Tuesday, August 16, 2016

Pengajian Perniagaan Kerja Kursus STPM 2016- Contoh Rancangan Perniagaan Binatang Peliharaan


RANCANGAN PERNIAGAAN

Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop



Tujuan

Permohonan Pembiayaan Perniagaan


Kepada

MAJLIS AMANAH RAKYAT
Aras 1-4, Wisma Koperasi No. 1,
Lorong Medan Tuanku 1,
50300 Kuala Lumpur


Disediakan oleh

Cik Zulaikha Binti Zulkifli
(941231-12-3456)





Isi kandungan
Tajuk
Muka surat

1.      Rumusan eksekutif

2.      Pengenalan

3.      Objektif

4.      Latar belakang syarikat

5.      Latar belakang pemilik

6.      Latar belakang projek

7.      Rancangan organisasi

8.      Rancangan pemasaran

9.      Rancangan operasi

10.  Rancangan kewangan

11.  Kesimpulan

12.  Lampiran






Rumusan Eksekutif

Rancangan Perniagaan ini disediakan adalah bagi mendapatkan pembiayaan kewangan dari MARA di bawah Skim Pembiayaan perniagaan bagi projek saya iaitu Zulaikha Pets Shop di Bukit Antarabangsa, Ampang, Selangor. Zulaikha Pets Shop akan menyediakan empat  perkhidmatan utama iaitu menjual pelbagai binatang peliharaan kesukaan masyarakat Malaysia seperti kucing dan arnab , kemudahan penginapan lima binatang untuk binatang peliharaan, dandanan dan kebersihan diri serta penjualan produk binatangpeliharaan. Perniagaan saya dianggap berbeza kerana kemudahan penginapan yang disediakan adalah sangat tinggi mutunya untuk memberikan keseronakan yang tidak terhingga kepada binatang kesayangan pelanggan saya. Pengetahuan yang saya peroleh melalui kursus perniagaan binatang peliharaan anjuran House of Groomers , Kuala Lumpur selama dua minggu dan juga pengalaman bekerja sebagai penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor selama 3 tahun mendorong saya  untuk memulakan perniagaan binatang  peliharaan saya sendiri.Kos perniagaan ini dianggarkan RM120 000. Saya akan menggunakan simpanan peribadi sebanyak RM70 000. Saya bercadang untuk mendapatkan bantuan pembiayaan melalui skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM50 000. Modal sumbangan saya akan digunakan untuk kos permulaan seperti sewa bangunan, stok permulaan dan promosi serta perbelanjaan operasi yang lain. Pinjaman MARA akan digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan. Bukit Antarabangsa dipilih kerana tiada pusat perniagaan binatang peliharaan di sini. Di samping itu kawasan ini juga mempunyai penduduk yang ramai iaitu hampir 300 000 orang  yang mempunyai saiz pendapatan yang agak tinggi serta pelbagai kaum. Ia juga mudah diakses melalui jalan raya dan juga lebuh raya lingkaran tengah dan lebuhraya DUKE. Lokasi kedai juga terletak bersebelahan pasar raya Giant yang mungkin menjadi daya tarikan kepada perniagaan saya. Selaras dengan misi perniagaan saya iaitu menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop, saya percaya , perniagaan saya akan mendapat sambutan yang tinggi serta mampu mendapat pulangan dalam masa tiga bulan beroperasi. Berdasarkan kajian pemasaran yang dijalankan, perniagaan saya dijangka mencatat pertumbuhan sebanyak 16% setahun berbanding dnegan pertumbuhan industri sebanyak 7%. Saya juga bercadang untuk menyediakan kemudahan veternari pada masa akan datang serta membuka tiga lagi cawangan baharu dalam masa lima tahun akan datang. Program pemasaran yang kompeten iaitu penawaran produk dan perkhidmatan yang sesuai dengan citarasa dan kehendak pelanggan, harga berpatutan, akses maklumat melalui laman web, khidmat lepas jualan yang menarik serta strategi menggunakan artis tempatan sebagai duta produk dijangka membawa peningkatan jualan berterusan kepada perniagaan saya. Prospek perniagaan ini adalah sangat cerah dan mempunyai potensi besar untuk berkembang kerana gaya hidup warga kota yang suka melancong dan budaya balik kampung untuk perayaan untuk pelbagai kaum memberi peluang besar kepada perniagaan binatang peliharaan khususnya kemudahan penginapan.





Pengenalan
Zulaikha Pets Shop (Zupies)  akan mula beroperasi pada 7 Januari 2017 di no 27, Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas, McDonald dan Pasar raya Giant. Perniagaan yang berstatus milik tunggal milik bumiputra. Zupies terlibat dalam perniagaan binatang peliharaan iaitu jualan binatang peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri, pusat penginapan serta penjualan produk untuk makanan peliharaan rumah. Kedai Zupies akan beroperasi tujuh sehari seminggu dan waktu operasi ialah 10 panggi hingga 10 malam. Pelanggan yang memerlukan perkhidmatan penginapan secara kecemasan juga boleh menghubungi pemilik bila-bila masa dan perkhidmatan menerima binatang dari rumah juga disediakan.
Pemilik Zupies telah menjalankan kajian pemasaran di Bukit Antarabangsa melalui soalselidik yang diedarkan di pasar raya Giant, Bukit Antarabangsa dan juga soalselidik atas talian menunjukkan penduduk Bukit Antarabangsa amat memerlukan perkhidmatan binatang peliharaan khususnya kemudahan pemginapan , dandanan serta kebersihan diri. Kawasan Bukit Antarabangsa tidak mempunyai sebarang pusat binatang peliharaan dan ini memberi peluang besar kepada Zupies untuk berkembang pesat. 
Industri perkhidmatan binatang peliharaan  semakin berkembang khusunya di kawasan bandar kerana lebih ramai memiliki binatang peliharaan. Kempen kesedaran yang dibuat oleh Persatuan kebajikan haiwan seperti Paws Animal Welfare Society, Persatuan Kebajikan Haiwan Pulau Pinang, Tempat Perlindungan Haiwan Masyarakat Pulau Pinang, dan SPCA Selangor menyebarkan kesedaran melalui media sosial dengan menyiarkan video dan imej kucing sesat dan anjing untuk menggalakkan pemeliharaan haiwan di rumah. Permintaan bagi produk makanan haiwan peliharaan dan haiwan kesayangan juga semakin meningkat. Akses mudah dan lokasi stretagik kedai haiwan peliharaan, juga meningkatkan jualan produk makanan haiwan peliharaan dan haiwan kesayangan. Penjualan produk jenama antarabangsa seperti Whiskas, Pedigree, Purina  Friskies dan Heart Smart yang mempunyai portfolio produk yang pelbagai memudahkan strategi promosi serta  mencatat pertumbuhan nilai jualan runcit yang kukuh dalam penjagaan haiwan kesayangan.
Zupies dijangka akan mendapat keuntungan bersih dalam masa tiga  bulan pertama beroperasi dan jualan dijangka meningkat pada kadar 15% setahun. Berdasarkan pengalaman yang dimiliki oleh pemiliknya, Zupies akan menggunakan pelbagai strategi untuk mencapai sasaran yang ditetapkan serta menjadi penyedia perkhidmatan perniagaan binatang peliharaan terunggul di Lembah Kelang dalam masa lima tahun akan datang.

Objektif perniagaan Zupies
Visi
Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan
Misi
Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop
Objektif
1.       Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.
2.       Pengendalian segala urusan  perniagaan dengan mematuhi etika kerja dan penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.
3.       Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka pendek dan jangka panjang.
4.       Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan kehendak pelanggan.
5.       Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan yang disediakan memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Rancangan perniagaan ini juga disediakan untuk mendapatkan pembiayaan melalui skim pembiayaan perniagaan MARA sebanyak RM40 000 yang akan digunakan untuk pembelian stok tambahan, kelengkapan serta peralatan dan juga sebagai modal pusingan.

Latar belakang syarikat
Jenis perniagaan
: Perkhidmatan binatang peliharaan
Nama syarikat
: Zulaikha Pets Shop
Nombor pendaftaran
: A12345678
Nombor telefon
: 012-2776699
Alamat syarikat
: 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100  
   Kuala Lumpur






Tagline syarikat
: Zupies the Saviour
Keluasan premis perniagaan
: 3 000 kaki persegi
Jenis milikan perniagaan
: Milikan Tunggal
Pelan lokasi
Latitute: 3.19218101.770252
Nama bank
Maybank Berhad Taman Melawati
Nombor bank
112233445566
Tarikh mula perniagaan
7 Januari 2017





Latar belakang pemilik
Nama pemilik
: Zulaikha binti Zulkifli
Nombor kad pengenalan
: 941231-12-3456
Alamat surat menyurat
: 123, Jalan Lingkaran Hadapan, Taman Merbau jaya, 53100 
   Kuala Lumpur
Nombor telefon
: 012-2776699
e-mail
Laman web
Bentuk perniagaan
: Milikan tunggal
Kegiatan utama
: Penjagaan dan jualan binatang peliharaan
Tarikh pendaftaran
: 1 Julai 2016
Modal permulaan
: RM90 000
Kelayakan akademik
: Diploma Pengurusan Perniagaan, OUM Malaysia
   Executive Diploma in Pet Grooming Management, House of
   Groomers Malaysia

Kursus dihadiri

: General Practitioner Groomer Course, House of
   Groomers Malaysia

Pengalaman
1.       Penyelia di Cuty Pets Shop di Kelana Jaya Selangor selama 3 tahun
2.       Professional Groomer di Cuty Pet Shop, Kelana Jaya






Latar belakang projek
Perniagaan binatang peliharaan berkembang pesat di Malaysia khususnya di Lembah Klang. Perkembangan ini didorongi oleh kesedaran pengguna tentang adaptasi binatang peliharaan disebabkan kempen kesedaran yang dijalankan oleh NGO seperti SPCA. Di samping itu peningkatan taraf hidup dan keperluan keluarga menggalakkan permintaan terhadap binatang peliharaan. Ia juga mewujudkan permintaan untuk perkhidmatan penjagaan, penginapan, dandanan dan kebersihan diri serta keperluan lain seperti makanan binatang peliharaan. Berikut ialah analisis SWOT untuk Zupies
Kekuatan
·         lokasi  perniagaan strategik
·         pemilik mempunyai kemahiran dan pengalaman
·         pekerja mencukupi
·         kemudahan mencukupi
·         modal mencukupi
Kelemahan
·         pekerja kurang pengalaman
·         perniagaan baharu
·         kesukaran mendapat kemudahan kredit pembekal
·         bangunan lama
·         kekurangan tempat letak kereta
Peluang
·         kurang persaingan
·         industri mencatat pertumbuhan pesat
·         kuasa beli dan taraf hidup penduduk yang tinggi
·         galakan kerajaan
Ancaman
·         potensi peningkatan persaingan
·         kadar lantik henti pekerja yang tinggi dalam industri
·         isu kesihatan dan penyakit baharu
·         keadaan ekonomi tidak stabil

Pengalaman dan kemahiran yang dimiliki  oleh pemilik mendorong penubuhan perniagaan ini. Saya telah lama bercadang untuk memulakan perniagaan sendiri. Saya berasa ada banyak idea baharu yang boleh dilaksanakan dalam perniagaan ini untuk menyediakan perkhidmatan terbaik kepada pelanggan. Di samping itu kursus yang dihadiri di House of Groomers juga memberi peluang kepada saya untuk mengetahui strategi perniagaan yang sesuai dan berkesan untuk menjalankan perniagaan binatang peliharaan dengan cekap dan berkesan. Saya juga mempunyai simpanan peribadi yang cukup sebagai modal asas permulaan perniagaan kerana saiz permulaan perniagaan saya ialah berskala kecil.
Berdasarkan dapatan kajian pemasaran yang dibuat oleh pemilik dan juga berdasarkan laporan kajian pihak luar, perniagaan binatang peliharaan mempunyai prospek yang sangat baik khususnya di Lembah Klang. Perniagaan ini juga kurang menghadapi masalah dan tidak terlalu bergantung kepada keadaan ekonomi berbanding dengan industri lain. Industri ini juga mengalami pertumbuhan yang baik pada masa ini dan pemilik ingin menggunakan peluang ini untuk mendapatkan pulangan maksimum daripada pelaburan yang dilakukan serta mencapai kemajuan dalam perniagaan yang diceburi seperti mengembangkan perniagaan dengan membuka cawangan baharu dan juga memperkenalkan produk dan perkhidmatan baharu berkaitan dengan binatag peliharaan mengikut tren dan keperluan semasa.
Walaupun memulakan perniagaan dengan sendiri adalah sesuatu yang sukar dan mencabar, saya percaya pengalaman dan kemahiran yang saya miliki akan membantu saya mengatasi halangan dan cabaran yang mungkin dihadapi. Sifat keazaman yang tinggi , bijak merebut peluang, kreatif dan inovatif  yang saya miliki akan membantu saya mengusahakan perniagaan ini dengan cemerlang. Budaya kerja cemerlang yang saya amalkan semasa bekerja akan diteruskan dan digunakan untuk membimbing pekerja Zupies agar pelanggan mendapat perkhidmatan cemerlang dan yang terbaik.

Rancangan organisasi
Rancangan organisasi merupakan aspek utama  dalam pengurusan sesebuah perniagaan.  Perancangan yang berkesan bermula dengan penetapan visi , misi dan objektif perniagaan. Berikut ialah visi, misi dan objektif perniagaan Zupies.
Visi
Menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan
Misi
Menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop
Objektif
1.       Berurusan dengan lebih efisien dan professional terhadap para pelanggan dengan menyediakan perkhidmatan berkualiti dan mesra pelanggan.
2.       Pengendalian segala urusan  perniagaan dengan mematuhi etika kerja dan penerapan nilai murni di antara syarikat dengan pelanggan.
3.       Menerapkan pelbagai jenis teknik pemasaran yang efektif bagi mencapai tahap kepuasan pelanggan yang maksimum serta mencapai matlamat organisasi jangka pendek dan jangka panjang.
4.       Sentiasa peka dan bersedia terhadap setiap perubahan yang berlaku dalam industri agar mutu perkhidmatan dipertingkatkan dari semasa ke semasa dan sesuai dengan kehendak pelanggan.
5.       Konsisten dalam menangani masalah pelanggan agar perkhidmatan yang disediakan memberi kepuasan maksimum kepada pelanggan.

Perniagaan Zupies mempunyai lima orang pekerja termasuk pemilik. Zupies akan menggaji dua orang Groomers,  seorang juruwang yang juga bertindak sebagai kerani kaunter dan seorang pembantu yang akan menguruskan aktiviti penginapan binatang peliharaan. Rajah di bawah menunjukkan carta organisasi Zupies.









                                                     

Carta Organisasi Zupies


Memandangkan saiz perniagaan yang kecil serta mengurangkan kos operasi, tugas pengarah urusan, pengurusan kewangan, operasi dan pemasaran dan sumber manusia akan diuruskan oleh pemilik sendiri.  Ini merupakan strategi sementara dan pengambilan pekerja baru yang berkemahiran dan berpengalaman akan dilaksanakan  apabila kedudukan kewangan perniagaan yang kukuh dan juga saiz perniagaan berkembang. Saya percaya dengan pengalaman yang dimiliki sebagai penyelia dan groomer akan membantu saya menguruskan  perniagaan ini dengan cekpa dan berkesan. Saya juga dapat meguruskan dan membimbing pekerja saya agar mereka dapat memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan.
Jadual di bawah menunjukkan senarai jawatan, senarai tugas untuk setiap pekerja dalam perniagaan Zupies.

Senarai jawatan dan tugas
Senarai Jawatan
Senarai Tugas
Pengarah Urusan
·         Melaksanakan  polisi perniagaan dengan merujuk kepada visi , misi dan objektif yang telah ditetapkan
·         Membangunkan dan melaksanakan plan strategic
·         Mempengerusikan mesyuarat
·         Mengawal hal ehwal kewangan
·         Mewujudkan hubungan baik antara pekerja dan pihak pengurusan

Pengurus kewangan dan sumber manusia
·         Memastikan pengurusan kewangan yang telus dan cekap
·         Menyediakan penyata pendapatan, penyata kewangan dan aliran tunai
·         Memastikan aliran tunai perniagaan cukup
·         Memastikan rekod kewangan dibuat dengan teratur
·         Menguruskan pengambilan dan pekerja dan
·         Menyediakan program latihan
·         Menguruskan prestasi, pembayaran ganjaran dan kebajikan pekerja

Pengurus operasi dan pemasaran
·         Memastikan pengurusan operasi harian berjalan lancar
·         Menetapkan saran kerja dan memastikan sasaran kerja tercapai
·         Menyediakan jadual tugas dan mengatur pekerja ganti
·         Mengadakan program promosi seperti yang telah dirancang
·         Menguruskan dan mengemaskini laman web perniagaan

Groomer
·         Memastikan perkhidmatan yang disediakan menepati kehendak pelanggan
·         Memastikan kualiti perkhidmatan mencapai standard yang telah ditetapkan
·         Menggunakan kreativiti dan inovasi dalam perkhidmatan
·         Memujuk pelanggan untuk menggunakan perkhidmatan tambahan dan produk yang dijual

Juruwang
·         Merekodkan pesanan pelanggan
·         Menguruskan pelanggan walk in
·         Mengutip dan merekod bayaran
·         Menyalurkan pertanyaan dan kemusyikilan pelanggan kepada unit yang berkaitan

Pembantu am
·         Memastikan kawasan operasi bersih dan kemas
·         Memastikan kawasan penginapan binatang peliharaan dalam keadaan kondusif
·         Menguruskan aktiviti pemberian makanan binatang mengikut jadual yang ditetapkan
·         Menghubungi pengurus jika ada binatang yang sakit atau bermasalah





Susun atur pejabat




















Imbuhan  (bulanan)
Jawatan
Bilangan
Gaji bulanan

Caruman KWSP
Caruman Perkeso
Jumlah
Pengurus
1
2 000
260
34.15
2294.15
Groomer
2
1 200 (x2)
312
40.30
2752.30
Juruwang
1
1 200
156
20.15
1376.15
Pembantu am
1
1 200
156
20.15
1376.15
Jumlah
7799.00

Insentif
Jenis elaun
Kadar
Elaun lebih masa
RM10.50 sejam
Elaun kehadiran penuh
RM100 sebulan

Belanjawan pentadbiran
Butiran
Aset tetap
Bulanan
Lain-lain
Jumlah (RM)
Keperluan aset tetap




Komputer
1 500


1 500
pencetak
   400


  400
Cash register
1 200


1 200
Kabinet besi
1 400


1 400
sangkar
10 000


10 000
Keperluan modal kerja




Gaji,KWSP dan PERKESO

7 799

7 799
Sewa kedai

9 000

9 000
Utiliti

600


Deposit utiliti


1 000

Deposit bangunan


18 000
18 000
Pendaftaran & lesen


600
600
Insurans kebakaran


1 000
1 000
Ubahsuai bangunan


26 000
26 000
Pelbagai belanja


1 000
1 000
Jumlah  (RM)
15 500
17 399
47 600
80 499




Strategi pengurusan
Zupies akan menggunakan beberapa strategi pengurusan untuk memastikan pengurusan sumber manusia yang cekap dan berkesan. Antara strategi pengurusan yang akan dilaksanakan adalah seperti berikut:
·         Penerapan semangat kerja berpasukan di antara para pekerja
·         Mengadakan perjumpaan harian sebelum mula bekerja dan perbincangan tumpu kepada masalah yang dihadapi, pandangan dan cadangan untuk penambahbaikan
·         Pembayaran imbuhan dan insentif selaras dengan amalan industri dan juga selaras dengan mutu kerja
·         Menyediakan program latihan atau kursus yang berkaitan untuk mempertingkatkan kamahiran dan kepakaran pekerja
·         Memberi nasihat , bimbingan dan motivasi berterusan kepada semua pekerja
·         Menerapkan budaya dan etika kerja yang cemerlang.

Rancangan pemasaran

Lokasi perniagaan
Zulaikha Pets Shop (Zupies)  akan mula beroperasi di no 27, Jalan Wangsa 2, Bukit Antarabangsa yang letak bersebalahan dengan stesyen minyak Petronas, McDonald dan Pasar raya Giant. Ia merupakan lokasi yang strategik kerana terdapat klinik, dua buah restoren, stesyen minyak, pasar raya Giant, cybercafe, kedai komputer dan juga kedai dobi. Oleh itu ia merupakan pusat bandar bagi penduduk yang tinggal di Bukit Antarabangsa. Kawasan ini merupakan kawasan yang sibuk dengan orang ramai dari pukul 8 pagi hingga 11 malam.
Sasaran pasaran
Zupies menyasarkan penduduk yang tinggal di Bukit Antarabangsa yang mempunyai binatang peliharaan dan juga mereka yang ingin memiliki binatang peliharaan sebagai sasaran utama perkhidmatan perniagaan. Penduduk Bukit Antarabangsa merupakan golongan berpendapatan sederhana dan tinggi , terdiri daripada penduduk berbilang kaum tetapi majorinya orang Melayu. Sebahagian kecil penduduk juga terdiri daripada golongan expatriate. Pelanggan utama Zupies ialah mereka yang memiliki binatang peliharaan seperti anjing, kucing dan arnab. Pelanggan ini memerlukan pelbagai produk dan perkhidmatan untuk binatang peliharaan mereka seperti tempat penginapan, kebersihan diri dan produk keperluan binatang. Zupies juga menyasarkan kumpulan bakal pelanggan  yang ingin memiliki binatang peliharaan dan juga mencuba perkhidmatan  untuk binatang peliharaan mereka.
Saiz pasaran
Penduduk Bukit Antarabangsa dianggarkan meningkat pada 5% setahun disebabkan pembukaan lebih banyak kawasan perumahan baharu. Di samping itu akses mudah melalui lebuhraya DUKE dan  lebuhraya lingkaran tengah menyebabkan peningkatan penduduk dan aktiviti perniagaan di Bukit Antarabangsa. Disebabkan belum ada kedai binatang peliharaan di Bukit Antarabangsa, Zupies  akan mempunyai saiz pasaran yang besar pada permulaan perniagaan. Disebabkan akses mudah ke lokasi Zupies , perniagaan saya juga juga menyasarkan pengguna dari kawasan persekitaran seperti  Ukay Perdana, Keramat, Ampang , Melawati, Wangsa Melawati dan Wangsa Maju.
Persaingan
Perniagaan binatang peliharaan semakin berkembang di Malaysia. Permintaan untuk perkhidmatan dan produk berkaitan binatang peliharaan juga semakin meningkat khususnya di Kuala Lumpur. Ini merupakan antara sebab utama saya memilih untuk menceburi bidang perniagaan ini. Zupies ingin mengambil peluang perniagaan ini dengan  memperkenalkan produk baharu dan juga perkhidmatan yang cekap, inovatif, efisien dengan bayaran yang berpatutan untuk menarik lebih ramai pelanggan. Pada masa kini tidak terdapat sebarang pusat perkhidmatan untuk binatang peliharaan di Bukit Antarabangsa. Terdapat tiga penyedia perkhidmatan di Taman Melawati yang terletak hampir 6 kilometer daripada lokasi yang dicadangkan oleh Zupies. Di samping itu, berdasarkan pemerhatian saya, sebahagaian besar pengguna yang mengunjungi kedai-kedai tersebut terpaksa menunggu lama untuk mendapatkan perkhidmatan serta masalah tempat letak kereta. Ini merupakan peluang bagi perniagaan Zupies kerana  lokasi yang dipilih mempunyai banyak ruang letak kereta. Zupies akan menggunakan pekerja yang berkemahiran untuk menyediakan perkhidmatan berkualiti dengan masa menunggu yang paling minimum untuk meningkatkan kepuasan pelanggan. Rajah di bawah menunjukkan lokasi pesaing – pesaing utama.

Plan lokasi pesaing utama









Campuran pemasaran
Zupies akan menggunakan campuran pemasaran yang efektif untuk meningkatkan jualan dan juga kepuasan pelanggan. Strategi campuran pemasaran terdiri daripada strategi produk, harga, agihan dan promosi.
Strategi produk
Zupies menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan berkaitan dengan binatang peliharaan.
Antara produk yang dicadankan untuk jualan ialah pelbagai barang makanan untuk binatang peliharaan, penyembur anti kutu, penyembur rambut, cat Tree, sangkar, bekas tidur, voyaguer, bekas tandas, dan sebagainya. Senarai lengkap akan dipaparkan dalam laman web Zupies. Zupies akan memastikan pelanggan mempunyai banyak pilihan produk , bermutu dan dijual dengan harga yang berpatutan. Zupies juga akan membantu pelanggan untuk mendapatkan produk tertentu melalui pesanan atas talian.
Untuk pelanggan yang ingin meninggalkan binatang kesayangan mereka semasa bercuti, tujuan kecemasan atau tujuan lain, Zupies menyediakan perkhidmatan penginapan ‘pet hotel’ bertaraf lima bintang. Setiap binatang peliharaan akan disediakan sangkar penginapan berasingan . Dengan bayaran tambahan minimum , pelanggan boleh menggunakan kemudahan webcam yang membolehkan pelanggan memerhatikan  gerak geri binatang kesayangan mereka. Saiz sangkar bergantung kepada saiz binatang dengan bayaran yang berbeza. Binatang peliharaan juga diberi makanan berkala , dimandikan serta menyediakan keperluan lain.
Di samping itu, Zupies juga menyediakan perkhidmatan grooming iaitu grooming asas meliputi kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Grooming lengkap pula meliputi pengguntingan, klip, kuku, telinga, cukur, pembersihan anal gland, mandi, dan blow drying. Perkhidmatan ini akan disediakan oleh pekerja profosional mengikut keperluan pelanggan. Zupies akan menyediakan tempat grooming yang bersih dan disanitasi dan boleh dilawati oleh pelanggan. Sangkar dan alatan yang digunakan juga akan diinfekatasi untuk memastikan tiada penyebaran penyakit atau kutu. Pemilihan produk pembersihan juga bergantung kepada keadaan kulit dan rambut binatang peliharaan. Semua perkhidmatan ini akan disediakan dengan harga yang sangat berpatututan dan kompetitif.
Untuk peringkat permulaan Zupies akan menumpukan kepada dua perkhidmatan utama sahaja iaitu grooming  dan perkhidmatan penginapan. Perkhidmatan jualan produk akan bermula selepas enam bulan perniagaan beroperasi ataupun sekiranya modal operasi yang cukup.
Strategi harga
Zupies akan menetapkan harga berdasarkan harga pesaing dan disamping itu dapat menampung kos pengeluaran. Jadual di bawah menunjukkan harga untuk produk dan perkhidmatan yang ditawarkan oleh Zupies

Harga grooming
Anjing

Kucing
Saiz
Bayaran (RM)

Saiz
Bayaran (RM)
25-29 cm
25

20-22 cm
15
30-34 cm
29

23-25 cm
19
35-39 cm
33

26-28 cm
23
40-44 cm
37

29-31 cm
27
45-49 cm
41

32-34 cm
31
50-54 cm
45

35-37 cm
35
25-29 cm
49

38-40 cm
39
30-34 cm
53

41-45 cm
43
35-39 cm
57

46-50 cm
47
40-44 cm
61

51-55 cm
51
45-49 cm
65

56-65 cm
55
50-54 cm
69

66-76 cm
59
55-59 cm
73



60-64 cm
77



65-69 cm
81



70-74 cm
85



75-79 cm
89



> 80 cm
100




Harga penginapan

Anjing

Superior  suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari

Kucing

Superior  suite (kecil dan sederhana): RM30 sehari
Royal suite (berpasangan / saiz besar): RM40 sehari

Bayaran tambahan akan dikenakan untuk perkhidmatan tambahan seperti penggunaan webcam, pengambilan binatang dari rumah dan perkhidmatan lain. Bayaran ini bergantung kepada budibicara pihak pengurusan dan juga atas persetujuan pihak pelanggan. Semua bayaran berbentuk tunai atau kad kredit.
Strategi promosi
Disebabkan perniagaan ini baru dimulakan dan mempunyai modal yang terhad, Zupies akan menggunakan kaedah promosi kos efektif seperti laman web dan juga pengedaran risalah. Zupies juga akan menggunakan papan tanda yang menarik. Zupies akan menyediakan risalah menarik berkaitan perkhidmatan Zupies  yang akan disisip dalam surat khabar untuk edaran di Bukit Antarabangsa dan juga dikawasan sekitar. Risalah ini akan diedarkan sebanyak 3 kali untuk 3 bulan berturut-turut.
Zupies juga akan menyediakan laman web menarik yang memngandungi pelbagai maklumat produk dan perkhidmatan perniagaan dan juga forum pelanggan, sudut pertanyaan serta pesanan produk dan perkhidmatan.
Papan tanda yang menarik juga akan disediakan untuk paparan pengguna dan akan dipasang dua minggu sebelum operasi perniagaan bermula. Zupies juga akan memasang banner di beberapa lokasi strategic untuk menyampaikan maklumat tentang perniagaan Zupies.
Belanjawan Pemasaran
Butir-butir
Aset tetap
Bulanan
Lain-lain
jumlah
Keperluan aset tetap





Papan tanda

1 200


1 200
Keperluan modal kerja





Banner



240

Risalah



500

Pembinaan laman web



800

Jumlah


1 540
2 740

Ramalan jualan
Jadual di bawah menunjukkan ramalan jualan untuk 12 bulan pertama beroperasi. Dijangkakan jualan Zupies akan meningkat kadar 15% pada tahun pertama beroprasi
Bulan
Grooming
Penginapan
Produk
Jumlah
Januari
5 000
5 000
-
10 000
Februari
5 750
5 750
-
11 500
Mac
6 613
6 613
-
13 226
April
7 603
7 603
-
15 206
Mei
8 745
8 745
-
17 490
Jun
10 057
10 057
3 000
23 114
Julai
11 565
11 565
3 450
26 580
Ogos
13 300
13 300
3 968
30 568
September
15 295
15 295
4 563
35 153
Oktober
17 589
17 589
5 248
40 426
November
20 228
20 228
6 035
46 491
Disember
23 362
23 362
6 940
5 3664
Jumlah
195 107
195 107
33 204
42 3418

Ramalan jualan untuk lima tahun pertama beroperasi
Tahun
Grooming
Penginapan
Produk
Jumlah
2017
195 107
195 107
33 204
423 418
2018
224 373
224 373
38 185
486 937
2019
258 029
258 029
43 912
559 970
2020
296 733
296 733
50  499
643 965
2021
341 243
341 243
58 074
740 560

Strategi Pemasaran
Untuk memastikan program pemsaran berjalan dengan cekap dan berkesan, Zupies akan mengambil tindakan berikut:
i.                     Memastikan segala program pemasaran yang dirancang dilaksanakan mengikut perancangan.
ii.                   Membuat penilaian dan mengambil tindakan ke atas program pemasaran yang telah dilaksanakan
iii.                  Memastikan strategi pemsasaran yang dirancang dilaksanakan berdasarkan belanjawan yang telah ditetapkan.

Rancangan organisasi
Perkhidmatan yang dihasilkan
Zupies menyediakan tiga perkhidmatan utama iaitu jualan produk berkaitan binatang peliharaan, khidmat dandanan dan kebersihan diri dan pusat penginapan
Carta aliran untuk perkhidmatan dandanan dan kebersihan serta diri dan penginapan








Proses pengeluaran
Proses pengeluaran untuk perkhidmatan grooming bermula dengan mengenalpasti alatan yang diperlukan serta jenis binatang yang memerlukan grroming. Groomer akan mengenalpasti keperluan alatan dan bahan setelah memeriksa binatang yang memerlukan grooming.
Selepas proses mengenalpati keperluan alatan dan penyediaan bahan, proses pengeluaran iaitu pembersihan , guntingan dan kerja lain akan dilaksanakan. Groomer akan mematuhi standard kualiti yang telah ditetapkan seperti penggunaan sumber yang optimum, mematuhi prosedur kerja dan masa yang telah ditetapkan.
Proses terakhir ialah penyerahan binatang setelah kerja –kerja grooming selesai. Pelanggan diberi peluang untuk memeriksa binatang dan memastikan perkhidmatan yang disediakan berkualiti dan memenuhi citarasa pelanggan
Kapasiti pengeluaran
Perkhidmatan Grooming
Jenis perkhidmatan
Masa
Bilangan sesi maksimum sehari
Grooming asas
10-15 minit
30 sesi seorang pekerja
Grooming lengkap
30-40 minit
15 sesi seorang pekerja

Perkhidmatan penginapan
Jenis binatang
Superior suite
Royal suite
Anjing
30
20
Kucing
60
40


Keperluan bahan dan alatan
Keperluan bahan
Jenis bahan
Kuantiti diperlukan
Kos (RM)
Syampu
10 ml – 30 ml untuk setiap cucian ikut saiz binatang
30 sen setiap cucian
Penyembur anti kutu
1 penyembur untuk setiap 8 binatang
RM8 sebotol
Air
10-30 liter unutk setiap cucian ikut saiz binatang
10 sen setiap cucian
Putik kapas
6 unit untuk setiap binatang
10 sen setiap binatang
Sabun cuci
1 botol sehari
RM12
Makanan binatang
100-300  gram sehari mengikut saiz binatang
RM5 untuk setiap binatang

Alatan
Jenis alatan
Kuantiti (set)
Kos (RM)
Mesin pemotong rambut
2
80
gunting
10
60
Pemotong kukuk
4
40
Kabinet kayu
2
200
Sangkar binatang kecil
50
1500
Sangkar binatang besar
100
5 000
Bekas air
150
150
Bekas makanan
150
300
Pili air
2
100
Lain-lain

500

Anggaran kos
Perkhidmatan Grooming
Anjing
Grroming biasa
RM5 hingga RM30 mengikut saiz bnatang
Grroming istimewa
RM10 hingga RM60 ikut saiz binatang

Kucing
Grroming biasa
RM3 hingga RM20 mengikut saiz bnatang
Grroming istimewa
RM15 hingga RM80 ikut saiz binatang

Perkhidmatan penginapan
Anjing
Kos
Superior  suite
RM10
Royal suite  
RM15
Kucing

Superior  suite
RM5
Royal suite
RM10


Tenaga kerja
Operasi perniagaan dikendalikan oleh , seorang pengurus kewangan, operasi dan serta seorang pengurus pemasaran dan sumber manusia yang diuruskan oleh pemilik sendiri.  Doi samping itu 2 orang groomer, seorang pembantu am dan seorang juruwang akan terlibat secara langsung dalam operasi harian  perniagaan Zupies.
Susun atur operasi  kawasan grooming

































Strategi pengurusan operasi
1.       Penyediaan perkhidmatan mematuhi standard kualiti dan prosedur yang telah ditetapkan
2.       Pemantauan melalui CCTV ,penyeliaan pengurus serta maklumbalas pelanggan digunakan untuk penambahbaikan kualiti perkhidmatan
3.       Latihan dan bimbingan berterusan kepada pekerja  serta perjumpaan harian untuk membincang masalah dan isu , cadangan dan penambahbaikan.

Rancangan kewangan
Kos projek
Di bahagian ini akan dibincang tentang kos projek termasuk aset, liabiliti perniagaan dan anggaran
modal kerja yang diperlukan untuk memastikan perniagaan ini berjalan lancar.
Jumlah Harta (Kos Projek)  
Perkara
RM
Ubahsuai bangunan
26 000
Peralatan
14 500
Deposit sewa bangunan
18 000
Deposit utiliti
1 000
Jumlah
59 500

Jumlah tanggungan (sumber pembiayaan)
Perkara
RM
Modal pemilik
70 000
Pinjaman Mara
50 000
Jumlah
120 000

Keperluan modal kerja (anggaran untuk tiga bulan pertama beroperasi)
Perkara
RM
Bekalan   barangan
Sewa bangunan
utiliti
Imbuhan pekerja
Bayaran ansuran pinjaman
1 500
27 000
1 800
23397
3 000
Jumlah
56 697

Penyata kewangan proforma
Di bahagian ini saya telah menyediakan unjuran penyata aliran tunai dan juga penyata pendapatan
proforma untuk memberi gambaran kedudukan kewangan perniagaan untuk lima tahun akan
datang.
Unjuran Penyata Aliran Tunai
Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Unjuran penyata aliran tunai bagi tempoh Januari –Julai 2017
Perkara
Januari
Februari
Mac
April
Mei
Jun
Julai
Aliran tunai masuk

Baki tunai awal
Pinjaman
Jualan Tunai


10 000
50 000
10 000


51 101
-
11 500


43 592
-
13 226


37 719

15 206


33 726

17 490


31 917

23 114


34 632

26 580

Jumlah aliran tunai masuk
70 000
62601
56 818
52 925
51 216
55 031
61 212
Aliran  tunai keluar

Imbuhan
Belian
Sewa
Utiliti
Ansuran pinjaman



 7 799
500
9 000
600
1 000


7 799
550
9 000
660
 1 000


7 799
600
9 000
700
 1 000


7 799
650
9 000
750
 1 000


7 799
700
9 000
800
 1 000


7 799
1 750
9 000
850
 1 000


7 799
2 050
9 000
900
 1 000
Jumlah aliran tunaI keluar
18 899
19 009
19 099
19 199
19 299
20 399
20 749
Baki tunai
51 101
43 592
37 719
33726
31 917
34 632
40 463



Kedai Haiwan Peliharaan Zulaikha Pets Shop
Penyata Pendapatan Proforma 2017- 2021

Perkara
2017
2018
2019
2020
2021
Jualan
423 418
486 937
559 970
643 965
740 560
Pendapatan kasar
423 418
486 937
559 970
643 965
740 560
Belanja operasi
320 988
353 090
388 390
427 235
469 960
Pendapatan sebelum belanja dan faedah
102 430
133 847
171 040
216 730
270 600
Belanja faedah
2 000
1 800
1 500
1 000
500
Pendapatan sebelum cukai
100 430
132 047
169 540
215 730
270 100
Cukai
10 000
12 000
14 000
16 000
18 000
Pendapatan bersih
90 430
120 047
154 540
199 730
252 100

Jadual susut nilai aset tetap
Aset tetap
2017
2018
2019
2020
2021
Komputer
150
150
150
150
150
Pencetak
40
40
40
40
40
Cash register
120
120
120
120
120
Kabinet besi
140
140
140
140
140
sangkar
1 000
1 000
1 000
1 000
1 000
jumlah
1 450
1 450
1 450
1 450
1 450


Kawalan sistem kewangan perniagaan
Untuk memastikan pengurusan kewangan yang teratur dan telus, pihak pengurusan akan memastikan segala rekod kewangan dalam keadaan yang teratur dan terkini. Semua bayaran akan dibuat melalui bank dan penyata bulanan bank akan digunakan sebagai rekod untuk menentukan aliran tunai perniagaan. Pengurus kewangan akan menyediakan laporan bulanan untuk dibincang dalam mesyuarat pengurusan bulanan. Tindakan pembetulan akan diambil jika ada sebarang penyimpangan dalam pengurusan akaun. Akaun perniagaan juga akan dihantar kepada akauntan bertauliah untuk diaudit.Semua bayaran keluar juga perlu ditandatangani oleh pengurus kewangan . Juruwang hanya dibenarkan memegang tunai sebanyak RM100 pada setiap masa. Juruwang juga perlu merekodkan urusan penerimaan tunai harian dalam buku panjar dan akan disemak oleh pengurus kewangan sebelum operasi perniagaan tamat pada setiap hari. Penerimaan tunai akan dimasukkan dalam bank setiap hari. Pegangan tunai minimum akan dibuat untuk memastikan tiada penyelewengan dan salahguna wang oleh kakitangan perniagaan.

Kesimpulan
Perniagaan binatang peliharaan mempunyai potensi yang besar dan mempunyai kadar pertumbuhan yang tinggi. Berdasarkan kajian pemasaran yang dibuat, Zupies berpendapat perniagaan ini bakal mendapat kejayaan besar. Ini disebabkan keunikan produk berpusatkan pelanggan seperti kemudahan penginapan berkualiti dan mewah, perkhidmatan grooming bertaraf antarabangsa dan penyediaan perkhidmatan rumah ke rumah akan memberi impak besar kepada perniagaan Zupies.  Selaras dengan visi Zupies iaitu menjadi peneraju perniagaan binatang peliharaan dengan sentiasa berusaha menyediakan perkhidmatan melangkaui jangkaan pelanggan dan misi iaitu menyediakan perkhidmatan bermutu tinggi, konsisten dan inovatif, mesra pelanggan serta mampu bayar menyebabkan binatang peliharaan anda lebih mencintakan kedai Zulaikha Pets Shop, saya berharap perniagaan ini mempunyai potensi yang baik dan mampu berkembang pada masa akan datang.  Dengan kaedah pengurusan modal insan yang cemerlang, saya berharap tenaga manusia ini akan mmepunyai komitmen yang tinggi serta bermotivasi dan sentiasa bersedia untuk memberi perkhidmatan cemerlang kepada pelanggan yang merupakan aset utama Zupies. Berdasarkan penyata profroma yang disediakan berdasarkan unjuran yang tepat dan konsisten , saya berharap Zupies tidak menghadapi masalah untuk menjelaskan pinjaman MARA.


Lampiran







Cadangan : Ruang pameran barang












 


Cadangan :Tempat penginapan