Search This Blog

Loading...

Monday, August 19, 2013

Pengajian Perniagaan penggal 3- Perniagaan antarabangsa- Sukatan Pelajaran

Bab 12: Perniagaan  Antarabangsa
12.1  Skop perniagaan  antarabangsa           
Calon seharusnya dapat:
12.1.1      Peranan dan  kepentingan
(a)           mentakrif maksud perniagaan antarabangsa;
(b)           menjelaskan kepentingan perniagaan antarabangsa dalam ekonomi merangkumi tukaran asing, pasaran luas, guna tenaga, pemindahan teknologi;
12.1.2      Tahap  perniagaan  antarabangsa
(c)           menjelaskan tahap perniagaan antarabangsa termasuk domestik, antarabangsa, multinasional, dan global;
12.1.3      Strategi   memasuki perniagaan antarabangsa 
(d)           menjelaskan strategi memasuki perniagaan antarabangsa termasuk import, eksport, kontrak pengeluaran, pelesenan, francais, usaha sama, subsidiari, dan operasi serah kunci.
12.2         Konsep-Konsep Penting
Calon seharusnya dapat:
(a)           mentakrifkan konsep-konsep berikut:
                (i)            Dunia tanpa sempadan
                (ii)           Pasaran menimbul (emerging market)
                (iii)          Selatan-Selatan
                (iv)          Globalisasi
                (v)           Lokalisasi
                (vi)          Nasionalisasi
                (vii)         Penswastaan
12.3         Syarikat multinasional
Calon seharusnya dapat:
12.3.1      Cabaran syarikat  multi-nasional
(a)           menjelaskan maksud syarikat multinasional dan tujuan organisasi menjadi syarikat multinasional;
(b)           menjelaskan cabaran yang dihadapi oleh syarikat multinasional dari aspek:
                (i)            Struktur organisasi
                (ii)           Kawalan pengurusan
                (iii)          Politik dan perundangan
                (iv)          Ekonomi
                (v)           Sosiobudaya         
12.3.2      Risiko  syarikat multi-nasional
(c)           menerangkan jenis risiko antaranya risiko ekonomi, politik, kredit, pemilikan negara, penghantaran balik modal dan dividen, dan kadar pertukaran wang.
12.4         Pembayaran perdagangan dan pertukaran mata wang asing
Calon seharusnya dapat:
12.4.1      Dokumen penghantaran
 (a)          menjelaskan kegunaan dokumen penghantaran: Surat Pengesahan Penghantaran Laut (Bill of Lading), Surat Pengesahan Penghantaran Udara (Airway Bill), Sijil Pengesahan Tempat Asal (Certificate of Origin);
12.4.2      Kaedah   pembayaran dan   penyelesaian perdagangan
(b)           menjelaskan kaedah penyelesaian perdagangan iaitu perdagangan barter dan perbankan koresponden;
(c)           menjelaskan kegunaan dokumen pembayaran perdagangan antarabangsa berikut: Surat Kredit (Letter of Credit), Tuntutan Ikut Perintah (Sign/Demand Order), dan lain-lain;
12.4.3      Peranan  mata wang asing
(d)           menjelaskan kesan kadar pertukaran mata wang asing terhadap perniagaan antarabangsa;
12.5         Galakan dan  perlindungan perdagangan
12.5.1      Galakan
(a)           menjelaskan peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa;
(b)           menjelaskan galakan perniagaan antarabangsa berikut:
                (i)            Blok perdagangan termasuk AFTA, NAFTA, EU, ASEAN.
                 (ii)          Perdagangan timbal balas.
                (iii)          Kempen Kerajaan (zon perdagangan bebas, Koridoraya Multimedia
                            (MSC), galakan cukai, pengecualian cukai, pembiayaan eksport, taraf
                             perintis, subsidi, dan kempen belilah barangan Malaysia).
                (iv)          Promosi pelaburan    
(c)           menjelaskan fungsi, peranan, dan kesan pakatan perniagaan antarabangsa, seperti WTO, AFTA, NAFTA, EU, APEC, ASEAN (IMT-GT, IMS-GT, BIMP-EAGA), dan lain-lain;
12.5.2      Perlindungan perdagangan
(d)           menerangkan objektif perlindungan perdagangan;
(e)           menerangkan kaedah melindungi pasaran domestik termasuk tarif dan bukan tarif.

No comments :

Post a Comment