Monday, August 19, 2013

Pengajian Perniagaan Penggal 3-PAB- konsep penting

E. KONSEP PENTING DALAM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

1.       Pasaran menimbul (emerging market)
kawasan atau negara baru yang dikenali sebagai kawasan yang boleh menyediakan pasaran bagi keluaran dunia dan perniagaan antarabangsa. Contohnya – China dan India

2.     Selatan-selatan
Pembentukan kumpulan negara-negara selatan hemisfera selatan untuk membangunkan ekonomi dan kerjasama teknikal. Contohnya negara-negara ASEAN, Indonesia, Amerika Latin, negara-negara carribean.

3.     Globalisasi
Usaha meluaskan penglibatan perniagaan ke pasaran dunia, mempiawai operasi secara meluas dan mengintegrasi pengeluaran firma. Contoh – membuka cawangan Kebaikan amalan konsep globalisasi
1. Meningkatkan pertukaran asing
2.  Meluaskan pasaran
3.  Meningkatkan guna tenaga
4.  Pemindahan teknologi
5.  Mengatasi imbangan dagangan dan imbangan pembayaran defisit
6.  Meningkatkan imej
7.  Mengatasi masalah kekurangan sumber bahan mentah
8. Mengeratkan hubungan dengan negara asing
perniagaan di seluruh dunia.

4.     Nasionalisasi
Tindakan kerajaan memindahkan pemilikan aset atau harta milikan swasta dalam kerajaannya kepada negara atau memiliknegarakannya. Pemilikan itu diikuti dengan pembayaran pampasan kepada firma berkenaan. Contoh – memiliknegarakan kilang memproses tenaga nuklear.

5.     Lokalisasi
Penekanan aktiviti perniagaan dalam kawasan setempat. Merubah organisasi asing kepada organisasi tempatan. Bertujuan mengubah kualiti produk tempatan dan menyokong aktiviti ekonomi tempatan dalam jangka panjang. Contoh – memperbadankan syarikat milik asing di negara ini seperti Sony (M) Bhd, HSBC (M) Bhd.

6.     Penswastaan
Penarikan diri secara keseluruhan atau sebahagian oleh kerajaan daripada terlibat dalam pengeluaran barang atau perkhidmatan untuk meningkatkan kecekapan, mengurangkan kos dan meningkatkan kualiti. satu proses pemindahan daripada sektor awam kepada sektor swasta untuk mengurangkan beban kewangan dan pendtadbiran kerajaan.Contoh – penswastaan Telekom, Tenaga Nasional dan KTMB

7.     Dunia Tanpa Sempadan              
• Perdagangan bebas yang tidak dibatasi oleh sempadan negara
• Urusan eksport dan import boleh berlaku tanpa halangan dari segi tarif dan bukan tarif  
• Wujud apabila terdapat persepakatan antara negara yang terlibat untuk melaksanakan konsep ini





1 comment :

  1. Perkhidmatan Pembiayaan Le_Meridian pergi ke atas dan di luar keperluan mereka untuk membantu saya dengan pinjaman saya yang saya gunakan memperluaskan perniagaan farmasi saya, Mereka adalah permata yang ramah, profesional, dan mutlak untuk bekerja dengan. Saya akan mengesyorkan sesiapa yang mencari pinjaman untuk dihubungi. Email..lfdsloans@lemeridianfds.com Atau lfdsloans@outlook.com.WhatsApp ... + 19893943740.

    ReplyDelete