Tuesday, October 15, 2013

Hershey Bina Kilang Baru Di Malaysia
THE HERSHEY Company (Hershey) akan membina sebuah kilang baru membuat konfeksi di Johor, untuk memenuhi peningkatan permintaan pengguna terhadap produknya di rantau ini.Naib Presiden Kanan dan Ketua Pegawai Rantaian Bekalan Hershey Terence O’Day berkata, kilang baru  itu menggunakan teknologi pembuatan konfeksi terkini.

"Ia  akan memperkukuh kedudukan kami untuk memenuhi peningkatan permintaan terhadap rangkaian produk kami di seluruh rantau ini."Pengguna di seluruh Asia kini mula menggemari pelbagai produk konfeksi Hershey dan China khususnya, sedang berkembang lebih pesat daripada mana-mana pasaran lain,” katanya dalam satu kenyataan.

Kilang Hershey dengan pelaburan bernilai US$250 juta (RM816 juta) itu adalah pelaburan tunggal terbesar di Asia sepanjang 18 tahun sejarah syarikat itu.Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia Datuk Noharuddin Nordin berkata, pemilihan Malaysia sebagai tapak kilang Hershey adalah bukti  negara ini tetap mempunyai daya tarikan untuk syarikat multinasional datang membuat pelaburan besar di rantau ini."Projek ini akan membawa manfaat ekonomi yang positif  kepada  Malaysia dari segi pekerjaan dan perniagaan bagi pembekal tempatan," katanya.


Dipetik dan diubahsuaikan daripada http://www.sinarharian.com.my/ bisnes/hershey-bina-kilang-baru-di-malaysia-1.210213 pada 14 Oktober 2013


a.        Jelaskan empat faktor persekitaran umum yang mendorong pelabur asing membuka kilang di Malaysia.

Jawapan
-       Politik dan perundangan –dasar mesra pelabur, kadar cukai yang kompetitif, galakan pelaburan, bantuan kerajaan
-       Prasarana- sistem pengangkutan yang cekap, pelabuhan, telekomunikasi
-       Sosiobudaya- budaya orang Asia hampir sama, pekerja yang berkelayakan
-       Ekonomi- kadar upah yang kompetitif, keadaan ekonomi yang stabil, kos operasi yang rendah
-       Persaingan dan jaringan

b.       Jelaskan faktor –faktor yang mempengaruhi penentuan lokasi kilang Hershey.

Jawapan
-       Peraturan dan kawalan undang-undang
-       Politik dan budaya setempat
-       Sumber manusia
-       Utiliti
-       Pasaran
-       Pengangkutan dan logisitk

c.        Jelaskan kelebihan yang dinikmati oleh Hershey yang memasuki pasaran global.

Jawapan
-       Saiz pasaran
-       Kos operasi
-       Cukai
-       Ekonomi bidangan
-       Bahan mentah
-       Persaingan

d.       Mengapakah kerajaan perlu menggalakkan kemasukan pelaburan asing ke Malaysia?

Jawapan
-       Peluang pekerjaan
-       Pendapatan negara
-       Aliran masuk modal
-       Pertukaran asing
-       Pemindahan teknologi

-       Perkembangan Industri sokongan

No comments :

Post a Comment