Tuesday, April 2, 2013

Kajian kes pemasaran


Kemunculan Air Asia sebagai syarikat penerbangan domestik kedua di Malaysia selepas Penerbangan Malaysia (MAS) mewujudkan persaingan yang tidak terduga dalam industri penerbangan di negara ini. Air Asia dalam operasi penerbangan domestiknya menawarkan tambang yang jauh lebih murah dari tambang yang dikenakan oleh MAS untuk laluan yang sama.  Dengan pertambahan laluan domestik yang diperkenalkan oleh Air Asia dengan tambang yang murah memberikan saingan yang sengit kepada MAS yang mendominasikan laluan-laluan tersebut sebelum ini. Bermula pada 1 Mac 2003, Air Asia akan menambahkan laluan domestiknya dengan menjadikan perjalanan Kuala Lumpur- Alor Setar sebagai destinasi terbaru pada harga biasa RM 65 satu perjalanan dengan kekerapan dua penerbangan sehari.

Sejak setahun yang lepas Air Asia sudah berjaya menarik lebih sejuta penumpang tetapi angka jumlah penumpang yang ditunjukkan oleh MAS tidak mencatatkan penurunan. Perang harga tiket bagi laluan domestik yang melibatkan kedua-dua syarikat bermula apabila MAS memperkenalkan rancangan penjimatan tambang dengan memberikan potongan peratus tambang bagi laluan domestik kecuali bagi perkhidmatan luar Bandar di Sabah dan Serawak. Air Asia mendakwa rancangan penjimatan luar biasa yang dilancarkan oleh MAS boleh menyebabkan syarikat penerbangan tambang murah itu terpaksa gulung tikar.

Kemampuan Air Asia meletakan tambang yang murah didorong oleh kos operasinya yang rendah. Air Asia tidak menyediakan sebarang sajian makanan kepada penumpang. Di samping itu tempat duduk kelas perniagaan (business class) juga tidak disediakan. Faktor ini berjaya menjimatkan kos operasinya. Promosi yang kuat dengan memberikan potongan  harga tambang untuk tempoh promosi juga banyak membantu menarik jumlah penumpang yang ramai. Pengguna juga diberi peluang untuk menempah tiket penerbangan, sewa hotel melalui laman webnya di samping menggunakan khidmat ejen. Hasilnya Air Asia berjaya mencatatkan keuntungan melebihi RM 10 juta pada tahun pertama operasinya dalam penerbangan domestik.

Bagi mengatasi masalah perang harga antara MAS dan Air Asia, kerajaan telah menyiapkan formula “persaingan sihat” yang antara lainnya membabitkan pembahagian laluan domestik dan antarabangsa. Menurut  Menteri Pengangkutan Datuk Seri Dr. Ling Liong Sik, persaingan yang dimaksudkan ialah dari segi penyediakan khidmat penerbangan di laluan domestik dan antarabangsa berikutan campurtangan kerajaan untuk menyelesaikan perang harga tersebut. Menurut Dr. Ling lagi, kerajaan mahu kedua-dua syarikat berkenaan mampu meneruskan perkhidmatan masing-masing tanpa menjejaskan satu sama lain.  (Berita Harian, Khamis 27 Februari 2003).

Soalan

  1. Apakah strategi perletakan harga yang digunakan oleh Air Asia dalam

menentukan tambang perkhidmatan yang disediakannya.

  1. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi perletakan harga tambang

syarikat berkenaan.

Pada pendapat anda, apakah objektif perletakan harga yang cuba dicapai  
oleh syarikat ini?
3.     Jelaskan kaedah pengedaran yang digunakan oleh syairkat Air Asia.

No comments :

Post a Comment