Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 22, 2013

Teknik Menjawab pengajian Perniagaan Penggal 1


PENGAJIAN PERNIAGAAN PENGGAL 1


TEKNIK MENJAWAB


FORMAT PEPERIKSAAN




Penggal Pengajian
Kod/Nama Kertas                                  (Jenis Ujian)
Markah (Wajaran)
Masa
Pentadbiran
Penggal  Pertama
946/1 - Pengajian Perniagaan 1                            (Ujian Bertulis)
(Soalan esei dan kajian kes)
100           (25%)
1½ jam
Pentaksiran                           berpusat
Penggal  Kedua
946/2 - Pengajian Perniagaan 2                              (Ujian Bertulis)
(Soalan esei dan kajian kes)
100           (25%)
1½ jam
Pentaksiran                             berpusat
Penggal Ketiga
946/3 - Pengajian Perniagaan 3                        (Ujian Bertulis)
(Soalan esei dan kajian kes)
100           (25%)
1½  jam
Pentaksiran                               berpusat
946/4 - Pengajian Perniagaan 4                                        (Kerja Projek)
100                (25%)
Sepanjang penggal              ketiga
Pentaksiran berasaskan sekolah


1.  Jawab semua soalan
2.  Ada dua bahagian. Bahagian A 10 soalan pendek dan markahnya   
      50%. Bahagian B terdiri daripada satu soalan kajian kes dan satu 
      soalan prinsip dan markahnya 50%
3.   Pembahagian masa ialah 1 MINIT  untuk  1 MARKAH. Ini bererti jika 
      soalan diberi 6 markah anda mempunyai enam  minit sahaja untuk 
      menjawab. Tiada masa untuk membuat rangka jawapan kecuali 
      bahagian B
4.   Kata kunci yang biasa digunakan untuk bahagian A

a.          Nyatakan (tidak memerlukan huraian. Hanya fakta sahaja)

              Contoh
1.Nyatakan empat konsep teras pemasaran (4)
-  Keperluan
-  Kehendak
-  Permintaan
-  Pertukaran


1.           Nyatakan empat langkah dalam proses pemasaran (4)
a.                       Menilai peluang pemasaran.
b.                       Memilih sasaran pasaran.
c.                       Membina campuran pemasaran.
    d.                       Mengurus usaha pemasaran

b.         Terangkan (satu fakta dan satu huraian)
Jelaskan kuadran lembu kontan dan anjing dalam matriks BCG (4)
Cash Cow
Kadar pertumbuhan rendah dan syer pasaran relatif tinggi. Kedudukan stabil dan berjaya dalam pasaran. Dog
Kadar pertumbuhan syer pasaran relatif rendah. Keluaran diberhentikan atau diubahsuai



Terangkan dua peranan pengurusan pengeluaran (4)
Meminimumkan kos pengeluaran
-       Pengurus pengeluaran perlu memastikan pengeluaran barang dengan kos yang minimum agar harga produk dapat dikurangkan. Ini meningkatkan daya saing firma.
Memastikan produk berkualiti tinggi
-       Pengurus pengeluaran perlu memastikan produk yang dihasilkan bermutu tinggi agar kepuasan pelanggan dapat ditingkatkan.


c.            Jelaskan (satu fakta dan satu contoh atau huraian)
Jelaskan tiga cabaran yang dihadapi oleh seorang pengurus pengeluaran (6)
-Kesedaran terhadap alam sekitar
Penggunaan teknologi mesra alam diutamakan untuk mengurangkan tindakan undang-undang kerana melanggar akta berkaitan
-Penekanan terhadap kualiti. Jangkaan pengguna semakin meningkat dan peningkatan kualiti produk dapat memenuhi jangkaan pengguna dan seterusnya meningkatkan daya saing pengeluar.

- Fleksibiliti dalam proses pengeluaran
Fleksibiliti proses penting untuk memudahkan pihak syarikat membuat variasi produk dan juga memenuhi citarasa pengguna yang sentiasa berubah.


d.         Perbezaan: -memerlukan calon memberi fakta,huraiandan contoh jika perlu. Aspek perbandingan/perbezaan MESTI SEPADAN. Penggunaan jadual digalakkan

Contoh
1.          Bezakan proses pengeluaran berbentuk massa dengan tempahan (4)

Massa
Tempahan
Maksud
melibatkan pengeluaran produk yang seragam serta melibatkan jumlah yang   besar.
Proses pengeluaran tempahan ialah penghasilan produk berdasarkan spesifikasi pengguna.
Contoh
Pengeluaran barang elektrik seperti TV
Pembinaan empangan

e            Soalan yang memerlukan langkah/ proses mesti mengikut turutan yang betul
Contoh
Jelaskan empat langkah dalam proses pendekatan strategik (6)
a.           Mengenalpasti misi  syarikat
b.           Menentukan objektif syarikat
c.Merekabentuk portfolio perniagaan
d.           Membentuk strategi pemasaran



f.  Soalan yang memerlukan rajah/ grafik.
Tiada rajah= 0 markah
Contoh soalan

Dengan menggunakan gambar rajah, huraikan perkaitan antara pendekatan kawalan dengan peringkat dalam proses pengeluaran  (12)


Proses pengeluaran
Input
Buruh
Bahan mentah
mesin
Proses
Transformasi input kepada output
Output
Barang atau perkhidmatan yang dihasilkan
Kawalan
input

Kawalan
Proses

Kawalan
Output


g.       Soalan berkaitan sesuatu keadaan atau situasi...
          Setiap huraian mesti merujuk kepada situasi dalam  soalan jika tidak kait 0 
           markah


Contoh
Syarikat Wawasan merupakan sebuah syarikat yang terlibat dalam aktiviti pemprosesan minyak sawit. Syarikat ini bercadang untuk membuka sebuah kilang baru di Pahang.
Jelaskan factor-faktor yang perlu dipertimbangkan oleh pihak pengurusan dalam pemilihan lokasi kilang tersebut (12)

Syarikat Wawasan  perlu mengambil kira bebera factor apabila membina kilang pemprosesan minyak sawit.
a.    Bahan mentah
Bahan mentah merupakan sumber utama pengeluaran sesebuah kilang. Kelapa sawit merupakan  bahan mentah utama untuk kilang pemprosesan minyak sawit.. Jika lokasi kilang jauh daripada sumber bahan mentah, ini mungkin menyabakan peningkatan kos pengeluaran serta gangguan proses pengeluaran.
b.    Kemudahan infrastruktur
Kemudahan infrasturkutr seperti bekalan elektrik, air dan perhubungan adalah penting untuk operasi kilang pemprosesan minyak sawit. Kekurangan infrastruktur akan menyebabkan proses pengeluaran tergendala.
c.     Faktor persekitaran
Pemilihan lokasi perlu mengambilkira aspek keselamatan penduduk tempatan. Kilang pemprosesan minyak sawit mungkin menyebabkan pencemaran udara dan pencemaran bau. Oleh itu kilang perlu dibina jauh daripada kawasan perumahan. Syarikat mungkin menghadapi tekanan daripada masyarakat jika kilang mebawa masalah kepada masyarakat kelak.
d.    Kos pengangkutan
Kos pengangkutan yang tinggi menyebabkan kos operasi kilang meningkat dan seterusnya harga produk akan meningkat. Ini menyebabkan daya saing produk syairkat menurun.
e.     Penawaran tenaga buruh
Penawaran tenaga buruh yang ramai akan menyebabkan kos upah yang rendah dan seterusnya kos dan harga minyak sawit akan menerun. Ini akan meningkatkan daya saing firma.
f.       Pengguna dan pasaran
Kedudukan kilang yang dekat dengan pengguna dan pasaran seperti kilang yang mengeluarkan margerin atau minyak masak akan menyebabkan pemindahan dan pengagihan produk kepada pengguna dalam masa yang singkat dengan kos yang rendah. Ini akan meningkatkan kepuasan pelanggan.










4 comments :

  1. trima kasih atas perkongsian,,
    tulisan kecil sikit mungkin lebih efektif

    ReplyDelete
  2. wow. but the font is too big. HEHEE, anyways, good job,

    ReplyDelete
  3. Terima kasih cikgu.
    Kalau boleh tukar tulisan yang lebih kecil dan warna yang bertentangan dengan latar belakang supaya perbezaan kontra dapat diketarakan. :)

    ReplyDelete
  4. thank you i love you

    ReplyDelete