Wednesday, October 21, 2015

SOALAN RAMALAN STPM PERNIAGAAN ANTARABANGSA

Soalan esei pendek

1.     Jelaskan maksud perniagaan antarabangsa dan empat kepentingannya (6)

2.     Selain gunatenaga, huraikan tiga kepentingan lain PAB (6)

3.     Pelaburan asing di Malaysia pada tahun 2014 meningkat sebanyak 27% berbanding tahun sebelumnya
Jelaskan empat factor yang mungkin menyebabkan peningkatkan tersebut. (4).                          

4.     Bagaimanakah kerjasama antara Naza dengan Kia membantu pemindahan teknologi automobil ke Malaysia. Jelaskan.          (4)

5.     Jelaskan tiga cara sesebuah firma boleh terlibat dalam perdagangan antarabangsa. (6)                            

6.     Jelaskan tiga cara firma-firma asing beroperasi di Malaysia.(6)

7.     Jelaskan strategi PAB yang berikut
a.     perlesenan
b.    kontrak pengeluaran (6)

8.     Jelaskan strategi PAB yang berikut
a.     Francais
b.    Usahasama
c.     Operasi serah kunci

9.     Jelaskan strategi PAB yang berikut:
a.     Import
b.    Eksport
c.     subsiadiari

10.  Terangkan maksud
a.     globalisasi
b.    penswastaan
c.     syarikat multinasional (6)                                                     

11.  Huraikan konsep yang berikut.
a.     Lokalisasi
b.    Selatan-Selatan                                                      
c.     Pasaran Menimbul               (6)                               

12.  Mengapakah sesebuah syarikat memilih untuk menjadi syarikat multinasional.?  (6)         

13.  Bincangkan cabaran-cabaran yang lazim ditempuhi oleh syarikat
multinasioanl dari aspek yang berikut.
a.     ekonomi
b.    Sosiobudaya
c.     Politik dan perundangan     

14.  Huraikan tiga risiko yang dihadapi oleh sebuah syarikat multinasional

15.  Huraikan tiga kesan perlaksanaan AFTA kepada Malaysia (6)

16.  Huraikan cabaran perniagaan antarbangsa dari aspek yang berikut.
a.     Struktur organisasi
b.    Kawalan pengurusan

17.  Jelaskan konsep PAB yang berikut:
a.     Penswastaan
b.    Nasionalisasi
c.     Lokalisasi


18.  Huraikan instrumen pembiayaan  yang digunakan untuk menjelaskan bayaran perdagangan antarabangsa.                        [6]
                   
19.  Jelaskan maksud bil muatan dan nyatakan tiga fungsi dokumen tersebut. [5]

20.  Jelaskan maksud bil udara dan nyatakan dua fungsi dokumen tersebut

21.  Syarikat Power jus Berhad bercadang untuk memasarkan produknya di  benua Afrika. Jelaskan empat dokumen perdagangan yang terlibat dalam  urusniaga syarikat ini.                                              

22.  Jelaskan dokumen PAB yang berikut :
a.     Surat Kredit
b.    Tuntutan ikut perintah
c.     Surat pengesahan penghantaran udara.       

23.  Jelaskan dokumen PAB yang berikut:
a.     Surat pengesahan pengangkutan laut
b.    Sijil pengesahan tempat asal
c.     Surat kredit

24.  Terangkan maksud kejatuhan  nilai Ringgit Malaysia berbanding dolar Amerika Syarikat dan kesannya terhadap pengimport Malaysia.

25.  Terangkan maksud kenaika nilai RM berbanding dollar Singapura dan kesannya terhadap pengeksport Malaysia.

26.  Sekiranya kadar pertukaran asing antara Amerika Syarikat dengan Malaysia telah berubah daripada US$1 = RM3.20 kepada US$ = RM4.20, jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap eksport dan import Malaysia dengan Amerika Syarikat.                                                         

27.  Sekiranya kadar pertukaran asing antara Britain  dengan Malaysia telah berubah daripada £1 = RM6.80 kepada £1 = RM6.20, jelaskan kesan perubahan tersebut terhadap eksport dan import Malaysia dengan Britain.   


28.  Syarikat Melati indah Berhad merupakan pengeluar pakaian di Malaysia dan bercadang untuk mengembangkan perniagaannya ke luar negara.
Terangkan empat risiko yang mungkin dihadapi oleh syarikat tersebut                                                                           
29.  Jelaskan maksud risiko ekonomi  dalam perniagaan antarbangsa dan bentuk risiko ekonomi antarabangsa yang memberikan kesan terhadap syarikat multinasional.

30.  Jelaskan maksud risiko politik   dan bentuk risiko politik yang memberi kesan kepada syarikat multinasional.

31.  Huraikan risiko syarikat  multinasional yang berikut:
a.     Pemiliknegaraan
b.    Risiko penghantaran balik modal dan dividen
c.     Risiko kadar pertukaran asing

32.  Jelaskan tindakan yang boleh diambil oleh sesebuah syarikat multinasional untuk mengurangkan risiko perniagaan antarabangsa.

33.  Jelaskan maksud perlindungan tarif dan  kepentingannya

34.  Huraikan tiga sebab sesebuah negara melaksanakan perlindungan perdagangan.

35.  Jelaskan tiga perlindungan bukan tarif

36.  Huraikan empat insentif di bawah Akta Promosi Pelaburan 1986 

37.  Huraikan kempen kerajaan berikut untuk membangunkan perniagaan antarabangsa Malaysia
a.     Koridoraya Multimedia  (MSC)
b.    galakan cukai
c.     pengecualian cukai

38.  Huraikan kempen kerajaan berikut untuk membangunkan perniagaan antarabangsa Malaysia
a.     pembiayaan eksport
b.    taraf perintis
c.     subsidi
d.    kempen belilah barangan Malaysia

39.  huraikan maksud dan peranan pusingan uruguay

40.  Huraikan empat peranan MATRADE dalam menggalakkan pemasaran antarabangsa

41.  Huraikan maksud dan peranan AFTA

42.  Huraikan maksud dan peranan NAFTA

43.  Huraikan maksud dan peranan  EU

44.  Huarikan maksud dan peranan  ASEAN.

45.  Huraikan maksud perdagangan timbal balas.

46.  Huraikan maksud dan peranan WTO

47.  Huraikan maksud dan peranan  APEC

48.  Huraikan maksud dan peranan IMT-GT

49.  Huraikan maksud dan peranan IMS-GT

50.  Huraikan maksud dan peranan BIMP-EAGA








Syarikat Segaria Berhad

Syarikat Segaria Berhad (SSB) merupakan pengeluar pelbagai jenis minuman ringan di Malaysia sejak tahun 1999.Pada peringkat permulaan , SSB merupakan ejen tunggal di Malaysia untuk beberapa syarikat Jepun untuk memasarkan pelbagai jenis makanan dan minuman ringan  buatan Jepun. Gudang milik SSB di Pelabuhan Klang dijadikan pusat penyetoran apabila barangan sampai dari negara Jepun dan diedarkan ke pasar raya di seluruh negara. Pada tahun 2001, SSB membuka kilang minuman ringannya sendiri dengan jenama Segaria di Shah Alam. Produk syarikat ini mula dipasarkan  di luar negara pada tahun 2002 dengan jenama Sensi. . Kini hampir 60% produk keluaran syarikat ini dipasarkan di luar negara termasuklah Korea Selatan, Jepun, India, Thailand dan Brunei. Disebabkan kilang SSB  tidak mampu  menampung permintaan semasa, SSB telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat di Bandung , Indonesia iaitu PT Budiyanto pada tahun 2006 untuk mengeluarkan minuman Sensi yang akan dibeli semula oleh SSB sebelum dipasarkan ke negara lain. Penubuhan syarikat SS Joypul Trading di negara Filipina  pada tahun 2009, merupakan hasil kerjasama antara SSB dengan Joypul Trading  milik warga Filipina. SS Joypul Trading mengeluarkan dan memasarkan minuman Sensi untuk pasaran Filipina.

Kejayaan SSB menembusi pasaran luar negara adalah hasil kerjasama dengan MATRADE iaitu sebuah agensi yang ditubuhkan oleh kerajaan untuk membangunkan industri eksport Malaysia.SSB sering menghadiri ekspo yang dianjurkan oleh MATRADE untuk pengeksport Malaysia. Penyertaan dalam ekspo seperti Gulfood, Foodex dan Finefood memberi peluang kepada SSB untuk bertemu dengan bakal pembeli di negara asia timur, Jepun dan Australia. SSB juga dapat memahami kehendak dan citarasa pengguna negara berkenaan dan dapat menyesuaikan produk mengikut keperluan pasaran berkenaan. Penyertaan di Gulfood membolehkan SSB memeterai  perjanjian dengan  sebuah rangkaian pasar raya di Arab Emirates Bersatu (UAE) untuk bekalan produk bernilai USD60 juta setahun. Kejayaan memasuki pasaran UAE juga disumbangkan oleh penyertaan syarikat ini dalam program latihan anjuran MATRADE iaitu bengkel berkaitan berniaga di UAE di Johor Bahru pada tahun 2010.

SSB juga bergantung kepada maklumat pasaran yang disampaikan oleh Matrade. Maklumat dagangan diperoleh oleh MATRADE melalui pejabat cawangan di seluruh dunia meliputi  statistik dagangan, kajian pasaran tentang produk dan perkhidmatan, direktori perdagangan serta garis panduan bantuan dan geran. SSB telah mendapat tender untuk bekalan barang  di sebuah negara Asia Timur melalui maklumat notis tender antarabangsa yang diperoleh di laman web rasmi MATRADE.   Disebabkan persaingan sengit dalam industri minuman ringan, SSB menghadapi pelbagai rintangan seperti kekurangan modal dan kepakaran pemasaran. Program Go-Ex anjuran MATRADE membuka peluang kepada SSB untuk memasuki pasaran baru seperti  Turki dan United Kingdom. Program ini menyediakan khidmat pakar berkaitan dengan pemasaran dan melalui khidmat pakar ini SSB sedang berunding dengan dua buah syarikat di United Kingdom untuk mengeluarkan dan memasarkan produk Segaria di negara berkenaan. Penyertaan SSB di pasaran antarabangsa bukanlah mudah kerana pelbagai masalah dan kekangan perlu dihadapi oleh syarikat ini. Walau bagaimanapun khidmat help desk yang disediakan oleh MATRADE amat membantu SSB untuk mendapatkan nasihat dan rujukan. Misalnya penghantaran barang ke negara Syria yang terganggu kerana keadaan politik yang tidak stabil dapat diselesaikan melalui khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai MATRADE yang dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar.

a.     Huraikan strategi SSB memasuki perniagaan antarabangsa. [16]

Strategi SSB memasuki perniagaan antarabangsa ialah

Import . Import bermaksud membeli barang dan perkhidmatan   dari negara asing untuk pasaran tempatan. Dalam kes di atas,  SSB terlibat dalam aktiviti import iaitu  SSB merupakan ejen tunggal di Malaysia untuk beberapa syarikat Jepun untuk memasarkan pelbagai jenis makanan dan minuman ringan  buatan Jepun.

Eksport iaitu aktiviti menjual  barang dan perkhidmatan ke pasaran asing. Dalam kes di atas, SSB terlibat dalam aktiviti eksport iaitu pada tahun 2001, SSB membuka kilang minuman ringannya sendiri dengan jenama Segaria di Shah Alam. Produk syarikat ini mula dipasarkan  di luar negara pada tahun 2002 dengan jenama Sensi. . Kini hampir 60% produk keluaran syarikat ini dipasarkan di luar negara termasuklah Korea Selatan, Jepun, India, Thailand dan Brunei.

Kontrak pengeluaran iaitu  kebenaran kpd syarikat asing mengeluarkan dan memasarkan barang. Dalam kes di atas SSB telah menandatangani perjanjian dengan sebuah syarikat di Bandung , Indonesia iaitu PT Budiyanto pada tahun 2006 untuk mengeluarkan minuman Sensi yang akan dibeli semula oleh SSB sebelum dipasarkan ke negara lain

Usahasama iaitu  kerjasama antara dua atau lebih syarikat  utk mengeluarkan atau memasarkan barang di pasaran asing. Dalam kes di atas,  Penubuhan syarikat SS Joypul Trading di negara Filipina  pada tahun 2009, merupakan hasil kerjasama antara SSB dengan Joypul Trading  milik warga Filipina. SS Joypul Trading mengeluarkan dan memasarkan minuman Sensi untuk pasaran Filipina.

b.    Huraikan peranan MATRADE dalam membangunkan pasaran antarabangsa untuk produk SSB [12]

Peranan MATRADE dalam membangunkan pasaran antarabangsa untuk produk SSB

Peranan pertama ialah untuk mempromosi, membantu dan membangunkan perdagangan luar Malaysia .
Kaitan kes
SSB sering menghadiri ekspo yang dianjurkan oleh MATRADE untuk pengeksport Malaysia. Penyertaan dalam ekspo seperti Gulfood, Foodex dan Finefood memberi peluang kepada SSB untuk bertemu dengan bakal pembeli di negara asia timur, Jepun dan Australia. SSB juga dapat memahami kehendak dan citarasa pengguna negara berkenaan dan dapat menyesuaikan produk mengikut keperluan pasaran berkenaan. Penyertaan di Gulfood membolehkan SSB memeterai  perjanjian dengan  sebuah rangkaian pasar raya di Arab Emirates Bersatu (UAE) untuk bekalan produk bernilai USD60 juta setahun

Peranan kedua ialah untuk menjalankan perisikan komersial /penyelidikan pasaran /pangkalan data komprehensif .
Kaitan kes
SSB juga bergantung kepada maklumat pasaran yang disampaikan oleh Matrade. Maklumat dagangan diperoleh oleh MATRADE melalui pejabat cawangan di seluruh dunia meliputi  statistik dagangan, kajian pasaran tentang produk dan perkhidmatan, direktori perdagangan serta garis panduan bantuan dan geran. SSB telah mendapat tender untuk bekalan barang  di sebuah negara Asia Timur melalui maklumat notis tender antarabangsa yang diperoleh di laman web rasmi MATRADE.   

Peranan ketiga ialah untuk mengelolakan program-program latihan
Kaitan kes
Kejayaan memasuki pasaran UAE juga disumbangkan oleh penyertaan syarikat ini dalam program latihan anjuran MATRADE iaitu bengkel berkaitan berniaga di UAE di Johor Bahru pada tahun 2010.

Peranan keempat ialah untuk meningkatkan dan melindungi kepentingan perdagangan antarabangsa Malaysia
Kaitan kes
Walau bagaimanapun khidmat help desk yang disediakan oleh MATRADE amat membantu SSB untuk mendapatkan nasihat dan rujukan. Misalnya penghantaran barang ke negara Syria yang terganggu kerana keadaan politik yang tidak stabil dapat diselesaikan melalui khidmat nasihat yang diberikan oleh pegawai MATRADE yang dapat mengurangkan risiko kerugian yang besar






Untuk setiap kes berikut, terangkan bagaimana MATRADE membantu perkembangan syarikat tersebut di peringkat antarabangsa

Kes 1: Thomyam Food Industries Sdn Bhd

Thomyam Food Industries Sdn Bhd, sebuah syarikat yang ditubuhkan Malaysia yang berurusan dengan manisan seperti gula-gula, makanan ringan, jeli dan puding. Syarikat ini telah berkecimpung dalam industri konfeksi hampir 30 tahun sejak tahun 1981.Selepas bertahun-tahun membangunkan strategi pemasarannya, Thomyam Food Industries kini bersedia untuk memasuki pasaran Eropah. Sebagai langkah pertama, Thomyam Food Industries Sdn Bhd telah menyertai Misi Pemasaran Khusus ke Moscow dan Kazan, Rusia yang telah diadakan pada 3-07 Oktober 2010, yang dianjurkan oleh MATRADE. Thomyam Food Industries melaporkan mereka memperoleh potensi jualan sebanyak RM6.0 juta daripada mesyuarat perniagaan yang diaturkan oleh MATRADE pada majlis itu. "Saya melihat Rusia sebagai potensi pasaran yang baik untuk gula-gula dan puding kami," kata Encik Wong, Pengurus Eksport Thomyam Food Industries Sdn Bhd. "Kami menjadi tuan rumah pembeli dari Kazan bulan lepas pada bulan Oktober, yang menunjukkan minat untuk mendapatkan sumber kami kuih. Ahli perniagaan Rusia sangat berminat untuk mempunyai kerjasama lebih rapat dengan rakan di Malaysia ", katanya.
Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Moscow, Encik Khairul Nizam Moonier berkata kejayaan syarikat itu di pasaran Rusia adalah disebabkan oleh daya tarikan produk diikuti dengan status Halal oleh JAKIM yang mempunyai kredibiliti untuk menarik sejumlah besar pengguna Islam di Rusia, terutamanya di Kazan. "Syarikat itu perlu dapat memenuhi standard dan keperluan antarabangsa. Ia adalah halangan bahasa yang benar adalah antara cabaran dalam menjalankan perniagaan di Rusia, tetapi ahli perniagaan Malaysia perlu belajar untuk menangani masalah itu dengan sewajarnya, "Encik Khairul mengulas.

Kes 2: SABAH TEA

SABAH TEA adalah sebuah anak syarikat Yee Lee  yang diperkenalkan pada 1973. Dengan kakitangan yang berpengalaman dalam sektor pembuatan dan pemasaran menguruskan produk , SABAH TEA kini telah mencapai kejayaan dalam pasaran antarabangsa dengan sokongan dan platform yang disediakan oleh MATRADE untuk mempromosikan jenama dalam pelbagai acara seperti ' Taste of London 2010' di England, ' Malaysia Kitchen ' di Selfridges London , Birmingham , Manchester Trafford dan Manchester Exchange, serta ' Taste of Auckland 2010' di New Zealand. Dan, ini adalah peluang besar yang diperolehi oleh SABAH TEA untuk memperluaskan pasaran , membolehkan pengguna antarabangsa untuk mengalami dan merasai kebaikan teh.

Kes 3:  Proreka (M) Sdn Bhd

Proreka adalah salah satu daripada sembilan syarikat Malaysia yang mengambil bahagian dalam Pameran Kejuruteraan Automotif 2010 (AEE 2010), yang diterajui oleh Pertubuhan Perdagangan Luar Jepun (JETRO) dan Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE). Pengarah Eksekutif, Thomas Lim berkata ini pusingan kedua Proreka mengambil bahagian dalam projek itu. Yang pertama adalah pada tahun 2008. AEE 2010 adalah program perdagangan kedua adil dimulakan di bawah Perjanjian Perkongsian Ekonomi Malaysia-Jepun (MJEPA) pada bulan Julai 2006. Pameran perdagangan pertama adalah International Auto Aftermarket Expo (IAAE) yang mana Malaysia telah mengambil bahagian sejak tiga tahun yang lalu. Projek lima tahun bertujuan untuk membangunkan dan meningkatkan industri automotif Malaysia untuk menjadi pemain global yang lebih kompetitif.
"Kami berpuas hati dengan pilihan pameran perdagangan masa ini kerana ia menyediakan platform untuk meletakkan syarikat kita di kalangan pengeluar peralatan tulen (OEM) industri", katn Lim, dan beliau berkata syarikat sudah  bersedia untuk pasaran Jepun, Proreka telah menubuhkan kerjasama teknikal dengan dua Jepun rakan-rakan, Taica Corp dan Tech Seni Co, untuk memenuhi standard kualiti global bagi bahagian-bahagian auto dan kit badan. Proreka juga mempunyai rakan kongsi teknikal dari Taiwan dan Korea Selatan. Pasaran Jepun, pelbagai industri, yang menegaskan kepada kualiti dan ketepatan masa. Oleh itu, kejayaan perniagaan di Jepun memerlukan pemahaman yang kukuh bagi perniagaan Jepun dan budaya. Kesabaran dan ketabahan juga diperlukan untuk merangkul perjanjian perniagaan dengan komuniti perniagaan Jepun. "Kami melihat peluang kerjasama yang berpotensi rakan Jepun yang dapat memberikan kita dengan teknologi yang lebih maju di AEE 2010 di Yokohama. Kami juga boleh menyediakan syarikat-syarikat Jepun pintu masuk ke pasaran Malaysia dan Asean, " Proreka berharap untuk mengeksport secara terus ke Jepun dalam tempoh dua hingga tiga tahun.
"Bagaimanapun, jika ini tidak menjadi kenyataan untuk Jepun, kami akan mengalih tumpuan kami untuk ASEAN dan Timur Tengah. Kami melihat peluang di Timur Tengah apabila kita mengambil bahagian dalam Pameran Perkhidmatan Malaysia (MSE), Dubai. Ini juga dengan sokongan MATRADE. Kami juga positif ke dalam memasuki Eropah dan Amerika Syarikat pasaran dalam tempoh lima tahun, "katanya.

Kes 4:  Natures Own Brand (M0 Sdn Bhd

Natures Own Brand (M) Sdn Bhd adalah sebuah syarikat yang ditubuhkan di Malaysia yang terlibat dalam menghasilkan oat dan produk bijirin. Pelbagai produk yang diterima secara meluas di pasaran tempatan dan antarabangsa kerana, kualitinya keunikan dan berpatutan. Pada masa ini, ia sedang dieksport ke lebih daripada 15 buah negara di mana kebanyakan pasaran tertumpu di negara-negara seperti Ghana, Somalia, Nigeria, Kuwait, Bahrain, UAE dan Qatar. Dalam usaha untuk memperluaskan pasaran luar negara, Natures Own Brand (M) Sdn Bhd telah mengambil bahagian dalam baru-baru ini SIAL PARIS 2010 di bawah pavilion Malaysia yang dianjurkan oleh MATRADE. SIAL adalah salah satu pesta makanan dan minuman perdagangan terbesar di dunia. Syarikat Pengarah Eksekutif, Ahmad Zaini Abdul Rahman berkata, "Sebagai pengeluar tempatan oat dan bijirin, kami menerima banyak pertanyaan perniagaan dari pengimport, pemborong dan peruncit terutama yang datang dari Afrika, Eropah dan pasaran Timur Tengah. Kebanyakan produk yang berminat memasak oat putih dan minuman bijirin oat, kedua sama ada tin atau foil. Tambahan pula, kami telah membuat perjanjian jualan RM650,000.00 dan satu lagi RM3.5 juta daripada jualan berpotensi, yang cukup satu pencapaian bagi pengeksport IKS  seperti kami ".

Kes 5: Kilang Makanan Mamee Sdn Bhd

Kilang makanan Mamee Sdn Bhd dikenali dengan pilihan luas makanan diproses dan dibungkus. Sejak Jenama ini telah menjadi sinonim dan isi rumah untuk nama-nama makanan ringan dan mi segera. Produk yang dihasilkan adalah terdiri dari makanan ringan makanan, mi segera, kuih dan minuman produk. Pada masa ini, produk Mamee dijual di lebih daripada 30 negara di mana kebanyakan pasaran tertumpu di Eropah, Timur Tengah, Afrika dan rantau ASEAN.Sebagai sebahagian daripada strategi pemasaran untuk mengembangkan bahagian pasaran mereka di Eropah, Kilang Makanan Mamee Sdn telah mengambil bahagian dalam baru-baru ini SIAL PARIS 2010 yang dianjurkan oleh MATRADE. Semasa acara 5 hari itu, syarikat itu berjaya mencapai jumlah jualan sebanyak RM3.5 juta. Pengurus Eksport, Encik Joel Leong berkata, "SIAL adalah platform yang baik untuk mempromosikan produk Mamee kepada bakal pembeli kerana kebanyakan pengimport ditubuhkan datang ke sumber untuk pelbagai produk makanan. Kami sedar bahawa sebahagian daripada pembeli yang melawat gerai kami berminat untuk membeli cip pelbagai dan produk snek seperti Mister Potato dan jenama Mamee Oriental ".
Sebelum SIAL, Mamee juga telah mengikuti program promosi MATRADE di bahagian-bahagian lain di Eropah dan Asia. Melalui program-program promosi, mereka dapat mengembangkan pasaran eksport mereka dan untuk memahami peluang dan cabaran yang mengeksport ke luar negara. Syarikat itu telah meletakkan banyak penekanan kepada perdagangan misi yang adil dan pemasaran sengaja untuk mempromosikan lagi produk mereka kepada pembeli / pengedar yang berpotensi.
Pesuruhjaya Perdagangan MATRADE di Paris, Cik Nurdiana Abdullah berkata, "Kejayaan syarikat di SIAL adalah disebabkan oleh daya tarikan produk ditambah pula dengan jenama yang kukuh yang mempunyai kredibiliti untuk menarik segmen besar pengguna di Paris dan bahagian lain di Perancis. Walau bagaimanapun, syarikat perlu memastikan bahawa mereka akan dapat memenuhi standard eksport yang diperlukan dan juga untuk mengekalkan jenama kebaikan produk. Secara umumnya, mengekalkan perniagaan di Eropah adalah satu cabaran besar bagi banyak pengeksport ASEAN ".

Kes 6   Hartalega Sdn. Bhd.

Hartalega Sdn. Bhd telah ditubuhkan pada tahun 1988. Hari ini, Hartalega telah berkembang menjadi pengeluar utama sarung tangan nitril di dunia. Hartalega mengeksport produknya kepada 137 pelanggan antarabangsa di 39 buah negara; Amerika Utara (75%), Eropah (12%), Asia Pasifik (9%) dan kawasan-kawasan lain (4%). Hartalega kini memberi tumpuan untuk mempelbagaikan pasaran eksport, dengan Brazil antara pasaran yang disasarkan.
Adalah penting untuk ambil perhatian bahawa, untuk mengimport sarung tangan perubatan ke Brazil, lesen import dari Agensi Kebangsaan Pengawasan Kesihatan (ANVISA) diperlukan. Setelah produk berdaftar dengan ANVISA, mereka akan menghantar makmal bebas yang diberi kuasa (INMETRO / Falcao Bauer) untuk kilang dan pensijilan produk. Pengimport akan dibenarkan untuk mengimport apabila kilang dan produk yang diluluskan oleh INMETRO. Prosedur pendaftaran dan anggaran tempoh masa sering mengambil lebih daripada satu tahun sebelum produk boleh dieksport ke Brazil. Dalam usaha untuk mengembangkan eksport Malaysia ke pasaran Amerika Latin, MATRADE Sao ​​Paulo telah menghantar beberapa pembeli berpotensi dari Brazil ke Malaysia untuk mendapatkan sumber bagi pelbagai produk dan perkhidmatan Malaysia.. Walaupun proses untuk mendapatkan kelulusan yang diperlukan untuk memasuki pasaran Brazil mungkin mengambil sedikit masa, ia adalah pasaran yang menguntungkan bagi pengeksport Malaysia yang mengambil usaha untuk memasuki pasaran Brazil, sebuah negara yang dianggap sebagai antara negara-negara BRIC baru muncul . Pejabat MATRADE di Sao Paulo akan gembira untuk memberi bimbingan dan bantuan kepada pengeksport Malaysia yang ingin mengambil kesempatan daripada peluang-peluang yang pasaran Brazil menyediakan.





No comments :

Post a Comment