Monday, January 12, 2015

Kajian kes Pengajian Perniagaan - pengurusan

DILEMA GAYA PENGURUSAN

Viswa merupakan pengurus pengeluaran sebuah kilang elektronik di Bangi, Selangor dan Suzana pula merupakan seorang pengurus operasi  di sebuah kilang berteknologi tinggi yang menghasilkan jentera helikopter  di Nilai, Negeri Sembilan. Mereka bertemu semasa menghadiri kursus kepimpinan yang dianjurkan oleh Perbadanan Produktiviti Malaysia (MPC) . Semasa waktu makan tengahari, mereka berbincang tentang gaya kepimpinan yang diamalkan dalam syarikat masing-masing 
Menurut Viswa, beliau merupakan seorang yang peramah dan  berkeyakinan dapat menyesuaikan diri dengan pekerja di kilangnya dengan mudah. Kilang ini mempunyai 80 orang pekerja dan hampir 50 orang bekerja dikilang ini mempunyai pengalaman lebih  20 tahun.  Selebihnya merupakan pekerja muda yang tidak berpengalaman dan hanya ingin mendapatkan pengalaman sebelum berpindah ke kilang lain  dan Viswa berpendapat pekerja ini memang sukar untuk diberi motivasi. Peraturan baru yang akan dilaksanakan oleh syarikat ini berkaitan dengan keselamatan dan kesihatan pekerja memerlukan tahap disiplin yang tinggi di kalangan pekerja. Viswa berpendapat beliau perlu menggunakan gaya kepimpinan autokratik untuk memastikan peraturan baru ini akan diikuti oleh semua pekerja. Viswa juga memberitahu Suzana,  networking baik dengan pengurus pengeluaran organisasi lain akan membantu beliau dalam pengurusan kilangnya.

Suzana memberitahu Viswa bahawa beliau merupakan pengurus operasi  yang baru dilantik dan kurang berpengalaman sebagai pengurus pengeluaran. Kilang ini mempunyai pekerja berkemahiran tinggi yang dibahagi kepada tiga pasukan projek dan setiap pasukan mempunyai 16 orang pekerja. Pengurus sebelum ini mengamalkan gaya kepimpinan autokratik menyebabkan rasa tidak puashati di kalangan pekerja dan produktiviti pekerja  terjejas dengan teruk. Masalah menjadi begitu rumit sehingga pihak jabatan buruh terpaksa dipanggil untuk menjadi penimbangtara dalam rundingan antara pihak pengurusan dengan kesatuan sekerja.  Menurut Suzana, isu ini mendorong beliau untuk mengamalakan gaya kepimpinan demokratik dalam pengurusannya.

Soalan perbincangan
a.       Huraikan fungsi utama Viswa dan Suzana sebagai seorang pengurus
b.      Adakah anda bersetuju dengan gaya kepimpinan yang bakal digunakan oleh kedua-dua pengurus tersebut? Beri pendapat anda
c.       Bagaimanakah Viswa dan Suzana boleh memotivasikan pekerjanya?

d.      Adakah anda bersetuju dengan  cadangan Viswa agar Suzana perlu mempunyai networking  yang 
      baik dengan pengurus syarikat lain? Beri pendapat anda.
e.   Adakah kemahiran teknikal penting untuk Viswa dan Suzana dalam menguruskan kilang       
      tersebut? Beri pendapat anda
f.   Menurut Mintzberg, pengurus memainkan tiga peranan utama iaitu  bermaklumat , membuat 
     keputusan dan antara perorangan. Mengapakah Viswa dan Suzana perlu memainkan peranan ini?
g. Bagaimanakah Suzana boleh mengaplikasikan teori Maslow dan Herzberg dalam proses 
    pengurusan pekerja beliau?

1 comment :