Tuesday, April 2, 2013

Alat keputusan kuantitatif


Alat Keputusan kuantitatif.
merupakan keputusan yang di buat berdasarkan satu set nilai yang diperolehi dan kemudian diproses dengan menggunakan hukum matematik bagi meramalkan nilai untuk masa depan

1.Statistik deskriptif.
Merangkumi taburan frekuensi, ukuran kecenderungan memusat (min, mod dan median );  ukuran serakan seperti julat, varians dan sisihan piawai.

Min
Adalah jumlah semua nilai dalam data itu dibahagikan kepada bilangan data   yang ada.

Misalnya:
Data di dala
m jadual di bawah menunjukkan bilangan produk yang dihasilkan oleh lima orang buruh di sebuah kilang.

                          Jumlah produk   10 + 20 + 30 + 40 + 50
  Min produk = ----------------------- =   ------------------------------ =   30
                        Bilangan buruh              5


Median
- Ialah nilai yang terletak ditengah-tengah data yang telah disusun mengikut tertib.

- ukuran ini membahagikan data itu kepada dua bahagian dengan setiap bahagian
  mempunyai bilangan data yang sama banyak,
- misalnya:

 Contoh 1: Markah prestasi bagi lima orang buruh  adalah seperti berikut:
                                         85, 78, 90, 88, 99

Cari median lima orang buruh berikut:-
Langkah 1:
- susun semula data tersebut secara tertib menaik
- angka yang terdapat ditengah-tengah susunan itu ialah median
                        78, 85, 88, 90, 99
- maka mediannya ialah  88

Mod
-Adalah nilai atau fakta yang paling kerap berulang dalam set itu.

Contoh 1
-Cari mod bagi kumpulan nombor berikut:-
               6,4,8,2,6,8,9,2,5,7,8,9
           
oleh kerana nombor lapan ( 8 ) paling kerap berulang, maka modnya ialah  8

Sisihan Piawai
purata jarak atau sisihan setiap nombor dari nilai purata.


2. Carta dan Graf
·         Carta bar
Digunakan untuk membuat perbandingan antara dua atau lebih sesuatu perkara pada  sesuatu masa.

·  Carta pai
-Digunakan untuk mewakili data-data dengan menggunakan sekoir yang berlainan dalam sebuah bulatan.
-Sudut-sudut sektor berkadar tertentu dengan jumlah data yang diwakili.

·   Graf garis
-Di gunakan untuk menunjukkan pergerakan turun naik atau perubahan sesuatu perkara mengikut turutan masa tertentu.


·  Histogram
-Digunakan untuk menunjukkan kekerapan sesuatu perkara berlaku dan bentuk taburan  data tersebut.
-Kekerapan tersebut diwakili oleh ketinggian palang.
-Dibina daripada data kuantitatif manakala carta bar dibina berdasarkan data berbentuk  kualitatif.

·           Carta pareto
Carta ini menggunakan beberapa bar seperti dalam carta bar tetapi bar yang disusun adalah secara menurun, iaitu dari kekerapan yang terbesar hingga kepada kekerapan terkecil.
-Bar yang dibina mewakili masalah atau punca masalah yang perlu diatasi mengikut keutamaan.























3.Pokok keputusan
-Merupakan satu bentuk persembahan perancangan yang menyediakan pelbagai pilihan yang dapat di ambil oleh pembuat keputusan dan juga akibat-akibat bagi setiap pilihan yang di buat.
-Amat berguna dalam analisis situasi yang melibatkan pembuatan keputusan yang berurutan.
-Misalnya, pengurus yang mulanya membina kilang kecil tetapi mendapati permintaan pasaran amat besar kemudiannya.
-Oleh itu, pengurus tersebut akan di arahkan membuat keputusan sama ada hendak membesarkan kilang yang sedia ada atau  membina sebuah lagi kilang yang baru.

-Contoh:-
Jalankan analisis ke atas pokok keputusan di bawah dan tentukan apakah keputusan awal  yang harus diambil  iaitu :-

                        membina kilang kecil
                                    atau
                        Membina kilang besar
           
-Supaya mendapat jangkaan pulangan yang besar.

Langkah 1
-Tentukan pilihan yang akan dipilih bagi setiap kemungkinan.
-Bagi pembinaan kilang kecil dengan permintaan tinggi, terdapat dua pilihan iaitu:-
                        Bekerja lebih masa   atau           membesarkan kilang.

-Oleh kerana pembesaran kilang dijangka memberi  pulangan paling tinggi, maka ia  akan dipilih.

-Ini bermakna pilihan lain ( bekerja lebih  masa ) akan disingkirkan dengan ditunjukkan tanda  (         ).

-Begitu juga pembinaan kilang besar dengan permintaan rendah, terdapat dua pilihan iaitu tidak berbuat apa-apa  dan kurangkan harga.

-Oleh kerana, pengurangan harga dijangka memberi  pulangan paling tinggi, maka ia dipilih.
           
-Ini  bermana pilihan yang satu lagi ( tidak berbuat  apa-apa ) disingkirkan dengan tanda (         )
                       
Langkah 2
-           Tentukan hasil darab kebarangkalian peristiwa dengan pulangan yang sepadan bagi setiap baki cabang.
           
Pembinaan kilang kecil
            Permintaan rendah         0.4 x  ( rm 40 000 ) = rm 16 000
            Permintaan tinggi          0.6 x ( rm 55 000 ) =  rm 33 000
Pembinaan kilang besar
            Permintaan rendah         0.4 x ( rm 50 000 ) = rm 20 000
            Permintaan tinggi          0.6 x ( rm 70 000 ) = rm 42 000

Langkah 3
-Tentukan pulangan jangkaan bagi setiap pilihan awal.
a. Pembinaan kilang kecil : -
    RM 16 000 + RM 33 000 = RM 49 000

b.Pembinaan kilang besar: -
RM 20 000 + RM 42 000 = RM 62 000

Maka, pilihan yang patut diambil ialah membina sebuah kilang  besar kerana ia menghasilkan jangkaan pulangan yang lebih  besar berbanding yang patut
diambil .

No comments :

Post a Comment