Monday, August 19, 2013

Pengajian Perniagaan Penggal 3- PAB Syarikat multinasional

F.  Syarikat Multinasional        
      
• Syarikat tempatan atau syarikat asing yang beroperasi di lebih daripada satu          negara asing  
• Mempunyai cawangan-cawangan di beberapa buah negara dan dikawal oleh
 syarikat yang dikenali sebagai ibu pejabat

Cabaran Syarikat Multinasional
1. Struktur Organisasi
• Syarikat multinasional sering terdedah kepada penyelewengan, penipuan dan ketidakpastian  
• Keadaan ini berlaku akibat perbezaan waktu dan jarak yang jauh antara cawangan  
• Kekurangan komunikasi antara cawangan menyebabkan sesetengah syarikat multinasional terbiar clan terpaksa bergantung kepada pihak pengurusan tempatan untuk mengatasi masalah yang wujud  
• Dalam hal in kawalan yang berkesan boleh dilakukan dengan merangka reka bentuk struktur syarikat multinasional
• Struktur syarikat multinasional dibahagi kepada:
i. Struktur fungsian
ii. Struktur  produk
iii. Struktur  mengikut wilayah
iv. Struktur matriks

i. Struktur fungsian
Sesuai untuk syarikat multinasional yang mengeluarkan barangan yang sama atau dalam kuantiti yang sedikit serta tidak mempunyai banyak cawangan




Kebaikan      
a) Pengkhususan fungsian meningkatkan kecekapan
• Fungsian yang sama di lakukan secara ulangan dapat meningkatkan kepakaran pengurus dalam bidang tertentu. Maka, produktiviti dapat di tingkatkan
b) Memudahkan latihan
• Pengurus hanya per;u bertanggungjawab terhadap bahagian tertentu yang menghkusus kepada satu fungsian sahaja.
c) Memudahkan pembentukan kursus
Pembentukan program latihan lebih mudah kerana perlu mengikut keperluan fungsian tertentu sahaja.
d) Mengurangkan pertindihan penggunaan sumber
Contoh : Bahagian pengeluaran berkongsi jentera untuk semua jenis produk yang di keluarkan. Dengan itu, kos firma dapat di jimatkan.
e) Penyelesaian masalah fungsian lebih cepat dan cekap.
Kerjasama dan perbincangan dapat di lakukan dengan berkesan untuuk mencari penyelesaian kerana semua peringkat staf mempunyai pengkhususan kemahiran yang sama.

Kelemahan
a) Pengkhususan fungsian mengakibatkan kebosanan
Fungsian yang sama di lakukan secara ulangan mengakibatkan kebosanan, seterusnya mengurangkan produktiviti

b) Kekurangan penyelarasan antara jabatan
Tumpuan pengurua hanya kepada jabatan sendiri sahaja. Maka, penyelarasan jadual antara jabatan sukar dilakukan.

c) Fokus kepada bidang fungsian sahaja.
Setiap pengurus lebih mementingkan objektif fungsian menyebabkan kurangnya penekanan kepada objektif keseluruhan syarikat

d) Skop pengetahuan adalah sempit
Ini kerana pengurus hanya tertumpu kepada bidang sendiri sahaja.

e) Melambatkan proses penyelesaian masalah.
Masalah hierarki menyebabkan masa yang panjang diperlukan unutk proses membuat keputusan.


ii. Struktur produk
Sesuai untuk syarikat multinasional yang mempunyai banyak produk dan mengalami inovasi barang dan perkhidmatan yang cepat





Kebaikan
a) Meningkatkan penyelarasan tugas dalam kumpulan produk yang sama kerana mempunyai tanggungjawab bersama untuk mendapat keuntungan bagi kumpulan produk berkaitan
b) Pemusatan sumber dan kemudahan untuk kumpulan produk tertentu dapat menjimatkan kos dan masa unutk pemindahan.
c) Penyesuaian yang cepat terhadap keperluan di pasaran asing kerana mempunyai kakitangan yang mengkhusus dan mahir dalam kumpulan produk yang berkaitan.
d) Penyelesaian masalah tentang produk pasaran asing adalah lebih cepat kerana tumpuan sepenuhnya diberi oleh kakitangan yang bertanggungjawab bagi kumpulan prosuk tertentu menyebabkan nya lebih sensitif terhadap masalah kumpulan prosuknya.
e) Pembentukan lebih ramai pakar dalam kumpulan tertentu kerana struktut ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami fungsi pengurusan bagi kumpulan produk yang berkaitan.

Kelemahan
a) Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mengeluarkan dan memasatkan produk tertentu.
b) Meningkatkan kos akibat keperluan penyelidikan dan pembangunan untuk menyesuaiakn produk dari segi reka bentuk dan fungsi mengikut kehendak pasaran asing.
c) Teknik penyelesaian masalah hanya tertumpu kepada sesuatu produk sahaja. Maka, cara penyelesaian masalah mungkin tidak sesuai untuk produk lain.
d) Skop kepakaran pengurus dan staf terhad kepada kumpulan produk yang berkaitan sahaja mengakibatkan mereka tidak dapat bergerak secara bebas dalam struktur organisasi.
e) Pertindihan sumber berlaku kerana kekurangan penyelarasan anatara kumpulan produk yang berbeza.









iii. Struktur mengikut wilayah geografi
Sesuai untuk syarikat multinasional yang mempunyai banyak tempat operasi di dunia                                                                                                







Kebaikan
a) Membantu pengurus lebih memahami keadaan pasaran dan masalah tempatan
Supaya dapat menyelesaikan keunikan permasalahan setempat dengan cepat.
b) Meningkatkan penyelarasan tugas dalam wilayah yang sama kerana mempunyai persekekitaran dalaman dan luaran yang hampir sama untuk negara- negara berkenaan
c) Komunikasi bersemuka dengan masyarakat pasaran asing membantu firma menghasilkan produk yang mengambil kepetingan pasaran asing
d) Pemusatan sumber dan kemudahan di sesuatu kawasan dapat menjimatkan kos dan masa untuk pemindahan.
e) Pembentukan lebih ramai pakar dalam bidang kepakaran setempat kerana struktur ini memerlukan pengurus yang berpengetahuan dan memahami keadaan pasaran setempat.

Kelemahan
a) Memerlukan pengurus yang berkemampuan untuk mentadbir kawasan yang berbeza bagi wilayah yang sama.
b) Membebankan tugas pengurus kerana terpkasa menghadapi masalah persekitaran dalam negara yang berbeza dalam wilayah yang sama.
c) Memerlukan peraturan dan prosedur yang lebih komprehansif untuk menyelaraskan semua perkara di semua kawasan operasinya.Contoh: peraturan diperlukan untuk memastikan tahap kualiti produk yang standard untuk semua kawasan.
d) Percanggahan pendapat dalam pembentukan visi dan objektif korporat anatara kawasan yang berlainan akan berlaku
e) Pertindihan fungsi berlaku kerana setiap wilayah mempunyai bahagian pemasaran, perakaunan dan lain- lain bahagian masing- masing.

iv. Struktur matriks
Sesuai bagi syarikat multinasional yang sering terdedah kepada perubahan persekitaran, di mana produk berbentuk tempahan








Kebaikan                              
a) Komunikasi lebih mantap memebolehkan maklumat diproses dengan lebih banyak dan cepat.
b) Perkongsian sumber kepakaran pekerja membantu meningkatkan presetasi syarikat.
c) Meningkatkan kemahiran bekerjasama di kalangan pekerja yang berlainan fungsi dan memupuk persekitaran kerja yang baik.
d) Mempercepatkan proses pembuatan keputusan melalui pemancaran autoriti kepada peringkat pengurusan yang lebih rendah

Kelemahan
a) Meningkatkan beban kerja pekerja kerana terpaksa menerima arahan daripada dua orang ketua.
b) Percanggahan pendapat anatara pengurus akan melambatkan peroses membuat keputusan dan menyulitkan pengurusan.
c) Menyulitkan pengurusan kerana pendekatan pengurusan yang berbeza anatara pengurus- pengurus dari bahagian yang berlainan.
d) Masalah menentukan ketua yang sebenar mengakibatkan kekeliruan pekerja bawahan apabila hendak memberi laopran kemajuan dan kepada siap perlu bertanggungjawab.

2. Kawalan pengurusan
-Kawalan pengurusan sukar kerana sykt multinasional ada banyak cawangan.
- Persekitaran perniagaan dan pembuatan keputusan berbeza.
-Boleh buat Kawalan berpusat atau tidak berpusat.

3. Politik dan perundangan
• Sistem pemerintahan Jika negara tersebut mengamalkan sistem perancangan pusat, syarikat multinasional akan menghadapi ancaman pemiliknegaraan oleh kerajaan tempatan  
• Perhubungan antara pemimpin  Jika hubungan antara pemimpin kurang balk, peluang kerjasama antara syarikat multinasional dengan syarikat tempatan akan terjejas  
• Kedudukan negara dalam sesebuah gabungan  Sekiranya negara syarikat multinasional dengan negara yang ingin berurusniaga berada dalam blok organisasi yang berbeza, sekatan seperti tarif yang lebih tinggi, kuota dan lain-lain akan dikenakan ke atas syarikat multinasional tersebut  
• Keadaan politik  Sekiranya pergolakan politik dan keadaan huru hara sering berlaku di negara yang berurusniaga, syarikat multinasional akan menghadapi masalah ancaman pelaburan  
• Sistem perundangan  Sekiranya undang-undang dan peraturan negara yang berurusniaga ketat, aktiviti perniagaan syarikat multinasional akan tersekat  
• Birokrasi kerajaan  Pengurusan dan pentadbiran sektor awam yang kurang cekap akan melambatkan proses perniagaan dan menjejaskan daya saing syarikat multinasional

4. Ekonomi
• Sistem ekonomi Jika negara berurusniaga mengamalkan sistem ekonomi kapitalis, walaupun terdapat kebebasan dalam pemilikan kekayaan, tetapi mungkin muncul kuasa monopoli yang akan menindas syarikat multinasional yang bersaiz lebih kecil  
• Keadaan ekonomi  Jika berlaku deflasi, peluang perniagaan syarikat multinasional akan terjejas
•  Sumber pengeluaran dan kemudahan infrastruktur  Jika sumber pengeluaran tidak mencukupi dan kemudahan infrastruktur tidak lengkap, proses pengeluaran syarikat multinasional akan terjejas
• Pendapatan perkapita Jika pendapatan per kapita penduduk negara yang berurusniaga rendah, peluang perniagaan syarikat multinasional akan terjejas kerana kuasa beli dan permintaan penduduk terhadap keluaran turut







5 .Sosio Budaya
• Perbezaan sikap, norma dan kepercayaan  Sikap, nilai dan kepercayaan yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat multinasional tidak dapat menggunakan campuran pemasaran yang sama dalam semua pasaran  
• Perbezaan adat resam  Adat resam yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Sebagai contoh: Penduduk Jepun yang sudah biasa dengan makanan tradisional tidak dapat membiasakan din i dengan makanan Barat menyebabkan syarikat multinasional Barat sukar menembusi pasaran di Jepun  
• Perbezaan agama  Agama yang berbeza antara negara dan bangsa menyebabkan cita rasa dan gelagat pembelian juga berbeza. Maka, syarikat multinasional hanya boleh memperkenalkan produk yang dibenarkan oleh agama berkenaan  
• Perbezaan pendidikan dan latar belakang  Kekurangan pendedahan mengakibatkan penduduk sesebuah negara tidak dapat menerima sesuatu yang baru. Keadaan ini menyebabkan syarikat multinasional menghadapi kesukaran apabila memperkenalkan teknik pengurusan yang berlainan atau produk yang berbeza  
• Perbezaan bahasa  Kelemahan dalam bahasa asing mungkin menyebabkan syarikat multinasional kehilangan kontrak, manakala pengurus dari negara asing dan tempatan yang kurang memahami bahasa masing-masing akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan  
• Perbezaan budaya  Budaya yang berbeza mungkin mengalcibatkan kekurangan persefahaman antara pengurus dari negara asing dan tempatan. Keadaan ini akan menjejaskan kecekapan dan keberkesanan pengurusan




















































 Risiko syarikat multi-nasional
a. Risiko ekonomi
-       Permintaan produk MNC bergantung kepada keadaan ekonomi iaitu inflasi atau kemelesetan.
-       Kemelesetan menyebabkan permintaan berkurang.
-       Inflasi meningkatkan kos pengeluaran
-       MNC perlu peka terhadap perubahan ekonomi.

b. Risiko politik
-     Merujuk kepada keadaan politik negara MNC beroperasi.
-     Politik tidak stabil/ pergolakan politik
-     Dasar kerajaan seperti kawalan pertukaran asing
-     Dasar hubungan dengan negara luar

c. Risiko kredit
-    kegagalan negara pengeksport mendapat bayaran daripada negara
     pengimport.
-       Kegagalan mungkin disebabkan oleh muflis, kemelesetan, politik tidak stabil

d. Risiko pemilikan negara
-   pengambilalihan perniagaan milik syarikat asing oleh kerajaan tempatan.
-   Kebiasaannya berlaku di negara yang mengamalkan ekonomi sosialis.

e. Risiko penghantaran balik modal dan dividen
-   Syarikat MNC menghantar pulangan dividen atau modal ke negara asal.
-   Disekat oleh kerajaan tempatan untuk melindungi industri tempatan atau MNC
    melabur semula pulangan keatas perniagaan.
-       Contohnya Malaysia mengadakan kawalan pertukaran asing.

f.  Risiko kadar pertukaran asing
-   kenaikan atau penurunan kadar pertukaran asing membawa kesan kepada negara pengeksport dan negara pengimport

- Contohnya USD1= RM3.30 kepada USD1= RM3.60, menyebabkan beban hutang syarikat tempatan yang membuat pinjaman di institusi kewangan asing meningkat.

2 comments :

  1. Asa syarikat pinjaman pinjaman bersedia untuk meminjamkan mana-mana jumlah yang anda perlukan untuk memulakan perniagaan peribadi anda. kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%, juga jika anda ingin membeli rumah di atas ansuran bulanan kita juga boleh menjual rumah untuk anda. supaya Sila memohon pinjaman pertanian pertanian. jika anda memerlukan hubungan pinjaman e-mel kami: asaloantransfer@gmail.com, anda juga boleh menghubungi e-mel ini: finance_institute2015@outlook.com, Mungkin ada banyak sebab mengapa anda perlu akses kepada beberapa wang tunai tambahan - daripada yang tidak dijangka pembaikan kereta atau rumah untuk membayar perkahwinan anda atau cuti khas. Tetapi apa sahaja yang anda memerlukannya, apabila anda meminjam antara $ 5,000 USD untuk 100,000 USD di atas.

    pengkhususan Syarikat.
    1) Kami memberi pinjaman pada kadar faedah 3%.
    2) Kami juga boleh membeli sebuah rumah pilihan anda dalam mana-mana lokasi pilihan anda.

    ReplyDelete
  2. APA MAKSUD SYARIKAT DAN PRODUK MNC???

    ReplyDelete