Monday, August 19, 2013

Pengajian Perniagaan Penggal 3- PAB - Dokumen

G. Dokumen penghantaran

1.  Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading)
Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat perkapalah untuk di hantar kepada penama yang dinyatakan dalam dokumen itu.
• Dokumen ini diperlukan apabila penghantran barang di buat melalui kapal.
• Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal yang dikeluarkan oleh syarikat perkapalan atau ejennya.
• Merupakan dokumen hal milik penama terhadap barang- barang. Dengan itu, ia tidak boleh membuat tuntutan ke atas barang yang sampai ke pelabuhan tanpa dokumen ini.
• Boleh dipindah milik dengan cara endorsan.
• Boleh dicagarkan untuk mendapatkan pinjaman atau kemudahan overdraf
• Dihantar kepada pengimport sebelum ketibaan barangan.

Fungsi Bil Muatan
• Sebagai dokumen hak milik barang kerana pengimport tidak dapat menuntut barangan tanpanya  
• Digunakan sebagai cagaran oleh pengimport untuk mendapatkan pinjaman dari bank  
• Sebagai bukti kontrak antara syarikat perkapalan dengan pengeksport untuk mengangkut barang  
• Berguna kepada pihak kastam kerana ia menyediakan maklumat berkenaan barangan yang diimport dan dieksport sama ada perlu dikenakan cukai ataupun tidak  
• Sebagai nota makluman dengan memberikan butir-butir lengkap tentang barang-barang  
• Melindungi pemilik kapal daripada sebarang tuntutan ganti rosak yang bukan disebabkan oleh kesalahannya kerana setiap kerosakan akan dicatatkan dalam bil ini

2. Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill)
• Satu dokumen tentang barang yang diterima oleh syarikat penerbangan untuk di hantar kepada penama yang di nyatakan dalam dokumen itu.
• Dokumen ini diperlukan apabila penghantaran barang di buta melalui kapal terbang.
• Bertindak sebagai pengakuan penerimaan barang- barang atas kapal terbang yang dikeluarkan oleh syarikat penerbangan atau ejennya.
• Bukan dokumen hak milik ini sebagai bukti penerimaan apabila barang sampai.
• Tidak boleh dipindah milik kerana bukan dokumen hak milik
• Tidak boleh di cagarkan untuk mendapatkan pinjaman.
• Di hantar bersama- sama dengan barangan dan akan sampai serentak ke tangan pengimport.

3. Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin);
• Satu pengakuan yang ditandatangani oleh pengeksport dan disahkan oleh pengawai Jabatan Perdagangan dari negara pengeksport bahawa barang itu dibuat di negara pengeksport
•  la diperlukan oleh pihak kastam negara pengimport untuk memberi tarif keistimewaan atau mengenakan kuota atau dasar lain terhadap barangan import

H. Kaedah pembayaran dan penyelesaian perdagangan
1. Perdagangan barter
-   Pertukaran barang dan perkhidmatan tanpa penggunaan matawang.
-   Selepas mendapat persetujuan kedua-dua kerajaan negara
-   Contoh: Malaysia menjual sawi ke Myenmar dan Myenmar bekalkan beras ke
    Malaysia

2. perbankan koresponden
-  Sebuah bank menjadi ejen bagi pengeksport untuk menerima bayaran dari bank asing. Pengimport bayar kepada bank di negaranya dan bank tempatan sebagai bank koresponden menerima bayaran tersebut untuk diserahkan kepada pengeksport.

I.  dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa

1.      Surat Kredit (Letter of Credit)
• Dokumen yang dikeluarkan oleh pengimport dengan bank pengimport sebagai penjamin untuk membayar sejumlah wang kepada pengeksport di bawah syarat-syarat yang ditetapkan  
• Syaratnya ialah semua dokumen seperti bit muatan, polisi insurans dan invois telah diserah kepada pengimport  
• Ia diperlukan apabila kedua-dua pengeksport dan pengimport tidak mengetahui kedudukan kewangan dan keadaan perniagaan masing-masing



2.     Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order)
• Arahan bertulis yang dikeluarkan oleh pengeksport kepada pengimport meminta pengimport membayar sejumlah wang kepadanya dalam tempoh yang telah ditetapkan atau dengan segera  
• Apabila pengimport mengesahkan persetujuannya, bit ini akan di kembalikan kepada pengeksport yang kemudiannya akan menghantar barangan kepadanya
• Pengeksport boleh mendiskaunkan bit itu di bank untuk mendapatkan bayaran segera

3.     Incoterms
-set peraturan antarabangsa yang diamalkan oleh perdagangan antarabangsa.




No comments :

Post a Comment