Friday, October 30, 2015

Soalan Target STPM Penggal 3: Pengajian Perniagaan -Keusahawanan

Bab 1: Keusahawanan

1.     Takrifkan konsep keusahawanan dan usahawan.  [4]
2.     Jelaskan tiga perbezaan antara usahawan dengan peniaga  [6]
3.     Jelaskan tiga perbezaan antara usahawan dengan pengurus  [6]
4.     Jelaskan tiga sumbangan usahawan yang memulakan industri perabot kepada negara [6]
5.     Jelaskan perbezaan antara teori keusahawanan berikut:
a.     Pendekatan ekonomi dengan pendekatan psikologi              [4]
b.    Pendekatan ekonomi dengan pendekatan sosiologi              [4]
c.     Pendekatan psikologi dengan pendekatan sosiologi             [4]
6.     Jelaskan sifat kreatif dan inovatif yang perlu dimiliki oleh seorang uasahawan yang memulakan perniagaan bakeri                                                   [6]
7.     Jelaskan sifat berinitiatif dan berani mengambil risiko yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan yang memulakan perniagaan bakeri. [6]
8.     Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     Bersinergi                                                                           [2]
b.    Menang-menang                                                                  [2]
c.     Lakukan perakar yang utama dahulu                         [2]

9.     Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     proaktif                                                                               [2]
b.    memulakan sesuatu dengan mengingati matlamat                 [2]                                                             
10.  Jelaskan keperluan ciri berikut kepada seorang usahawan
a.     Cuba untuk memahami sebelum difahami                             [2]
b.    Tajamkan gergaji                                                                 [2]

11.  Selain faktor jasmani dan emosi, jelaskan dua lagi faktor
kejayaan seimbang yang perlu dimiliki oleh seorang usahawan.   [6]
12.  Jelaskan kepentingan faktor jasmani dan emosi kepada
seorang usahawan yang ingin berjaya dalam usaha terokanya.    [6]
13.  Bagaimanakah saluran pengedaran dan syarikat sedia ada menjadi pencetus idea kepada seseorang usahawan? [6]
14.  Bagaimanakah pelanggan dan produk sedia ada menjadi pencetus idea kepada seseorang usahawan? [6]
15.  Nyatakan empat kaedah menjana idea [4]
16.  Bezakan kaedah menjana idea kumpulan fokus dengan sumbangsaran  [4]
17.  Jelaskan peringkat menapis idea dan membina konsep dalam proses merealisasikan idea perniagaan. [4]
18.  Jelaskan peringkat menguji konsep dan membina fizikal(prototaip) dalam proses merealisasikan idea perniagaan. [4]
19.  Jelaskan dua kelebihan dan dua kekurangan memulakan perniagaan sendiri [4]
20.  Mengapakah seseorang usahawan memilih kaedah francais sebagai strategi memulakan perniagaan? [4]
21.  Mengapakah seseorang usahawan memilih kaedah mengambilalih perniagaan sebagai strategi memulakan perniagaan? [4]
22.  Mengapakah seorang pemilik restoren makanan segera ingin mengembangkan perniagaannya menggunakan kaedah francais? [4]
23.  Jelaskan tiga jenis pakatan strategik [6]
24.  Jelaskan perbezaan antara modal hutang dengan modal ekuiti [6]
25.  Mengapakah seseorang usahawan mengutamakan modal ekuiti berbanding dengan modal hutang untuk mengembangkan perniagaannya? [4]
26.  Jelaskan tiga jenis modal formal [6]
27.  Jelaskan tiga jenis modal tidak formal [6]
28.  Jelaskan tiga pihak yang menyediakan bantuan tapak kilang kepada usahawan [6]
29.  Jelaskan tiga pihak yang menyediakan bantuan khidmat nasihat kepada usahawan [6]
30.  Jelaskan tiga jenis program pembangunan francais [6]


5 comments :