Wednesday, July 4, 2018

kajian kes pemasaran- BCG, pendekatan (orientasi) pemasaran dan proses pemasaran


Mydina  Food Berhad
Syarikat Mydina Food Berhad (MFB) merupakan pengeluar pelbagai jenis makanan ringan di Malaysia. Minuman ringan jenama Zetty dan Pitty  merupakan dua produk utama yang menguasai pasaran minuman ringan di Malaysia. Produk ini juga mencatat kadar pertumbuhan yang tinggi. Minuman isotonic jenama Tinnaga pula kurang mendapat sambutan selepas dilancarkan 4 tahun yang lalu. MFB bercadang untuk mengeluarkan produk ini dari pasaran.  Biskut jenama Sidap pula menguasai pasaran biskut  dengan syer pasaran sebanyak 60%  walaupun mengalami kadar pertumbuhan yang rendah . Pesaing utama Sidap ialah jenama Ennak yang  dikeluarkan oleh  MM Berhad.  MFB juga melancarkan biksut jenama Kupahit khusus untuk pesakit diabetes. Pasaran untuk jenama ini mengalami kadar pertumbuhan yang tinggi tetapi Kupahit gagal menguasai pasaran tersebut.
Kejayaan MFB dalam industri makanan negara disumbangkan oleh pasukan pengurusan mantap yang membuat perancangan teliti dalam aspek pengeluaran dan pemasaran. MFB juga mempunyai tenaga buruh yang mahir dan berpengalaman. Encik Mahathir yang merupakan pengurus pemasaran MFB memastikan aktiviti pemasaran MFB mampu menjana pendapatan yang tinggi untuk MFB. Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna. Misalnya pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual produk dengan harga yang rendah. Jabatan pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti dan inovatif. Penambahbaikan berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi untuk produk MFB. Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas. Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.
Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang. Beberapa program promosi berkesan telah dilancarkan oleh MFB. Di antaranya ialah lantikan Ella Roy dan Anlina Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya. Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum. Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB.
MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik dan menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran utama produknya. Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam. Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat. Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB. Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya. MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB. Selaras dengan visi MFB “kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” , MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan negara ini.
(kes ditulis oleh Mr Karthik, Pusat T6 High School Setapak)
Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a.       Jelaskan empat  pendekatan pemasaran yang digunakan oleh syarikat MFB
b.      Lakarkan matriks BCG untuk produk MFB
c.       Jelaskan proses pemasaran yang telah dijalankan oleh syarikat MFB
Cara menjawab
Fakta- kenalpasti fakta yang berkaitan
Huraian- beri definisi atau maksud fakta berkenaan
Kaitan kes- cari kaitan kes berkaitan dengan fakta yang telah dikenalpasti. Anda boleh beri banyak kaitan kes


SKEMA PEMARKAHAN
a.      Tiga pendekatan pemasaran yang digunakan oleh syarikat MFB ialah
Fakta
Huraian
Kaitan kes
Pendekatan pemasaran produk

syarikat menumpukan kepada pembetulan dan penambahbaikan keluaran secara berterusan agar keluarkan produk bermutu
-          Jabatan pengeluaran menggunakan teknologi terkini untuk memastikan pengeluaran produk berkualiti dan inovatif
-          Penambahbaikan berterusan ke atas produk MFB berjaya mengekalkan syer pasaran yang tinggi untuk produk MFB

Pendekatan pemasaran penjualan

Tumpuan kepada program promosi dan usaha jualan yang aggresif untuk menggalakkan pengguna beli produk.

-          lantikan Ella Roy dan Anlina Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya.
-          Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum
-          Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB.
-          Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
-          Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB.
-          Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya.
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB
Pendekatan pemasaran moden

Penekanan kepada keperluan, citarasa dan kepuasan hati pembeli.

-          Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB.
-          Selaras dengan visi MFB “kami mengutamakan kepuasan pelanggan dengan menyediakan produk bermutu , bersih dan suci” , MFB dijangka terus menguasai pasaran makanan di  
-           
Pendekatan pemasaran kemasyarakatan

pemasar mengambil berat tentang hal ehwal dan  kebajikan pengguna dan masyarakat.
-          Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-          Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.




b.      Matriks BCG untuk syarikat MFB




















c. Proses pemasaran yang telah dilaksanakan oleh MFB ialah

Langkah pertama ialah menilai peluang –peluang pemasaran
Pemasar buat kajian pasaran dan kenal pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari
peluang dan menjangkakan ancaman.
Kaitan kes
-          Jabatan ini sering membuat penyelidikan pemasaran  untuk mengetahui kehendak dan citarasa pengguna.
-          pemansuhan GST memberi peluang kepada MFB untuk menjual produk dengan harga yang rendah

Langkah kedua ialah memilih Sasaran pasaran
Beri fokus kpd aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran.
Kaitan kes
-          MFB memberi tumpuan kepada pasaran domestik
-          menyasarkan golongan remaja dan kanak – kanak sebagai sasaran utama produknya.
-          Sesuai dengan tagline bersih dan suci, produk MFB mendapat sambutan yang baik daripada rakyat Malaysia khususnya pengguna beragama Islam

Langkah ketiga ialah membina Campuran Pemasaran
Organisasi akan bangunkan produk,  tentukan harga, jalankan promosi dan agihan secara cekap dan berkesan.
Kaitan kes
-          lantikan Elfira Loy dan Anzalna Nasir  sebagai duta produk berjaya menarik minat pengguna produk MFB dan juga meningkatkan syer pasarannya.
-          Pengiklanan secara agresif dalam media bercetak dan media sosial juga berjaya memperkenalkan jenama MFB ke pasaran umum.
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB
-          Harga produk MFB adalah berpatutan dan mampu beli oleh setiap lapisan masyarakat.
-          Pembungkusan dan jenama yang menarik juga memberi kelebihan daya saing kepada MFB.
-          Produk MFB juga mudah didapati di kedai runcit, pasar mini dan juga pasar raya.
-          MFB bergantung kepada pemborong dan peruncit untuk memastikan pengedaran produk yang sistematik agar memberi kepuasan kepada pelanggan produk MFB
-          Jabatan pengeluaran menggunakan bahan mentah berbentuk organik dalam proses pengeluaran makanan untuk memastikan kesihatan pengguna tidak terjejas.
-          Pembungkusan produk MFB juga menggunakan plastik kitar semula.


Langkah keempat ialah mengurus Usaha Pemasaran
organisasi akan melakukan aktiviti analisis, rancang, laksana dan kawal proses-proses pemasaran.
Kaitan kes
-          Unit jualan MFB yang mempunyai jurujual seramai 40 orang eksekutif jualan mengadakan mesyuarat mingguan untuk menilai keberkesanan program promosi yang telah dirancang
-          Penyediaan helpdesk untuk pemborong dan peruncit pula membantu saluran agihan mendapatkan maklumat tambahan dan terkini tentang produk dan insentif promosi terkni MFB