Tuesday, May 24, 2016

Kerja Kursus Pengajian Perniagaan STPM 2016 - Rancangan Perniagaan

Hai Pelajar PP 2016,


Di sini cikgu akan menjelaskan perkara yang perlu diberi perhatian semasa menyediakan kerja kursus.

1.       Tarikh- tarikh penting

20 Mei 2016  
·         Pelajar menerima arahan tugasan kerja kursus
·         Memahami liputan tugasan kerja kursus
·         Membuat perancangan jadual kerja
20 Jun 2016 hingga 23 Sept. 2016
·         Pelajar mula membuat persiapan awal termasuk mengenalpasti keperluan kewangan, mendapatkan surat pengesahan sekolah dan kebenaran penjaga , menyediakan alatan dan instrumen yang diperlukan serta mendapatkan sumber rujukan melalui kaedah seperti merujuk bahan sedia ada, pemerhatian, temuduga atau soalselidik untuk mendapatkan data primer atau sekunder.
20 Jun  2016 hingga 23 Sept. 2016
·         Pelajar perlu membuat persediaan dan menulis laporan kerja kursus serta membuat persiapan untuk sesi penilaian
·         Mengambil kira perkara berikut iaitu
·         Penyusunan dapatan kajian, menganalisis maklumat yang diperoleh, serta mempersembahkan  dalam bentuk yang sesuai dan menarik termasuklah carta, jadual serta peta lokasi
·         Membuat persiapan untuk pembentangan berdasarkan format tertentu.
26 September 2016 hingga
26 Oktober 2016
·         Sesi pembentangan dan penilaian oleh guru
·         Pelajar perlu menyediakan persembahan melalui power point untuk 10 hingga 15 minit.
·         Menghantar laporan lengkap


2.       Format penulisan
·         Pelajar perlu menggunakan ICT untuk mendapatkan maklumat berkaitan kerja kursus
·         laporan bertaip menggunakan komputer dengan mengambil kira aspek berikut:
Ø  kertas A4 putih
Ø  Margin : kiri dan kanan 1.25 inci ; atas dan bawah 1 inci
Ø  Tulisan berbentuk Times New Roman guna Font 12
Ø  Spacing 1.5
Ø  Pastikan anda menggunakan sistem pernomboran yang sama dari awal laporan hingga akhir laporan.
Ø  Panjang tugasan adalah di antara 3,500 patah perkataan dan tidak melebihi 6,000 patah perkataan tidak termasuk lampiran
Ø  Pelajar perlu serahkan tugasan kepada guru dan pastikan ia dicetak dan dijilid mengikut susunan berikut. 1. Kulit hadapan kerja kursus calon berwarna jingga terang à 2. Borang perakuan calon à3. Borang rekod kerja kursus calon à 4. Penulisan kertas kerja kursus.

3.       Kandungan kerja kursus
·         Pelajar perlu menyediakan kerja kursus berbentuk Rancangan perniagaan  untuk sebuah perniagaan  yang ingin dijalankan dan perlu mengandungi maklumat berikut:
a)      Rumusan eksekutif 
b)      Pengenalan 
c)       Objektif 
d)      Latar belakang syarikat 
e)      Latar belakang pemilik/ahli kongsi 
f)       Latar belakang projek 
g)      Rancangan organisasi 
h)      Rancangan pemasaran 
i)        Rancangan pengeluaran/operasi 
j)        Rancangan kewangan 
k)      Kesimpulan  
l)        Lampiran 

4.       Apa dia Rancangan perniagaan ?
satu dokumen bertulis yang menerangkan secara menyeluruh tentang perniagaan atau projek yang hendak dijalankan. Ia merupakan pelan induk perniagaan yang menerangkan kajian-kajian yang telah dibuat dan langkah-langkah yang akan diambil pada masa hadapan untuk membangunkan perniagaan, ramalan dan jangkaan serta cara-cara pelaksanaan strategi perniagaan.
5.       Tujuan penyediaan Rancangan Perniagaan
·         Membolehkan usahawan mampu  melihat dan menilai projek secara objektif, kritikal dan praktikal.
·         Sebagai garis panduan untuk pengurusan perniagaan.
·         Mengkaji dan menilai sama ada projek yang akan dilaksanakan mempunyai dayamaju atau sebaliknya.
·         Meyakinkan pihak-pihak tertentu terhadap idea-idea perniagaan dan sebagai asas bagi cadangan pembiayaan seperti pihak bank , pemilik modal teroka, pelabur atau agensi kerajaan
·         Mengagihkan dan menyelaraskan sumber-sumber yang terhad dengan lebih baik.
·         Sebagai alat kawalan
·         Sebagai alat penilaian prestasi


6.       Idea perniagaan
Pelajar perlu mengenalpasti satu idea perniagaan yang boleh dilaksanakan. Idea boleh diperoleh melalui pengalaman, menilai gelagat pengguna, menilai produk sedia ada, meneliti pasaran, saluran pengedaran, menilai syarikat sedia ada dan lain-lain. Idea ini boleh diperoleh melalui sumbangsaran, soalselidik, pemerhatian atau kumpulan fokus.

Rujuk laman web berikut untuk mendapatkan idea perniagaan

(100 idea perniagaan kecil yang boleh jadi perniagaan besar)

Harap  informasi ini membantu anda.

Tentang isi kandungan rancangan perniagaan akan dibincang dalam bahagian kedua nanti.




2 comments :