Monday, July 15, 2013

Nota pengurusan pengeluaran- Isu-isu pengurusan pengeluaran moden

STANDARD PENGELUARAN
Bermaksud ukuran prestasi yang perlu dicapai oleh bahagian pengeluaran sesebuah perniagaan

International Organisation for Standardisation (ISO)
ISO ialah satu gelaran bukan nama singkatan untuk International Organisation For Standardisation.  Iso ialah sebuah badan bersekutu yang menggabungkan organisasi dari seluruh dunia yang bertanggungjawab mewujudkan standard atau piawai di negara masing-masing.  Tujuan penubuhan badan ini adalah untuk menggalakkan pewujudan piawai antarabangsa. 
Pewujudan piawai ISO 9000 adalah untuk memastikan produk atau perkhidmatan yang dihasilkan oleh negara-negara ahli diiktiraf di peringkat antarabangsa. Standard ISO di Malaysia dikenali sebagai MS ISO 9000
Siri ISO 9000 terdiri daripada:
1.       ISO 9000 – garis panduan yang m'p'kenalkan standard2 yang lain dalam siri ISO 9000. juga
                             memberikan definisi istilah dan konsep berkaitan dengan kualiti.
2.       ISO 9001 – model kepastian kualiti reka bentuk, pembangunan, pengeluaran, pemasangan dan
                              perkhidmatan.
3.       ISO 9002 – model kepastian kualiti untuk pengeluaran, instalasi dan perkhidmatan.
4.       ISO 9003 – model kepastian kualiti untuk pemeriksaan akhir dan pengujian.
5.       ISO 9004 – garis panduan bagi melaksanakan elemen sistem pengurusan kualiti.

Standard ISO 9001:2000 menggantikan ISO 9001, ISO 9002 and ISO 9003

Prinsip – prinsip ISO 9000 :
1.       Standard kpada sistem kualiti
2.       Dokumentasi proses kerja yang kritikal
3.       Pencegahan masalah
4.       Tumpuan pada pelanggan
5.       Standard umum (universal)  untuk semua jenis organisasi

Cara-cara untuk mendapat ISO 9000
1.       Membina komitmen pengurusan atasan.
2.       Mengenalpasti proses utama yang terlibat dalam pelaksanaan ISO 9000.
3.       Memberi latihan kemahiran kepada pasukan pelaksana.
4.       Melakukan analisis varians.
5.       Menyediakan dokumen.
6.       Melatih pegawai dan staf untuk melaksanakan prosedur yang telah didokumentasikan.
7.       Melaksanakan ISO 9000.
8.       Pengiktirafan dan pensijilan.

PENGURUSAN KUALITI MENYELURUH ( TOTAL QUALITY MANAGEMENT – TQM )

Definisi TQM
·         Proses  pengurusan kualiti yang berasaskan falsafah kualiti berorientasikan pelanggan, penambahabaikan secara berterusan (kaizen),  penglibatan semua org, setiap bahagian dan proses dalam organisasi, serta penyelesaian masalah secara berpasukan.

Objektif TQM
-          Meningkatkan kecekapan dan keberkesanan sistem operasi (right the first time)
-          Meningkatkan kepuasan dan kehendak pelanggan
-          Menghasilkan output tanpa cacat (zero defect)
-          Meningkatkan kualiti produk

Latar belakang TQM
·         Bermula di Amerika Syarikat pada 1920-an
·         Bertujuan uk mengawal item2 cacat dalam proses pengeluaran di kilang
·         1924, W.A. Shewhart ( Bell Telephone Laboratories ) menbina carta kawalan statistik pertama.
·         Antara 1940-an dan awal 1980-an, dua konsep dibangunkan iaitu Konsep Kepastian Kualiti (
           Quality Assurance ) dan Konsep Kawalan Kualiti Menyeluruh (Total Qualiti Control ).
·         Akhir 1980-an, konsep TQM diperkenalkan di AS.

Prinsip – prinsip TQM
1.         Sokongan pengurusan atasan
2.         Perancangan strategic kualiti
3.         Mengutamakan pelanggan
4.         Latihan dan pengiktirafan
5.         Semangat berpasukan
6.         Pengukuran prestasi
7.         Kepastian kualiti

Kebaikan TQM
-          pengurangan dalam kerja semula; kesilapan; penangguhan;
-          kos; pusing ganti pekerja dan jualan,
-          peningkatan dalam kadar kepuasan pelanggan dalaman dan luaran;
-          keuntungan dan kecekapan, penggunaan mesin dan bahan mentah yang lebih baik
-          kualiti produk yang lebih baik pada harga yang lebih rendah, syarikat dapat mengekalkan kedudukannya dalam pasaran dan hasilnya
-          Selain daripada itu, terdapat faedah-faedah tidak boleh nampak (intangible) seperti peningkatan imej syarikat, kemahiran berkomunikasi, pengetahuan mengenai pekerjaan dan produk, hubungan pelanggan dan pembekal, pengurusan data serta kemahiran pengurusan proaktif.

  
iii. Merekayasa

a.     Definisi
   Melibatkan pemikiran semula asas-asas dan mereka bentuk semula secara radikal, proses perniagaan untuk mencapai kemajuan dalam bidang-bidang tertentu seperti kos, kualiti, perkhidmatan dan kelajuan.

b.     Objektif
1.     Memerlukan pihak pengurusan kembali kepada asas dan memecahkan setiap langkah dalam proses kerja , bagi mengenalpasti cara yang lebih baik untuk menyelaras dan menyatupadukan aktiviti-aktiviti supaya produk dan perkhidmatan dapat disediakan kepada pengguna.
2.     Memberi fokus kepada proses perniagaan, iaitu sebarang aktiviti yang penting dalam penghantaran cepat produk dan perkhidmatan kepada pengguna, atau mempromosikan kualiti tinggi(dengan kos rendah).  Contohnya ialah memproses pesanan, kawalan inventori dan reka bentuk produk.
3.     Untuk mencapai kemajuan besar dalam prestasi perniagaan


c.     Kebaikan
1.     Menyediakan produk dan perkhidmatan yang baik dan berkualiti dengan kos paling rendah
2.     Cara-cara yang lebih baik untuk menguruskan aktiviti-aktiviti supaya mengurangkan kos operasi.  Proses perniagaan akan melibatkan pengorganisasian semula dan diuruskan oleh pasukan yang boleh berfungsi bagi memaksimumkan kepuasan pengguna.
3.     Jika proses merekayasa berjaya, keuntungan yang diterima adalah besar dalam jangka panjang.  Pembangunan produk kini dikendalikan oleh pasukan pakar dari berbagai jabatan, bagi menyediakan produk yang lebih baik dan murah kepada pengguna.

iv.   Rekabentuk Bantuan Komputer / Pembuatan Bantuan Komputer

a.     Definisi
Mereka bentuk dengan komputer atau computer aided design adalah satu perisisn yang menggunakan grafik komputer untuk mencipta, mengubahsuai dan menganalisis sesuatu reka bentuk barangan.

Pembuatan Bantuan Komputer atau Computer Aided Manufacturing pula merupakan penggunaan automasi dalam proses pembuatan sesuatu produk.
 b.   Objektif
-  menjimatkan masa pengeluaran
-  memastikan penghasilan produk adalah tepat seperti yang dikehendaki
   pengguna
-  memudahkan proses mereka bentuk, pengubahsuaian produk yang ditempah
   pelanggan
-  menjimatkan kos mereka bentuk sesuatu produk

b.    Kebaikan CAD/CAM
-          Cepat, berterusan dan tepat serta mampu mengatasi batasan tenaga manusia.
-          Memperbaiki kauliti produk yang dihasilkan.
-          Analisis dan simulasi rekabentuk yang lebih baik.
-          Berkebolehan merekabentuk produk yang kompleks dan jitu dengan baik.
-          Menjimatkan masa rekabentuk, pengiraan dan lakaran.
-          Mudah dan fleksibel di dalam mengemaskini atau ubahsuai rekabentuk asal.
-          Mengurangkan keperluan kepada prototaip.
-          Mewujudkan pandangan 3 dimensi, isometrik dan perspektif yang dinamik.
-          Menghasilkan lukisan kejuruteraan yang jitu dengan cepat.
-          Penjimatan kos bahan mentah dan tenaga manusia.
-          Mengurangkan kos dan masa pembuatan dan pemesinan.
-          Mengurangkan kertas kerja dan merancang keseluruhan proses operasi.
-          Mengurangkan ralat manusia dan bahan buangan yang membazir.
-          Meyakinkan pelanggan berkaitan produk yang dihasilkan.
-          Mengurangkan birokrasi manusia yang banyak kerenahnya.
-          Mampu memberi maklumat dan statistik secara automatik.
-      Menguntungkan syarikat keseluruhannya.

Kekurangan sistem CAD/CAM adalah seperti berikut :
-          Melibatkan kos modal, operasi dan senggaraan yang tinggi.
-          Memerlukan staf yang mahir di dalam pengendalian, pembaikan dan senggaraan.
-          Sistem dan perkakasan adalah sensitif dan mudah rosak.
-          Hanya sesuai untuk pengeluaran massa yang berterusan atau projek yang besar.
-          Sistem bekerja dengan data yang dimasukkan dan tidak dapat mengenalpasti ralat data.
-          Mengurangkan peluang pekerjaan kepada manusia.
-          Harga jualan produk terpaksa dinaikkan akibat menanggung kos operasi yang tinggi.



Pembuatan Luwes

Definisi
Satu sistem pengeluaran yang membolehkan syarikat mengeluarkan pelbagai produk dengan kadar yang segera.
.                                                                                                                                

Kebaikan

      1.   Kos buruh dapat dikurangkan kerana memerlukan pekerja yang sedikit
      2.   Pengeluaran produk dengan kualtiti yang konsisten.
     3.     Produk dapat dihasilkan dengan cepat                                                                        
     4.    Pengeluar boleh meningkatkan penggunaan mesin-mesin
      .                                                                                                                                       
                                               




4 comments :