Tuesday, October 15, 2013

Kajian kes Pengajian Perniagaan - persekitaran Perniagaan dan Pemasaran

Pizza Hut Buka 10 cawangan

PIZZA Hut Restaurants Sdn Bhd (Pizza Hut) optimis untuk membuka 10 cawangan baru di seluruh negara menjelang akhir tahun ini.Pengurus Besar Kanan Pizza Hut, Low Kang Moon berkata, setiap cawangan baharu itu akan memerlukan pelaburan besar RM500,000 hingga RM1 juta mengikut lokasi setiap cawangan.

“Buat masa ini, kami mempunyai lebih 300 cawangan yang beroperasi di setiap negeri berbanding pesaing kami yang mempunyai cawangan lebih kurang seratus cawangan sahaja,” katanya selepas pelancaran menu terbaru Cheesy Bites Trio Pizza, di Kuala Lumpur, semalam.Sementara itu ketika ditanya berhubung cadangan untuk membuka cawangan di luar negara, Moon berkata, setakat ini, Pizza Hut hanya akan menumpukan pada pembukaan cawangan dalam negara kerana masih banyak potensi perlu diterokai di negara ini.

Menurutnya, Pizza Hut turut membelanjakan RM3 juta bagi tujuan pembangunan dan penyelidikan (R&D) serta kempen bagi produk baru itu sehingga Disember ini.“Pelancaran ini adalah fasa pertama manakala fasa kedua akan bermula pada November 2013 dengan menambah perisa lain bagi Piza The Cheesy Bites Trio.

“Kami juga menyasarkan produk ini akan menyumbang 25 peratus jumlah jualan kepada sasaran jualan kami bagi tahun ini,” katanya.Piza The Cheesy Bites Trio menampilkan dua jenis inti keju, iaitu krim keju dan tiga perisa keju, kemudiannya diberikan sentuhan unik dengan tiga jenis taburan berbeza iaitu bijian panggang, keju parmesan dan chipotle berempah.

Produk itu boleh didapati dengan harga RM29.90 bagi saiz biasa dan RM38.90 untuk saiz besar serta hidangan kombo bermula RM32.90 (dua orang) sehingga RM48.90 (empat orang).
Dipetik dan diubahsuai daripada http://www.sinarharian.com.my/bisnes/pizza-hut-buka-10-cawangan-1.210538
Soalan
a.    Jelaskan kesan pembukaan cawangan baru kepada  Pizza Hut
b.    Mengapakah aktiviti penyelidikan dan pembangunan (R&D) penting kepada Pizza Hut?
c.    Jelaskan kaedah penentuan harga Pizza Hut.
d.    Jelaskan cabaran-cabaran perniagaan kepada Pizza Hut Malaysia.
e.    Jelaskan tiga faktor persekitaran umum yang mempengaruhi perniagaan Pizza di Malaysia


No comments :

Post a Comment