Search This Blog

Loading...

Wednesday, May 22, 2013

perniagaan dan persekitaran- nota ringkas


Pengajian Perniagaan  Penggal 1
Bab 1: Perniagaan dan persekitaran
Sukatan Pelajaran
Pengenalan
Persekitaran
Aktiviti
Perniagaan dan bukan perniagaan
Perniagaan dan untung
Peranan perniagaan
Faktor pengeluaran
Proses perniagaan
Cabaran perniagaan
Persekitaran umum
Persekitaran tugas
Entiti perniagaan
Aktiviti perniagaan
Sektor perniagaan
Tahap perniagaan

A.    Definisi Perniagaan
-          Aktiviti menyediakan/ menjual beli barang dan perkhidmatan
-          untuk memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
-                     -            mendapat keuntungan

B.     Unsur Penting
-          Barang dan perkhidmatan          
-          Pertukaran nilai
-          Keuntungan                                    
-          Keperluan dan  Kehendak

C.     Perniagaan dan bukan perniagaan

Aspek
Perniagaan
Bukan perniagaan
Contoh
TNB
PEMADAM
Motif
Keuntungan
Kebajikan
Sumber kewangan
Saham
Sumbangan/derma
Pengurusan
Lembaga pengarah-pemegang saham utama
Jawatankuasa yang dipilih  oleh ahli
Aktiviti
Menyediakan perkhidmatan elektrik untuk keuntungan
Menyediakan aktiviti pemulihan penagihan dadah
Peraturan
Akta syarikat 1965
Akta pertubuhan 1966



D.    Untung dan perniagan
-          Definisi: lebihan hasil daripada kos ATAU Hasil – perbelanjaan
-          Kepentingan
a                 a.    Modal
b.      Teknologi
c.       Imej
d.      Ganjaran
e.       Motivasi/dorongan

E.     Kepentingan perniagaan kepada pengguna
-          Memenuhi keperluan dan kehendak
-          Mempelbagaikan pilihan barang dan perkhidmatan
-          Menyediakan barang bermutu
-          Meningkatkan taraf hidup

F.      Kepentingan perniagaan kepada masyarakat
-          Peluang pekerjaan
-          Menyediakan pelbagai barang dan perkhidmatan
-          Menyediakan kemudahan asas
-          Mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan
-          Tanggungjawab social

G.    Kepentingan perniagaan kepada negara
-          Mewujudkan peluang pekerjaan- kurangkan pengangguran
-          Mewujudkan peluang perniagaan dan pelaburan
-          Menyumbang kepada pendapatan negara
-          Meningkatkan tabungan modal dan simpanan negara
-          Hubungan antarabangsa

H.    Kepentingan perniagaan kepada ekonomi
-          Menyediakan peluang pekerjaan
-          Penempatan baru
-          Mewujudkan industri sokongan
-          Penggunaan sumber dengan cekap
-          Meningkatkan pendapatan negara
-          Kemudahan infrastruktur

I.       Faktor pengeluaran
1.      Modal
-          Wang @ aset yang dilaburkan
-          simpanan atau pinjaman
-          Aktiviti perniagaan berjalan dengan lancar

2.      Teknologi
-          kaedah @ teknik menjalankan pengeluaran.
-          Kaedah terkini meningkatkan  mutu, daya pengeluaran dan menurunkan kos.
-          Ciptaan produk baru
-          Meningkatkan dayasaing

3.      Bahan Mentah
-          Input yang digunakan dalam pengeluaran
-          Contohnya bahan mentah untuk pengeluaran perabot ialah kayu, paku dan cat.
-          Gangguan bekalan menyebabkan pengeluaran tergendala

4.      Keusahawanan
-          Kebolehan  untuk memulakan sesuatu dengan menggabungkan faktor pengeluaran untuk menghasilkan barang dan perkhidmatan.
-          mempunyai idea kreatif dan invotif serta berani menanggung risiko.

5.      Modal insan
-          Sumber manusia yang menyumbangkan tenaga mental atau fizikal dalam proses pengeluaran
-          Terdiri dpd buruh mahir, separuh mahir dan tidak mahir.


PROSES PERNIAGAAN


Langkah 1: INPUT
- Merujuk kepada faktor pengeluaran yang diperlukan untuk menghasilkan sesuatu produk

- Contohnya: untuk pengeluaran perabot memerlukan kilang, mesin, kayu dan pekerja

Langkah 2: Proses  tambah nilai
-Merujuk kpd proses menukarkan input kepada output.
-Proses transfromasi yang melibatkan penukaran input kepada output yang boleh dijual kepada pengguna
-Contohnya  dalam pengeluaran perabot berlaku tambah nilai seperti memotong kayu, mewarnakan  perabot dan memasang perabot.


Langkah 3- OUTPUT

Hasil  yang diperoleh daripada proses pengeluaran.
Contohnya perabot yg dihasilkan .
-Mempunyai ciri-ciri yang dapat memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
-Mencapai standard/ mutu  yang telah ditetapkan

Langkah 4: PROSES PEMASARAN
-pengagihan produk kepada pengguna.
-Termasuk mengenalpasti sasaran serta menguruskan  aktiviti pemasaran
-Menetapkan harga, program promosi, saluran agihan untuk mengedarkan produk
-Menetapkan harga perabot, menentukan kaedah agihan perabot

Langkah 5: UNTUNG ATAU RUGI
-Untung ialah lebihan hasil daripada kos
-Rugi ialah lebihan kos dps hasil
-Untung yg  diperoleh  boleh digunakan utk memperbesarkan perniagaan
-Gunakan keuntungan untuk membeli mesin baru dan menambah kayu untuk pengeluaran perabot pada masa  akan datang



No comments:

Post a Comment