Thursday, October 22, 2015

Soalan Ramalan STPM Pengajian Perniagaan Penggal 3 Etika Perniagaan

PENGAJIAN PERNIAGAAN (946/3)
BAB 4: ETIKA PERNIAGAAN


Bahagian 1:Pendekatan tindakan beretika
a.     Maksud etika perniagaan dan etika kerja
b.    Maksud dilema etika
c.     Huraian pendekatan tindakan beretika iaitu utilitarian, individualisme, hak moral dan keadilan
d.    Factor yang mempengaruhi pilihan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi
e.     Maksud jenayah kolar putih
f.      Huraian tentang lima jenis jenayah kolar putih (rasuah, penyelewengan, pecah amanah, konflik kepentingan, dan penyalahgunaan kuasa ) dan hukumannya

Soalan esei pendek

1.     Jelaskan maksud etika perniagaan dan nyatakan tiga kepentingannya  [5]

2.     Jelaskan maksud etika kerja dan nyatakan empat etika kerja profesion perubatan. [6]

3.     Jelaskan lima etika kerja profesion guaman. [5]

4.     Nyatakan enam nilai yang akan menghasilkan budaya kerja cemerlang dalam sesbuah organisasi.      [6]

5.     Jelaskan maksud dilemma etika dan berikan satu contoh [4]

6.     Terangkan dua jenis pendekatan tindakan beretika. [4]

7.     Jelaskan pendekatan tindakan  beretika yang berikut:
a.     Utilitarian  [3]
b.    Keadilan   [3]

8.     Jelaskan tindakan beretika yang berikut:
a.     Individualism [3]
b.    Hak moral     [3]

9.     Terangkan tiga factor yang mempengaruhi tindakan beretika oleh seseorang pengurus . [6]

10.  Terangkan tiga factor yang mempengaruhi tindakan beretika oleh sesebuah organisasi. [6]

11.  Huraikan jenis jenayah kolar putih yang berikut:
a.     Rasuah                     [2]
b.    Penyelewengan        [2]
c.     Pecah amanah         [2]

12.  Huraikan jenis jenayah kolar putih yang berikut:
a.     Konflik kepentingan       [3]
b.    Penyalahgunaan kuasa [3]

13.  Jelaskan dua punca berlakunya jenayah kolar putih. [4]

14.  Jelaskan tiga jenis perbuatan yang boleh dikelaskan sebagai kesalahan rasuah.       [6]

15.  Jelaskan tiga jenis jenayah kolar putih yang mungkin berlaku dalam kalangan pengurus pembelian dengan memberikan satu contoh bagi setiap jenis jenayah tersebut.              [6]

16.  Jelaskan tiga jenis jenayah kolar putih yang mungkin berlaku dalam kalangan pengurus pengeluaran dengan memberikan satu contoh bagi setiap jenis jenayah tersebut.              [6]

Soalan esei panjang

1.     Huraian empat jenis pendekatan tindakan beretika  [20]
2.     Huraikan faktor yang mempengaruhi pilihan tindakan beretika oleh pengurus dan organisasi [20]
3.     Huraikan lima jenis jenayah kolar putih dan hukumannya  [20]


Bahagian 2: Tanggungjawab sosial
a.     Maksud tanggungjawab sosial
b.    Pihak berkepentingan iaitu primer (pekerja, pemegang saham, pembiaya, pembekal, pelanggan, peruncit, dan pemborong) dan sekunder iaitu (kerajaan, media, masyarakat, dan kumpulan pendesak)
c.     Tanggungjawab social perniagaan kepada pihak primer dan sekunder
d.    Maksud warga korporat
e.     Peranan warga korporat dari segi  ( gelagat beretika dalam perniagaan, komited terhadap pihak berkepentingan termasuk masyarakat, pelanggan, pekerja, pelabur, dan pembekal dan komited terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang.
f.      Kebaikan dan kelemahan kepada organisasi menjalankan tanggungjawab social

Soalan esei pendek

1.     Jelaskan maksud tanggungjawab social dan nyatakan tiga kepentingannya [4]

2.     Jelaskan maksud warga korporat dan berikan tiga contoh warga korporat. [4]

3.     Selain pemegang saham dan pembiaya, nyatakan lima  pihak berkepentingan primer terhadap sesuatu perniagaan.                                                                                                                   [3]

4.     Jelaskan tiga pihak bekepentingan primer kepada sebuah kolej swasta [6]

5.     Jelaskan tiga pihak berkepentingan sekunder kepada sebuah universiti swasta. [6]

6.     Jelaskan tanggungjawab social sebuah pasar raya kepada pihak berkepentingan yang berikut:
a.     Pekerja     [3]
b.    Pembekal  [3]

7.     Jelaskan tanggungjawab social sebuah bank komersil  kepada pihak berkepentingan yang berikut:
a.     Pelanggan  [3]
b.    pemegang saham  [3]

8.     Jelaskan tanggungjawab social sebuah hospital swasta kepada pihak berkepentingan yang berikut:
a.     Pembiaya  [3]
b.    Kerajaan  [3]

9.     Jelaskan tanggungjawab social sebuah syarikat pengeluaran minuman ringan kepada pihak berkepentingan yang berikut:
a.     Pemborong  [3]
b.    Masyarakat  [3]

10.  Jelaskan tanggungjawab social sebuah syarikat pembinaan kepada pihak berkepentingan yang berikut:
a.     Media [3]
b.    kumpulan pendesak [3]

11.  Terangkan tiga kebaikan kepada sesebuah organisasi yang menjalankan tanggungjawab social [6]

12.  Mengapakah sesebuah organisasi enggan melaksanakan tanggungjawab social? [4]

13.  Jelaskan empat kesan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi yang gagal melaksanakan tanggungjawab social. [4]

14.  Jelaskan empat kesan yang dihadapi oleh sesebuah organisasi yang menjalankan tanggungjawab social. [4]

15.  Jelaskan peranan warga korporat dari segi   gelagat beretika dalam perniagaan [6]

16.  Jelaskan peranan warga korporat dar segi  komited terhadap pihak berkepentingan [6]

17.  Jelaskan peranan warga korporat  terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang. [6]




Soalan esei panjang

1.     Tanggungjawab sosial perniagaan boleh ditakrifkan sebagai kewajipan organisasi perniagaan menjaga kepentingan pihak yang berkaitan dengan syarikat sama ada secara langsung atau tidak langsung. Walaupun banyak pendapat yang bersetuju dengan tanggungjawab sosial perniagaan namun terdapat juga pendapat yang menentangnya.
a.     Nyatakan empat alasan yang menyokong dan empat alasan yang menentang tanggungjawab sosial
b.    Nyatakan pendirian anda tentang tanggungjawab sosial perniagaan. Berikan alasan anda.                       
2.     Jelaskan tanggungjawab sosial yang perlu dilaksanakan oleh pengusaha hotel terhadap lima pihak
Berkepentingan primer.                                                                              [15]

3.     Encik Wahab menjalankan perniagaan stesen minyak di Wangsa Maju , Kuala Lumpur. Jelaskan amalan etika yang dilaksanakan oleh beliau terhadap pihak yang berkepentingan sekunder .                  [12]

4.     Terangkan lima kesan negatif pengabaian tanggungjawab sosial oleh peniaga terhadap alam sekitar [10]


Bahagian 3: Kepenggunaan

a.     hak-hak pengguna
b.    peranan agensi iaitu persatuan pengguna (termasuk FOMCA, Persatuan Pengguna Muslim (PPM), KPDNKK,Better Business Bureau, Tribunal pengguna

Soalan esei pendek                                                            

1.     Terangkan maksud kepenggunaan dan matlamat kepenggunaan.                                             [4]
2.     Jelaskan hak membuat pilihan pengguna di sebuah kedai jualan barangan elektrik.                  [4]
3.     Jelaskan hak mendapat gantirugi bagi seorang pembeli barang elektronik.                             [4]
4.     Jelaskan hak mendapat maklumat bagi seorang pembeli rumah.                                            [4]
5.     Jelaskan hak pengguna mendapat alam sekitar yang bersih.                                                 [4]
6.     Jelaskan hak pengguna mendapat pendidikan kepenggunaan.                                              [4]
7.     Jelaskan hak pengguna mendapat keperluan asas.                                                               [4]
8.     Jelaskan hak pengguna mendapat keselamatan ketika berada di pusat peranginan.                [4]
9.     Jelaskan hak bersuara pengguna.                                                                                        [4]
10.  Jelaskan tiga hak pengguna terhadap hospital swasta.                                                          [6]
11.  Jelaskan tiga hak pengguna terhadap perkhidmatan sebuah bank.                                         [6]
12. Huraikan tiga objektif penubuhan Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA).            [6]
13. Nyatakan empat peranan KPDNKK dari segi perlindungan pengguna                                      [4]
14. Apakah yang dimaksudkan dengan Better Business Bureau?
      Nyatakan tiga perkhidmatan yang ditawarkannya.                                                                   [4]
15. Terangkan tiga faedah yang diperoleh oleh pengguna daripada persatuan pengguna.             [6]
16. Terangkan tiga faedah yang diperoleh oleh pengguna daripada tribunal pengguna.                 [6]




Soalan esei panjang


1.     Huraikan enam hak pengguna seorang pelajar sebuah universiti swasta. [18]                                                           

                                   
2. Pilih satu daripada isu yang berkut, dan bincangkan kesannya terhadap pengguna serta terangkan
    peranan  KPDNKK dalam menangani isu itu.

a.     Kenaikan harga makanan
b.    Skim cepat kaya                                                                                                              [10]


3. Dengan memberikan contoh yang sesuai, terangkan pelanggaran hak pengguna yang berikut :                                                                        
     a. Hak untuk mendapat maklumat
     b. Hak untuk hidup dalam alam sekitar  bersih
     c. Hak mendapat keselamatan                                                                                              [12]
   
     

4.  Jelaskan lima hak yang boleh diperjuangkan oleh pengguna daripada perkhidmatan telekomunikasi. [15]                  

                                                                                                                       
 5. Usaha melindungi pengguna daripada tindakan tidak beretika peniaga merupakan satu perkara yang rumit.
     Jelaskan bagaimana sikap pengguna itu sendiri menjadi penghalang kepada usaha untuk melindungi
      pengguna.[10]




































No comments :

Post a Comment