Wednesday, September 9, 2015

KAJIAN KES PEMASARAN- LINI PRODUK, KEDALAMAN DAN KELEBARAN, PROSES PEMASARAN

                                                            Wilton Moss Berhad

Wilton Moss Berhad (WMB) merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai produk pengguna untuk pasaran tempatan dan luar negara. Syarikat ini ditubuhkan pada tahun 1995 dan mencatat jualan sebanyak RM1.9 bilion  pada tahun 2014. Dua kumpulan produk utama WMB ialah  produk penjagaan diri dan produk makanan dan minuman. Produk penjagaan diri terdiri daripada sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi. Terdapat tiga jenis sabun iaitu untuk kulit lembut, herba dan sukan. Terdapat empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek. Krim muka pula terdiri daripada Lovely untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut.  Terdapat dua jenis ubat gigi iaitu Sensi untuk gigi sensitif dan Plag untuk mereka yang mengalami masalah karang gigi.Dua produk makanan WMB ialah  ais krim dan teh. Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny.  Terdapat tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau.

Jabatan pemasaran WMB menjalankan proses pemasaran yang sistematik untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Proses penyelidikan dibuat untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan  saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna. Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar. Produk teh WMB mendapat pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa tempatan seperti surat khabar dan rangkaian TV.  Kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.


Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut

Lakarkan lini produk, kelebaran dan kedalaman produk syarikat WMB.   [15]                                   

      Lukiskan rajah yang mempunyai maklumat berikut
Lini produk iaitu
      lini produk 1: produk penjagaan diri
      lini produk 2: makanan dan minuman

      Kelebaran produk
      Produk penjagaan diri terdiri dpd sabun, syampu, krim muka dan ubat gigi
      Produk makanan dan minuman: ais krim dan teh

       Kedalaman produk
Empat jenis syampu iaitu jenama Cow untuk rambut kelmumur, Long untuk rambut panjang dan Short untuk rambut pendek.
Krim muka - Lovely untuk kulit berjerawat, Dry untuk kulit kering dan Sweet untuk kulit berkedut. 
Dua jenis ubat gigi iaitu Sensi untuk gigi sensitif dan Plag
Dua jenama ais krim WMB ialah Potito dan Johny. 
Tiga jenis teh iaitu perisa strawberi, perisa oren dan teh hijau

Huraikan proses pemasaran syarikat WMB.                                                          [12]

Proses pemasaran syarikat WMB bermula dengan menilai Peluang Pemasaran. Pemasar buat kajian pasaran dan kenal pasti pasaran dan peluang-peluang pasaran untuk mencari peluang dan menjangkakan ancaman.Berkaitan dengan kes ini, WMB menjalankan penyelidikan untuk mengumpul maklumat tentang demografi bakal pengguna seperti umur, jantina dan  saiz pendapatan. Maklumat juga dikumpul berkaitan dengan citarasa pengguna masa kini agar produk yang dikeluarkan diterima oleh pengguna

Proses seterusnya ialah  memilih sasaran pasaran iaitu organisasi akan beri fokus kpd aktiviti segmentasi pasaran, penyasaran pasaran dan perletakan pasaran. Pemasar akan pilih segmen yg janjikan untung tinggi dan menjalankan segala usaha pemasaran utk penuhi keperluan dan kehendak konsumer pd segmen tersebut  Berkaitan dengan kes ini, berdasarkan maklumat yang dikumpul, kumpulan pengguna yang disasarkan akan dikenalpasti dengan mengambilkira faktor geografi, demografi dan psikografi pengguna. Misalnya, produk teh keluaran WMB ditujukan kepada golongan pengguna yang berpendapatan tinggi dan tinggal dibandar

Proses berikutnya ialah membina Campuran Pemasaran iaitu organisasi akan bangunkan produk,  tentukan harga, jalankan promosi dan agihan secara cekap dan berkesan. Berkaitan dengan kes di atas, produk teh WMB mendapat pengiktirafan ISO dan sijil halal JAKIM dijamin bermutu tinggi dan menjadi jenama popular di kalangan pengguna muslim. WMB juga meletakkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama. Produk WMB boleh didapati dihampir semua kedai runcit dan pasar raya. Produk WMB juga sering diiklankan dalam media massa tempatan seperti surat kahabar dan rangkaian TV.

Proses terakhir ialah mengurus Usaha Pemasaran iaitu organisasi akan melakukan aktiviti analisis, rancang, laksana dan kawal proses-proses pemasaran. Berkaitan dengan kes di atas, kakitangan yang berpengalaman dan komited dalam jabatan pemasaran memastikan segala aktiviti pemasaran berjalan dengan lancar agar matlamat pemasaran yang ditetapkan dapat dicapai dengan cekap dan berkesan.





No comments :

Post a Comment