Monday, May 6, 2013

Ramalan pengajian perniagaan 2013- Pengurusan




Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.
1
(a)
Jelaskan empat fungsi utama seseorang pengurus                                          

[6]


(b)
Jelaskan peranan pembuatan keputusan seorang pengurus.                            
[4]


(c)
Nyatakan empat prinsip birokrasi yang dipelopori oleh Max Weber.             

[4]


(d)
Nyatakan tiga ciri pekerja mengikut teori X dan tiga ciri pekerja mengikut teori Y  
[6]


(e)
Terangkan kepentingan perancangan kepada sesebuah organisasi 

[4]


(f)
Jelaskan empat  langkah pertama  dalam proses perancangan.
[6]


(g)
Syarikat Purnima bercadang untuk mengeluarkan pen jenama TOOLIS berharga RM1 setiap satu.  Kos tetap ialah RM20 000 dan kos berubah ialah RM0.25 sebatang pen.

i.                    Hitungkan titik pulang modal
ii.                  Hitungkan jumlah kos pada titik pulang modal
iii.                Hitungkan bilangan pen yang perlu dikeluarkan jika syarikat Purnima ingin mendapatkan keuntungan sebanyak RM75 000.                                                






[6]


(h)
Terangkan dua jenis kuasa yang dimiliki oleh seorang pengurus.                   
[4]


(i)
Jelaskan perbezaan antara pemimpin formal dengan pemimpin tidak formal.

[4]




 (j)
Syarikat Perabot 3W merupakan pengeluar perabot terkenal di Malaysia. Untuk memastikan perabot berkualiti, syairkat ini membuat pemeriksaan kualiti yang rapi selepas perabot dihasilkan. Bahan mentah yang digunakan juga berkualiti. Semasa proses pengeluaran dijalankan, tindakan pembetulan dan penambahbaikan secara berterusan untuk memastikan pengeluaran perabot  menepati kualiti yang telah ditetapkan



Berdasarkan situasi di atas, jelaskan kaedah kawalan yang diamalkan oleh syarikat perabot 3W     









[6]











2
(a)    Encik Saiful seorang seorang graduan pengurusan dari UPM, baru bertugas sebagai pegawai pemasaran di syarikat perabot 3G. Semasa dalam tempoh percubaan, Encik Saiful  gagal mencapai sasaran jualan yang ditetapkan oleh jabatan pemasaran. Beliau telah diarahkan oleh pengurus pemasaran untuk mencapai target yang ditetapkan dalam masa dua minggu. Di samping itu, Pengurus Kewangan syarikat  telah meminta Encik Saiful  beliau untuk memberi kursus berkaitan akta kontrak dan akta jualan barang kepada kakitangan di jabatan kewangan.Encik Saiful juga  menghadapi masalah kerana kumpulan jurujual di bawah beliau tidak mempunyai  pengalaman dalam pemasaran . Encik Saiful sendiri tidak memunyai pengalaman memberi kursus. Syarikat 3G juga tidak menyediakan kenderaan kepada pasukan jualan dan ini menyukarkan pasukan beliau untuk bergerak mencari pasaran baru. Encik Saiful juga perlu mendapat kebenaran  kebenaran daripada pengurus pemasaran apabila keluar pejabat untuk urusan pemasaran .Encik Saiful berasa amat  tertekan keadaan tersebut dan sedang berfikir untuk meletak jawatan..

(i)                 Kenal pasti dan terangkan punca stres Encik Saiful tersebut.

(ii)               Jelaskan tindakan yang  yang boleh diambil  oleh syarikat  3G untuk mengurangkan stres yang dihadapi oleh Encik Saiful



(b)   Selepas mendapat ijazah dalam bidang pengurusan kewangan dari UNIMAS, Encik Daniel  memulakan kerjayanya sebagai eksekutif kewangan di sebuah syarikat pengeluaran  makanan. Selepas 5 tahun, beliau dinaikkan pangkat kepada pengurus jabatan kewangan. Dua belas  tahun kemudian, beliau telah dilantik menjadi Ketua Pegawai Eksekutif syarikat berkenaan.

(i)                  Huraikan keperluan kemahiran utama bagi setiap peringkat kerjaya Encik Daniel.

(ii)               Jelaskan jenis perancangan yang sesuai dibuat bagi setiap peringkat kerjaya Encik Daniel.























[10]

[15]










[15]


[10]













“ KEJUJURAN MENCERMINKAN KEPERIBADIAN ANDA ”



No comments :

Post a Comment