Sunday, January 18, 2015

KAJIAN KES PENGAJIAN PERNIAGAAN - PERANCANGAN STRATEGIK- ANALISIS SWOT

SYARIKAT MUDIM ENTERPRISE
Perniagaan MUDIM telah ditubuhkan sejak tahun 1987 di negeri Kedah. Perniagaan yang ditubuhkan ini merupakan salah satu daripada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs) di Malaysia yang mengeluarkan produk makanan. Perniagaan yang dibangunkan ini menggunakan modal permulaan sebanyak RM 10 000 dan diuruskan dengan cekap serta efisyen sehingga perniagaan MUDIM telah mencapai peningkatan aset kepada RM 300 000. Selepas 20 tahun, MUDIM terus berusaha menghasilkan produk yang inovatif bagi memenuhi permintaan yang banyak sama ada dari dalam atau luar negara. Aktiviti utama perniagaan yang dijalankan adalah sebagai pengeluar atau pengilang kicap, sos cili dan cuka. Selain itu juga syarikat ini turut menjalankan aktiviti mempromosi produk keluaran syarikat mereka dan mengagihkan ke dalam pasaran. Bermula awal tahun 2005, MUDIM telah mula memasarkan produk keluarannya sehingga ke seluruh negara. 

Sebelum itu, Syarikat MUDIM hanya memasarkan produk mereka meliputi di negeri Kedah, Perlis dan Pulau Pinang sahaja. Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan di luar negara. Hal ini terbukti apabila produk keluaran MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London, United Kingdom dan Arab Saudi. Syarikat MUDIM merupakan perniagaan yang dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani bin Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMS (Good Manufacturing Practice) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk yang dikeluarkan. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM.

Berdasarkan analisis yang dibuat, syarikat MUDIM merupakan salah satu Industry Kecil dan Sederhana (IKS) yang mengeluarkan pelbagai jenis produk untuk makanan iaitu kicap, sos, dan cuka. Syarikat MUDIM adalah menguasai industry pengeluaran produk untuk makanan terutama untuk produk seperti kicap dan sos. Selain itu juga produk keluaran MUDIM dijamin HALAL dan telah diperakui oleh pihak JAKIM. Syarikat MUDIM berjaya meguasai tiga negeri yang utama iaitu kedah, perlis, dan pulau pinang. Oleh itu, syarikat MUDIM memperolehi keuntungan yang agak tinggi dan pasaran yang agak kukuh dalam ketiga-tiga negeri ini untuk keluaran produk untuk makanan. Disamping itu, syarikat MUDIM adalah salah satu syarikat Industri Kecil dan Sederahana dalam Kedah yang mampu bertahan kepada generasi kedua dan semakin kukuh di pasaran. Syarikat MUDIM adalah dimiliki sepenuhnya oleh bumiputera. Di bawah pentadbiran En. Shaarani B. Zakaria yang mengamalkan konsep Islam dalam pengurusan, MUDIM kini dalam proses mencapai tahap GMP ( Good Manufacturing Practice ) bagi memastikan ketulenan dan kebersihan produk. Sehubungan itu, MUDIM telah menghantar wakil syarikat bagi mengikuti beberapa kursus yang dianjurkan oleh pihak SIRIM demi memantapkan syarikat dalam bidang pengurusan dan kemahiran  ke arah mencapai GMP.


Dengan strategi pemasaran yang dipertingkatkan melalui pengalaman lalu, kemajuan teknologi serta kepakaran, kawalan kualiti produk keluaran syarikat dan pengurusan pengagihan produk yang cekap, MUDIM kini lebih berkeyakinan untuk menembusi pasaran industri makanan, bukan hanya pasaran tempatan malah pasaran luar negara. Ini terbukti, apabila MUDIM telah berjaya membuat promosi produk keluarannya ke London - United Kingdom dan Arab Saudi.


(Dipetik dan disesuaikan daripda: http://kicap-mudim.blogspot.com/p/syarikat.html)




Sediakan satu analisis SWOT untuk syarikat Mudim Sdn Bhd.

No comments :

Post a Comment