Friday, October 30, 2015

Soalan Target STPM Penggal 1 Pengajian Perniagaan : Pemasaran


Bab 3: Pemasaran - Soalan  Target

Cikgu senaraikan soalan -soalan target mengikut topik. Pastikan anda buat dan bincang dengan rakan atau cikgu anda. GOOD LUCK.


Bahagian 1: Pendekatan pemasaran

Soalan pendek
1.     Mengapakah pemasaran penting kepada sebuah perniagaan perabot? [4]
2.     Mengapakah pendekatan pemasaran dikatakan lebih baik berbanding dengan pendekatan pengeluaran dalam memasarkan sesuatu produk? [4]
3.     Dengan contoh yang sesuai, jelaskan pendekatan pemasaran yang berikut:
           a.                 Pendekatan pengeluaran [2]
           b.                 Pendekatan penjualan  [2]
           c.                Pendekatan keluaran [2]
4.     Dengan contoh yang sesuai, jelaskan pendekatan pemasaran kemasyarakatan. [4]
5.     Senaraikan empat langkah dalam proses pemasaran. [4]
6.     Huraikan strategi penembusan pasaran dan pembangunan pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan ringan. [6]
7.     Huraikan strategi pembangunan produk dan pempelbagaian yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran a\utomobile. [6]

Soalan panjang
1.     Huraikan lima pendekatan pemasaran. [20]
2.     Syarikat WinWin Berhad bercadang untuk mengeluarkan basikal sukan lasak. Huraikan proses pemasaran yang perlu dilakukan oleh syarikat tersebut. [20]
3.     Huraikan empat strategi pemasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan dingin beku. [20]

Bahagian 2: Gelagat pengguna

1.     Lukiskan dan terangkan model gelagat pengguna [6]
2.     Jelaskan bagaimana factor budaya dan social mempengaruhi gelagat pengguna untuk perniagaan kasut? [6]
3.     Jelaskan bagaimana factor individu dan psikologi mempengaruhi gelagat pengguna untuk perniagaan telefon bimbit? [6]

Soalan panjang
1.     Syarikat Melati telah menghasilkan sebuah syampu baru jenama Ayu Jelita. Jelaskan proses pembelian produk baharu yang akan dilalui oleh pengguna yang ingin membeli produk tersebut. [20]
2.     Puan Maimunah telah membeli sebuah computer riba pada minggu lepas. Huraikan proses pembelian yang dilalui oleh Puan Maimunah.

Kerosakan dua mesin pencetak telah menyebabkan penurunan pengeluaran sebanyak 26%  untuk syarikat Penerbian buku Selangi Berhad. Pengurus Besarnya Encik Johari bercadang untuk membeli dua mesin baru.

3.     Huraikan proses pembelian mesin tersebut. [20]

4.     Huraikan empat factor yang mempengaruhi gelagat pengguna dalam membuat keputusan pembelian sesuatu produk. [20]

Bahagian 3: Penyelidikan pemasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud penyelidikan pemasaran dan empat kepentingannya [6]
2.     Nyatakan langkah-langkah penyelidikan pemasaran [4]

Bahagian 4: Segmentasi pasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud segmentasi  pasaran dan empat asas segmentasi pasaran [6]
2.     Huraikan dua asas segmentasi pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat penerbitan buku..[6]
3.     Jelaskan bagaimana psikografi, demografi dan gelagat pengguna dijadikan asas segmentasi pasaran untuk sebuah syarikat pengeluaran alatulis. [6]
4.     Jelaskan maksud penyasaran pasaran dan nyatakan empat jenisnya [6]
5.     Jelaskan perbezaan antara pemasaran dibezakan dengan pemasaran tidak dibezakan [4]
6.     Jelaskan perbezaan antara pemasaran tertumpu dengan pemasaran dibezakan.

Syarikat Delima Berhad mengeluarkan minuman perisa buah-buahan dengan jenama Tasty yang boleh didapati dihampir semua kedai runcit di seluruh negara.  Syarikat ini juga memasarkan jus buah-buahan bermutu tinggi dengan jenama SuperQ yang hanya dijual di farmasi tertentu.

7.     Jelaskan dua strategi penyasaran pasaran yang digunakan oleh syarikat Delima Berhad. [6]
8.     Untuk setiap situasi berikut, kenalpasti dan terangkan strategi penyasaran pasaran yang digunakan.
            a.     Pemasaran pakaian sekolah [2]
            b.    Proton mengeluarkan tiga model kereta iaitu proton saga, proton preve dan proton perdana [2]          
            c.     Syarikat Penerbitan Selangi menerbitkan majalah  Pelabur Bijak  [2]
9.     Huraikan proses perletakan pasaran yang boleh digunakan sebuah syarikat pengeluaran alatulis. [6]
10.  Jelaskan strategi perletakan pasaran yang berikut untuk sebuah syarikat pengeluaran pakaian sukan.
            a.     Atribut produk                                       [2]
            b.    Manfaat                                                [2]
            c.     Kekerapan penggunaan                         [2]

Soalan panjang
      1.     Bezakan segmentasi pasaran dan sasaran pasaran dan perletakan pasaran [18]
      2.     Huraikan lima strategi perletakan pasaran yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran makanan      dingin beku. [18]

Bahagian 5: Campuran pemasaran

Soalan pendek
1.     Berikan maksud campuran pemasaran dan empat komponennya [6]
2.     Berikan maksud produk dan jelaskan dua perbezaan antara produk fizikal dan produk perkhidmatan. [6]
3.     Syarikat Dona Berhad mengeluarkan alat mengukur tekanan darah . Ia juga mempunyai makmat pemeriksaan darah di Rawang.
      Jelaskan perbezaan antara dua jenis produk yang ditawarkan oleh syarikat tersebut. [6]
4.     Dengan contoh yang sesuai jelaskan bagaimana buah pisang boleh menjadi produk pengguna dan produk perindustrian. [4]
5.     Merujuk kepada produk basikal, jelaskan ciri-ciri produk tersebut. [6]
6.     Jelaskan tiga jenis produk pengguna [6]
7.     Jelaskan tiga jenis produk industri untuk sebuah syarikat pengeluaran perabot. [6]

Syarikat  Dingdong Berhad mengeluarkan pelbagai barang elektrik iaitu ketuhar gelombang mikro, mesin basuh, peti sejuk dan  alat penghawa dingin . Terdapat tiga jenis mesin basuh iaitu semi automatic, automatic dan white magic. Syarikat ini juga mengeluarkan empat jenis peti sejuk iaitu direct cool, frost free, frost control  dan fusion premier

8.     Lakarkan kelebaran dan kedalaman produk untuk syarikat Dingdong Berhad. [6]
9.     Jelaskan dua jenis saluran agihan yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran pakaian sekolah [4]
10.  Jelaskan tiga peranan  sebuah syarikat pemborong makanan dingin beku. [6]
11.  Jelaskan bagaimana sebuah syarikat pemborong alatulis memainkan peranan berikut:
            a.     Memberi maklumat
            b.    Mengambil risiko
            c.     Mengadakan promosi
            d.    Pembiayaan
            e.     Pemadanan

Syarikat Cendana Berhad mengeluarkan minuman perisa buah-buahan dengan jenama Tasty yang boleh didapati dihampir semua kedai runcit di seluruh negara.  Syarikat ini juga memasarkan jus buah-buahan bermutu tinggi dengan jenama SuperQ yang hanya dijual di farmasi tertentu. Syarikat ini juga membekalkan perisa buah-buahan untuk pengeluar makanan ringan seperti gula-gula dan bakeri.

12.  Huraikan tiga rekabentuk pengagihan mendatar yang telah digunakan oleh syarikat Cendana Berhad. [6]
13.  Jelaskan dua jenis konflik yang mungkin berlaku dalam agihan produk. [6]
14.  Jelaskan proses pengurusan saluran agihan [6]\
15.  Huraikan tiga factor luaran yang mempengaruhi penetapan harga produk oleh sebuah syarikat pengeluaran perabot. [6]
16.  Selain objektif pemasaran, huraikan tiga factor dalaman yang mempengaruhi penetapan harga produk oleh sebuah syarikat pengeluaran pakaian sukan. [6]
17.  Huraikan tiga kedah penentuan harga umum yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran beg tangan wanita. [6]
18.  Jelaskan dua kaedah penentuan harga produk baru untuk pengeluaran kasut sukan. [6]
19.  Jelaskan tiga tujuan promosi untuk sebuah syarikat pengeluaran kereta. [6]
20.  Jelaskan empat kaedah promosi yang boleh digunakan oleh sebuah syarikat pengeluaran ubat-ubatan. [6]

Soalan panjang
1.     Huraikan lima elemen yang perlu diberi perhatian semasa membuat keputusan produk individu  [20]
2.     Lukiskan dan huraikan kitaran hayat produk  [20]

3.     Lukiskan dan terangkan empat jenis saluran agihan produk pengguna.  [16]

No comments :

Post a Comment