Tuesday, January 13, 2015

Kecekapan dan Keberkesanan

Soalan 1: Dengan contoh yang sesuai jelaskan maksud kecekapan dan keberkesanan

Kecekapan bermaksud buat sesuatu dengan betul. Kecekapan mengutamakan penjimatan kos iaitu menggunakan sumber yang minimum untuk mencapai sesuaut matlamat.

Keberkesanan bermaksud buat sesuatu yang betul. Keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.

Misalnya dua orang pengurus cawangan bank mempunyai matlamat yang sama iaitu mencapai target pembiayaan sebanyak RM600  juta seminggu. Pengurus cawangan A berjaya mencapai matlamat dengan menggunakan 10 pegawai pemasaran dalam masa seminggu. Pengurus cawangan B berjaya mencapai matlamat dalam masa dua minggu dengan menggunakan 5 orang pegawai pemasaran. Pengurus cawangan B lebih cekap kerana dapat meminimumkan kos berbanding dengan pengurus cawangan A.

Soalan 2: Bandingkan konsep kecekapan dan keberkesanan

Persamaannya
Kedua-duanya berusaha mencapai matlamat organisasi

Perbezaannya

-    Kecekapan ialah buat sesuatu dengan betul manakala keberkesanan ialah buat sesuatu yang betul.

-    Kecekapan mengumakan pencapaian kos minimum dan penjimatan sumber manakala keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat


Soalan 3: Adakah seorang pengurus yang cekap merupakan seorang pengurus yang berkesan?

Kecekapan bermaksud buat sesuatu dengan betul. Kecekapan mengutamakan penjimatan kos iaitu menggunakan sumber yang minimum untuk mencapai sesuaut matlamat.

Keberkesanan bermaksud buat sesuatu yang betul. Keberkesanan mengutamakan pencapaian matlamat.

Seorang pengurus yang cekap tidak semestinya seorang pengurus yang berkesan kerana
pengurus yang cekap mengutamakan penjimatan sumber berbanding dengan pengurus yang berkesan yang mengutamakan pencapaian matlamat

Pengurus yang cekap mengutamakan penghasilan output dengan kos yang minimum manakala pengurus yang berkesan mengutamakan jumlah output yang dihasilkan.




5 comments :

  1. nice... really helpful for me... improved my understanding about effective and efficient

    ReplyDelete
  2. Ini kali lh
    Kita aramaiti dulu maii
    Tw sdh sy dpt

    ReplyDelete
  3. Cam mana nak huraikan tentang kecekapan dan keberkesanan syarikat

    ReplyDelete