Monday, August 19, 2013

Pengajian Perniagaan penggal 3- PAB- Skop

A. Definisi
• Aktiviti jual beli barang dan perkhidmatan antara sebuah negara dengan negara lain untuk tujuan mendapatkan keuntungan

B. Peranan
1.    Meningkatkan tukaran asing
• Setiap barangan dan perkhidmatan yang dieksport akan membawa masuk pertukaran asing
• Kemasukan ini akan menambahkan pendapatan negara dan mewujudkan kestabilan ekonomi

2.    Meluaskan pasaran
• Keluaran yang mengalami lebihan dalam negara dipasarkan di peringkat antarabangsa  
• Liputan pasaran bagi keluaran tersebut menjadi luas dan sasaran pasaran baru akan wujud  
• Keadaan ini meningkatkan keuntungan syarikat tersebut atau boleh juga menyebarkan risiko kerugian syarikat

3.    Meningkatkan guna tenaga
• Semakin banyak jenis keluaran dieksport, jumlah pekerja yang diperlukan untuk aktiviti pengeluaran akan meningkat  
• Keadaan ini mewujudkan peluang pekerjaan
• Kesejahteraan ekonomi ke arah mencapai guna tenaga penuh akan tercapai

4.    Pemindahan teknologi
• Perniagaan antarabangsa memerlukan sating bergantungan negara antara satu sama lain
• Penggunaan teknologi yang canggih hasil saling bergantungan membantu mengurangkan kos dan meningkatkan produktiviti

5.    Memperbaiki imbangan dagangan dan imbangan pembayaran
• Perniagaan antarabangsa dapat mewujudkan lebihan imbangan dagangan dan imbangan bayaran melalui peningkatan jumlah eksport
• Keadaan ini mewujudkan kestabilan ekonomi

6.    Meningkatkan imej
• Penglibatan dalam perniagaan antarabangsa mempamerkan imej perniagaan yang telah berkembang
• Hubungan diplomatik yang erat dengan negara asing meningkatkan imej negara di dunia antarabangsa

    7. Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah
• Perniagaan antarabangsa menyelesaikan masalah kekurangan bahan mentah di pasaran tempatan
•  Sumber bahan mentah yang banyak dan murah, mahir dan berkualiti boleh diperoleh di negara asing
• Keadaan ini membantu mengurangkan kos.

8.    Mengeratkan hubungan dengan negara asing
• Perniagaan antarabangsa melibatkan hubungan dua hala dan pelbagai hala antara negara
• Saling kebergantungan yang diperlukan mewujudkan semangat kerjasama  Penyelesaian masalah mudah dilakukan dengan bantuan negara asing.

C. Tahap PAB
1.     Domestik
-       Jual –beli barang di pasaran tempatan
-       Tiada cukai asing dan guna matawang tempatan
-       Tiada perbezaan besar dari segi pengguna

2.     Antarabangsa
-       Menjalankan aktiviti perdagangan dengan negara lain.
-       Keadaan pasaran tempatan yang tepu.
-       Ada pelbagai cabaran seperti sistem cukai dan matawang asing

3.     Multinasional
-       Menjalankan operasi perniagaan lebih dari satu negara.
-       Ada subsiadiri
-       Contohnya Sony buka cawangan di Malaysia dan Singapura

4.     Global
-       Syarikat berusaha menghasilkan produk yang seragam untuk pasaran dunia.
-       Memenuhi permintaan untuk segmen pasaran yang sama diseluruh dunia.
-       Contohnya pen Parker dan Papermate




D. Strategi memasuki perniagaan antarabangsa 

1.     Import                      
• Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan yang dibeli dari negara asing di pasaran tempatan  
• Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran defisit kerana ia mengakibatkan wang mengalir keluar negara  
• Contoh: Malaysia membeli kapal terbang perang MIG Soviet Union untuk kegunaan dalam negara

2.     Eksport                        
• Aktiviti menjual barangan dan perkhidmatan tempatan ke pasaran asing  
• Kegiatan ini mungkin membawa kepada imbangan bayaran lebihan kerana ia mengakibatkan wang mengalir masuk ke dalam negara
• Contoh: Malaysia menjual minyak kelapa sawit kepada Soviet Union

3.     Kontrak pengeluaran      
• Pemberian kebenaran daripada syarikat asing untuk mengeluarkan dan memasarkan alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap di pasaran tempatan dan pasaran asing
• Syarikat asing akan memberi lesen untuk mengeluarkan dan memasarkan    alat-alat komponen, barang separuh siap atau barang siap  
• Syarikat tempatan dikehendaki membayar royalti kepada syarikat asing tersebut

4.     Francais                      
• Pemberian kebenaran hak daripada francaisor kepada francaisi untuk menggunakan sebarang kepakaran pembuatan atau perkhidmatan, teknik pemasaran, cap dagang, paten dan sebagainya untuk mengeluarkan dan memasarkan produk  
• Francaisor akan menyampaikan pengetahuan, imej, kepakaran pembuatan atau perkhidmatan dan teknik pemasaran kepada francaisi  
• Francaisi akan membayar royalti kepada francaisor dan dibenarkan menggunakan nama syarikat dan menerima bantuan dari francaisor untuk memulakan perniagaan di sesuatu kawasan tertentu

5.     Usahasama                
• Perikatan antara dua atau lebih syarikat yang bertujuan untuk mengeksport barang dan perkhidmatan ke pasaran antarabangsa  
• Syarikat-syarikat akan berkongsi tanggungjawab dan kos
• Keuntungan akan dibahagi mengikut jumlah pelaburan masing-masing



6.     Perlesenan                  
• Pemberian kebenaran oleh licensor kepada licensi untuk mengeluarkan atau memasarkan jenama produk atau perkhidmatannya bagi satu tempoh tertentu
• Licensor memberi hak menggunakan proses pengeluaran, cap dagang, paten. rahsia niaga dan sebagainya yang berkaitan dengan produk atau perkhidmatannya kepada licensi
• Licensi terpaksa membayar royalti kepada licensor

7.     Operasi serah kunci        
• Syarikat asing merekabentuk, membina, menyiapkan kemudahan dan melatih pekerja tempatan untuk mengambil alih kemudahan yang dibina  
• Apabila projek siap, syarikat asing akan menyerahkan kunci kemudahan kepada syarikat tempatan untuk mengendalikan kemudahan tersebut  
• Yuran dan wang pendahuluan akan dikenakan ke atas syarikat tempatan yang terbabit dalam operasi tersebut

8.     Subsiadiri
      • Bermaksud sesebuah syarikat yang dipunyai oleh syarikat lain melalui  
        pemegangan sahamanya.
      • Contohnya subsiadiri Maybank di Indonesia ialah PT bank Maybank Syariah  
        Indonesia.
      • Syarikat induk mempunyai kawalan penuh ke atas operasi dan perjalanan

        syarikat subsiadiri di luar negara.

No comments :

Post a Comment