Tuesday, September 20, 2016

teknik menjawab kajian kes Pengajian Perniagaan STPM

Soalan kajian kes
1.     Baca kes.
2.     Baca soalan.
3.     Baca kes kali kedua dan highlight bahagian berkaitan dengan soalan.
4.     Kaitkan jawapan anda dengan kes yang diberikan.
5.     Pelajar perlu kenalpasti sama ada soalan memerlukan fakta khusus atau fakta kes

Apakah perbezaan antara fakta khusus dengan fakta kes?
Fakta khusus
Seperti yang ada dalam sukatan pelajaran PP
Contohnya:
strategi dan objektif pemasaran iaitu penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian
faktor-faktor persekitaran umum yang merangkumi ekonomi, persaingan dan jaringan, sosiobudaya, politik dan perundangan, teknologi, prasarana, dan antarabangsa
strategi menyasarkan pasaran (market targeting) merangkumi pemasaran tidak dibezakan, pemasaran dibezakan, pemasaran tertumpu, dan pemasaran mikro
Jenis tindakan disiplin termasukamaran lisan, amaran bertulis, surat tunjuk sebab, inkuiri, dan hukuman








Fakta kes
1.     Masalah/isu yang dihadapi oleh pelaku/ organisasi

2.     langkah/tindakan/ kaedah/ strategi/ cara yang digunakan oleh pelaku dalam kes untuk menangani sesuatu isu/masalah




Contoh kes
Saidina Sdn Bhd
    Saidina Sdn Bhd (SSB)  ialah sebuah syarikat pengeluar  pelbaga sos Muslim yang petama di Malaysia. Syarikat ini mula beroperai pada tahun 2008. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai sos berjenama Saidina. Pada peringkat permulaan operasi syarikat ini menghadapi pelbagai masalah unutk memasarkan produk di pasaran tempatan walaubagaiamanpun usaha dan strategi yang diambil telah membawa hasil yang baik dan pada tahun 2015, SSB meraikan pengeuaran botol sos yang ke 100 juta. Kejayaan ini adalah disebabkan oleh tindakan pihak pengurusan SSB serta strategi pemasaran yang sesuai telah digunakan.
    Pelbagai tindakan telah diambil oleh pihak pengurusan untuk memastikan produk syarikat ini mendapat sambutan menggalakkan di kalangan pengguna. Syarikat ini amat mengutamakan kualiti produk. Pengeluaran produk SSB melalui proses kawalan kualiti yang ketat. Produk syarikat ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9000 pada tahun kedua beroperasi. Syarikat ini juga mengamalkan prinsip TQM dalam pengeluaran. Di samping itu SSB juga menggunakan media sosial untuk memperkenalkan produknya. Facebook, youtube  dan laman web rasmi SSB mempunyai rekod pelawat melebihi 50 juta orang. Ini dapat dicapai dengan menggunakan artis tempatan seperti wardina dan Yuna untuk memasarkan produk SSB melalui media sosial. Produk Saidina sering diiklankan dalam facebook dan youtube dengan menggunakan dua artis tersebut. . SSB juga menetapkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama yang lain seperti produk Maggi dan Kimball. Misalnya sos cili Saidina dijual dengan harga RM2.10 berbanding sos cili Maggi  dan Kimball dijual dengan harga RM2.90 sebotol. Strategi ini berjaya menguasai pasaran pengguna di luar bandar dan juga pengguna berpendapatan rendah di kawasan bandar.
        Kini SSB  telah memasuki tahun kelapan dengan pasaran yang lebih luas. Untuk memastikan kewujudan pengguna setia yang lebih ramai , SSB telah mengadakan pelbagai promosi jualan seperti cabutan bertuah, pertandingan menulis slogan dan hadiah percuma untuk pembeli produk Saidina. Selain meluaskan pasaran ke Benua Eropah dan negara Timur Tengah, Sos Saidina juga disasarkan untuk dipasarkan ke seluruh Negara Australia dan Jepun pada masa hadapan.SSB akan memperkenalkan  beberapa  produk baharu seperti rempah kari  Saidina . Produk terbaru iaitu perencah Saidina iaitu perencah serba guna yang sesuai untuk pelbagai jenis hidangan telah pun dilancarkan. SSB juga bercadang untuk membuka sebuah kolej masakan di Bangi untuk melatih lebih ramai tukang masak yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai masakan Melayu.

a.     Huraikan tiga tindakan syarikat Saidina Sendirian Berhad untuk
 memastikan produk syarikat diterima oleh pengguna. [12 markah]
(Soalan ini memerlukan fakta kes kerana dalam sukatan PP penggal 1,
 tiada tajuk khusus berkaitan tindakan syarikat
Tindakan 1: Mengutamakan kualiti produk
Kaitan kes:
·         Pengeluaran produk SSB melalui proses kawalan kualiti yang ketat.
·         Produk syarikat ini telah mendapat pengiktirafan ISO 9000 pada tahun kedua beroperasi.
·         Syarikat ini juga mengamalkan prinsip TQM dalam pengeluaran.
Tindakan 2: Menggunakan media sosial untuk memperkenalkan produknya.
Kaitan kes
·         Facebook, youtube  dan laman web rasmi SSB mempunyai rekod pelawat melebihi 50 juta orang
·         Menggunakan artis tempatan seperti wardina dan Yuna untuk memasarkan produk SSB melalui media sosial.
·         Produk Saidina sering diiklankan dalam facebook dan youtube dengan menggunakan dua artis tersebut. .
Tindakan 3: Menetapkan harga yang lebih rendah daripada pesaing utama yang lain
Kaitan kes
·         seperti produk Maggi dan Kimball.
·         Misalnya sos cili Saidina dijual dengan harga RM2.10 berbanding sos cili Maggi  dan Kimball dijual dengan harga RM2.90 sebotol.
·         Strategi ini berjaya menguasai pasaran pengguna di luar bandar
·         juga pengguna berpendapatan rendah di kawasan bandar.


a.     Huraikan strategi pemasaran yang digunakan oleh SSB. [16]          
(Soalan ini melibatkan fakta khusus iaitu strategi pemasaran terdiri dariada penembusan pasaran, pembangunan pasaran, pembangunan produk, pempelbagaian)

Fakta
Huraian
Kaitan kes
Penembusan pasaran




syarikat berusaha meningkatkan jualan kpd produk sedia ada dalam segmen pasaran tanpa melakukan sebarang perubahan pd produk
.
·         SSB telah mengadakan pelbagai promosi jualan seperti cabutan bertuah, pertandingan menulis slogan dan hadiah percuma untuk pembeli produk Saidina.

Pembangunan pasaran





Mencari dan membangunkan segmen pasaran baru  utk produk sedia ada.
·         Sos Saidina juga disasarkan untuk dipasarkan ke seluruh Negara Australia dan Jepun pada masa hadapan
Pembangunan produk






Memperkenalkan produk baharu atau ubahsuai produk sedia ada.

·         SSB akan memperkenalkan  beberapa  produk baharu seperti rempah kari  Saidina .
·         Produk terbaru iaitu perencah Saidina iaitu perencah serba guna yang sesuai untuk pelbagai jenis hidangan telah pun dilancarkan.
pempelbagaian






Memasuki perniagaan baharu
·         SSB bercadang untuk membuka sebuah kolej masakan di Bangi untuk melatih lebih ramai tukang masak yang mempunyai kemahiran dalam pelbagai masakan Melayu.
                                 

Contoh soalan

Syarikat Wawasan Plastics Berhad
Syarikat Wawasan Plastics Berhad  merupakan syarikat usahasama antara Malaysia Plastics Industries Berhad dengan Tian Jin Plastics Industries yang berasal dari Negara China. Syarikat ini mengeluarkan pelbagai barangan plastic untuk pasaran tempatan dan pasaran antarabangsa. Sebagai peneraju pasaran , syarikat wawasan menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan. Keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia. Selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.

Produk syarikat Wawasan merupakan produk pilihan utama di pasaran kerana faktor kualiti.  Pihak pengurusan menggunakan pelbagai alat kawalan kualiti untuk memastikan produk keluaran syarikat ini mempunyai kualiti yang tinggi. Syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain. Ada kumpulan pekerja yang ditubuhkan untuk mengenalpasti masalah keluaran serta memberi cadangan kepada pihak pengurusan dalam meningkatkan kualiti produk. Syarikat Wawasan juga memudahkan kontrak pembelian pelanggan daripada 15 mukasurat kepada 4 mukasurat.

Syarikat Wawasan akan membuka sebuah kilang baru di Pahang dengan kos bernilai RM600 juta. Kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik dan telekomunikasi. Kilang baru ini juga letak berdekatan dengan pelabuhan Kuantan dan ini akan memudahkan aktiviti eksport keluaran syarikat ini ke pasaran China dan Jepun. Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman ,Terengganu yang merupakan pusat pemprosesan petrokimia.

Berdasarkan kes di atas, jawab soalan berikut:
a. Huraikan factor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan   syarikat ini. [16]

Jawapan
Faktor persekitaran umum yang mempengaruhi aktiviti perniagaan syarikat ini ialah
Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Persekitaran teknologi
Ia berkaitan dengan kaedah pengeluaran yang digunakan oleh sesebuah perniagaan. Penggunaan teknologi yang canggih akan meningkatkan keupayaan pengeluaran serta kualiti barang yang dikeluarkan
Dalam kes ini, Syarikat Wawasan telah menggunakan teknologi terkini untuk menghasilkan barangan plastic dengan menggunakan mesin yang diimport dari Taiwan
Persekitaran sosiobudaya
Ia berkaitan dengan citarasa, gaya hidup penduduk yang boleh mempengaruhi aktiviti pengeluaran.
Dalan kes ini , selaras dengan citarasa pengguna semasa yang mengutamakan produk mesra alam, syarikat wawasan juga mengeluarkan produk plastic yang boleh dikitarsemula.
Persekitaran politik dan perundangan
Ia berkaitan dengan dasar, peraturan, kempen yang dianjurkan oleh kerajaan.

Dalam kes ini, keluaran syarikat ini juga mendapat pengiktirafan SIRIM iaitu sebuah agensi kerajaan yang menetapkan standard untuk barang perkilangan buatan Malaysia.
Perkitaran prasarana
Ia berkaitan dengan kemudahan yang disediakan seperti bekalan air dan elektrik, kemudahan  pengangkutan dan telekomunikasi yang memudahkan aktiviti perkilangan.
Dalam kes ini, kilang ini terletak di Kawasan Perindustrian Gebeng. Kawasan perindustrian Gebeng  telah dibangunkan oleh kerajaan negeri dan mempunyai kemudahan lengkap seperti bekalan air, elektrik  dan telekomunikasi


b.      Huraikan alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini.                                        [12]

Jawapan
Alat kawalan kualiti yang digunakan oleh syarikat ini ialah

Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Penanda aras.
Penanda aras merupakan satu proses yang dilakukan oleh sesebuah organisasi dengan cara memerhati dan mempelajari amalan-amalan terbaik yang dilakukan oleh organisasi yang lain. Biasanya syarikat akan melakukan pengubahsuaian terhadap amalan sedia ada dengan menggunakan amalan terbaik yang dipelajari dari organisasi lain

Dalam kes ini, syarikat ini sentiasa membandingkan produk syarikat dengan produk sedia ada dalam pasaran dan sentiasa mengaplikasikan amalan terbaik yang digunakan oleh syarikat lain.

Pasukan penambahbaikan kualiti









Analisis nilai tambah








a.     Jelaskan factor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk membuka kilang di Pahang. 
        [12]

Jawapan
Faktor yang mempengaruhi keputusan syarikat untuk membuka kilang di Pahang ialah
Fakta
Huraian
Kaitan dengan kes
Bahan mentah

Berkaitan dengan kes: Bahan mentah kilang ini diperoleh dari Kemaman, Terengganu yang merupakan pusat pemprosesan petrokimia.

Pengangkutan





Prasarana








4 comments :

  1. cikgu kalau kita nak guna full esei boleh ke untuk sem 1 ?

    ReplyDelete
  2. minta jawapan untuk soalan kajian kes Syarikat Fariza Sendirian Berhad

    ReplyDelete
  3. kalau utk setiap ayat pads teks tu mmg kne satu fakta je ke or kita bole guna utk fakta yg lain jgk. mcm pelanggan Dan masyarakat

    ReplyDelete