Wednesday, August 19, 2015

Kajian kes strategi pemasaran dan persekitaran umum

Sensen Electronics Company Limited

Sensen Electronics Company Limited (SECL)  merupakan antara pengeluar terbesar di dunia untuk pelbagai produk elektrik dan elektronik . Nilai jualan SEL mencecah USD195.48 bilion pada tahun 2014 dengan bilangan pekerja seramai 307 000 orang. Kejayaan SECL adalah hasil daripada strategi campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat ini. SECL mengeluarkan  sembilan kategori produk pengguna. Di antaranya ialah peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh  dan  telefon bimbit dengan jenama Sensen. Produk Sensen mempunyai kualiti yang tinggi menyebabkan keyakinan pengguna meningkat. Di samping itu Sensen juga sentiasa memperkenalkan model baru mengikut citarasa dan keperluan pengguna masa kini. Pengguna dapat meninkmati produk berkualiti yang dihasilkan melalui teknologi terkini dapat meningkatkan kepuasan pengguna. Pengguna juga mendapat maklumbalas segera tentang masalah produk mereka dan penyelesaian segera ke atas masalah produk meningkatkan imej produk Sensen.

Sebagai peneraju inovasi dalam pengeluaran telefon bimbit, SECL akan meletakkan harga tinggi untuk model baru yang diperkenalkan di pasaran sebelum produk pengganti diperkenalkan oleh pesaing lain. Tujuannya agar perolehan maksimum dapat dihasilkan sebelum kemasukan produk pesaing dalam pasaran. SECL akan menurunkan harga setelah wujud produk pesaing.  Untuk produk seperti televisyen dan peti sejuk dan penghawa dingin, harga yang ditentukan oleh SECL bergantung kepada pengeluar lain seperti Sony dan LG. Produk SECL dijual melalui kedai ekslusif yang dibuka di pusat membeli belah utama di seluruh negara, pasar raya seperti GIANT, AEON dan TESCO dan kedai-kedai elektrik. Perlantikan pengedar tunggal seperti  Synergy  Sdn Bhd untuk aksesori telefon bimbit memudahkan pengurusan dan kawalan pengedaran di seluruh negara.

Walaubagaimanapun SECL menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin mengugat pencapaian cemerlang syarikat ini. Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% mulai bulan April 2015 memberi kesan negatif kepada jualan syarikat ini. Syarikat Purple  telah mengambilalih kedudukan SECL sebagai peneraju pasaran telefon bimbit dengan produk invovatif seperti Plusphone 7+. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu seperti kenaikan harga dolar Amerika serta masalah ekonomi di Kesatuan Eropah turut memberi impak kepada prestasi SECL.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.    Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh SECL

b.    Huraikan stretgi penentuan harga untuk produk SECL


c.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi SECL

1 comment :