Wednesday, September 9, 2015

KAJIAN KES ETIKA PERNIAGAAN OLDTOWN BERHAD - TANGGUNGJAWAB SOSIAL SYARIKAT KEPADA PIHAK BERKEPENTINGAN DAN TANGGUNGJAWAB WARGA KORPORAT

OLDTOWN BERHAD

The Old Town White Coffee merupakan restoran kopitiam rantaian terbesar di Malaysia. Ibu pejabat utamanya adalah di Ipoh, Perak, Malaysia. Ditubuhkan pada tahun 1999, Oldtown Berhad ("Oldtown") mengeluarkan campuran minuman segera dan produk, di samping beroperasi lebih 180 cawangan kafe di seluruh Malaysia.Oldtown adalah pemilik dagangan formulasi khas 3-in-1 campuran kopi putih, yang telah meresapi setiap isi rumah di Malaysia dan industri perkhidmatan makanan sejak tahun 1999.Pada tahun 2005, Oldtown berkembang ke dalam sektor perkhidmatan makanan dengan pembukaan rantaian kedai kafe berdasarkan kedai kopi tradisional Ipoh di bawah jenama "Old Town White Coffee". Pada masa kini, Old Town White Coffee mempunyai rangkaian sebanyak 218 cawangan kafe, yang 195 cawangan kafe terletak di Malaysia, 10 cawangan kafe di Singapura, 9 kedai kafe di Indonesia dan 4 cawangan kafe di China. Untuk memastikan penerusan perniagaan, Oldtown memberi tumpuan khusus kepada tanggungjawab social korporat.
Disebabkan kepupusan sumber alam serta isu perubahan iklim, kelestarian alam merupakan aspek utama yang diberi perhatian oleh syarikat ini kerana ia memberi impak besar kepada produk dan operasi harian Oldtown. Oldtown Berhad telah menggabungkan prinsip kemampanan alam dalam operasi dan amalan perniagaannya. Misalnya penggunaan kuasa elektrik, air dan bahan mentah secara berhemah, penubuhan Oldtown EARTHCARE, serta amalan 3R dalam operasi syarikat. Modal insan merupakan aset terpenting kepada Oldtown Berhad  kerana perjalanan operasi perniagaan bergantung kepada pekerjanya.  Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada pekerja syarikat ini seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan hospital, skim perlindungan insurans,  jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.
Untuk memastikan hubungan baik dengan komuniti setetmpat, Oldtown Berhad mengadakan  projek anak yatim tahunan, derma dan sumbangan kepada sekolah dan pertubuhan sukarela. Oldtown Berhad juga mempunyai Tabung penjagaan Kanak Kanak untuk membiayai perbelanjaan pendidikan dan perubatan untuk kanak-kanak yang daripada keluarga terpinggir dan yatim piatu. Oldtown Berhad juga menjaga kepentingan pemegang saham dengan menggunakan model perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat serta tadbir urus korporat yang cekap. Pemegang saham juga boleh melayari laman web rasmi syarikat ini untuk mendapatkan maklumat seperti prestasi kewangan syarikat. Untuk memastikan hubungan baik dengan pembekal, Oldtown Berhad memastikan, prosedur pembelian mengikut standard yang telah ditetapkan serta memastikan produk yang dibekal sesuai dengan keperluan syarikat.  Syarikat juga menjalankan  audit ke atas syarikat bekalan untuk meningkatkan standard rantaian bekalan.
Oldtown Berhad juga memastikan produknya bermutu, inovatif, selamat , halal agar sentiasa mendapat sambutan pelanggan.  Penyediaan sistem maklumbalas dan aduan pengguna yang cekap dibentuk dengan menyediakan alamt email, facebook dan twitter, peti cadangan agar semua aduan pelanggan diterima dan diselesaikan secara efektif. Oldtown berhad juga menetapkan penandaras  kuantitatif seperti masa menunggu yang standard. Produk Oldtown Berhad telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti  sijil ISO 9001:2008,  ISO 22000:2005, HACCP dan  GMP dalam operasi pengeluaran agar produk Oldtown Berhad mempunyai standard yang tinggi.
 (Dipetik dan disesuaikan dari Laporan tahunan syarikat yang diperoleh dari www.oldtown.com.my)

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

a. Huraikan komitmen Oldtown Berhad  terhadap persekitaran dalam jangka masa panjang

Komited terhadap alam sekitar
Disebabkan kepupusan sumber alam serta isu perubahan iklim, kelestarian alam merupakan aspek utama yang diberi perhatian oleh syarikat ini kerana ia memberi impak besar kepada produk dan operasi harian Oldtown. Oldtown Berhad telah menggabungkan prinsip kemampanan alam dalam operasi dan amalan perniagaannya. Misalnya penggunaan kuasa elektrik, air dan bahan mentah secara berhemah, penubuhan Oldtown EARTHCARE, serta amalan 3R dalam operasi syarikat.
Komited terhadap sumber bahan mentah
 Misalnya penggunaan kuasa elektrik, air dan bahan mentah secara berhemah, penubuhan Oldtown EARTHCARE, serta amalan 3R dalam operasi syarikat. 


b. Huraikan tanggungjwab sosial yang telah dijalankan oleh Oldtown berhad kepada pihak berkepentingannya.
1. Pekerja
    Maksud
    Kaitan kes
Modal insan merupakan aset terpenting kepada Oldtown Berhad  kerana perjalanan operasi perniagaan bergantung kepada pekerjanya.  Pelbagai kemudahan ditawarkan kepada pekerja syarikat ini seperti subsidi pendidikan, faedah perubatan dan hospital, skim perlindungan insurans,  jamuan tahunan, menyediakan persekitaran kerja yang selamat dan kondusif, menyediakan program latihan serta kemudahan rekreasi.

2. Masyarakat
Maksud
Kaitan kes
Untuk memastikan hubungan baik dengan komuniti setetmpat, Oldtown Berhad mengadakan  projek anak yatim tahunan, derma dan sumbangan kepada sekolah dan pertubuhan sukarela. Oldtown Berhad juga mempunyai Tabung penjagaan Kanak Kanak untuk membiayai perbelanjaan pendidikan dan perubatan untuk kanak-kanak yang daripada keluarga terpinggir dan yatim piatu. 

3. Pemegang saham
Maksud
Kaitan kes
Oldtown Berhad juga menjaga kepentingan pemegang saham dengan menggunakan model perniagaan terbaik, memastikan penyampaian maklumat tepat serta tadbir urus korporat yang cekap. Pemegang saham juga boleh melayari laman web rasmi syarikat ini untuk mendapatkan maklumat seperti prestasi kewangan syarikat.

4. Pembekal
maksud
kaitan kes
Untuk memastikan hubungan baik dengan pembekal, Oldtown Berhad memastikan, prosedur pembelian mengikut standard yang telah ditetapkan serta memastikan produk yang dibekal sesuai dengan keperluan syarikat.  Syarikat juga menjalankan  audit ke atas syarikat bekalan untuk meningkatkan standard rantaian bekalan.

5. Pelanggan
maksud
Kaitan kes
Oldtown Berhad juga memastikan produknya bermutu, inovatif, selamat , halal agar sentiasa mendapat sambutan pelanggan.  Penyediaan sistem maklumbalas dan aduan pengguna yang cekap dibentuk dengan menyediakan alamt email, facebook dan twitter, peti cadangan agar semua aduan pelanggan diterima dan diselesaikan secara efektif. Oldtown berhad juga menetapkan penandaras  kuantitatif seperti masa menunggu yang standard. Produk Oldtown Berhad telah menerima pelbagai pengiktirafan seperti  sijil ISO 9001:2008,  ISO 22000:2005, HACCP dan  GMP dalam operasi pengeluaran agar produk Oldtown Berhad mempunyai standard yang tinggi.







KAJIAN KES PEMASARAN- LINI PRODUK, KEDALAMAN DAN KELEBARAN, PROSES PEMASARAN

                                                            Wilton Moss Berhad

Wilton Moss Berhad (WMB) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pengguna untuk pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan mencatat jualan sebanyak RM1.9 bilion  pada tahun 2014. Dua kumpulan produk utama WMB ialah  produk penjagaan diri dan produk makanan dan minuman. Produk penjagaan diri terdiri daripada sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi. Terdapat tiga jenis sabun iaitu untuk kulit lembut, herba dan sukan. Terdapat empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek. Krim muka pula terdiri daripada Lovely untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut.  Terdapat dua jenis ubat gigi iaitu Sensi untuk gigi sensitif dan Plag untuk mereka yang mengalami masalah karang gigi.Dua produk makanan WMB ialah  ais krim dan teh. Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny.  Terdapat tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau.

Jabatan pemasaran WMB menjalankan proses pemasaran yang sistematik untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Proses penyelidikan dibuat untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan  saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar. Produk teh WMB mendapat pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa tempatan seperti surat khabar dan rangkaian TV.  Kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.


Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

Lakarkan lini produk, kelebaran dan kedalaman produk syarikat WMB.   [15]                                   

      Lukiskan rajah yang mempunyai maklumat berikut
Lini produk iaitu
      lini produk 1: produk penjagaan diri
      lini produk 2: makanan dan minuman

      Kelebaran produk
      Produk penjagaan diri terdiri dpd sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi
      Produk makanan dan minuman: ais krim dan teh

       Kedalaman produk
Empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek.
Krim muka - Lovely untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut. 
Dua jenis ubat gigi iaitu Sensi untuk gigi sensitif dan Plag
Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny. 
Tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau

Huraikan proses pemasaran syarikat WMB.                                                          [12]

Proses pemasaran syarikat WMB bermula dengan menilai Peluang Pemasaran. Pemasar buat kajian pasaran dan kenal pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari peluang dan menjangkakan ancaman.Berkaitan dengan kes ini, WMB menjalankan penyelidikan untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan  saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna

Proses seterusnya ialah  memilih sasaran pasaran iaitu organisasi akan beri fokus kpd aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran. Pemasar akan pilih segmen yg janjikan untung tinggi dan menjalankan segala usaha pemasaran utk penuhi keperluan dan kehendak konsumer pd segmen tersebut  Berkaitan dengan kes ini, berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar

Proses berikutnya ialah membina Campuran Pemasaran iaitu organisasi akan bangunkan produk,  tentukan harga, jalankan promosi dan agihan secara cekap dan berkesan. Berkaitan dengan kes di atas, produk teh WMB mendapat pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa tempatan seperti surat kahabar dan rangkaian TV.

Proses terakhir ialah mengurus Usaha Pemasaran iaitu organisasi akan melakukan aktiviti analisis, rancang, laksana dan kawal proses-proses pemasaran. Berkaitan dengan kes di atas, kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.





Saturday, August 22, 2015

KAJIAN KES REKABENTUK SALURAN AGIHAN DAN KONFLIK : SYARIKAT PENGEDARAN MAJU SENDIRIAN BERHAD

SYARIKAT PENGEDARAN MAJU SENDIRIAN  BERHAD

Syarikat Pengedaran Maju Sendirian Berhad (SPMSB) merupakan pengedar pelbagai produk keperluan pengguna di lembah Kelang. Syarikat ini mempunyai 45 buah lori untuk menghantar barang ke hampir 3 000 peruncit di seluruh lembah Kelang. Kebanyakan barang dibeli secara pukal dari kilang  dan aktiviti memecah pukal dilakukan di gudang SPMSB di Rawang. Barangan ini dibeli secara tunai dan dijual kepada peruncit mengikut terma kredit seperti 7 hari, 14 hari atau 21 hari mengikut keupayaan kredit peruncit . Ada kalanya syarikat terpaksa menanggung kerugian kerana barng yang dibeli tidak mendapat sambutan di kalangan pengguna. SPMSB juga membelanjakan wang sebanyak RM100 000 setahun untuk mengiklankan produk di media massa. Pengeluar produk seperti Nestle dan Mamee mendapat faedah daripada SPMSB kerana menyampaikan informasi tentang tahap penerimaan produk di kalangan pengguna. Baru baru ini SPMSB telah menghantar notis guaman kepada sebuah syarikat pengeluar makanan kerana jurujualnya telah mengadakan perjanjian jualan dengan beberapa peruncit di Kuala Lumpur yang juga merupakan pelanggan SPMSB.


a.     Terangkan fungsi saluran pengedaran yang telah dijalankan oleh SPMSB



b.    Terangkan reka bentuk  saluran agihan yang telah digunakan oleh Nestle




c.     Terangkan konflik saluran agihan yang wujud dalam kes di atas.

KAJIAN KES SALURAN AGIHAN DAN PRODUK PENGGUNA - SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD

SELANGOR GLASS MANUFACTURING BERHAD


Selangor Glass Manufacturing Berhad (SGMB) merupakan pengeluar pelbagai produk buatan kaca di Selangor.  Gelas minuman jenama Sparkle keluaran (SGMB) boleh diperoleh di hampir semua kedai runcit di Malaysia yang dijual dengan harga sekitar RM2 seunit. Syarikat ini juga mengeluarkan pelbagai produk kaca bilik mandi jenama Perfect yang dijual dengan harga sekitar RM60 hingga  RM200 di pusat pameran milik SGMB di pasar raya utama seperti TESCO, GIANT dan AEON di Selangor dan Kuala Lumpur. Anak syarikatnya Unique Glass Handicrafs Sendirian Berhad pula mengeluarkan koleksi kraftangan yang dibuat daripada kaca dengan jenama Sendayu dan produk ini hanya dijual di dua pusat pameran iaitu di KLCC dan Pavilion yang dijual dengan harga RM600 hingga RM12 000 yang dituju kepada pelancong asing dari Amerika dan Eropah.


a.     Huraikan tiga jenis produk pengguna yang dikeluarkan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Produk mudah beli





Produk beli belah 





Produk istimewa






b.      Huraikan tiga jenis agihan dimensi mendatar yang telah digunakan oleh SGMB

Fakta
Huraian
Kaitan Kes
Pengedaran intensif 




Pengedaran Selektif 




Pengedaran eksklusif 





Wednesday, August 19, 2015

Kajian kes strategi pemasaran dan persekitaran umum

Sensen Electronics Company Limited

Sensen Electronics Company Limited (SECL)  merupakan antara pengeluar terbesar di dunia untuk pelbagai produk elektrik dan elektronik . Nilai jualan SEL mencecah USD195.48 bilion pada tahun 2014 dengan bilangan pekerja seramai 307 000 orang. Kejayaan SECL adalah hasil daripada strategi campuran pemasaran yang diamalkan oleh syarikat ini. SECL mengeluarkan  sembilan kategori produk pengguna. Di antaranya ialah peti sejuk, penghawa dingin, mesin basuh  dan  telefon bimbit dengan jenama Sensen. Produk Sensen mempunyai kualiti yang tinggi menyebabkan keyakinan pengguna meningkat. Di samping itu Sensen juga sentiasa memperkenalkan model baru mengikut citarasa dan keperluan pengguna masa kini. Pengguna dapat meninkmati produk berkualiti yang dihasilkan melalui teknologi terkini dapat meningkatkan kepuasan pengguna. Pengguna juga mendapat maklumbalas segera tentang masalah produk mereka dan penyelesaian segera ke atas masalah produk meningkatkan imej produk Sensen.

Sebagai peneraju inovasi dalam pengeluaran telefon bimbit, SECL akan meletakkan harga tinggi untuk model baru yang diperkenalkan di pasaran sebelum produk pengganti diperkenalkan oleh pesaing lain. Tujuannya agar perolehan maksimum dapat dihasilkan sebelum kemasukan produk pesaing dalam pasaran. SECL akan menurunkan harga setelah wujud produk pesaing.  Untuk produk seperti televisyen dan peti sejuk dan penghawa dingin, harga yang ditentukan oleh SECL bergantung kepada pengeluar lain seperti Sony dan LG. Produk SECL dijual melalui kedai ekslusif yang dibuka di pusat membeli belah utama di seluruh negara, pasar raya seperti GIANT, AEON dan TESCO dan kedai-kedai elektrik. Perlantikan pengedar tunggal seperti  Synergy  Sdn Bhd untuk aksesori telefon bimbit memudahkan pengurusan dan kawalan pengedaran di seluruh negara.

Walaubagaimanapun SECL menghadapi pelbagai cabaran yang mungkin mengugat pencapaian cemerlang syarikat ini. Pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST) sebanyak 6% mulai bulan April 2015 memberi kesan negatif kepada jualan syarikat ini. Syarikat Purple  telah mengambilalih kedudukan SECL sebagai peneraju pasaran telefon bimbit dengan produk invovatif seperti Plusphone 7+. Keadaan ekonomi dunia yang tidak menentu seperti kenaikan harga dolar Amerika serta masalah ekonomi di Kesatuan Eropah turut memberi impak kepada prestasi SECL.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:

a.    Huraikan strategi campuran pemasaran yang digunakan oleh SECL

b.    Huraikan stretgi penentuan harga untuk produk SECL


c.    Huraikan faktor persekitaran umum yang mempengaruhi prestasi SECL

Thursday, July 2, 2015

KEUSAHAWANAN- PEMBIAYAAN DAN SUMBER MODAL

Kuiz
Tandakan betul atau salah
1
Modal teroka disediakan oleh bank perdagangan sebagai pinjaman

2
Penyumbang modal kewangan ada hak mengundi

3
Modal kewangan tidak memerlukan cagaran (sandaran)

4
Penyumbang modal kewangan dapat dividen

5
Penyumbang modal kewangan tidak menanggung sebarang risiko

6
Modal kewangan perlu bayar balik

7
Modal ekuiti merupakan sejumlah modal yang dikeluarkan oleh pemilik untuk dilaburkan dalam perniagaan

8
Modal kewangan boleh berbentuk wang tunai, stok ,inventori  atau peralatan

9
Modal hutang menyebabkan kehilangan kawalan ke atas milikan perniagaan

10
Modal hutang tak perlu bayar balik

11
Modal hutang dikenakan faedah

12
Perniagaan yang kukuh sukar memperoleh modal hutang

13
Modal hutang boleh menjatuhkan imej usahawan jika ada masalah pembayaran

14
Modal hutang boleh diperoleh daripada bank sahaja

15
Modal hutang ada melibatkan sandaran

16
Contoh modal hutang ialah  overdraf, pusingan kredit, kredit perdagangan, prabayar dan pinjaman

17
Pengalaman usahawan  merupakan modal bukan kewangan

18
Aset tetap merupakan modal bukan kewangan

19
Modal formal tidak melibatkan dokumentasi

20
Modal bukan formal melibatkan cagaran

21
Bank komersil menawarkan kemudahan pembiayaan seperti kemudahan pajakan

22
Overdraf memerlukan cagaran

23
Overdraf bermaksud pengeluaran wang daripada bank lebih daripada apa yang  dipunyai oleh pemegang akaun semasa

24
Pinjaman berpenggal boleh dibayar secara ansuran

25
Karakter merujuk kepada keadaan kewangan perniagaan

26
Kapasiti merujuk kepada kemampuan usahawan bayar balik pinjaman

27
Sandaran ialah harta yang dimiliki oleh seseorang usahawan

28
 Antara agensi kerajaan yang memberi pinjaman ialah TEKUN, MARA, SME Bank dan SIRIM

29
Modal tidak formal memerlukan dokumentasi

30
Simpanan peribadi ialah contoh modal formal

31
Sekiranya rakan usahawan memberi pinjaman untuk perniagaan usahawan, ia dikenali sebagai modal formal



Latihan
Puan Maimunah seorang penyelidik yang berkhidmat di FRIM telah mencipta beberapa  ubat –ubatan tradisional menggunakan hasil hutan.  Beliau telah menggunakan pengalaman dan kemahiran yang dimiliki untuk membuka Maimun Farmaceutical Sdn Bhd dengan menggunakan simpanan sebanyak RM600 000. Pada peringkat permulaan beliau telah memulakan operasi syarikat di sebuah lot kedai dua tingkat miliknya di Cheras, Selangor. Encik Saifullah yang merupakan seorang pelabur bebas  juga melabur RM500 000 dalam perniagaan Puan Maimunah kerana beliau percaya usaha Puan  maimunah akan mencapai kejayaan. Keluarga Puan Maimunah telah menyumbang RM500 000. Setelah meneliti rancangan perniagaan yang disediakan oleh Puan Maimunah, MARA telah meluluskan pinjaman sebanyak RM2.5 juta. Puan Maimunah juga mencagarkan rumahnya untuk mendapatkan pinjaman sebanyak RM1.2 juta dari sebuah bank komersil tempatan. Maimun Farmaceutical mencapai kemajuan yang sangat cemerlang dan pada tahun lepas syarikat ini telah disenaraikan di Bursa Malaysia dan syarikat Maimun Berjaya mengumpul RM600 juta melalui terbitan saham kepada orang ramai.

1.     Huraikan jenis modal kewangan, bukan kewangan, formal dan tidak yang terlibat dalam situasi di atas. [15]

Jenis modal
Maksud/ ciri
Kaitan kes
Impak kepada perniagaan
Modal kewangan

















Modal bukan kewangan
















Modal formal














Modal tidak formal










2.     Maimun Pharmaceutical Sdn Bhd telah mengumpul modal melalui jualan saham dengan pinjaman bank. Bezakan dua kaedah pengumpulan modal tersebut.

Aspek
Jualan saham
Pinjaman bank





















3.     Jelaskan lima factor yang mungkin dipertimbangkan oleh Bank komersil sebelum meluluskan pinjaman kepada Puan Maimunah [5]


4.     Encik Alagappa ingin mendapatkan modal hutang sebanyak RM200 000 daripada sebuah bank tempatan.
Jelaskan tiga bentuk kemudahan pembiayaan bank yang boleh digunakan oleh Encik Alagappa. [6]


5.     Encik Tadappa telah ingin menggunakan modal sendiri untuk memperbesarkan perniagaannya . Beliau juga menerima tawaran pinjaman bernilai RM500 000 daripada sebuah bank tempatan.
Jelaskan kelebihan dan kekurangan setiap modal dalam situasi di atas. [12]



7.     Modal adalah antara masalah yang sering diperkatakan oleh usahawan.  Apakah yang boleh dilakukan oleh seseorang usahawan yang tidak mempunyai modal pembiayaan kewangan yang cukup untuk meneruskan niatnya memulakan perniagaan.  Bincangkan [10]