Wednesday, January 14, 2015

TEORI PENGURUSAN- SOALAN KAJIAN KES DAN CONTOH JAWAPAN

Soalan teori pengurusan/ pendekatan pemikiran pengurusan

Soalan 1

Syarikat Minita Berhad merupakan sebuah syarikat yang mengeluarkan pelbagai makanan ringan. Syairkat ini diketuai oleh Datuk Mali yang merupakan ketua pegawai eksekutif syarikat ini. Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian dan menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali. Pengurus bahagian diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan mentah. Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja  yang dibahagikan kepada unit tertentu seperti pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan. Datuk Mali merupakan seorang pemimpin yang tegas dan memastikan semua pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan. Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang dilakukan.  Hampir  95% pekerja merupakan pekerja yang telah mula bekerja sejak kilang ini beroperasi. Walaupun syarikat Minita  pernah mengalami kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut, Datuk Mali tidak pernah  membuang mana-mana pekerja dan ini meningkatkan kesetiaan pekerja kepada syarikat ini. Kilang ini juga mempunyai pekerja wanita yang sama banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja diberi peluang yang sama untuk kenaikan pangkat.

a.    Jelaskan prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan dalam syarikat Minita.
b.    Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak terdapat dalam kes di atas.

  
a.    Prinsip pengurusan Henry Fayol yang diamalkan dalam syarikat Minita
1.    Rantaian Skalar - rantaian autoriti bermula dari atas ke bawah
Datuk Mali dibantu oleh empat orang pengurus bahagian dan menerima arahan secara langsung daripada Datuk Mali

2.    Pemusatan – pengagihan kuasa mengikut keadaan tertentu atau  Autoriti dan tanggungjawab - kuasa memberikan arahan
Pengurus bahagian diberi kuasa untuk membuat keputusan dalam keadaan tertentu seperti pembelian bahan mentah

3.    Pembahagian kerja - pengkhususan dalam melakukan kcrja.
Kilang Minita mempunyai 200 orang pekerja  yang dibahagikan kepada unit tertentu seperti pembungkusan, pemasaran, pengeluaran, jualan dan kewangan

4.    Disiplin - patuh pada peraturan dan undang-undang
Datuk Mali merupakan seorang pemimpin yang tegas dan memastikan semua pekerja mematuhi peraturan yang ditetapkan

5.    Ganjaran - gaji yang adil
Pekerja kilang ini berpuashati dengan gaji yang diterima kerana gaji yang diterima adalah setimpal dengan tugas yang dilakukan

6.    Kestabilan Pekerjaan - elakkan pusing ganti pekcrja yang terlalu kerap
Hampir  95% pekerja merupakan pekerja yang telah mula bekerja sejak kilang ini beroperasi. Walaupun syarikat Minita  pernah mengalami kemerosotan jualan selama lima tahun berturut-turut,

7.    Kesamarataan - layanan sama rata kepada pekerja
Kilang ini juga mempunyai pekerja wanita yang sama banyak dengan pekerja lelaki dan semua pekerja diberi peluang yang sama untuk kenaikan pangkat.

b.    Nyatakan prinsip pengurusan Henry Fayol yang tidak terdapat dalam kes di atas.
  1. Kesatuan Arahan - arahan dari seorang ketua
  2. Kesatuan Tujuan - mempunyai matlamat yang sama
  3. Utamakan Kepentingan umum - tiada kepentingan peribadi
  4. Teratur - peralatan dan pekcrja berada ditempat yang betul
  5. Inisiatif -inisiatif sendiri digalakkan untuk selesaikan tugas
  6. Esprit de Cops - prinsip "bersatu kita teguh" dengan membentuk   keharmonian dan kerja berpasukan

Soalan 2
Seorang  Ketua pegawai Eksekutif kolej swasta bercadang untuk mengaplikasikan prinsip pengurusan birokrasi  dalam pengurusan kolejnya.
Berikan pandangan anda.

Anda boleh menjawab ya atau tidak
Gunakan prinsip birokrasi max weber untuk menyokong jawapan anda
Prinsip-prinsip birokrasi Weber ialah
(i) Pembahagian atau pengkhususan kerja yang akan meningkatkan kemahiran
    pekerja
(ii) Hierarki dan autoriti yang jelas supaya segala aktiviti dapat dikordinasikan
(iii) Pengamalan peraturan dan prosedur agar wujud kesamarataan dalam
      membuat keputusan
(iv) Tidak bersifat pilih kasih (jawatan diberi mengikut kemahiran dan kebolehan)
(v) Kenaikan pangkat berdasarkan prestasi

Soalan 3
Bandingkan teori keperluan Maslow dan teori X dan Y  McGregor.

Berikan persamaan dan perbezaan

Persamaan
Ciri pekerja Y  adalah mirip kepada keperluan peringkat tinggi iaiti keperluan prnghargaan, hasrat diri dan social.
Ciri pekerja X adalah mirip kepada keperluan fisiologi dan keperluan keselamatan

Perbezaan
Menurut maslow, motivasi pekerja bergantung kepada tahap keperluan.
Menurut McGregor, andaian pengurus terhadap pekerja akan menentukan gaya pengurusan.


No comments :

Post a Comment