Sunday, November 6, 2016

Teknik menjawab soalan esei pendek dan soalan popular STPM penggal 1 2017

Bahagian A (markah 50 %)

Mengandungi 10 soalan esei pendek yang menguji pengetahuan, kefahaman, aplikasi pelajar tentang tajuk yang dipelajari dalam penggal satu.


Kata tugas yang sering digunakan ialah 

a. Nyatakan/ senaraikan - tak perlu huaraian, hanya berikan ciri/ fakta/ prinsip/ kepentingan/ kelebihan/ kelemahan 

b. Terangkan- perlu ada fakta dan huraian

c. Huraikan- perlu ada fakta dan huraian terperinci. Memerlukan lebih daripada satu huraian

d. Jelaskan- perlu ada fakta dan huraian serta contoh yang sesuai

e.Takrifkan- berikan maksud /definisi

f. Hitungkan- tunjukkan jalan kerja yang lengkap

g.Lakarkan - melukis carta

h. Bezakan- perlu ada aspek/ dimensi  yang dibezakan

i. Jika soalan melibatkan situasi anda perlu kaitkan dengan situasi atau contoh yang diberikan



1.Senaraikan lima factor pengeluaran. [5]
-       Modal insan
-       Keusahawanan
-       Teknologi
-       Modal
-       Bahan mentah


2.Jelaskan lima cabaran perniagaan untuk sebuah syarikat pakaian. [5]

Lima cabaran perniagaan untuk sebuah syarikat pakaian ialah
-       Globalisasi- persaingan sengit daripada pakaian import
-       Peningkatan Kemajuan Teknologi- melibatkan kos tinggi untuk menggunakan teknologi terkini
-       Peningkatan sistem perniagaan Islam – pakaian menutup aurat
-       Kewujudan blok-blok perdagangan – kesukaran menembusi pasaran asing
-       Sumber semakin berkurangan- terpaksa mencari sumber alternatif
-       Perubahan struktur demografi- rekabentuk pakaian

3.Huraikan pengaruh persekitaran teknologi dan ekonomi kepada sebuah perniagaan perabot.  [6]
Pengaruh persekitaran teknologi dan ekonomi kepada sebuah perniagaan perabot ialah
-       Teknologi merujuk kaedah pengeluaran yang digunakan dalam perniagaan perabot.
-       Penggunaan teknologi yang terkini akan meningkatkan kualiti produk/ penjimatan kos/ meningkatkan daya saing.
-       Melibatkan kos yang tinggi
-       Persekitaran ekonomi merujuk kepada keadaan ekonomi/ sistem ekonomi yang diamalkan
-       Turun naik ekonomi memberi kesan kepada perniagaan perabot
-       Penawaran wang dalam ekonomi memberi kesan kepada perniagaan perabot
-       Kadar faedah

4.Terangkan dua alat kawalan kualiti.   [4]
-       kawalan proses secara statistik
-       analisis nilai tambah
-       carta kawalan
-       kajian kualiti/kos
-       pasukan penambahbaikan kualiti
-       penanda aras (benchmarking)



5.Syarikat roti Moneymore berhad  memerlukan 30 tan tepung setiap minggu. Kilang ini beroperasi 50 minggu setahun. Kos memesan ialah RM400 setiap pesanan dan kos pegangan ialah RM100 setan. Syarikat ini memesan 40 tan bagi setiap pesanan. Bekalan bahan mentah akan sampai dalam masa 6 hari selepas tempahan.
Hitungkan yang berikut
i.              Kuantiti pesanan ekonomik (EOQ) [4]
ii.             titik pesanan semula (ROP)           [2]

D = 1500 tan,  S =  RM400,  H = RM100,  L = 6 hari,   d = 30 tan


   √  2DS             √ 2(1500) (400)
                        H                       100
                                     = 77.46 tan

           Titik pesanan semula = d x  L
                                                 30 tan x 6
                                                  180 tan

6.Senaraikan lima prinsip Pengurusan kualiti menyeluruh (TQM) [5]
-       Sokongan pengurusan atasan
-       Perancangan strategic kualiti
-       Mengutamakan pelanggan
-       Latihan dan pengiktirafan
-       Semangat berpasukan
-       Pengukuran prestasi
-       Kepastian kualiti

7.Senaraikan lima langkah dalam pembelian produk baharu.[5]
-       Menyedari
-       Meminati
-       Menilai
-       Mencuba
-       Menerima
8.Huraikan dua asas segmentasi pasaran untuk perniagaan pakaian sukan.[6]
Dua asas segmentasi pasaran untuk perniagaan pakaian sukan ialah
-       Geografi
-       Demografi
-       Psikografi
-       gelagat pengguna/manfaat produk





9.Jelaskan dua factor luaran yang mempengaruhi penetapan harga sesuatu produk.[4]
-       Pasaran dan permintaan
-       Persaingan
-       Persekitaran ekonomi
-       Peranan kerajaan
-       Tanggungjawab sosia

10.Terangkan tiga pihak berkepentingan terhadap penyata kewangan [6]
-       Pemegang saham
-       Pelabur
-       Pihak pengurusan
-       Pemiutang
-       Agensi kerajaan
-       Kesatuan sekerja

11.Nyatakan empat jenis sumber dana jangka pendek. [4]
-       Overdraf
-       Pemfaktoran
-       penerimaan jurubank (BA)
-       Trust receipt
-       pinjaman berjangka
-       Kredit dagangan

12. Dengan contoh yang sesuai, jelaskan prinsip insurans yang berikut:
i.              doktrin punca terdekat            [2]
ii.             kepentingan boleh insurans   [2]

Doktrin punca terdekat- gantirugi hanya dibayar untuk risiko yang telah diinsuranskan
Contoh: Sebuah kilang tidak dibayar gantirugi akibat rompakan kerana syairkat itu hanya menginsuranskan risiko kebakaran

Kepengan boleh insurans- pemegang polisi mempunyai hak ke atas aset / nyawa yang diinsuranskan
Contoh: Anda tidak boleh membeli insurans untuk kereta jiran.

3.Terangkan tiga factor penentuan keperluan sumber manusia. [6]

-       Perubahan teknologi
-       Perubahan sosioekonomi
-       Pertumbuhan perniagaan
-       Penamatan perkhidmatan
-       Peraturan kerajaan / undang –undang





14.Jelaskan empat ciri penilaian prestasi yang berkesan. [4]
-       berterusan.
-       berkait rapat dengan kerja yang dilakukan.
-       adil
-       beri maklumbalas kepada pekerja yang dinilai.
-       penilai tahu apa yg patut dinilai.
-       Guna kaedah penilaian yang sistematik.
-       Mudah difahami dan senang dipraktikkan.

15.Nyatakan dua kele.bihan dan dua kelemahan pengambilan pekerja dari sumber luaran [4]

Kelebihan sumber luaran
-       ada banyak pilihan
-       pilihan yang bernas dapat dibuat
-       ada idea baru
-       calon dapat buat perubahan dgn mudah
-       Kurangkan perasaan irihati
-       ada pengetahuan

Kelemahan sumber luaran
-       Pekerja tak sedia terima pekerja baru
-       kos perekrutan tinggi
-       ambil masa untuk pekerja baru sesuaikan diri
-       Kesetiaan pekerja lama berkurang
-       Rasa tidak puashati