Monday, October 28, 2013

Ramalan Pengajian Perniagaan Penggal 3 - keusahawanan

Bab 1: keusahawanan

a.     Skop keusahawanan
Usahawan
Keusahawanan
pengurus
Jangkaan Soalan
a.     Bezakan usahawan dengan pengurus
(status,risiko, status, berkhidmat)
b.    Jelaskan maksud

b.    Teori keusahawanan
Ekonomi
Psikologi
sosiologi
Jangkaan soalan
Jelaskan teori
(Jenis, definisi, tokoh)

c.     Ciri-ciri usahawan Berjaya
-          Risiko
-          Bijak rebut peluang
-          Berwawasan
-          Kreatif
-          inovatif
Jangkaan soalan
a.     Kenalpasti ciri dpd kes
b.    Huraikan ciri


d.    Faktor kejayaan seimbang dan tabii orang yang berjaya
Faktor kejayaan seimbang
(JERI)
Jangkaan soalan
Jelaskan
(Konsep, definisi, huraian, contoh)
Contoh
-          Jasmani
-          Keadaan fizikal
-          Sihat tubuh badan
-          Senaman
Tabii
-          Bersinergi
-          Menang-menang
-          Proaktif
-          Memahami kemudian difahami
-          Tajamkan gergaji
-          Bermatlamat
-          Mengutamakan yang penting
Jangkaan soalan
Jelaskan
(konsep,definisi, huraian, contoh)
Contoh
-          Tajamkan gergaji
-          Meningkatkan kemahiran
-          Membuat sesuatu tugas dengan baik
-          Hadiri kursus



a.     Peranan usahawan
Mikro
Jangkaan soalan
Terangkan peranan mikro
(Menyumbang idea, merancang idea, tangani ketidak pastian)
Makro
Jangkaan soalan
Terangkan peranan makro
(peluang pekerjaan, taraf hidup, industry sokongan, pelbagai produk, sumber cekap, model ikutan

b.    Realisasikan idea
Sumber idea
-          Pelanggan
-          produk sedia ada
-          syarikat sedia ada
-          saluran pengedaran
-          paten
-          penyelidikan dan pembangunan
-          profesional/jururunding
-          dasar kerajaan


Jangkaan soalan
a.     senaraikan sumber idea
b.    Jelaskan/huraikan
(konsep, definisi, huraian
Contoh
Pelanggan
Orang yg menggunakan produk usahawan
Mengkaji kehendak pelanggan
Kaedah
-          soal selidik
-          sumbang saran
-          pemerhatian
-          kumpulan fokus

Jangkaan soalan
a.     jelaskan kaedah
b.    bezakan kaedah
c.     Nyatakan ciri/syarat
(maksud, idea, bilangan ahli,,cara)
Proses
-          Idea
-          menapis idea
-          membina konsep
-          menguji
konsep
-          membuat rancangan perniagaan
-          membina fizikal (prototaip)
-          mengkomersialkan
Jangkaan soalan
a.     Huraikan proses
b.    Jelaskan konsep


 a.     Memulakan dan menjalankan perniagaan
Kaedah memulakan perniagaan
-          Memulakan sendiri
-          Mengambilalih
-          Francais
-          Pakatan strategik
Jangkaan soalan
-          Berikan definisi
-          Jelaskan kelebihan / kelemahan
-          Terangkan ciri-ciri
-          Terangkan jenis

Contoh:
Kelebihan francais kpd francaisi
(latihan, bantuan, kaedah terbukti, popular, mudah)
Kelemahan francais kpd francaisi
(royalty, kawalan, imej, tipu)
Kelebihan francais kpd francaisor
(ekonomi bidangan, pasaran, kualiti, pendapatan)
Jenis
(berformat, lesen tanda dagang, wakil pengedar, pengilangan produk)

b.    Pembiayaan dan sumber kewangan
Jenis modal
-          kewangan
-          bukan kewangan
Jangkaan soalan
a.     Jelaskan
b.    Bezakan
(konsep, huraian, contoh)
Sumber modal
-          formal
-          tidak formal
Jangkaan soalan
a.     Jelaskan / terangkan
b.    Bezakan
(jenis, ciri,contoh, pihak)
Contoh
Ekuti- tempoh, kawalan, bayaran balik, pulangan

c.     Bantuan
Jenis bantuan
Jangkaan soalan
bantuan kewangan
Bentuk: wang , pinjaman, subsidi
Tujuan: biayai projek, masalah kekurangan
             modal, modal permulaan
Pihak:
Kerajaan: MARA, BPMB, CGC
Swasta  : bank Perdagangan
tapak kilang,
Lokasi perniagaan
Dekat: prasarana, zon perdagangan
Agensi: PKEN,MARA,MIEL
khidmat nasihat dan perundingan
Tujuan:   meningkatkan kemahiran/
               pengetahuan perniagaan
Contoh:  perundingan pengurusan,
               produktiviti, rekabentuk produk
Agensi:   MEDEC,SIRIM,MARA
pembangunan usahawan
Tujuan: mewujudkan masyarakat
             Perdagangan dan Perindustrian
              Bumiputera di Malaysia

Pihak    : di bawah Kementerian Kemajuan
               Luar Bandar dan Wilayah
Bentuk   :
Program Pembangunan Vendor
Program Mentor-Mentee
Program Pembangunan Francais, Program Usahawan Tulen dan Program Latihan Keusahawanan


Tuesday, October 15, 2013

Hershey Bina Kilang Baru Di Malaysia
THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna terhadap produknya di rantau ini.Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru  itu menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.

"Ia  akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini."Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti  negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini."Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif  kepada  Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.


Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://www.sinarharian.com.my/ bisnes/hershey-bina-kilang-baru-di-malaysia-1.210213 pada 14 Oktober 2013


a.        Jelaskan empat faktor persekitaran umum yang mendorong pelabur asing membuka kilang di Malaysia.

Jawapan
-       Politik dan perundangan –dasar mesra pelabur, kadar cukai yang kompetitif, galakan pelaburan, bantuan kerajaan
-       Prasarana- sistem pengangkutan yang cekap, pelabuhan, telekomunikasi
-       Sosiobudaya- budaya orang Asia hampir sama, pekerja yang berkelayakan
-       Ekonomi- kadar upah yang kompetitif, keadaan ekonomi yang stabil, kos operasi yang rendah
-       Persaingan dan jaringan

b.       Jelaskan faktor –faktor yang mempengaruhi penentuan lokasi kilang Hershey.

Jawapan
-       Peraturan dan kawalan undang-undang
-       Politik dan budaya setempat
-       Sumber manusia
-       Utiliti
-       Pasaran
-       Pengangkutan dan logisitk

c.        Jelaskan kelebihan yang dinikmati oleh Hershey yang memasuki pasaran global.

Jawapan
-       Saiz pasaran
-       Kos operasi
-       Cukai
-       Ekonomi bidangan
-       Bahan mentah
-       Persaingan

d.       Mengapakah kerajaan perlu menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia?

Jawapan
-       Peluang pekerjaan
-       Pendapatan negara
-       Aliran masuk modal
-       Pertukaran asing
-       Pemindahan teknologi

-       Perkembangan Industri sokongan

Kajian kes Pengajian Perniagaan - persekitaran Perniagaan dan Pemasaran

Pizza Hut Buka 10 cawangan

PIZZA Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) optimis untuk membuka 10 cawangan baru di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Pengurus Besar Kanan Pizza Hut, Low Kang Moon berkata, setiap cawangan baharu itu akan memerlukan pelaburan besar RM500,000 hingga RM1 juta mengikut lokasi setiap cawangan.

“Buat masa ini, kami mempunyai lebih 300 cawangan yang beroperasi di setiap negeri berbanding pesaing kami yang mempunyai cawangan lebih kurang seratus cawangan sahaja,” katanya selepas pelancaran menu terbaru Cheesy Bites Trio Pizza, di Kuala Lumpur, semalam.Sementara itu ketika ditanya berhubung cadangan untuk membuka cawangan di luar negara, Moon berkata, setakat ini, Pizza Hut hanya akan menumpukan pada pembukaan cawangan dalam negara kerana masih banyak potensi perlu diterokai di negara ini.

Menurutnya, Pizza Hut turut membelanjakan RM3 juta bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta kempen bagi produk baru itu sehingga Disember ini.“Pelancaran ini adalah fasa pertama manakala fasa kedua akan bermula pada November 2013 dengan menambah perisa lain bagi Piza The Cheesy Bites Trio.

“Kami juga menyasarkan produk ini akan menyumbang 25 peratus jumlah jualan kepada sasaran jualan kami bagi tahun ini,” katanya.Piza The Cheesy Bites Trio menampilkan dua jenis inti keju, iaitu krim keju dan tiga perisa keju, kemudiannya diberikan sentuhan unik dengan tiga jenis taburan berbeza iaitu bijian panggang, keju parmesan dan chipotle berempah.

Produk itu boleh didapati dengan harga RM29.90 bagi saiz biasa dan RM38.90 untuk saiz besar serta hidangan kombo bermula RM32.90 (dua orang) sehingga RM48.90 (empat orang).
Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pizza-hut-buka-10-cawangan-1.210538
Soalan
a.    Jelaskan kesan pembukaan cawangan baru kepada  Pizza Hut
b.    Mengapakah aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Pizza Hut?
c.    Jelaskan kaedah penentuan harga Pizza Hut.
d.    Jelaskan cabaran-cabaran perniagaan kepada Pizza Hut Malaysia.
e.    Jelaskan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Pizza di Malaysia


kajian kes Pengajian Perniagaan- Francais

Program Francais Komuniti Catat RM93 Juta Nilai Belian Francaisi Sejak Okt 2011

Program Francais Komuniti yang dianjurkan oleh Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) berjaya mencatat nilai belian francaisi berjumlah RM93 juta sejak ia dilancarkan pada Okt 2011.Menteri berkenaan, Datuk Hasan Malek berkata, daripada jumlah itu, sebanyak RM37.8 juta disumbangkan oleh francais mikro, RM55.2 juta adalah daripada francais makro, manakala sebanyak 280 francaisi mikro baru, berjaya diwujudkan dalam tempoh tersebut sehingga kini.

"Usaha kerajaan dalam membantu menggiatkan industri francais semakin menampakkan kejayaan di mana sehingga 10 Okt tahun ini sejumlah 679 syarikat francais daripada pelbagai sektor telah didaftarkan di negara ini."Selain itu bidang francais juga telah memberikan sumbangan yang besar kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara di mana pada tahun lalu, ia menyumbang sebanyak RM23.6 bilion dan dijangka dapat ditingkatkan kepada RM24.3 bilion pada tahun depan," katanya.

Beliau berkata demikian ketika menutup Program Francais Komuniti Zon Timur 2013 di sini Ahad.Dalam pada itu Hasan berkata bakal usahawan francais perlu menangkis tanggapan bahawa bidang perniagaan francais memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi.

"Kerajaan kini telah memperkenalkan sistem perniagaan francais mikro yang menggalakkan syarikat francais mewujudkan pakej francais yang menawarkan modal permulaan yang kecil, iaitu kurang daripada RM50,000."Langkah ini juga sekaligus dapat membantu syarikat francais tempatan mengembangkan perniagaan mereka menerusi konsep modal kecil yang pastinya akan menarik lebih ramai menceburi perniagaan ini," katanya.

Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.bernama.com/bernama/v7/bm/ newsindex.php?id=985407 pada 11 Oktober 2013.

Soalan

a.    Mengapakah kerajaan menggalakkan perniagaan francais?
b.    Adakah anda bersetuju dengan tanggapan bahawa bidang perniagaan francais memerlukan modal yang besar dan berisiko tinggi?

c.    Jelaskan bentuk bantuan kerajaan yang boleh digunakan oleh bakal usahawan yang ingin menceburi perniagaan francais.

kajian kes Pengajian perniagaan- Pos Malaysia


Cadangan jawapan
a. Cara -cara mengurangkan kos operasi
    i. mengawal perbelanjaan promosi
   ii. mengurangkan ganjaran kewangan
   iii. meningkatkan produktiviti pekerja
   iv. penstrukturan semula organisasi
   v. memperkenalkan inovasi perkhidmatan
  vi. penggunaan kaedah tempahan online

b. kaedah pengedaran yang digunakan ialah
    i. pembukaan outlet
    ii. perlantikan ejen

c.
i. satu bentuk publisiti
ii. meningkatkan imej
iii. meningkatkan jualan
iv. menangani pesaing

d.
i. pelaburan dalam IT
ii. pelaburan dalam sumber manusia
iii. pelaburan dalam instrumen seperti saham, simpanan tetap
iv. pelaburan dalam aset tetap seperti pembukaan outlet baru

e.
i.  ekonomi
ii.  teknologi
iii. persaingan dan jaringan
iv. prasarana


f.
i. globalisasi
ii. tenaga kerja
perkembangan teknologi
iv. tanggungjawab sosial


Kajian Kes Sumber Manusia -Google