Tuesday, September 20, 2016

Teknik menjawab soalan esei panjang Penggal 1 Pengajian Perniagaan STPM

Soalan melibatkan prinsip (seperti langkah, proses, jenis)
-          Ada fakta khusus
-          Jawapan pelajar perlu ada fakta, huraian dan contoh.
-      Contoh soalan dan jawapan

Huraikan proses  tindakan disiplin [20]

a.     Amaran lisan (F)
Tindakan ini dikenakan kepada pekerja yang terlibat dalam kesalahan ringan kali pertama.(H1)  Tindakan ini biasanya diambil oleh pengurus peringkat bawahan seperti penyelia.(H2) Contohnya tindakan ke atas pekerja yang datang lewat. (C)

b.    Amaran bertulis
Tindakan ini akan direkodkan dalam fail peribadi pelajar. Pekerja melakukan kesalahan ringan berulang. Contohnya daang lewat 6 kali dalam sebulan . Tindakan ini biasanya diambil oleh pengurus peringkat pertengahan seperti pengurus pemasaran atau ketua jabatan. Tindakan ini boleh menjejaskan peluang naik pangkat

c.     Surat tunjuk sebab
Tindakan ini akan diambil jika pekerja ulang kesalahan yang sama walaupun setelah diberi amaran lisan dan bertulis. Misalnya pekerja masih datang lewat walaupun pengurus telah mengeluarkan memo. Pekerja diminta beri surat tunjuk sebab kenapa tindakan tidak boleh diambil ke atasnya.Pihak pengurusan perlu kumpul dokumen bukti dan saksi.

d.    Inkuiri
Jawatankuasa disiplin akan menjalankan penyiasatan.Tindakan ini diambil setelah pekerja terima surat tunjuk sebab. Jawatankuasa akan membuat keputusan muktamad tentang tindakan yang boleh diambil seperti memotong gaji.Jawatankuasa perlu memberi peluang kepada pekerja terlibat untuk memberi penjelasan

e.     Hukuman
Tindakan ini akan diambil setelah lembaga disiplin berpuashati tindakan boleh diambil. Jawatankuasa perlu memberi maklumat lengkap kepada pekerja.Contoh tindakan ialah turun pangkat, gantung kerja,kehilangan faedah, tahan kenaikan gaji atau pecat pekerja

No comments :

Post a Comment