Wednesday, May 8, 2013

Ramalan pengajian perniagaan 2013 penggal 2 - komunikasi dan kontrak


Bahagian A [50 markah]
Jawab semua soalan.
1
(a)
Lakarkan proses komunikasi antara seorang pemilik salon dengan pelanggannya.           
[6]

(b)
Nyatakan empat tujuan komunikasi atas ke bawah                 .
[4]



(c)
Sekumpulan pelajar tingkatan enam sedang mengikuti ceramah tentang teknik menjawab Pengajian Perniagaan.
Nyatakan empat kemahiran mendengar yang perlu digunakan oleh pelajar berkenaan untuk mendengar secara efektif.               

[4]


(d)
Nyatakan tiga kelebihan dan tiga kelemahan komunikasi lisan.
[6]


(e)
Nyatakan enam bahasa badan yang ditunjukkan oleh sekumpulan peserta kursus pengurusan masa.

[6]


(f)
Jabatan Pemasaran syarikat makanan segera mengadakan mesyuarat jabatan setiap minggu.
Jelaskan kelebihan mesyuarat sebagai kaedah komunikasi.
[6]


(g)
Jelaskan tiga perbezaan antara komunikasi lisan dengan komunikasi bertulis.
[6]


(h)
Nyatakan empat sebab seseuatu kontrak boleh batal.
[4]


(i)
Jelaskan dua jenis barang yang dinyatakan dalam kontrak jualan barang

[4]



(j)
Berdasarkan kes –kes di bawah jelaskan kesan kontrak
Situasi 1
Ah Chun berumur 15 tahun memasuki kontrak lisan dengan Restoran Kemasik bagi membenarkan beliau mengambil makanan tengahari selama 3 bulan. Ah Chun hanya dikehendaki membayar hutangnya pada hujung bulan. Apabila tiba masanya Ah Chun enggan bayar.

Situasi 2
En Santan telah menjualkan kereta Volvo model tahun 1991 kepada Syed Lemak  dengan harga RM1,000. En Santan telah memohon perintah mahkamah untuk mengistiharkan perjanjian batal dengan alasan balasan tidak mencukupi.











[6]










3
2
a.       Encik Zainuddin merupakan Pengarah , Bahagian Pembangunan Bandar, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur. Encik Zainuddin telah diarahkan oleh Ketuanya untuk membuat rundingan dengan sekumpulan penduduk setinggan di Wangsa Maju yang telah tinggal di kawasan itu selama 40 tahun. Penduduk di situ mengharapkan kerajaan akan membenarkan mereka terus tinggal di situ atau memberi rumah percuma di kawasan Wangsa Maju. Tanah itu akan dibangunkan sebagai sebuah kolej vokasional oleh Kementerian Pelajaran Malaysia.
Huraikan lima elemen rundingan yang perlu diambilkira oleh Encik Zainuddin semasa mengadakan rundingan dengan kumpulan penduduk tersebut.

b.      Poda,com merupakan sebuah unit perniagaan yang menyediakan perkhidmatan tempahan bilik hotel dalam talian (online). Unit perniagaan ini dimiliki oleh Vaada Enterprise milik Encik Dada. Poda.com  merupakan ejen untuk rangkaian hotel di seluruh dunia dan menawarkan kadar sewa bilik yang sangat kompetitif dan juga perkhidmatan tempahan yang sangat efisien. Pengguna yang menempah bilik akan mendapat pengesahan serta merta setelah dibuat bayaran melalui kad kredit . Pengguna perkhidmatan ini juga diberi mata ganjaran yang boleh ditukar kepada tempahan bilik dengan percuma atau bayaran yang rendah. Ulasan pengguna dalam forum pelancongan dalam dalam internet seperti  jommelancong.com dan travel.com menunjukkan pengguna perkhidmatan Poda.com sangat berpuashati dengan perkhidmatan yang disediakan. Disebabkan peningkatan dalam bilangan pengguna yang semakin mendadak, ramai pelanggan yang mengadu bahawa, mereka terpaksa menunggu lama untuk akses di Poda.com.

Server  yang sedang digunakan oleh Poda.com dibekalkan oleh syarikat Dodol dan Encik Dada kurang berpuashati kerana server ini sering mengalami kerosakan dan tidak berfungsi dengan baik seperti yang diterangkan oleh wakil jualan. Pengurus Teknologi Maklumat Poda.com juga memaklumkan kepada Encik Dada bahawa server ini tidak sama dengan spesifikasi yang dinyatakan dalam katalog.  Encik Dada memilih syarikat Dodol kerana, syarikat ini telah lama menyediakan perkhidmatan server di Malaysia dan beliau begitu yakin dengan penerangan yang diberi oleh wakil jualan syarikat Dodol. Encik Dada bercadang untuk menggantikannya sistem server yang berkuasa tinggi dan sudah mendapat tiga sebut harga dari syarikat Manggis, Soshiba dan Tintel. Beliau bercadang untuk memilih server yang ditawarkan oleh syarikat Soshiba dan rundingan pembelian akan diadakan pada minggu hadapan oleh Encik Dada, pengurus teknologi maklumat dan wakil jualan Soshiba.

i.                    Bagaimanakah ICT membantu aktiviti perniagaan poda.com?

ii.                  Bolehkah Vaada Enterprise menuntut gantirugi daripada syarikat Dodol?

iii.                Jelaskan empat strategi rundingan yang mungkin digunakan oleh kedua-dua pihak semasa rundingan pembelian server diadakan.







[15]





























[15]

[8]

[12]

No comments :

Post a Comment