Monday, September 26, 2016

Pahatan Minda Pengajian Perniagaan Penggal 1: Bab 1: Perniagaan dan persekitaran

PAHATAN MINDA 2016 PENGGAL 1
BAB 1: PERNIAGAAN DAN PERSEKITARAN

1.    Untuk PP penggal satu, penghafalan fakta merupakan perkara penting yang perlu dibuat oleh semua pelajar.
2.    Sebelum menghafal fakta untuk topik tertentu,  baca dan memahami huraian untuk setiap fakta.  
3.    Jangan menghafal huraian. Huraian yang akan ditulis oleh anda berdasarkan pemahaman anda tentang fakta atau konsep yang telah dipelajari. Huraian juga bergantung kepada situasi atau kes atau contoh yang berkaitan dengan soalan.           
4.    Pelajar yang telah menghafal fakta akan mempunyai keyakinan yang tinggi dan mampu menjawab soalan PP khususnya esei pendek dan esei panjang  dengan lebih baik.

 Bahagian 1

Hafal konsep di bawah. Setelah menhfal uji diri anda dengan bantuan rakan sebelah atau secara perseorangan. Jika berjaya menghafal tandakan (/) di U1 dan ulang kali kedua di U2.

Setelah berjaya menghafal semua fakta, kini cuba jawab soalan di bawah. Soalan di bawah berkaitan dengan fakta dalam jadual di bawah.

Good luck dan semoga berjaya.

Konsep
U1
U2
1.     Perniagaan ialah
·         jual beli barang dan perkhidmatan
·         memenuhi keperluan dan kehendak pengguna
·         mendapatkan keuntungan


2.     Empat aspek perbezaan perniagaan dan bukan perniagaan
·         Sumber kewangan
·         Motif
·         Perundangan
·         Aktiviti


3.     Lima peranan untung ialah
·         Modal
·         Ganjaran kpd usahawan
·         Prestasi perniagaan
·         Imej perniagaan
·         Keyakinan pelabur


4.     Lima peranan perniagaan kepada pengguna ialah
·         keperluan +kehendak
·         pilihan
·         taraf hidup
·         barangan cukup .
·         harga berpatutan


5.     Lima peranan perniagaan kepada ekonomi ialah
·         mengurangkan kadar pengangguran.
·         Meningkatkan pendapatan kerajaan
·         Membangungkan industri huluan dan hiliran.
·         Meningkatkan kemudahan awam.
·         Mewujudkan penempatan baru.


6.     Lima peranan perniagaan kepada negara ialah
·         Meningkatkan pendapatan negara
·         Mengurangkan kadar pengangguran.
·         Mewujudkan peluang perniagaan
·         Mengurangkan aliran wang keluar negara
·         Membangunkan modal insan


7.     Lima peranan perniagaan kepada masyarakat  ialah
·         keperluan + kehendak
·         peluang pekerjaan
·         peluang perniagaan
·         tanggungjawab sosial
·         produk berkualiti harga berpatutan


8.     lima factor pengeluaran ialah
·         bahan mentah
·         modal
·         modal insan
·         teknologi
·         keusahawanan


9.     Lima elemen proses perniagaan ialah
·         input,
·         proses tambah nilai
·         output
·         pemasaran
·         untung/rugi


10.   Lima cabaran perniagaan ialah
·         Globalisasi/Dunia tanpa sempadan
·         Peningkatan Kemajuan Teknologi
·         Peningkatan tanggungjawab social: 
·         Peningkatan sistem perniagaan islam
·         Kewujudan blok-blok perdagangan
·         Sumber semakin berkurangan
·         Perubahan struktur demografi


Soalan
Klinik Mata Wong dan Zalina

Persatuan 1 Malaysia Wangsa Maju
1.        Jelaskan empat perbezaan antara kedua-dua entiti di atas. (8)
2.        Jelaskan empat kepentingan untung kepada sebuah pasar raya. [4]
3.        Terangkan tiga peranan sebuah perniagaan kepada pengguna[6]
4.        Terangkan tiga kepentingan perniagaan perabot kepada masyarakat [6]
5.        Terangkan tiga peranan perniagaan otomobil kepada ekonomi negara [6]
6.        Jelaskan lima factor pengeluaran yang terlibat dalam industri makanan. [5 ]
7.        Jelaskan lima tahap dalam proses perniagaan basikal. [5]
8.        Jelaskan lima cabaran untuk perniagaan pakaian. [5]
9.        Soalan kajian kes
Lazatlah Beverage Berhad (LBB)

LBB merupakan pengeluar pelbagai jenis minuman ringan untuk pasaran Malaysia. Pemiliknya ialah Tan Sri Aflah dan Datuk Azeem. Antara jenama popular ialah Popsila, Cokla, Manla dan Ladyla. Produk LBB dijual melalui saluran peruncit di seluruh negara. Syarikat Dalila Berhad telah dilantik sebagai wakil pengedar produk LBB di seluruh negara. Minuman Ladyla merupakan minuman jambu merah yang menggunakan jambu merah tempatan yang diperoleh daripada petani –petani di Hulu Terengganu. Kesemua produk syarikat ini dihasilkan di kilang LBB di Setiu, Terengganu melibatkan 3 000 orang pekerja. Untung bersih LBB pada tahun 2015 ialah RM600 juta setelah ditolak cukai pendapatan sebanyak RM300 juta. LBB akan membelanjakan dana sebanyak RM600 juta untuk membina sebuah kilang baru LBB akan mula beroperasi di Bandar Baru Setapak di  Jerantut, Pahang. Kilang baru ini menggunakan kaedah pengluaran mesra alam dengan menggunakan mesin yang diimport dari negara Taiwan. Kilang ini juga dijangka menggaji 2 000 orang pekerja  tempatan. Disebabkan impak besar syarikat ini kepada ekonomi negeri Pahang, kerajaan negeri telah bersetuju untuk membina jalanraya baru dari Bandar Baru Setapak ke bandar Jerantut dan juga laluan khas ke Stesyen keretapi Jerantut. Kawasan ini juga dilengkapi dengan kemudahan jalur lebar berkelajuan tinggi serta bekalan air bersih yang merupakan keperluan utama LBB.

LBB menghadapi persaingan sengit daripada produk syarikat MNC yang beroperasi di Malaysia. Bekalan buah jambu yang tidak menenrtu disebabkan factor cuaca juga memberi kesan kepada pengeluaran LBB. Syarikat telah berjaya menandatangani kontrak bekalan buah jambu daripada  India kerana harganya lebih murah berbanding negara jiran seperti Thailand dan Vietnam. Kerajaan mengenakan cukai tinggi kepada import buah jambu kerana negara India bukan merupakan anggota kesatuan ASEAN. LBB juga merupakan wakil pengedar untuk minuman ringan Lembulah dari Australia tetapi menghadapi masalah untuk menguasai pasaran tempatan disebabkan kegagalan syarikat mendapat pengiktirafan sijil Halal dari JAKIM.

a.        Jelaskan peranan LBB kepada ekonomi negara
b.        Jelaskan factor pengeluaran yang terlibat dalam aktiviti pengeluaran LBB
c.        Jelaskan cabaran perniagaan LBB





1 comment :