Sunday, April 24, 2016

Teknik menjawab Pengajian Perniagaan Penggal Dua Pengurusan

Teknik menjawab soalan esei panjang

  • Soalan ini membawa 20 markah. 
  • Jawapan anda perlu ada 1 fakta, 2 huraian dan 1 contoh


Contoh

Huraikan proses pembentukan pasukan (20)

Proses pembentukan pasukan adalah:

(l) Pembentukan (F)
Peringkat ini merupakan pengenalan dan kemasukan individu dalam kumpulan. (H1) Ia bermula dengan proses orientasi dan berusaha untuk menyesuaikan diri. (H2)Contohnya, ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan tidak kenal antara satu sama lain dan  kurang jelas tentang matlamat pasukan jualan. (C)

(ii) Peributan(F)
Di peringkat ini timbul konflik untuk menentukan ketua pasukan dan  peranan ahli pasukan. (H1) Ia melibatkan percanggahan pendapat dan ada ahli bersifat emosional. (H2 ) Contohnya, ahli-ahli  dalam pasukan jualan membuat kempen untuk menjadi ketua dan berusaha meunjukkan diri mereka lebih baik daripada yang lain. (C)

(iii) Penyesuaian(F)
Diperingkat hubungan lebih erat antara ahli kerana mereka kenal antara satu sama lain. (H1) Wujud kerjasama erat antara ahli dan memahmi peranan dan tanggungjawab masing-masing. (H2) Contohnya ahli-ahli dalam pasukan jualan minuman ringan telah memahami tugas masing-masing dalam mencapai matlamat bagi meningkatkan jualan minuman ringan. (C)

(iv) Pelaksanaan(F)
Di peringkat ini pasukan mula bertindak sebagai satu unit dan saling menyokong antara satu sama lain. (H1). Setiap ahli tahu peranan mereka dan fokus kepada tugas yang diberikan.(H2)Contohnya, ahli-ahli pasukan jualan buku menjalankan tugas masing –masing seperti mendapatkan maklumat pembeli, memberi penerangan produk serta menyusun strategi untuk jualan produk (C)

(v) Pembubaran(F)

Pembubaran berlaku apabila sesuatu tugas telah diselesaikan iaitu pasukan mencapai matlamat yang telah ditetapkan (H1) Walaupun penubuhan pasukan bersifat sementara, ada ahli yang mungkin berasa sedih dan emosional kerana terpaksan berpisah.(H2) Contohnya pasukan jualan minuman ringan dibubarkan apabila matlamat untuk meningkatkan jualan minuman ringan tercapai. (C)

No comments :

Post a Comment