Wednesday, April 3, 2013

Soalan popular Pengurusan-Pengenalan kepada pengurusan




Soalan pendek (Bahagian A)

1.Takrifkan maksud pengurusan dan jelaskan dua kepentingannya
[6]

2.Jelaskan empat fungsi utama seseorang pengurus
[6]

3.Dengan contoh yang sesuai, jelaskan konsep kecekapan dan keberkesanan.
[6 ]

4.Seorang pengurus yang cekap, tidak semestinya seorang yang berkesan. Jelaskan
[ 4]

5.Jelaskan peranan pengurus sebagai antara-perorangan
[ 6]

6.Huraikan peranan pengurus sebagai bermaklumat.
[ 4]

7.Terangkan peranan pembuatan keputusan seorang pengurus.
[ 4]

8.Nyatakan empat prinsip pengurusan saintifik Frederick Taylor.
[ 4]

9.Jelaskan sumbangan Frank dan Lilian Gilbreth dalam pengurusan.
[ 4]

10.Terangkan sumbangan Henry L. Gantt dalam pengurusan.
[ 4]

11.Nyatakan lapan prinsip pengurusan Henry Fayol
[4 ]

12.Nyatakan empat prinsip birokrasi yang dipelopori oleh Max Weber
[ 4]

13.Mengapakah kaedah pengurusan birokrasi kurang  sesuai diamalkan dalam sesebuah organisasi?
[ 4]


14.Jelaskan lima tahap dalam hierarki keperluan Maslow.
[ 6]

15.Nyatakan tiga ciri pekerja mengikut teori X dan tiga ciri pekerja mengikut teori Y
[ 6]

16.Jelaskan unsur-unsur penting dalam teori sistem.
[ 6]

17.Jelaskan dua teori penting dalam pendekatan kontemporari
[ 4]

18.Encik Jumaat merupakan pengurus besar  Pasar raya  All U Want. Tiga tahun yang lalu beliau teleh memegang jawatan sebagai pengurus pemasaran. Encik Jumaat telah menyertai pasar raya ini sebagai penyelia stor pada tahun 2001.
Jelaskan tiga peringkat pengurusan yang dilalui oleh Encik Jumaat.
[6 ]




19.Berikan dua perbezaan antara pengurusan  peringkat  bawahan dengan peringkat pertengahan.
[4 ]


20.Berikan dua perbezaan antara pengurusan  peringkat  bawahan dengan peringkat atasan
[ 4]



No comments :

Post a Comment