Wednesday, October 1, 2014

Contoh soalan kajian kes pemasaran- penentuan harga produk baru



Syarikat Farmasi New Medicals Berhad merupakan pengeluar pelbagai ubat-ubatan untuk pasaran Malaysia dan juga pasaran antarabangsa. Syarikat ini mengeluarkan dua jenis ubat baru. Ubat jenama TadaPening  merupakan ubat untuk melegakan demam. Ubat ini dijual dengan harga 40 sen sebiji iaitu harga yang lebih rendah berbanding pelbagai ubat demam yang sedia ada di pasaran. Syarikat ini juga mengeluarkan supplemen untuk memulihkan penyakit hati yang kronik berjenama HatiSuci.  HatiSuci merupakan produk baru yang terbukti merawat penyakit hati yang kronik. Syarikat New Medicals bercadang untuk meletakkan harga yang tinggi untuk supplemen ini apabila dipasarkan kelak.

Berdasarkan kes di atas, huraikan kaedah penentuan harga baru yang telah  digunakan oleh Syarikat New Medicals Berhad untuk memasarkan produk TadaPening dan HatiSuci. (10 markah)
Fakta
Huraian
Contoh daripada kes
Penembusan pasaran


Harga permulaan yang rendah untuk menembusi pasaran yang luas iaitu menarik dan mendapatkan pembeli yang ramai. Matlamat utama membina syer pasaran yang besar dan membentuk kesetiaan pengguna bagi jenama baru 



Ubat jenama TadaPening  merupakan ubat untuk melegakan demam. Ubat ini dijual dengan harga 40 sen sebiji iaitu harga yang lebih rendah berbanding pelbagai ubat demam yang sedia ada di pasaran.
Penarahan pasaran


Harga pengenalan yang tinggi dikenakan untuk menarik pembeli yang mementingkan kualiti bukannya harga. Strategi ini untuk mendapatkan pulangan yang yang cepat atas kos R&D


HatiSuci merupakan produk baru yang terbukti merawat penyakit hati yang kronik. Syarikat New Medicals bercadang untuk meletakkan harga yang tinggi untuk supplemen ini apabila dipasarkan kelak.



No comments :

Post a Comment