Wednesday, May 4, 2016

Kajian kes pengajian perniagaan - McDonald's - pengurusan

  • Kes ini berkaitan dengan restoren francais makanan segera
  • Isu utama yang dikaji ialah aplikasi teori Maslow dalam memotivasikan pekerja serta kaedah kawalan yang digunakan.
  • Soalan ini memerlukan fakta khusus dan fakta kes
  • Kajian kes ini merupakan soalan percubaan Pengajian Perniagaan Penang Free School

MCDONALD’S MALAYSIA

McDonald’s merupakan satu jenama yang tidak perlu diperkenalkan lagi. McDonald’s mempunyai lebih 33,000 restoran di 119 buah negara termasuk Malaysia. Di Malaysia, McDonald’s mempunyai 270 restoran di seluruh Malaysia dan dijangka berkembang dengan kadar 15 hingga 20 restoran baharu pada setiap tahun. Kejayaan McDonald’s Malaysia banyak dibantu oleh keprihatinan pengurusan atasan menjaga kebajikan pekerja-pekerjanya. Pihak syarikat percaya jika kebajikan pekerja dijaga dengan baik, ia akan meningkatkan motivasi dan produktiviti pekerja. Sebagai langkah keselamatan dan jaminan, gaji yang diterima oleh pekerja akan dipotong untuk dimasukkan ke dalam Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) dan PERKESO. Ini dapat membantu pekerja menyimpan bekalan untuk hari tua dan dilindungi sekiranya mengalami kemalangan ketika bertugas. Syarikat juga memastikan pekerja-pekerja mendapat tempat kerja yang bersih dan selesa. Bilik persalinan, loker dan surau disediakan untuk kemudahan dan keselesaan pekerja. Syarikat turut menghargai pekerja- pekerja yang rajin dan berdisiplin. Pekerja-pekerja yang layak akan dipromosi untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi dan memperkenalkan anugerah bulanan untuk Krew Terbaik. Pekerja- pekerja turut menikmati kemudahan cuti tahunan dan perubatan percuma di klinik-klinik terpilih. McDonald’s Malaysia amat menitikberatkan penghasilan produk makanan yang berkualiti, bersih dan halal. Sehubungan itu, syarikat sentiasa berusaha mendapatkan kerjasama dan pengiktirafan daripada agensi-agensi kerajaan yang berkaitan, antaranya pengiktirafan sijil Halal daripada JAKIM serta mematuhi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Syarikat juga berkerjasama dengan JAKIM menubuhkan Pasukan Syariah Dalaman untuk urusan pemantauan dan mendapatkan khidmat Penasihat Bebas Halal bagi memantau proses penyembelihan. Syarikat juga memberi penekanan terhadap kawalan bahan mentah, pekerja dan tempat penyediaan makanan. Syarikat memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan dan diperolehi hanya daripada pembekal yang diiktiraf oleh JAKIM. Pemeriksaan kualiti dilakukan terhadap bahan mentah sebaik sahaja diterima daripada pihak pembekal dan selepas itu, bahan mentah tersebut akan disimpan dalam peti penyejuk beku mengikut keperluan suhu tertentu. Sebelum proses penyediaan makanan dilakukan, tempat penyediaan makanan dipastikan dalam keadaan yang bersih dan selamat. Tempat tersebut mesti mempunyai sinki khas untuk membasuh tangan dan dilengkapi dengan sabun, air paip dan tisu. Setiap pekerja diwajibkan mengambil suntikan imunisasi tifoid dan dipastikan dalam keadaan cukup sihat sebelum terlibat dalam proses penyediaan makanan. Selain itu, mereka juga diwajibkan mencuci tangan dengan bahan pembasmi kuman dan memakai sarung tangan pakai buang bagi menjamin kebersihan makanan yang dikendalikan. McDonald’s Malaysia amat komited dalam menjaga kualiti, kebersihan dan segalanya untuk memastikan pelanggan restoran McDonald’s mendapat yang terbaik. (Disesuaikan daripada artikel “Pematuhan Piawaian Untuk Keselamatan Makanan dan Proses Halal McDonald’s Adalah Yang Terbaik)
Berdasarkan kes di atas,

(a) Jelaskan tindakan McDonald’s Malaysia untuk memenuhi keperluan pekerja-pekerjanya berdasarkan Teori Motivasi Maslow. [10]    FAKTA KHUSUS
(b) Terangkan kaedah kawalan awalan yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia untuk menjamin kualiti dan kebersihan produknya. [20]  FAKTA KES

Jelaskan tindakan McDonald’s Malaysia untuk memenuhi keperluan pekerja-pekerjanya berdasarkan Teori Motivasi Maslow. [10]

Keperluan keselamatan [1]
- memotong gaji pekerja untuk dimasukkan ke dalam KWSP [1]
- memotong gaji pekerja untuk dimasukkan ke dalam PERKESO [1]
- memastikan pekerja-pekerja mendapat tempat kerja yang bersih dan selesa [1]
- menyediakan bilik persalinan [1]
- menyediakan loker [1]
- menyediakan surau

Keperluan penghargaan [1]
- pekerja yang layak akan dipromosi untuk menyandang jawatan yang lebih tinggi [1]
- memperkenalkan anugerah bulanan untuk Krew Terbaik [1]
- menyediakan kemudahan cuti tahunan [1]
- menyediakan kemudahan perubatan percuma di klinik-klinik terpilih

(b) Terangkan kaedah kawalan awalan yang dilakukan oleh McDonald’s Malaysia untuk menjamin kualiti dan kebersihan produknya. [20]

Definisi kawalan awalan
kawalan yang dilaksanakan di peringkat awal sebelum proses pengeluaran bermula [1]

1.      Mendapatkan kerjasama dan pengiktirafan daripada agensi-agensi kerajaan [1]
- mendapatkan pengiktirafan sijil Halal daripada JAKIM
- mematuhi Program Keselamatan dan Kualiti Makanan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia
- bekerjasama dengan JAKIM untuk menubuhkan Pasukan Syariah Dalaman untuk urusan pemantauan
- mendapatkan khidmat Penasihat Bebas Halal bagi memantau proses penyembelihan

2.      kawalan terhadap bahan mentah [1]
- memastikan hanya bahan mentah yang segar digunakan
- memastikan bahan mentah hanya diperolehi daripada pembekal yang diiktiraf oleh JAKIM
- pemeriksaan kualiti dilakukan terhadap bahan mentah sebaik sahaja diterima daripada pihak pembekal
- bahan mentah akan disimpan dalam peti penyejuk beku mengikut keperluan suhu tertentu

3.      Kawalan terhadap pekerja [1]
 - setiap pekerja diwajibkan mengambil suntikan imunisasi tifoid
- setiap pekerja dipastikan berada dalam keadaan cukup sihat
- setiap pekerja diwajibkan mencuci tangan dengan bahan pembasmi kuman
- setiap pekerja diwajibkan memakai sarung tangan pakai buang

4.      Kawalan terhadap tempat penyediaan makanan [1]
- tempat penyediaan makanan dipastikan dalam keadaan yang bersih dan selamat
- tempat penyediaan makanan mesti mempunyai sinki khas
- sinki khas mesti dilengkapi dengan sabun
- sinki khas mesti dilengkapi dengan air paip
- sinki khas mesti dilengkapi dengan tisu 

Pengajian Perniagaan - teknik menjawab dan contoh jaweapan Kajian kes komunikasi

  • Soalan di bawah berkaitan dengan Maybank. 
  • Isu utama yang dikaji ialah penggunaan IT dalam aktiviti perniagaan dan pengurusan Maybank.
  • Soalan ini memerlukan fakta khusus dan fakta kes


Kumpulan Maybank Berhad

   Kumpulan Maybank merupakan antara lima bank terbaik di Asia Tenggara. Bank ini merupakan peneraju dalam pelaburan teknlogi khususnya dalam membangunkan teknologi maklumat (IT) untuk memastikan pengurusan perniagaan Maybank mencapai matlamat yang telah ditetapkan. 
       Pada tahun 2000 Maybank telah melancarkan aplikasi perbankan dalam talian iaitu maybank2u. Kini  terdapat hampir 7.8 juta pengguna berdaftar dan 2 juta pengguna berdaftar aktif untuk aplikasi tersebut. Pengguna boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti pemindahan wang, membayar bil, membuka akaun baru, membayar pinjaman dan sebagainya.  Kemudahan ini dapat menjimatkan masa, kerana ianya beroperasi selama 24 jam di mana pelanggan tidak perlu ke bank untuk membuat transaksi. Aplikasi ini juga mesra pelanggan  kerana mempunyai sebanyak enam jenis bahasa yang boleh digunakan oleh pelanggan. Semasa musim perayaan, produk inovasi seperti e-ang pow dan e-Duit Raya diperkenalkan supaya pelanggan tidak perlu beratur menukar wang di bank. Kaedah ini dapat membantu Maybank mengurangkan rasa ketidakpuasan pelanggan berkaitan pembaziran masa di kaunter  bank serta mengurangkan penggunaan kertas. Ini secara langsung membawa kepada penjimatan kos dan peningkatan kecekapan pengurusan Maybank.
      Penggunaan pelbagai media sosial seperti youtube, facebook, twitter dan wechat memudahkan Maybank mendekati pelanggan dan bakal pelanggan seluruh dunia. Di samping menyampaikan maklumat seperti produk dan perkhidmatan baharu, ia juga digunakan untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan tentang produk Maybank. Misalnya pengguna Facebook boleh memberi maklumbalas tentang perkhidmatan sedia ada serta mengetahui perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh Maybank.
     Selain itu, dari aspek pemerolehan bekalan dan perkhidmatan pula, pada tahun 2002 Maybank telah memulakan perkhidmatan e-procurement. Pembekal boleh menggunakan portal ini untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan seperti kemudahan penyewaan, kemudahan latihan serta barangan kegunaan Maybank. Kaedah ini dapat meningkatkan produktiviti, mengurangkan penggunaan kertas serta mengurangkan pembaziran sumber dan duplikasi supaya dapat menggalakkan transperansi dan akauntabiliti kedua-dua pihak.
     Bagi memudahkan kakitangan pula, Maybank menyediakan saluran e-mel “Tanya Pengurus Kanan” (ASM) yang mana idea atau soalan daripada peringkat bawahan disampaikan kepada exco kumpulan. Kakitangan Maybank boleh menggunakan saluran media seperti kemudahan meja bantuan “HR Helpdesk”,  sistem “Maklumbalas Interaktif Suara” dan “Sistem Pengurusan  Panggilan” untuk sebarang isu berkaitan tugas dan kerjaya mereka. Di samping mendapat maklumat terkini dan pantas, masalah atau isu berkaitan pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah.  Sesi dialog  mingguan yang dipanggil “Value Chats” (atau V-Chats) atas talian telah disediakan bagi memberi laluan kepada pekerja untuk menyumbang buah fikiran demi penambahbaikan organisasi. Ia juga menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh diantara pekerja dan pengurusan organisasi serta meningkatkan tahap kepuasan pekerja. Suara kakitangan Maybank sentiasa diambilkira dalam meningkatkan produktiviti dan pencapaian matlamat organisasi.
     Maybank bercadang untuk memperkenalkan lebih banyak lagi perkhidmatan atas talian supaya dapat memudahkan transaksi perbankan  serta meningkatkan kecekapan operasinya di masa hadapan. Antaranya adalah memperkenalkan penggunaan pengesahan biometrik bagi perbankan dalam talian melalui perkhidmatan 'Quick Touch' pada aplikasi Maybank2u.

(disesuaikan daripada laporan tahunan Maybank serta maklumat dari http://www.maybank.com )
Berdasarkan kesi di atas,
(a)       Huraikan tiga kaedah bagaimana internet dapat meluaskan peluang perniagaan di Maybank.           [18]

(b)      Jelaskan dua peranan teknologi maklumat dalam pengurusan perniagaan Maybank             [12]


 Jawapan
Soalan a
Fakta khusus
Huraian
Kaitan kes
E-dagang
Urusniaga/transaksi dibuat melalui internet/ atas talian
-          Maybank telah melancarkan maybank2u.com pada tahun 2000
-          pengguna boleh mendapatkan pelbagai perkhidmatan seperti pemindahan wang/ membayar bil / membuka akaun baru/membayar pinjaman.
-          pengguna tidak perlu menyimpan resit bayaran bil 
-          Dapat menjimatkan masa / perkhidmatan 24 jam /mesra pelanggan  kerana boleh digunakan enam jenis bahasa/ mengurangkan keperluan melawati cawangan bank
-          Produk inovasi seperti e-ang pow /e-Duit Raya
-          Memberi pengalaman perbankan digital yang baru kepada pelanggan
E-pemasaran
Menjalankan usaha pemasaran dengan menggunakan internet
Menggunakan internet untuk mengaplikasikan prinsip pemasaran
-          Penggunaan pelbagai media sosial seperti youtube/ facebook/twitter/ wechat
-          memudahkan Maybank mendekati pelanggan dan bakal pelanggan seluruh dunia.
-          menyampaikan maklumat seperti produk dan perkhidmatan baharu
-          digunakan untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan tentang produk Maybank.
-          pengguna Facebook boleh memberi maklumbalas perkhidmatan/mengetahui perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh maybank.
E-perolehan
Aktiviti bekalan/perolehan yang dibuat melalui internet/atas talian
-          perkhidmatan e-procurement   pada tahun 2002
-          memudahkan pemerolehan bekalan dan perkhidmatan
-          aktiviti perniagaan berjalan lancar
-          Pembekal boleh menggunakan portal ini untuk menyediakan bekalan dan perkhidmatan
-          Kaedah ini dapat meningkatkan produktiviti/ mengurangkan penggunaan kertas /mengurangkan pembaziran sumber / duplikasi/ menjimatkan kos transaksi/  menggalakkan transperansi dan akauntabiliti

Soalan ini memerlukan fakta khusus
(F=1,H=1, KK=4, 3 x6 )









Soalan b
Fakta kes
Kaitan kes
Peranan dalam pengurusan sumber manusia/
komunikasi
-          saluran e-mel “Tanya Pengurus Kanan” (ASM) yang mana idea atau soalan daripada peringkat bawahan disampaikan kepada exco kumpulan untuk ditambahbaik.
-          Kakitangan Maybank boleh menggunakan saluran media seperti kemudahan meja bantuan “HR Helpdesk”/ sistem “Maklumbalas Interaktif Suara” / “Sistem Pengurusan  Panggilan”
-          mendapat maklumat terkini dan pantas/  masalah dan isu berkaitan pekerjaan dapat diselesaikan dengan mudah. 
-          Sesi dialog  mingguan yang dipanggil “Value Chats” (atau V-Chats) atas talian telah disediakan bagi memberi laluan kepada pekerja untuk menyumbang buah fikiran untuk diberi penambahbaikan
-          menggalakkan kerjasama yang lebih kukuh diantara pekerja dan pengurusan organisasi / meningkatkan tahap kepuasan pekerja/  penglibatan aktif dan suara pekerja sentiasa diambilkira / meningkatkan produktiviti /pencapaian matlamat organisasi.
Peranan dalam pemasaran
-          Penggunaan pelbagai media sosial seperti youtube/ facebook/twitter/wechat
-          memudahkan Maybank mendekati pelanggan /bakal pelanggan seluruh dunia.
-          menyampaikan maklumat seperti produk dan perkhidmatan baharu
-          digunakan untuk mendapatkan maklumbalas pelanggan tentang produk Maybank.
-          pengguna Facebook boleh memberi maklumbalas perkhidmatan / mengetahui perkhidmatan baru yang diperkenalkan oleh maybank.

Soalan ini memerlukan fakta kes
(F=1, KK =5, 2 x 6)


Sunday, April 24, 2016

Teknik menjawab Pengajian Perniagaan Penggal Dua Pengurusan

Teknik menjawab soalan esei panjang

  • Soalan ini membawa 20 markah. 
  • Jawapan anda perlu ada 1 fakta, 2 huraian dan 1 contoh


Contoh

Huraikan proses pembentukan pasukan (20)

Proses pembentukan pasukan adalah:

(l) Pembentukan (F)
Peringkat ini merupakan pengenalan dan kemasukan individu dalam kumpulan. (H1) Ia bermula dengan proses orientasi dan berusaha untuk menyesuaikan diri. (H2)Contohnya, ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan tidak kenal antara satu sama lain dan  kurang jelas tentang matlamat pasukan jualan. (C)

(ii) Peributan(F)
Di peringkat ini timbul konflik untuk menentukan ketua pasukan dan  peranan ahli pasukan. (H1) Ia melibatkan percanggahan pendapat dan ada ahli bersifat emosional. (H2 ) Contohnya, ahli-ahli  dalam pasukan jualan membuat kempen untuk menjadi ketua dan berusaha meunjukkan diri mereka lebih baik daripada yang lain. (C)

(iii) Penyesuaian(F)
Diperingkat hubungan lebih erat antara ahli kerana mereka kenal antara satu sama lain. (H1) Wujud kerjasama erat antara ahli dan memahmi peranan dan tanggungjawab masing-masing. (H2) Contohnya ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan telah memahami tugas masing-masing dalam mencapai matlamat bagi meningkatkan jualan minuman ringan. (C)

(iv) Pelaksanaan(F)
Di peringkat ini pasukan mula bertindak sebagai satu unit dan saling menyokong antara satu sama lain. (H1). Setiap ahli tahu peranan mereka dan fokus kepada tugas yang diberikan.(H2)Contohnya, ahli-ahli pasukan jualan buku menjalankan tugas masing –masing seperti mendapatkan maklumat pembeli, memberi penerangan produk serta menyusun strategi untuk jualan produk (C)

(v) Pembubaran(F)

Pembubaran berlaku apabila sesuatu tugas telah diselesaikan iaitu pasukan mencapai matlamat yang telah ditetapkan (H1) Walaupun penubuhan pasukan bersifat sementara, ada ahli yang mungkin berasa sedih dan emosional kerana terpaksan berpisah.(H2) Contohnya pasukan jualan minuman ringan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan jualan minuman ringan tercapai. (C)

Monday, April 18, 2016

Teknik Menjawab Kajian Kes dalam Pengajian Perniagaan Penggal Dua

 kes merupakan soalan wajib dijawab dalam kertas Pengajian Perniagan dan lazimnya pelajar menghadapi masalah untuk menjawab soalan ini. Cikgu ingin membincang beberapa kaedah yang mungkin membantu anda untuk menjawab soalan ini dengan lebih baik.

Kajian kes merupakan satu kaedah pembelajaran di mana menggunakan senario yang melibatkan seseorang individu atau sesebuah organisasi yang mengampilkasikan prinsip , konsep dan teori yang dipelajari dalam sukatan pelajaran. Ia melibatkan aras pemikiran yang tinggi di mana pelajar perlu berupaya menghubungkaitkan apa yang dipelajari dalam kelas dengan apa yang dinyatakan dalam kes.

Di samping itu, ia juga memerlukan pelajar  mengenalpasti strategi, kaedah atau cara yang digunakan oleh pelaku atau organisasi untuk menangani isu atau masalah yang dihadapi. 

Jawapan pelajar perlu mengambilkira satu isu penting iaitu adakah ia melibatkan 
a. Fakta khusus 
b. Fakta kes 

Fakta khusus 
apa yang ada dalam sukatan pelajaran


Contohnya
Bab 6: Pengurusan
  1. fungsi pengurusan merangkumi perancangan, pengorganisasian, kepimpinan, dan pengawalan;
  2. peranan pengurus dalam sesebuah organisasi mengikut Teori Mintzberg, iaitu antara-perorangan (interpersonal), peranan bermaklumat (informational), dan pembuatan keputusan (decision making);
  3. tiga peringkat pengurusan iaitu peringkat bawahan, peringkat pertengahan, dan peringkat atasan
  4. jenis kemahiran pengurusan iaitu  konseptual, antara-perorangan/ kemanusiaan, teknikal,  pengurusan masa, dan pembuatan keputusan
  5. proses perancangan yang meliputi menentukan matlamat dan objektif, menganalisis persekitaran perniagaan, membentuk alternatif tindakan, menilai alternatif, dan memilih alternatif tindakan
  6. jenis-jenis kuasa pemimpin iaitu  kuasa sah, kuasa ganjaran, kuasa desakan, kuasa rujukan, dan kuasa kepakaran
  7. jenis-jenis kepimpinan iaitu  transactional, transformational, karismatik, dan berwawasan (visionary);
  8. gaya kepimpinan iaitu autokratik, demokratik, laissez-faire, dan kontingensi 

Sekiranya kes melibatkan fakta khusus pelajar perlu berhati-hati kerana kegagalan anda memberikan fakta yang betul dengan ejaan yang tepat akan menjejaskan markah anda.


Fakta kes
  1. Masalah /isu yang dihadapi oleh pelaku/ organisasi 
  2. Langkah/ tindakan/ kaedah/strategi/ cara yang digunakan oleh pelaku/organisasi untuk menangani sesuatu isu / masalah
Fakta kes ada dinyatakan dalam kes secara tersurat atau tersirat dan pelajar perlu mengenalpasti fakta tersebut. kegagalan mengenalpasti fakta kes akan menjejaskan  markah anda.

Contoh di bawah dapat membantu anda memahami dua aspek tersebut.

Contoh kes

Syarikat Speed Bhd (SSB) merupakan sebuah syarikat yang menyediakan pengangkutan kontena di Pelabuhan Kuantan yang ditubuhkan pada tahun 1998. Syarikat ini telah mencatat kemerosotan dalam keuntungan lima tahun berturut turut sejak tahun 2009. Pada tahun 2010, pihak Lembaga Pengarah SSB telah merlantik Puan Munira sebagai Ketua Pegawai Ekeskutif yag baru. Selepas dua tahun, syarikat ini mencatat pencapaian yang memberangsangkan dengan mencatat keuntungan yang mendadak. Pencapaian Puan Munirah disebabkan jenis kepimpinan yang digunakan serta rancangan strategik yang idgunakan untuk memulih syarikat ini.

Puan Munirah adalah seorang pemimpin yang mudah didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Puan Munirah telah melaksanakan beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi SSB.Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Di samping itu pemandu telah diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan lapangan pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.

a. Huraikan jenis kepimpinan  Puan Munira [7 markah]



Jawapan 
pelajar  1
Jawapan 
pelajar  2
Jawapan 
pelajar  3
Jawapan 
pelajar 4
Puan Munirah merupakan pemimpin berkarisma . ia bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.

Ini  kerana beliau ialah pemimpin yang mudah didekati. Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja.Beliau juga sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja. Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Puan Munirah merupakan pemimpin tidak formal.
Ini  kerana
·         beliau ialah pemimpin yang mudah didekati.
·         Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.
·         Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja 
·         Sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya.
·         Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja.
·         Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Jenis kepimpinan karismatik. Kepimpinan karismatik bermaksud pemimpin ini mampu mempengaruhi dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.
Ini kerana
·         beliau ialah pemimpin yang mudah didekati.
·         Beliau juga boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.
·         Sebagai pemimpin, Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja 
·         Sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya.
·         Puan Munirah dapat menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja.
·         Beliau juga mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan
Jenis kepimpinan karismatik
Puan Munirah adalah seorang pemimpin yang mudah didekati. Beliau boleh dijumpa bila-bila masa tanpa protokol.Puan Munirah amat menitikberatkan kebajikan pekerja dan sering memberi dorongan kepada semua subordinatnya. Ciri-ciri ini telah memudahkan Puan Munirah untuk menerapkan halatuju syarikat kepada pekerja dan mendorong pekerja untuk mencapai matlamat yang ditetapkan.


Soalan ini memerlukan fakta khusus kerana melibatkan jenis kepimpinan. Dalam sukatan pelajaran 
jenis kepimpinan terdiri daripada transactional, transformational, karismatikdan berwawasan

Maklumat dalam perengggan kedua menunjukkan Puan merupakan pemimpin karismatik.

Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini 
dapat memberi fakta khusus yang tepat, ada maksud dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes 
dengan betul. 

Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana memberi fakta khusus yang salah.

Pelajar 4 kemungkinan hilang markah kerana hanya salin bulat-bulat daripada kes.


 Huraikan rancangan strategic yang telah diperkenalkan oleh Puan Munira (10)
Jawapan 
pelajar  1
Jawapan 
pelajar 2
Jawapan 
pelajar 3
Puan Munirah telah melaksanakan beberapa langkah strategic untuk meningkatkan prestasi SSB.Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Di samping itu pemandu telah diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Tindakan ini menyebabkan kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
Tindakan pertama ialah  meningkatkan keupayaan pengeluaran.  Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja. Tindakan ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%. Pemandu syarikat diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari. Di samping itu pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya. Hasilnya, kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%. Puan Munira juga telah memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada. SSB telah memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang. Beliau berjaya mendapatkan kontrak pengantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W. Perluasan pelanggan ini telah meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.
1.      Meningkatkan keupayaan pengeluaran. 
Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah
·         Membeli 50 buah lori yang mampu mengambil 60 tan kontena berbanding dengan lori  sedia ada yang hanya mampu mengambil 20 tan sahaja.
·         Tindakan ini telah menjimatkan kos operasi sebanyak 40%.
·         Pemandu diberi insentif agar mereka mampu bekerja syif dan mennggunakan lori yang sama untuk mengangkut barang dua kali sehari.
·         Pemandu yang menggunakan lori dengan penyelenggaraan minimum diberi ganjaran 5% daripada gajinya.
·         Hasilnya, kos penyelenggaraan berkurang sebanyak 25%.
2.      Memperluaskan pasaran pelanggan yang sedia ada.
Untuk mencapai strategi ini Puan Munirah telah
·         Memperluaskan skopnya untuk aktiviti baru seperti pemindahan barang dari kilang ke pusat edaran dan kilang ke gudang.
·         Mendapat kontrak penghantaran untuk dua buah syarikat pengeluaran perabot terbesar di Malaysia iaitu syarikat 3K dan 5W.
·         Meningkatkan hasil jualan sebanyak 60%.

Soalan ini memerlukan fakta kes  kerana melibatkan  jenis rancangan strategik yang telah digunakan 
oleh Puan Munira. Tindakan berkaitan dengan rancangan strategik melibtakan hala tuju organisasi 
dan menyeluruh.Sukatan pelajaran hanya menyatakan jenis rancangan tetapi tidak menyatakan 
bentuk tindakan yang berkaitan. Pelajar sendiri yang perlu mencarinya. Kebijaksanaan anda diuji 
untuk menjawab jenis soalan ini 

Antara empat jawapan di atas, jawapan pelajar 3 dianggap jawapan terbaik kerana pelajar ini 
dapat memberi fakta kes  yang tepat  dan berjaya menyenaraikan semua kaitan kes 
dengan betul. 

Pelajar 1 dan 2 kemungkinan gagal mendapat markah kerana  gagal  mengenalpasti fakta kes yang 
betul dan juga salin bulat-bulat daripada kes..


Cikgu berharap apa yang cikgu sampaikan di sini dapat membantu pelajar untuk menjawab kes 
dengan lebih baik.

Good luck!!