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di Hal-hal Pelajar. 
iv. Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di pejabat Pentadbiran. 
v. Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi Kokurikulum. 
vi. Menentukan tahap kepuasan pelajar di Kantin dan Kafeteria. 
vii. Menentukan tahap kepuasan pelajar di Politeknik Port Dickson.

1.4 KEPENTINGAN KAJIAN

Penyelidik berharap daripada kajian yang dilakukan akan dapat memberi input dan membantu pihak pengurusan Politeknik Port Dickson dalam merancang pelan tindakan yang sewajarnya bagi memastikan tahap kepuasan kemudahan dan perkhidmatan yang ditawarkan di Politeknik berada pada tahap yang baik dan berkualiti sejajar dengan keperluan dan kehendak Agensi Kelayakan Malaysia.

1.5 SKOP DAN BATASAN KAJIAN

Kajian ini dijalankan untuk mendapatkan maklumbalas daripada pelajar-pelajar Politeknik Port Dickson tentang tahap kepuasan mereka terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan pada sesi Disember 2010 sahaja manakala hanya jabatan akademik yang mempunyai pelajar sahaja yang di cerap sebagai responden dalam kajian ini. Antara jabatan yang terlibat adalah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan sahaja. Penyelidik juga membuat andaian bahawa pelajar-pelajar tersebut memberi kerjasama dan respon yang baik serta jujur mengenai tahap kepuasan terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan oleh pihak Politeknik Port Dickson pada sesi Disember 2010. 2.0

KAJIAN LITERATUR

Kebelakangan ini berlaku banyak perbandingan graduan lepasan Politeknik dengan graduan lepasan universiti-universiti tempatan lain. Perbandingan adalah dari aspek pencapaian akademik yang kurang memberangsangkan. Timbul persoalan adakah pihak Politeknik telah menyediakan pengetahuan dan kemahiran yang mencukupi untuk membolehkan para graduan politeknik bersaing dan mencapai tahap kecemerlangan dalam akademik yang membanggakan setanding dengan graduan-graduan yang lain. Dari persoalan ini timbul isu,adakah kemudahan yang disediakan mencukupi dan sempurna? Kajian ini akan menjawab persoalan samada kemudahan yang sedia ada di Politeknik Port Dickson mencukupi atau sebaliknya. Kajian ini juga membuat perbandingan dari sudut objektif, sumber data dan skop kajian dengan beberapa kajian lain.

2.0   METODOLOGI KAJISELIDIK

Kajian ini adalah berbentuk kajian kuantitatif yang bertujuan untuk mengkaji tahap kepuasan pelajar terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan di Politeknik Port Dickson (PPD) bagi sesi Disember 2010. Data yang diperolehi dikategorikan sebagai jenis kuantitatif kerana penganalisaan data adalah menggunakan kekerapan dan peratusan serta analisis skor min. Kaedah penyelidikan yang dijalankan untuk kajian ini adalah kaedah penyelidikan Deskriptif Tinjauan Sampel. Menurut Mohd Majid Konting (2000), penyelidikan deskriptif merupakan penyelidikan yang bermatlamat untuk menerangkan sesuatu fenomena yang sedang berlaku. Kajian tinjauan sampel adalah tinjauan yang dilakukan terhadap sebahagian populasi yang dikaji dan sampel rawak digunakan bagi mewakili populasi yang dikaji. Kajian ini telah dijalankan terhadap 361 orang responden sebagai sampel daripada 4718 orang pelajar Politeknik Port Dickson pada sesi Disember 2010. Ini adalah merujuk kepada jadual Krejeie dan Morgan (1970), di mana menurut mereka penetapan jumlah sampel adalah berdasarkan kepada jumlah populasi. Respondenresponden kajian ini yang terdiri daripada pelajar-pelajar Sijil dan Diploma dari 4 jabatan akademik iaitu Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Jabatan Perdagangan telah diminta untuk mengisi borang soal selidik. Borang soal selidik yang digunakan adalah borang soal selidik yang diguna pakai untuk kajiselidik kemudahan dan perkhidmatan PPD di dalam prosedur kualiti PPD-PK-PS-05 Pengendalian Maklumbalas Pelanggan.

4.0 ANALISIS KAJIAN

5.0 KEPUTUSAN DAN PERBINCANGAN

Objektif Kajian Pertama “Menentukan tahap kepuasan pelajar di bilik kuliah/ dewan kuliah/ makmal dan bengkel.” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar di bilik kuliah/ dewan kuliah/ makmal dan bengkel berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Kedua “Menentukan tahap kepuasan pelajar di Perpustakaan” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar di Perpustakaan berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Ketiga “Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di Hal-Hal Pelajar” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di Hal-Hal Pelajar berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Keempat “Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di pejabat Pentadbiran” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar bagi perkhidmatan di pejabat Pentadbiran berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Kelima “Menentukan tahap kepuasan pelajar bagi Kokurikulum” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar bagi Kokurikulum berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Keenam “Menentukan tahap kepuasan pelajar di Kantin dan Kafeteria” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar di Kantin dan Kafeteria berada pada tahap sederhana.

Objektif Kajian Ketujuh “Menentukan tahap kepuasan pelajar di Politeknik” Secara keseluruhannya, hasil dapatan kajian yang diperolehi mendapati bahawa tahap kepuasan pelajar di Politeknik berada pada tahap tinggi.

6.0 CADANGAN DAN KESIMPULAN

Daripada hasil kajian yang telah dijalankan menunjukkan tahap kepuasan pelajar-pelajar PPD terhadap kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan berada pada tahap sederhana dan berpuas hati dengan kemudahan dan perkhidmatan yang disediakan. Namun begitu, kepuasan pengguna merupakan satu elemen yang penting dalam menentukan mutu produk dan perkhidmatan yang disediakan oleh sesebuah organisasi. Penekanan terhadap kepuasan pengguna amat penting bagi mendapatkan kepercayaan pengguna terhadap produk dan servis yang disediakan. Sebagai usaha penambahbaikan ke arah tahap yang lebih tinggi, pihak pengurusan PPD perlu menaik taraf lagi kemudahan sedia ada seperti infrastruktur bilik kuliah/ dewan kuliah/ makmal/ bengkel serta peralatan-peralatan kerusi/meja dan peralatan amali. Ini adalah kerana dengan kekurangan peralatan-peralatan tersebut boleh mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran pelajar yang menjadi teras utama perkhidmatan institusi ini. Selain dari itu, sikap pelajar juga memainkan faktor penting dalam menjaga kemudahan yang disediakan. Pendedahan kepada pelajar dengan cara yang betul untuk menjaga kemudahan amatlah penting diterapkan di dalam kelas supaya minda mereka sentiasa terbuka dan berfikir dengan bijak untuk menghargai kemudahan yang disediakan agar mereka dapat memperolehi manfaat.

7.0 RUJUKAN

[1] Hill, F.M (1995). Managing service quality in higher education: the role of the student as primary consumer. Quality Assurance in Education 3(3) : 10-21.

[2] Johnson M. D. & Fornelll, C (1991). A Framework For Comparing Customer Satisfaction Across Individuals And Product Categories. Journal of Economic Psychology, 12(2), 267–286

[3] Kouthouris, C, & Alexandris, K. (2005). Can service quality predict customer satisfaction and behavioral intentions in the sport tourism industry? An application of the SERVQUAL model in an outdoors setting. Journal of Sport Tourism, 10 (2), 101-111.

[4] Krejeie, R.V dan Morgan, D.W (1970). Determining Sample Size For Research. Educational and Psychological Measurement.

[5] Mohd Majid Konting (2000). Kaedah Penyelidikan Pendidikan. Kuala Lumpur : Dewan Bahasa dan Pustaka.

[6] Nurulhuda, Chai Siew Fun, Fazli Idris (2009). Kajian Kepuasan Pelanggan Terhadap Perkhidmatan Perpustakaan Universiti Awam di Malaysia. Jurnal Pengurusan 28 (2009) 23 – 43

[7] Parasuraman,A. Zeithaml, V.A & Berry, L.L (1988), SERVQUAL: A Multiple-Item Scale For Measuring Consumer Perceptions Of Service Quality. Journal of Retailing 64(1) : 12-40.


[8] Suhaila et al. (2004). Penilaian Kepuasan Pengguna Terhadap Penggunaan Sistem Rangkaian Komputer Berteknologi Kluster Di Unit Perancang Ekonomi. Jurnal Teknologi Maklumat & Multimedia, 63 – 72.

Minimum Required Content (MRC) toolkit- Pengurusan kepimpinan

Arahan: 

1. Buat 2 salinan
2. Cuba set 1 dan go thru beberapa klai sampai hafal semua konsep, fakta dan 
    definisi
3. Sekarang cuba set 2 dan pastikan hampir semua bahagian dipenuhi. 

GOOD LUCK


Pengurusan - Kepimpinan



1.    Maksud kepimpinan (2)
Satu _____________________di mana  pemimpin cuba mempengaruhi  ___________________ pekerjanya agar mereka dapat melakukan tugas yang diberikan untuk mencapai _______________ organisasi.

2.    Kepentingan kepimpinan (2)
a.     Membentuk ___________________organisasi
b.    Memotivasi dan mempengaruhi _____________dengan berkesan
c.     ___________________yang baik kpd pekerja
d.    Berupaya menganalisis ____________________
e.     Berani mengambil ______________________
f.     Berfikiran __________________


3.    Jenis kuasa (1)
a.    Kuasa _____________
b.    Kuasa _____________
c.    Kuasa _____________
d.    Kuasa _____________
e.    Kuasa _____________

4.    Jenis kepimpinan (1)
a.    Kepimpinan _____________________
b.    Kepimpinan _____________________
c.    Kepimpinan _____________________
d.    Kepimpinan _____________________

5.    Peranan pemimpin dalam organisasi (2)
a.    ______________________________
b.    ______________________________
c.    ______________________________
d.    ______________________________

6.    Maksud motivasi (2)
__________________________seseorang untuk berusaha secara bersungguh-sungguh  untuk mencapai _____________________. Ia bermula dengan sesuatu _______________yang hendak dicapai menyebabkan individu merasa_______________. Ini akan menggerakkan rangsangan  untutk mencari gelagat yang  sesuai. Ia dilakukan dengan bersungguh-sungguh untuk memastikan ________________tercapai. Setelah kehendak dicapai, ______________________akan hilang

7.    Kepentingan motivasi (5)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________
d.    __________________________
e.    _____________________________



8.    Perbezaan pemimpin dengan pengurus (3)


Aspek
  Pengurus
Pemimpin

Buat kerja pengawalan dan penyelesaian masalah
Memberi motivasi dan inspirasi kpd masyarakat
Autoriti

Kuasa dari sumber peribadi
Halatuju
Bentuk perancangan dan belanjawan

tanggungjawab

Hubungan interpersonal dan harmoni di kalangan pengikut ditekankan

Lebih kepada penyelesaian masalah berkaitan masalah pengurusan dan pekerjaan
lebih kepada penyelesaian masalah tentang konflik pekerja dan menangani perubahan dalam organisasi

Melaksanakan fungsi pengurusan seperti perancangan dan pengorganisasian
Susun atur  pekerrja kea rah pencapaian matlamat


9.    Perbezaan pemimpin formal dengan tidak formal (5)


Dimensi
Pemimpin formal
Pemimpin tidak formal
Matlamat



Hiraki
Berselerak (grapevine)
Perlantikan


Jawatan



Formal/Kekal
Diberi oleh ahli Ahli/Sementara

Mengikut kedudukan/melalui jawatan/kuasa sah
Kuasa kepakaran/kuasa rujukan
Bidang kuasa




10.  Lima keperluan ikut teori Maslow (2)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________
d.    __________________________
e.    _____________________________


11.  Faktor penjagaan ikut Herzberg (5)
-       Sebarang kekurangan factor penjagaan akan menyebabkan rasa _______________________.
-       Jika ia mencukupi akan menghasilkan perasaan_____________
-       Sebarang penambahannya tidak akan meningkatkan ____________bekerja  dan seterusnya tidak akan ______________pekerja bekerja lebih; ia hanya
akan mengurangkan rasa ________________pekerja
-       Ia merupakan factor _______________________
-       Ia tidak akan menghasilkan ___________________bekerja
-       Contohnya :_________________________________, _________________
dan ______________________________________

12.  Faktor motivasi ikut Herzberg (5)
-       Faktor yang boleh memberi ______________pekerjaan dan
merangsang pekerja untuk meningkatkan________________.
-       Jika tak wujud , pekerja kurang _______________untuk bekerja
tetapi tidak menyebabkan berlakunya _________________________
-       Ia merupakan factor _________________
-       Contohnya :_______________________, _______________________
dan ___________________________________________

13.  Empat ciri pekerja X mengikut McGregor (2)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________
d.    __________________________

14.  Empat ciri pekerja Y mengikut McGregor (2)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________
d.    __________________________

15.  Tiga kehendak mengikut teori McClelland (1)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________

16.  Empat kepentingan pasukan (2)
a.    ________________________
b.    _________________________
c.    ___________________________
d.    __________________________



17.  Lima langkah penubuhan pasukan (5)
a
b
c
d
e.      

.   Empat factor berkaitan pekerjaan yang menyebabkan stress (2)
a
b
c
d
    

.   Empat factor berkaitan organisasi  yang menyebabkan stress (4)
a.
b.
c.
d.
20.  Empat factor berkaitan individu  yang menyebabkan stress (4)
a.
b.
c.
d.
.   Empat factor luaran organisasi  yang menyebabkan stress (4)
a.
b.
c.
d.
22.  Tiga kesan stress kepada pekerja (1)
a.    Kesan _________________________
b.    Kesan _________________________
c.    Kesan _________________________
23.   Enam  kesan stress kepada organisasi (2)
a.    ________________dan motivasi pekerja berkurangan
b.    ______________________kadar lantik henti
c.    Peningkatan kadar ponteng ______________
d.    Kerosakan _______________________organisasi
e.    ______________________kerja menurun
f.     Berlaku __________________________kerja

24.  Enam pendekatan organisasi menangani stress (2)
a.    Pemilihan dan penempatan ______________________
b.    Program pembangunanan ___________________ dan mental
c.    Program _______________________ fizikal dan social
d.    Sistem ___________________ dan kaunseling
e.    Persekitaran _______________
f.     Program _______________________keluarga

25.  Lima pendekatan peribadi untuk menangani stress (2)
a.    Pengurusan __________________________
b.    Amalan ______________________________
c.    Amalan _____________________________
d.    Pembangunan _____________________________
e.    Pembangunan ____________________________